Makan Di Mukmin Ikan Bakar Alai


Assalamualaikum...
Sambungan dari EXPLORACE - KOSONGKAN KAMSIS
Dari Nilai, kami masuk balik ke lebuhraya. Pak Inche asyik tanya nak makan di mana? Kalau tanya dengan Sk, makan di R&R pun dah okey. Tak kisahlah sama ada nak makan di medan selera ataupun restoran makanan segera. Tapi, dah faham sangat dah, Pak Inche sebenarnya memancing ajak makan sesuatu yang istimewa. Disebabkan dah lama tak makan Nasi Lemak dan Ikan Bakar di Melaka, jadi semua sepakat untuk keluar plaza tol Ayer Keroh. Memandangkan bila Sk call Ikan Bakar Anjung Batu (yang selalu kami pergi tu) katanya tutup pada hari tersebut,Sk membuat carian Ikan Bakar di waze dan terjumpa Ikan Bakar Malim, haaa.. jomlah kita ubah selera

Sekali sampai di lokasi, sunyi dan sepi. Tutup jugaklah rupanya. Masih banyak lagi kedai makan yang tutup semasa PKPP ni rupanya. Jadi, kalau ada antara pembaca yang merancang perjalanan jauh dan punya penumpang yang jenis tak tahan lapar, silalah bawa banyak bekalan makanan. Macam kami ni, okey aje menahan lapar, hahahaha. Lalu Sk mengajak Pak Inche makan Ikan Bakar di Alai. Dah beberapa kali juga kami makan di Alai ni, di sana banyak pilihan kedai kan, jadi, ada harapan la nak makan di sana


Semasa berjalan ke kawasan kedai makan, kami dipelawa oleh beberapa anak muda untuk singgah di kedai mereka. Sk tengok papan tanda, Mukmin Ikan Bakar. Kelihatan bersih dengan meja yang beralas saprah berwarna coklat. Jadi, Sk ajak Pak Inche menerai makan di situ. Kesianlah pulak, mereka dah pelawa, kan. Kedai lain masih jarak beberapa meter lagi, Mukmin ni solo dekat kawasan parkir berhampiran bangunan surau dan tandas. Haaa, dalam gambar tu masa dah balik, kami sampai awal pukul 7, masih terang benderang lagi. 

Sk dan Pak Inche terus memilih seekor siakap, empat ekor sotong dan enam ekor udang. Kami minta siakap, udang dan dua ekor sotong dibakar kosong sahaja. Dua ekor sotong lagi kami minta buat goreng tepung. Lepas tu, Sk pergi cuci tangan, sampai di meja tengok Pak Inche baik punya balun nasi lemak bungkus. Ini macam, mana boleh jadi, lalu Sk pun join sekaki, hahaha
Suapan yang pertama, speechless


Sedap sangat nasi lemaknya tu. Kalau biasanya nasi lemak sambal di atas, tapi di Melaka ni nasi lemak sambal di bawah beralas daun pisang. Alamak, kenapa sambil taip boleh telan-telan ailio, haha. Serius sedap sangat walaupun cuma nasi lemak dengan sambal tumis kosong. Setiap bakul tu ada lima bungkus nasi lemak. Kami tiga orang makan dua bakul, adeh


Iman ni penyabar. Dia sejenis yang tak reti makan lauk tanpa nasi. Jadi, dia tunggu lauk sampai baru buka bungkusan nasi lemak. Masa ni Pak Inche dah makan dua bungkus, hihi
Mula-mula lauk goreng-goreng sampai, Sotong Goreng Tepung dan Kangkung Goreng Belacan
Memmmmmmang tidak mengecewakan. Tanpa menunggu hidangan bakar, kami terus makan tak toleh kiri kanan, hahaha. Tetiba sahaja, pinggan kangkung dan sotong dah kosong, kui kui. Maklumlah, tadi kami cuma makan di New Hollywood tu jer. Pak Inche pulak dah pekena Laksa di Bidor, Sk dan Iman cuma jamah jer sebab masa tu masih kenyang lagi nak makan laksa


Tak lama kemudian, hidangan bakar pun sampai. Itu dia, Udang Bakar, cukup dua ekor sorang, tak mahu tamak-tamak (sebenarnya nak jimat, hahaha). Supaya tidak mengerekot semasa dibakar, udang dicucuk dengan lidi. Sos cicah tu, air asam yang dikisar halus, sedap. 

Siakap Bakar. Ikan dibelah dua sebelum dibakar supaya cepat masak dan senang dimakan
Sedap sangat cicah dengan air asam tu. Oh, ya, boleh juga nak cicah kicap. Macam air asam tu jugak, cili telah dikisar halus bersama kicap, ada hirisan bawang juga, Iman kata sedap, Sk lupa nak terai


Sotong kalau dibakar memang secoet jer la dalam pinggan, kecuali kalau kita ambil berekor-ekor, haha. Yang suka sotong bakar ni Pak Inche aje, Sk lagi suka Sotong Goreng Tepung
Yang buat rasa sotong ni istimewanya tentulah bila dicicah dengan air asamnya

Jadi, jika anda merancang untuk makan nasi lemak dan ikan bakar di Melaka tapi keliru nak makan di mana, Sk cadangkan untuk anda ke Mukmin Ikan Bakar di Crystal Bay, Alai. Dia ada buka cawangan lain jugak di Melaka, lupa pulak dekat mana, pandai-pandailah ya anda cari, hahaha

.. Alhamdulillahhh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/06/makan-di-mukmin-seafood-alai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Sizzling Sotong Ikan Ala Thai Dan Nasi Goreng Daging Di Sharin Low Cyberjaya

Makan Sizzling Sotong Ikan Ala Thai Dan Nasi Goreng Daging Di Sharin Low Cyberjaya

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 600 hits
Makan di Sharin Low Cyberjaya agak menyegarkan namun mungkin sedikit berminyak Mata ku sudah mengantuk namun jari jemariku masih mahu berbicara Baiklah kali ini mahu Tedi kongsikan hal atau pengalaman makan malam di Restoran Sharin Low di C...
Cara Mudah Bakar Ikan Dan Resipi Air Asam Kerisik Mudah Dan Sedap

Cara Mudah Bakar Ikan Dan Resipi Air Asam Kerisik Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 722 hits
Cara Mudah Bakar Ikan Dan Resipi Air Asam Kerisik Siapa kata bila duduk rumah taman ni tak boleh bakar ikan Banyak caranya Antaranya adalah dengan menggunakan non stick pan pemanggang ajaib air fryer dan oven Semua tu memudahkan kerja Tapi ...
Taknak Ikan Patin Dah Jangan Risau Ada Lebih 20 Tempat Makan Menarik Yang Ada Di Temerloh

Taknak Ikan Patin Dah Jangan Risau Ada Lebih 20 Tempat Makan Menarik Yang Ada Di Temerloh

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 1052 hits
Jangan ingat di Temerloh hanya ada Ikan Patin masak tempoyak je tau Sebenarnya banyak je tempat makan menarik yang ada di sini kalau anda rasa nak cuba makanan lain selain masak tempoyak tersebut Meh tengok sini senarainya Biasa kalau orang...
Sambal Belacan Campur Perahan Limau Nipis Makan Dengan Nasi Lauk Ikan Goreng Nikmatnya

Sambal Belacan Campur Perahan Limau Nipis Makan Dengan Nasi Lauk Ikan Goreng Nikmatnya

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 731 hits
Kalau dah namanya orang Malaysia makan nasi kalau tak ada sambal belacan macam tak lengkap Walaupun ringkas tapi ia jadi penambat selera Sampai boleh bertambah tambah makan nasi Ada satu resipi sambal belacan yang menarik Buat pun mudah tap...
Makan Malam Dengan Ikan Selar Masak Kicap Dan Buncis Goreng Telur

Makan Malam Dengan Ikan Selar Masak Kicap Dan Buncis Goreng Telur

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 671 hits
Makan malam yang ringkas tapi semua perut kenyang Lauk apa tu Makan Malam Dengan Ikan Selar Masak Kicap Dan Buncis Goreng Telur Lepas makan semua bersandar Masak simple macam ni my family memang suka Saya pulak dah bosan asyik makan lauk ay...
Resipi Laksam Guna Pinggan Ikea Confirm Jadi Makan Dengan Kuah Putih Ikan Pekat Sedap

Resipi Laksam Guna Pinggan Ikea Confirm Jadi Makan Dengan Kuah Putih Ikan Pekat Sedap

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 745 hits
Sedap betul makan laksam dengan kuah putih yang pekat ditambah pula dengan sedikit cili boh Memang bertambah tambah Tapi yang menjadikan makanan ini sedikit susah nak sediakan bila masuk part penyediaan laksam itu sendiri Tak kena cara mema...
Resepi Perencah Pes Ikan Bakar Versi Terengganu

Resepi Perencah Pes Ikan Bakar Versi Terengganu

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 607 hits
Bahan Bahan Untuk Pes Chili10 tangkai cili merah 15 tangkai cili kering 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 2 inc halia 5 batang serai 2 inc belacan bakarGula melaka 1 sudu besar Gula secukup rasaGaram secukup rasaCara Cara Panaskan min...
Masak Lemak Ikan Talapia Belimbing Sambal Mangga Ikan Buat Bertambah Makan

Masak Lemak Ikan Talapia Belimbing Sambal Mangga Ikan Buat Bertambah Makan

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 631 hits
Bila lama tak dapat balik ke kampung mulalah merindui lauk pauk kampung Biasanya menu yang simple sering menjadi tarikan untuk menikmatinya Tak cukup sepinggan dibuatnya Bahan bahan pun mudah didapati Masak Lemak Ikan Talapia BelimbingBahan...
Walaupun Sedap Ikan Namun Ikan Masin Ini Tidak Boleh Kerap Di Makan Kena Hati Hati Ye

Walaupun Sedap Ikan Namun Ikan Masin Ini Tidak Boleh Kerap Di Makan Kena Hati Hati Ye

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 581 hits
Walaupun Sedap Ikan Namun Ikan Masin Ini Tidak Boleh Kerap Di Makan Kena Hati hati YeSiapa suka makan ikan masin kita geng Saya antara salah seorang peminat ikan masin Kalau ada ikan masin makan nasi pun boleh bertambah tambah Tetapi ianya ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba