Pengalaman Pakai Aircond Comfee Berbaloi Atau Tidak


First time sebenarnya dengar brand nama Comfee, biasa dengar nama macam Panasonic, Daikin, Sharp, haier dan Samsung. Kira antara brand yang kuat la untuk penghawa dingin. Bila dengar nama comfee tetiba brand mana plak? Negara mana punya brand.. rupa-rupanya bila kaji brand ni adalah dibawa company kumpulan besar Midea.
Katanya Comfee brand  no.1 kat German.. tak sure betul ke tak. 
NO.1 German

Comfee ialah jenama di bawah kumpulan Midea yang semakin popular di Malaysia kerana menawarkan aircond inverter pada harga mampu milik. Walaupun ia bukan kategori premium seperti Panasonic atau Daikin, jenama ini semakin mendapat tempat kerana teknologi yang ditawarkan setanding model lebih mahal. 
fikir punya fikir saya terus sambar brand Comfee aircond 2.5HP untuk ruang tamu dan ini pengalaman serta pemerhatian saya selepas menggunakannya selepas beberapa hari menggunakan. 
aircond yang telah dipasang. Besar rupanya 2.5hp. berat. 

Kelebihan Aircond Comfee (Faktor Utama Pembelian)
Kelebihan paling ketara ialah harga yang sangat-sangat berbaloi berbanding jenama besar. Bayangkan dengan aircond 2.5hp saya dapat harga bawah 2k iaitu RM1622.60 lebih kurang macam tu termasuk kos shipping. 
Kemudian Comfee menggunakan refrigerant R32, iaitu gas moden yang lebih jimat elektrik dan lebih cepat sejuk. Selain itu, kebanyakan model baru Comfee dipasang dengan Golden Fin coating, iaitu lapisan keemasan anti-karat yang membantu unit outdoor lebih tahan lama terutama dalam cuaca lembap. 
Dari segi prestasi penyejukan, Comfee memberi hembusan kuat dan ruang saya (lebih 500 sqft) mampu sejuk dalam masa singkat di mana sesuai jika dipasang pada waktu malam atau pagi.


Beli online shopee, penghantara melalui Flash express

Ini antara ciri utama Brand Aircond Comfee (Faktor kedua Pembelian)

Kawalan Internet - Dengan aplikasi SmartHome, produk anda boleh disambungkan ke telefon pintar dan dikawal pada bila-bila masa dan di mana sahaja.Teknologi Self-Cleaning, Udara sentiasa segar & sihat - Selepas unit dimatikan, sistem akan terus berfungsi seketika untuk meniup dan mengeringkan penyejat (evaporator) indoor bagi memastikan ia kekal bersih dan sihat.Teknologi Penjimatan Tenaga ECO - Produk kami digabungkan dengan teknologi inverter berkecekapan tinggi. Anda boleh menikmati kesejukan yang selesa sambil mengurangkan penggunaan tenaga dengan ketara dalam tempoh 8 jam.Kawalan suhu lebih tepat, keselesaan lebih baik - Unit ini boleh melaras suhu bilik dengan lebih tepat melalui sensor pada alat kawalan jauh, supaya anda menikmati keselesaan yang lebih optimum.Kualiti tahan lama, jangka hayat produk lebih panjang - Kami menggunakan GOLDEN COATING berkualiti tinggi bagi menahan habuk dan elemen menghakis yang lain.Waranti am selama 3 tahun dan waranti compressor selama 5 tahun

antara spec brand comfee

Ciri & Fungsi yang Mesra Pengguna
Macam biasa Aircond Comfee menawarkan fungsi asas yang cukup untuk kegunaan harian seperti inverter, auto-swing atas-bawah, timer, sleep mode, dan mod penjimatan tenaga. 
Bunyi indoor unit juga agak senyap, dan kawalan melalui remote mudah difahami. Walaupun tiada swing kiri–kanan automatik, vane manual yang ada masih boleh dilaras untuk halakan angin ke tengah ruang. Dari sudut penggunaan elektrik, Comfee agak jimat kerana inverter cepat mencapai suhu stabil tanpa membebankan bil.
Kekurangan Aircond Comfee
Sebagai jenama bajet, ada beberapa kekurangan yang perlu diketahui. Pertama, ia tiada horizontal auto swing, jadi arah kiri–kanan perlu laras manual. Mungkin bakal ada next generation aircond nanti dan mungkin kos sedikit mahal. 
Kedua, binaan plastik indoor tidak se-premium Panasonic/Daikin, walaupun masih kukuh. 
Dari segi jenama pula, Comfee belum sepopular jenama besar, jadi macam saya sebagai pengguna mungkin risau tentang ketahanan jangka panjang walaupun sebenarnya dah tahu dah benda ni berkongsi teknologi dengan Midea, yang terbukti reliable. Hopefully tahan lama.. 
Selain itu, airflow kuat tapi sedikit “direct”, jadi perlu laras vane dengan betul.
Kos Pemasangan Aircond 2.5hp
Macam saya sebab beli online kan, Jadi saya upah orang luar untuk pasang aircond ni, harga dia memang agak mahal kalau nak pasang aircond 2.5hp kalau bawah tu boleh dapat murah sikit. Tapi kalau 2.5hp memang rege harga dia agak mahal dalam lingkungan RM400-550. Tu belum campur lagi new wiring lagi, heater switch, outdoor casing, cooper dan lain2x lagi. 
Hari tu survey aircond, bila dah dapat aircond, ni survey orang untuk upah pasang aircond plak. Kena keluarkan duit lagi, nasib beli aircond yang berbaloi harganya.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, Comfee ialah pilihan saya yang sangat berbaloi untuk pengguna yang mahukan aircond inverter moden, R32, cepat sejuk, dan tahan lama tanpa perlu bayar harga premium. 
Walaupun bukan jenama paling mewah, tetapi dari segi fungsi, penyejukan, Comfee memang memuaskan setakat ini dan sesuai untuk rumah, terutamanya untuk ruang yang besar. Pengalaman saya sendiri menunjukkan Comfee boleh “perform” dengan baik walaupun pada harga bajet.
Kalau dicari aircond yang mudah pakai, senyap, cepat sejuk dan tidak membazir elektrik boleh start fikirkan brand Comfee sebagai pilihan terbaik dalam kategori bajet. 
Hopefully bertahan lama dengan brand ni. Jadi berbaloi ke tidak? berbaloi dari segi harga, dari segi ketahanan tu kena tunggu lepas 1-3 tahun penggunaan dia macam mana nanti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akubahrain.com.my/2025/11/pengalaman-pakai-aircond-comfee.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Pilih Takaful Keluarga Paling Berbaloi Di Malaysia

Cara Pilih Takaful Keluarga Paling Berbaloi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 140 hits
Cara Pilih Takaful Keluarga Paling Berbaloi di Malaysia Ramai yang sedar tentang kepentingan takaful keluarga tetapi tidak semua tahu bagaimana cara memilih pelan yang paling sesuai dengan bajet dan keperluan Di Malaysia terdapat banyak pil...
Kejar Kesejahteraan Atau Terperangkap Dalam Kegelapan

Kejar Kesejahteraan Atau Terperangkap Dalam Kegelapan

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 159 hits
Manusia sering sibuk mengejar pelbagai perkara dalam hidup Namun di sebalik itu banyak yang tidur dengan hati yang hampa tubuh yang penat dan jiwa yang kosong Semua kelihatan ada tetapi tetap merasakan kekurangan Kebahagiaan adalah kekayaan...
Menjelang Pru16 Ketua Pembangkang Poster Boy Calon Pm Sama Atau Lain

Menjelang Pru16 Ketua Pembangkang Poster Boy Calon Pm Sama Atau Lain

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 154 hits
Mohsin AbdullahIn the good old days keadaannya straightforward Sekarang jawatan ketua pembangkang di Parlimen tidak sama dengan ketua pembangkang secara realitinya Tak ada angin tak ada ribut tup tup timbul spekulasi tempoh hari Hamzah Zain...
Berbaloi Tak Beli Motor Guna Spaylater Motorcycle

Berbaloi Tak Beli Motor Guna Spaylater Motorcycle

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 212 hits
Berbaloi Tak Beli Motor Guna SPayLater Motorcycle Ramai anak muda pekerja baharu dan rider penghantaran kini mula mencari alternatif pembiayaan motosikal yang lebih mudah berbanding pinjaman bank tradisional Kemunculan SPayLater Motorcycle ...
Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 233 hits
Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik Seperti yang kita semua tahu Malaysia adalah negara beriklim panas Kita tidak pernah mengalami musim sejuk kecuali mungkin ketika ribut hujan atau angin kencan...
Baru Dok Kira Kira Jadi Mb Sambung Lagi Boleh Pakai Roll Royce Duit Dah Banyak Dapat Negeri Hasil Top 5 Dalam Negara

Baru Dok Kira Kira Jadi Mb Sambung Lagi Boleh Pakai Roll Royce Duit Dah Banyak Dapat Negeri Hasil Top 5 Dalam Negara

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 187 hits
Che IbrahimAduhhhh ambo baru dok khayal nak merasa Padang Kota bawah pentadbiran Pas jambatan Pulau Pinang bertukar nama jadi Jambatan Kedah
Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen Tone Up Pakai Sunscreen Baru Glow Macam Sunshine

Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen Tone Up Pakai Sunscreen Baru Glow Macam Sunshine

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 188 hits
Kalau nak kulit kekal sihat dan glowing sunscreen ialah langkah paling penting dalam rutin penjagaan wajah Tak kira serum atau moisturizer mahal mana pun semuanya tak akan berkesan kalau kulit tak dilindungi daripada sinar UV Pilihlah sunsc...
Redakan Sakit Urat Atau Urid Acid Bagi Mengelakkan Gout

Redakan Sakit Urat Atau Urid Acid Bagi Mengelakkan Gout

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 144 hits
Redakan Sakit Urat Atau Urid Acid Bagi Mengelakkan Gout dengan sayur sayuran1 Timun Timun kaya air dan bersifat diuretik semula jadi Membantu tubuh membuang asid urik melalui air kencing Ia juga menyejukkan badan dan mencegah dehidrasi2 Kub...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Attention

Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan

Warm Hearted Holiday Home Decorating And Sanitation Strategies


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cucur Cendawan Enoki Rangup Ketagih Resipi Mudah Tapi Padu

Mata Wang Kripto Uniswap Hari Ini Berpotensi Untuk Meneruskan Kecenderungan Menurun

Mabuk Kerongsang

Ucapan Maaf Mohon Halalkan Segala Kebaikan

Permohonan Bazar Ramadan Syawal Kl 2026

Memahami Perbezaan Jaminan Dan Cagaran Dalam Pinjaman