Talam Cendol Mudah Tanpa Telur
Talam cendol mudah tanpa telur ini memang lebih mudah dan cepat siap. Resipi asal ada menggunakan telur, tepung beras dan tepung jagung. Tapi ini versi mudah dan nak cepat siap.
Boleh ikut saja resipi daripada Mariana Zainal ini ye.
Talam Cendol Mudah Tanpa TelurBahagian Bawah:260 gram gula merah cap bintang
120 gram gula pasir
900 ml air
2 helai daun pandan (simpulkan)
(Masak semua bahan di atas hingga larut kemudian ambil cuma 700 ml air gula, tak perlu sejukkan)
275 gram tepung gandum – boleh beli online di sini
20 gram tepung ubi
200 ml santan pekat – boleh beli online di sini
2 cubit garam – boleh beli online di sini
(Satukan bahan-bahan ini dengan 700 gram air gula tadi dan kacau rata.Tapiskan)
Bahan Bahagian Atas:Cendol (tapis buang airnya)
275 gram tepung gandum – boleh beli online di sini
30 gram tepung ubi
600 gram air
300 gram santan pekat – boleh beli online di sini
2 sudu besar gula – boleh beli online di sini
1 1/2 sudu teh garam (rasa dulu ya jika kurang boleh tambah..Lagi sedap kalau rasanya masin-masin sikit)
(Satukan semua bahan kecuali cendol..kacau sebati dan tapiskan)
Cara Memasak Talam Cendol Mudah Tanpa Telur:
Untuk masak bahagian bawah, panaskan kukusan hingga air mendidih. Guna api sederhana perlahan.
Sapu minyak dan lapik plastik dalam Loyang (saiz 10×10). Jika guna acuan lompang (boleh beli online di sini) sapu minyak pada tiap Loyang. Tuang bancuhan bahagian bawah dalam loyang. Kkus selama 25-30 minit. Jika guna acuan lompang kukus 15-20 minit.
Untuk masak lapisan atas, buka tudung kukusan. Biarkan seketika dalam 3 minit. kukus tanpa penutup. Cucuk-cucuk bahagian gula merah guna garfu. Masukan cendol dan tuang bancuhan bahagian atas. Kukus selama 25-30 minit. Jika guna acuan lompang kukus 15-20 minit.
Buka tudung kukusan dan kukus selama 5-7 minit untuk hilangkan air di permukaan talam cendol. Biar betul-betul sejuk baru boleh potong guna pisau plastik. Selamat mencuba.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Turun Temurun, Enaknya Kuih Peria Putar Guna Daun Pinang
Rasai Keenakan Jemput Sambal Terengganu, Padat Inti Ikan
Resipi Talam Keledek Oren. Lemak Dan Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
The post Talam Cendol Mudah Tanpa Telur appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2023/03/talam-cendol-mudah-tanpa-telur.html