Talasemia Hepatitis Dan Masalah Hati


Ramai di antara pesakit talasemia mengalami penyakit berkaitan hepatitis. Ianya boleh menyebabkan ancaman kesihatan yang serius jika tidak dikenal pasti dan dirawat. Kita perlu mengetahui langkah-langkah pencegahan dan  berusaha untuk meningkatkan kualiti kesihatan kita dalam masa yang sama.
Jagailah hati andaPemahaman tentang permasalahan penyakit hati pada kebelakangan ini telah menyedarkan pesakit untuk menghadapinya dengan keadaan yang lebih positif. Pesakit kini dikendalikan dan dijaga oleh mereka yang berpengalaman tentang talasemia. Oleh itu pesakit akan menerima perawatan yang lebih baik dengan hasil kesihatan yang optimum dalam masa yang sama mengurangkan permasalahan berkaitan dengan hati.
Mengapa sesetengah pesakit talasemia menghadapai pemasalahan hati?Pesakit talasemia mengalami masalah zat besi berlebihan. Keadaan ini disebabkan oleh anemia, yang mana badan perlu menghasilkan lebih banyak sel darah merah(yang mengandungi zat besi). Zat besi berlebihan juga disebabkan oleh transfusi darah yang diterima pesakit. Melainkan zat besi ini dibuang melalui proses chelation, ianya akan terus tinggal kekal di dalam badan terutamanya di bahagian organ-organ badan seperti jantung dan hati.
Salah satu fungsi hati adalah untuk menyimpan zat besi, yang mana akan digunakan bila mana perlu. Hati akan seolah-oleh seperti mengalu-alukan zat besi. Namun zat besi yang diterima oleh pesakit yang tidak melakukan proses chelation agak berlebihan dan tidak terkawal. Keadaan zat besi yang terlalu banyak dan berlebihan ini boleh menyebabkan hati mengalami “fibrosis” dan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi lebih serius dikenali sebagai  “cirrhosis”.
Disamping itu sesetengah pesakit mengalami komplikasi hati akibat jangkitan virus Hepatitis A, B atau C. Hepatitis B dan C boleh menyebabkan fibrosis, manakala Hepatitis A jarang menyebabkan kerosakan tetapi ia boleh memburukkan lagi kerosakan yang dilakukan oleh Hepatitis C. Salah satu cara pesakit dijangkiti ketiga-tiga virus tersebut adalah melalui transfusi darah dari penderma yang telah dijangkiti.
Tetapi transfusi ataupun pemindahan darah merupakan salah satu terapi utama bagi pesakit talasemia. Bagaimana mungkin saya berasa selamat?Kini terdapat vaksin untuk hepatitis A dan B. Walaupun masih ada beberapa kes masih dijangkiti selepas dijalankan suntikan. Namun tiada vaksin dijumpai berkesan untuk hepatitis C sehingga kini.
Kerajaan AS telah melakukan banyak langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi bekalan darah mereka. Pada 1992, mereka telah membanguankan kaedah ujian, dan ia telah mengurangkan kebarangkalian jangkitan hepatitas melalui pendermaan darah.
Menurut Palang Merah Amerika, 1 dari 205,000 transfusi darah menyebabkan jangkitan hepatitis B. Manakala 1 dari 1,935,000 pula menyebabkan jangkitan hepatitis C. Pun begitu tidak semua yang dijangkiti hepatitis akan mengalami penyakit tersebut. Namun sebagaimana kita ketahui faedah transfusi darah untuk pesakit talasemia adalah melebihi jangkaan risiko jangkitan hepatitis itu sendiri.
Apakah simptom-simptom pemasalahan hati?Pada kebiasaannya mereka yang dijangkiti virus hepatitis tidak menunjukkan sebarang simptom. Oleh itu jangkitan hepatitis B dan C tidak dikenal pasti atau didiagnose untuk beberapa lama (Simptom hepatitis A menunjukkan tanda-tanda seawal 2 bulan pertama)
Simptom-simpton jangkitan hepatitis biasanya adalah :
DemamSakit kepalaKeletihanLoya dan muntah-muntahCirit-biritHilang selera makanSakit perut (biasanya di sebelah kanan, sedikit ke bawah rangka dada)Sakit ototSakit sendiMengalami kegatalanAir kencing dan najis yang kegelapanMengalami kekuningan (kulit dan/atau mata)Perubahan moodBerpeluh malam
Simptom-simptom hepatitis
Simptom pada tahap cirrhosis pula termasuk :
Kemerahan pada tapak tanganMerah, ruam di dada, bahu atau mukaBengkak di perut, kaki atau betis (disebabkan oleh penambahan cecair)Kehilangan ototPenurunan berat badanJangkitan yang kerapKeletihanMudah lebamKegatalanHidung kerap berdarahDarah di dalam najis atau air kencingKekeliruan atau masalah ingatanKekuningan
Simptom-simptom hepatitis dengan gejala cirrhosis
Bagaimana mendignosis masalah atau komplikasi hati?Terdapat beberapa ujian dalam menentukan tahap kesihatan hati yang boleh memberi maklumat tentang kemungkinan terdapat komplikasi pada hati tersebut.
Setiap 3 bulan ujian Liver Function Enzyme Screening (AST/SGOT, ALT/SGPT) akan dilakukan. Ujian ini bertindak sebagai sistem amaran awal untuk doktor mengenal pasti masalah yang bakal timbul.
Jika tahap ALT lebih tinggi daripada biasa doktor anda harus mempertimbangkan untuk melakukan ujian tersebut setiap bulan. Jika ALT yang berterusan tinggi untuk 6 bulan atau lebih, seharusnya biopsi hati harus dilakukan.
Terdapat beberapa ujian berkaitan hati yang sepatutnya pesakit talasemia lakukan. Ia mungkin kaedah penjagaan kesihatan yang perlu dilakukan saban tahun.




Ketentuan pesakit talasemia perlu melakukkan ujian tersebut bergantung kepada beberapa perkara :
Hepatitis C ujian AntibodiHepatitis C virus RNA Viral LoadHepatitis B panelHepatitis A panelUjian HIVSerum AFP dan ultrasound pada abdomen badanPenilaian tahap zat besi pada hati melalui biopsi atau melalui MRI (R2 sebagimana diluluskan oleh FDA Ferriscan)
Apa yang terlibat dalam ujian ini?Kebanyakkan ujian tersebut melibatkan ujian darah. Ultrasound pada bahagian abdomen adalah pemeriksaan organ dalaman menggunakan alatan untuk menghasilkan gambar dengan gelombang suara(soundwave).
Biopsi pada hati pula adalah prosedur di mana sebahagian kecil daripada hati dikeluarkan dan diperiksa untuk kepastian tahap zat besi dan pemasalahan lain. Biasanya jarum digunakan untuk prosedur ini dengan memasukkannya melalui atau dibawah rangka dada dengan menggunakkan ultrasound sebagai panduannya. Ubat pelali anestetik biasanya digunakan untuk prosedur ini.
MRI (Magnetic Resonance Imaging) adalah penilaian zat besi non-invasive dikenali sebagai R2 ataupun Ferriscan. Pesakit berbaring dan digerakkan ke dalam mesin MRI. Mesin tersebut mengambil gambar organ dalaman. Prosedure ini tidak menyakitkan. Pesakit hanya perlu baring dan menahan nafas setiap kali gambar diambil. Walaupun mesin MRI biasa diapati dikebanyakkan hospital, pembacaan zat besi hanya boleh dilakukan di pusat rawatan talasemia yang mempunyai software yang sepatutnya.
Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah komplikasi hati?2 perkara yang boleh dilakukan oleh pesakit talasemia untuk mencegah komplikasi hati. Iaitu, mengikuti dan patuh pada rawatan terapi chelation(pembuangan zat besi) dan mengambil ujian untuk mengenal pasti tanda-tanda awal pemasalahan yang bakal timbul.
Disamping itu, terdapat langkah-langkah lain yang juga perlu diambil kira. Kurangkan pengambilan alkohol, kerana pengambilan yang berlebihan boleh merosakkan hati. Pesakit yang dijangkiti hepatitis C yang mengambil alkohol berlebihan boleh merosakkan hati yang lebih teruk. Minum air dengan banyak adalah salah satu diet yang sihat dan begitu juga untuk hati. Selalulah berbincang dengan pakar hematologi dan nutritasi yang memahami keperluan pesakit talasemia. Mereka juga boleh mengenalpasti diet yang sesuai untuk anda.



Bagaimana komplikasi hati dirawat?Dalam kebanyakkan kes, pesakit dikehendaki menukar terapi chelation. Buangkan sebanyak mungkin zat besi dari hati adalah diperlukan agar komplikasi tidak akan bertambah teruk. Cara perawatan pula berbeza bagi setiap individu yang berlainan.
Hepatitis A biasanya tidak berapa teruk dan tidak lama. Oleh itu tiada perawatan khusus melainkan penukaran diet dan sokongan nutritasi unutk diarrhea.
Kedua-dua hepatitis B dan C biasanya dirawat dengan ubat antiviral. Salah satu cara rawatan yang berkesan bagi kebanyakkan populasi adalah melalui kaeah kombinasi peginterferon alfa dan ribavirin. Walaupun pada awalnya kaedah ini dikhuatiri menyebabkan peningkatan kepada keperluan transfusi. Penemuan terbaru menyatakan yang kebanyakkan pesakit dapat menerima faedah dari kaedah ini walaupun terdapat sedikit peningkatan kepada transfusi. Penemuan saintafik pada masa kini dan akan datang akan memberi maklumat tentang keberkesanan kaedah rawatan ini pada pesakit talasemia.
Menidakkan gejala fibrosis and cirrhosis adalah amat sukar. Kebanyakkan rawatan tertumpu kepada pencegahan kerosakkan yang lebih teruk. Oleh itu penukaran kaeah terapi chelation, kaedah rawatan lain juga termasuk berhenti mengambil alkohol, berhenti atau pengurangkan beberapa ubat dan vitamin. Rawatan ini perlu melibatkan keseluruhan pasukan penjaga dan penyedia kesihatan bagi pesakit talasemia tersebut.
Bilamana gejala cirrhosis meningkat, ia menyebabkan beberapa komplikasi, termasuk peningkatan cecair dalam abdomen, pendarahan pada digestive tract dan fungsi mental. Komplikasi tersebut memerlukan perawatan termasuk penukaran diet, perubatan(seperti diuretics, beta blockers dan antibiotik) dan juga pembedahan untuk mengelakkan pendarahan dalaman.
Cirrhosis boleh menyebabkan kanser hati, oleh itu adalah penting untuk menilai dan memantau status pesakit sekerap mungkin. Ujian untuk menilai tahap AFP(alpha-fetoprotein) adalah penting untuk menentukan kemungkinan kanser hati. Penggunaan ultrasound juga penting untuk menentukan tahap risiko yang dihadapi.
Kesedaran untuk mencegah komplikasi hati pada pesakit talasemia adalah amat penting. Pastikan anda menjalani ujian penjagaan tahunan (annual comprehensive care evaluation), suku tahuanan ataupun bulanan (bilamana perlu) juga Ujian Fungsi Enzaime Hati (Liver Function Enzyme Screenings). Ia adalah perlu untuk menentukan status tahap kesihatan hati anda. Bilamana hati anda mula mengalami kerosakkan, anda perlu untuk mengelakkannya menjadi lebih teruk. Ujian dan pemantauan secara kerap oleh mereka yang berpengetahuan tentang talasemia dan hati adalah penting bagi pesakit yang telah mengalami kerosakkan hati.


HEPATITIS TIDAK MENGENAL SIAPA500 JUTA TELAH IJANGKITI28 JULAI HARI HEPATITIS SEDUNIA
Hasil adaptasi dan alih bahasa oleh STM dari 
Sila layari http://www.worldhepatitisalliance.org/en/home.html untuk maklumat lanjut

Informasi di atas adalah untuk pendidikan dan kesedaran sahaja. Informasi ini tidak boleh digunakan  untuk mendiagnos dan merawat masalah kesihatan tanpa konsultasi dari pakar dan penyedia rawatan dan kesihatan yang diamanahkan. STM mengalu-alukan sebarang persoalan kesihatan yang anda alami dengan menyalurkannya kepada pakar dan penyedia kesihatan yang ditauliahkan.
STM sama sekali tidak memiliki hak cipta berkenaan dengan segala informasi dan gambar yang dikongsi di atas. Ianya sepenuhnya adalah milik The Cooley’s Anemia Foundation, 330 Seventh Ave., #900, New York, NY 10001 www.cooleysanemia.org  [email protected]  (800) 522-7222. Harap maklum.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sahabatthalassaemiamalaysia.blogspot.com/2013/07/talasemia-hepatitis-dan-masalah-hati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bercuti Di Rangkaian Hotel Hospitality 360 Group Puas Hati Cipta Momen Bahagia Bersama

Bercuti Di Rangkaian Hotel Hospitality 360 Group Puas Hati Cipta Momen Bahagia Bersama

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 208 hits
Masih merancang destinasi percutian yang best untuk bawa anak anak bercuti Jom tengok rangkaian hotel di bawah Hospitality 360 Group Nak dekat dekat boleh ke Kuala Lumpur atau Kuantan Nak jauh sikit pergila ke Pulau Langkawi atau Johor Bahr...
Biarlah Hati Saya Tenang Ryan Wong Yong Heng Tiktok Ryanwong Islam

Biarlah Hati Saya Tenang Ryan Wong Yong Heng Tiktok Ryanwong Islam

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 266 hits
Biarlah hati saya tenang RYAN WONG YONG HENG Ryan menggunakan Tiktok sebagai platfom untuk berkongsi dan belajar ilmu agama Islam bersama pengguna lain di aplikasi tersebut KEBEBASAN beragama merupakan salah satu hak asasi sebagai seorang m...
Cara Mengurangkan Pedih Ulu Hati

Cara Mengurangkan Pedih Ulu Hati

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 169 hits
Pernah tak kekadang bila korang skip lunch or bekpes korang rasa macam sebu je perut lepas tu sakit kat bawah dada menyucuk dan tak tahu nak duduk posisi camana Paling teruk rasa loya dan muntah Haaa tanda tanda tu ialah GERD GASTROESOPHAEG...
Pin Tudung Yang Cantik Menawan Hati Serius Tak Tipu

Pin Tudung Yang Cantik Menawan Hati Serius Tak Tipu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 167 hits
Pin tudung crystal swarovski from The Hijabist Pin Banyak design pin tudung ni taw Sis boleh pilih yang mana satu design berkenan di hati Nak order senang je SMS Whatsapp no kat bawah bagi kod pin tudung yang sis suka Nanti kite reply wokeh...
Hati Hati Jika Terlalu Sering Memendam Emosi

Hati Hati Jika Terlalu Sering Memendam Emosi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 167 hits
Apakah kamu lebih sering memendam emosi ketimbang meluapkannya Sebagian orang mungkin terbiasa memendam emosi dan tidak mengekspresikannya Sayangnya tidak banyak yang menyadari akan bahaya dari This is a content summary only Visit my websit...
Neelofa Dikompaun Netizen Berpuas Hati

Neelofa Dikompaun Netizen Berpuas Hati

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 132 hits
Neelofa dikompaun Netizen berpuas hati Netizen 1 Neelofa 0 Seperti meraikan kemenangan rata rata pengguna media sosial hari ini meluahkan rasa puas hati berhubung tindakan undang undang yang dikenakan terhadap pasangan selebriti terkenal Ne...
Neelofa Terima Dengan Hati Terbuka Di Kompaun Rm60 000 Kerana Langgar Sop Covid19

Neelofa Terima Dengan Hati Terbuka Di Kompaun Rm60 000 Kerana Langgar Sop Covid19

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 191 hits
Neelofa terima dengan hati terbuka di kompaun RM60 000 kerana langgar SOP Neelofa akur terima hukuman sebagai pengajaran Genap sebulan bernikah Neelofa akhirnya menerima dengan hati terbuka kompaun berjumlah RM60 000 yang dikenakan terhadap...
Catatan Hati Hari Ini

Catatan Hati Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 138 hits
Berapa tahun yang berlalu macam macam yang terjadi ada yang sempat dicoretkan dalam buku memori ada yang hanya tersimpan rapi dalam ingatan dan mungkin ada yang dilupakn begitu sahaja Sehingga hari ini dari hati yang keanak anakkan dan ceri...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas