Takrif Memilih Dan Bahagia Yang Boleh Memberikan Kebahagian Kepada Kita Di Akhirat
Apakah yang dimaksudkan dengan memilih? Kenapa kita membuat pilihan? Perlukah memilih?.
Ada di kalangan kita memilih sesuatu atas sebab minat, ‘populariti’, ingin bertukar ‘rasa’ dan kepercayaan. Untuk memilih kita perlu mempunyai hak, kuasa, peluang, dan kepelbagaian pilihan (alternatif) itu sendiri.
Proses memilih dipengaruhi oleh pengalaman dan persepsi masyarakat sehinggakan kadang kadang kita terlupa dengan tuntutan agama.
Dalam islam kita boleh membuat pilihan dan berusaha selagi ia tidak bercanggah dengan agama. Dalam kamus orang Islam, ketentuan Allah mengatasi segalanya. Kita dituntut membuat pilihan yang betul dan berusaha dengan usaha yang sesuai, semoga lebih ‘dekat’ untuk dimakbulkan oleh Allah.
Apakah pula bahagia? Secara umum, pengkaji-pengkaji Barat mendefinisikan rasa bahagia itu, antaranya adalah: - Keseronokan dalam menjalani aktiviti seharian.
- Kepuasan dalam perhubungan, pemilikan material dan sebagainya.
- Kelegaan di atas pencapaian-pencapaian atau keupayaan mengatasi masalah.
- Kejayaan terhadap segala impian.
- Memiliki material melebihi keperluan.
- Mendapat pujian dan penerimaan masyarakat.
- Tahap minda atau ‘mental state’ yang sihat dan positif.
Saya berpendapat keadaan-keadaan di atas bukanlah 100 peratus bahagia yang sebenarnya. Ia lebih kepada kemungkinan elemen-elemen-dalam rasa bahagia sahaja. Kemuncak rasa bahagia yang sejati adalah dengan memiliki hati yang tenang dalam mengingati Allah. Tiada yang lebih bahagia selain itu.
Marilah kita mencari ilmu, beramal dan berazam untuk menjadi orang-orang yang bertakwa. Mudah-mudahan kita akan menemui rasa bahagia yang sebenarnya yang tidak mudah diganggu gugat oleh kata-kata orang,perubahan masa dan keadaan. Kita mahukan rasa bahagia yang dijanjikan Allah S.W.T untuk orang-orang yang beriman dan yang beroleh kejayaan di sisi-Nya.
Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada kamu yang telah menciptakan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam); dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa) dan juga membiakkan daripada kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai; dan bertakwalah kepada Allah yang selalu meminta denga menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahum) kaum kerabat; kerana sesungguhan Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu. (An-Nisa’ 4:1)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.redahjer.com/2020/09/takrif-memilih-dan-bahagia-yang-boleh.html