Taklimat Dan Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu


 
17 Februari 2025 - Isnin (18 Syaaban 1446H)

PEMBUKA KATA DARI PIHAK SEKOLAH:
Tahniah dan syabas di ucapkan kerana telah memilih SMK ini untuk anak-anak meneruskan pembelajaran. Kami, guru-guru akan sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk kejayaan pelajar di sini

DOA:
'Ya! Allah, Ya! Rahman, Ya! Rahim.. Kami merafak rasa kesyukuran kepadaMU kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri program pendaftaran tingkatan satu Tahun 2025 pada hari ini. Ya! Allah, Ya! Tuhan kami, sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranamu Ya!Allah. jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang dirahmati dan selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi serta janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini dan mereka yang bersama kami kebinasaan dan menyingkirkan kami dari memperoleh rahmatMU'. Aamiin.


Sesi taklimat dan pendaftaran pelajar tingkat satu bagi Tahun 2025 telah diadakan di SMK di sini. Beberapa perkara penting dan sedikit gambaran berkaitan SMK di sini

MINGGU PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN:Pihak sekolah telah menyusun aktiviti pada minggu pertama persekolahan. Pada minggu pertama tiada PDPC dijalankan sebaliknya beberapa aktivit akan dibuat seperti:18 Februari 2025 (Selasa) - sesi ceramah dan aktiviti panitia.19 Februari 2025 (Rabu) - mengenal trek merentas desa - pakai baju sukan.20 Februari 2025 (Khamis) - Pendaftaran Kokurikulum mengikut kelab. Mesyuarat Agung dan Sambutan Hari Lahir buat pelajar yang lahir pada bulan Januari - April 2025.21 Februari 2025 (Jumaat) - Hari Merentas Desa. Semua murid sesi petang akan hadir ke sesi pagi. Hadir sebelum pukul 7:20 pagi dengan berpakaian baju sukan sekolah.Rumah sukan akan dimaklumkan kepada semua pelajar dan tiada baju mengikut warna sukan.Jadual kelas: PDPC akan bermula pada 24 Februari 2025 (Isnin).
Anak-anak tingkatan satu yang akan memasuki alam remaja dari zaman kanak-kanak
Bilangan pelajar yang mendaftar di SMK seramai 299 orang (lelaki: 158 orang, ,perempuan: 141 orang), manakala pelajar tingkatan dua seramai 279 orang. Dengan kekuatan guru sesi petang seramai 27 orang (seorang guru akan mengawal lebih kurang 20 orang murid). Satu cabaran buat kita (guru dan ibubapa) untuk menjaga mereka supaya mereka berada di jalan yang betul

WAKTU PERSEKOLAHAN SESI PETANG:Hari Isnin hingga Khamis, sesi akan bermula mulai jam 1:10 petang hingga 6:40 petang. Para pelajar perlu sampai sebelum pukul 12:50 tengahari. Berkumpul di kantin sekolah sambil membaca Al-Ma'thurat. Tidak berkumpul di dewan sekolah untuk mengelak dari bising dan mengganggu kelas.Perhimpunan setiap hari Isnin akan habis lewat sedikit. Solusinya ibu bapa bersabarlah menunggu anak-anak di luar sekolah.Hari Jumaat untuk pelajar lelaki, seusai solat Jumaat terus masuk sekolah, anggaran jam 1:55 petang kerana pada hari Jumaat kelas bermula pada jam dua petang.Waktu Kokurikulum pada hari Rabu bermula 10:00 pagi hingga 01:00 tengahari dan tidak dibenarkan balik selepas itu, perlu berkumpul di kantin sekolah.Jadual pada bulan puasa, balik jam 5:30 petang. 'Sebenarnya bukan murid yang kena balik awal tapi cikgu yang nak kena masak. Budak ni dia balik, dia tunggu nak makan je. Cikgulah yang kelam-kabut sikit'.
PAKAIAN SEKOLAH:Seperti sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan berkaitan pemakaian yang sesuai dengan keadaan cuaca. Walau bagaimana pun, pihak sekolah amat berharap semua pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah:Hari Isnin - pakaian lengkap seragam sekolah (ada sesi perhimpunan rasmi)Hari Rabu - baju Kokurikulum {set A tau set B). Jika tiada baju Koku, pakai baju sukan sekolah dan tracksuit.Kasut Hitam sama seperti di sekolah rendah.
KESELAMATAN:Sekiranya pelajar datang menaiki motor, walaupun mereka tidak mempunyai lesen, mohon ibu bapa dapat menasihatkan anak-anak supaya memakai topi keledar. Kita sudah ada kejadian kehilangan dua orang pelajar sekolah pada tahun lepas dalam sekelip mata.Motorsikal tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah dan perlu diletakkan di tempat yang dikhaskan di luar sekolah. Sekiranya pelajar membawa basikal, mereka akan turun di pintu pagar dan menyorong basikal ke tempat letak basikal di dalam kawasan sekolah.Bagi pelajar berkeperluan khas [ada pelajar sakit kanser, sakit tulang belakang, sakit saraf], mohon maklumkan kepada guru kelas supaya kelas mereka akan diletakkan di aras bawah. Ibu bapa dibenarkan menghantar anak masuk ke dalam kawasan sekolah.
WAKTU SOLAT ZOHOR DAN ASAR:
Bagi waktu solat Zohor, akan dilakukan secara bergilir. Ketika semua pelajar perempuan rehat, pelajar lelaki akan solat dahulu dan begitulah sebaliknya.Bagi waktu Asar, solat akan dibuat secara serentak sebelum balik. Semua pelajar akan turun untuk solat dan selepas solat, semua boleh terus balik.Pukul 6:20 petang baru semua pelajar akan turun untuk mengerjakan solat Asar. Pihak sekolah tidak mahu anak-anak turun naik tangga; 'ada pelajar ni tak reti berjalan, dia mesti nak berlari'. Bimbang mereka berlari dan takut tersadung, jadi untuk meminimumkan mereka turun naik, solat Asar pada jam 6:20, keadaan cuaca tak panas dan sangat tenang.
DISIPLIN:Walau nampak ringan, murid tak perlu menyerahkan sijil cuti sakit, ibubapa boleh maklumkan kepada guru kelas melalui whatapps tetapi pihak sekolah mohon janganlah diberikan keringanan sangat, sikit-sikit tak datang sekolah, sikit-sikit cuti. Ini bagi mengelakkan kadar ponteng yang tinggi di kalangan pelajar.Jika betul-betul ada urusan atau sakit, bolehlah dikecualikan hadir. Pihak sekolah berharap mereka ini tidak ketinggalan dalam pelajaran sebab mengikut takwim bagi sesi 2025 ini sangat padat dan pendek kerana sesi persekolahan bagi Tahun 2026 akan bermula pada bulan Januari. Semua guru akan mengajar secara ekspres untuk menghabiskan silibus.Pihak sekolah berharap kehadiran pelajar ke sekolah akan dapat dititikberatkan oleh ibubapa.
MATA PELAJARAN YANG AKAN DIPELAJARI:Subjek Teras: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Sejarah dan Geografi.Subjek Wajib: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual (PSV).Subjek Elektif: Rekabentuk dan Cipta (RBT) (tiada pilihan).
KAEDAH PEMBELAJARAN:
Kurikulum menggunakan kaedah PBD (Pentaksiran Bilik Darjah).Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun.Sistem Pentaksiran Berterusan yang bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh. Tidak hanya berdasarkan pada peperiksaan sahaja.Dari kaedah pentaksiran itu, kita ada pemerhatian, penulisan dan lisan melalui kerja projek, kuiz pembentangan dan lain-lain aktiviti pembelajaran. Kita tidak akan menggunakan sistem hanya berpaksikan sistem peperiksaan sahaja.Cara penilaian berdasarkan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Pentingnya hadir untuk Kokurikulum kerana ini adalah arahan KPM. 
AKHIR KATA:Dengan komitmen dari ibu bapa yang hadir, semoga sokongan dan kerjasama yang diberikan akan berterusan untuk semua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kerjasama sebegini menunjukkan betapa ibu bapa memahami dan menghayati kepentingan pendidikan dalam kehidupan anak-anak. Juga memberikan petanda yang baik bahawa kejayaan dalam bidang pelajaran tidak hanya bergantung kepada guru semata-mata, sebaliknya permuafakatan antara ibu bapa dan semua guru yang dapat membantu kejayaan anak-anak pada masa akan datang

Para pelajar bukan sahaja datang sekolah untuk belajar tetapi untuk didikan sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berguna dan berakhlak mulia. Sistem pendidikan kita pada masa kini semakin dinamik dan progresif serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan seiring dengan peredaran zaman.


@RemajaPurba: Bekalkan air minuman secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizamia3.blogspot.com/2025/02/taklimat-dan-pendaftaran-pelajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Rebah Ketika Merentas Desa

Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Rebah Ketika Merentas Desa

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 129 hits
Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa pada pagi tadi Dalam kejadian kira kira pukul 10 45 pagi itu pelajar terbabit Muhammad Haziq Uzayr Hairuddi...
Pelajar Tingkatan Enam Maut Kereta Jatuh Gaung

Pelajar Tingkatan Enam Maut Kereta Jatuh Gaung

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 729 hits
KOTA TINGGI 28 Feb Seorang pelajar perempuan tingkatan enam maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terjatuh dalam gaung di Kilometer 32 Jalan Lok Heng Mawai di sini petang semalam Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Oth...
Pelajar Tingkatan Lima Hidap Leukemia Saya Sedih Tak Dapat Ke Sekolah

Pelajar Tingkatan Lima Hidap Leukemia Saya Sedih Tak Dapat Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 121 hits
Pelajar tingkatan lima hidap leukemia Saya sedih tak dapat ke sekolah Ketika rakan rakan seusia sedang bergelut belajar membuat persiapan menghadapi peperiksaan SPM lain cerita pula dengan Nurul Syuhadah Ab Rahman Pelajar Tingkatan Lima Hid...
Buku Program Pendaftaran Tingkatan 1 2020

Buku Program Pendaftaran Tingkatan 1 2020

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 103 hits
Mesti ada rakan guru yang menjadi ahli jawatan kuasa buku program untuk Pendaftaran Tingkatan 1 2020 ni kan Hari ini akak nak berkongsi Buku Program Pendaftaran Tingkatan 1 2020 dalam bentuk PDF Selamat menggalas tugas sebagai AJK Buku Prog...
Manipulasi Fakta Oleh Shahidan Kassim Satu Taktik Politik Usang

Manipulasi Fakta Oleh Shahidan Kassim Satu Taktik Politik Usang

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 140 hits
Zuwairi Md YusofAhli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim baru baru ini mendakwa bahawa kos lawatan kerajaan Madani mencecah RM44 juta dalam tempoh setahun jauh lebih tinggi berbanding RM44 juta yang dibelanjakan sepanjang lima tahun er...
Satu Satunya Ketua Negara Diberi Penghormatan Berucap Di Persidangan Dialog Intra Islamik Sarjana Islam

Satu Satunya Ketua Negara Diberi Penghormatan Berucap Di Persidangan Dialog Intra Islamik Sarjana Islam

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 118 hits
Diberi penghormatan sebagai satu satunya ketua negara bagi menyampaikan ucapan dan berkongsi pandangan bersama para ulama serta sarjana Islam di Persidangan Dialog Intra Islamik Platform ini dimanfaatkan dalam menggesa agar kumpulan ini ber...
Apabila Sungai Gombak Dan Klang Bercantum Ia Membentuk Salah Satu Lokasi Paling Ikonik Di Bandar

Apabila Sungai Gombak Dan Klang Bercantum Ia Membentuk Salah Satu Lokasi Paling Ikonik Di Bandar

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 116 hits
Apabila Sungai Gombak dan Sungai Klang bertemu ia mencipta salah satu kawasan tepi laut yang paling ikonik di bandar ini dipancarkan oleh pertunjukan cahaya yang memukau dan menawarkan pemandangan menakjubkan masjid tertua di Kuala Lumpur T...
Satu Hari Yang Penuh Dengan Dugaan Hidup

Satu Hari Yang Penuh Dengan Dugaan Hidup

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 121 hits
Sejujurnya aku sedang menaip entry ini sambil mendengar lagu lagu galau dan ditemani dengan alunan air hujan Tiber haha Korang tahu tak hari ini adalah hari yang terpaling banyak dugaan untuk aku dari pagi sampailah ke petang Awal pagi tadi...
Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Designing With Heart Eurisko S Ui Ux Touch Transforms Lebanon

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Jualan Mega Gatti Sports Rawang Barangan Sukan Berkualiti Dengan Diskaun Hebat

Lelaki Ditetak Di Pusat Beli Belah

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

High Court Strikes Out Suhaili S Lawsuit Against Bersatu Labuan Seat In Jeopardy