Takiyuddin Pertahan Gelar Anwar Bekas Banduan


Haspaizi ZainDiterbitkan Hari ini 9:01 pagi

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mempertahankan tindakannya menggelarkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai bekas banduan.

Takiyuddin menyarankan pihak yang menggesanya memohon maaf berhubung kenyataannya itu menyemak fakta kes mahkamah yang melibatkan Anwar.

"Saya (bercakap) berdasarkan fakta dan (saya) minta orang yang menyeru saya supaya minta maaf itu agar semak pada fakta dan undang-undang, sebab kes ini adalah diputuskan di mahkamah.

"Dan negara kita ada undang-undang yang jelas mengenai kedudukan orang yang disabitkan oleh mahkamah, dia kena semaklah.

"Saya sudah semak, kalau tak, saya tak sebutlah," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa sempena sambutan ulang tahun Umno ke-73 di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ditanya sama ada beliau benar-benar pasti dengan kenyataannya itu, Takiyuddin secara ringkas berkata: "Ya, saya sudah amat pasti".

Perlekeh pengampunan diraja

Ketika berucap pada kempen PRK Sandakan Rabu lalu, Takiyuddin mempersoalkan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Anwar sebagai bakal perdana menteri.

Jelas Takiyuddin, pensabitan kesalahan ke atas Anwar dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dan tidak lagi boleh dipersoalkan.

Takiyuddin merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan tidak bersalah Anwar dalam kes liwat II oleh Mahkamah Tinggi.

Presiden PKR itu dihukum penjara lima tahun pada 2015.

Bagaimanapun, selepas pertukaran kerajaan pusat melalui kemenangan PH pada pilihan raya umum tahun lalu, Anwar mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

Kenyataan Takiyuddin itu mengundang kritikan pemimpin PH yang menyifatkan ia sebagai memperlekeh pengampunan Yang di-Pertuan Agong terhadap Anwar, selain menggesa agar pemimpin PAS itu memohon maaf.

Mengulas isu sama di Twitter, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar sudah membersihkan rekod jenayah pemimpin PKR itu.

Lim juga menyifatkan kenyataan Takiyuddin sebagai "melawan" keputusan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V.

"Anwar bukanlah banduan lagi. Takkan seorang peguam tak faham (perkara ini).

"Siapa yg lawan raja sekarang? PAS hanya nak aibkan dan fitnahkan yang tak bersalah," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/takiyuddin-pertahan-gelar-anwar-bekas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Bekas Banduan Takiyuddin Minta Pihak Tidak Puas Hati Semak Fakta Kes Mahkamah

Anwar Bekas Banduan Takiyuddin Minta Pihak Tidak Puas Hati Semak Fakta Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 448 hits
Setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan meminta pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataanya menggelar presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai bekas banduan supaya menyemak fakta kes mahkamah Sambil mempertahankan kenyataannya sebelum ini Tak...
Anwar Bukan Bekas Banduan Pas Jangan Biadap

Anwar Bukan Bekas Banduan Pas Jangan Biadap

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 385 hits
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana status beliau sebagai bekas banduan adalah biadab dan cel...
Pas Biadab Kata Anwar Bekas Banduan

Pas Biadab Kata Anwar Bekas Banduan

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 403 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana status beliau sebagai bekas banduan adalah biadab dan celuparTimbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fa...
Isu Bekas Banduan Pkr Panik Jika Rakyat Tolak Anwar

Isu Bekas Banduan Pkr Panik Jika Rakyat Tolak Anwar

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 456 hits
PKR dilihat bukan sahaja tidak senang duduk malah mulai panik apabila Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan menyentuh status Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bekas banduan baru baru ini Ketua Pemuda Umno Bahagian Machang...
Anwar Terima Kunjungan Bekas Pm Ethiopia

Anwar Terima Kunjungan Bekas Pm Ethiopia

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 434 hits
Menerima kunjungan mantan Presiden Nigeria Olusegun Obasanjo mantan Perdana Menteri Ethiopia Hailemariam Desalegn dan Greg Mills di pejabat tengahari tadi Antara topik yang dibincangkan ialah mengenai isu isu semasa negara dan umat
Pemuda Pkr Takiyuddin Perlekeh Pengampunan Agong Pada Anwar

Pemuda Pkr Takiyuddin Perlekeh Pengampunan Agong Pada Anwar

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 300 hits
News Diterbitkan Hari ini 9 18 pagiPemuda PKR hari ini menggesa Setiausaha Agong PAS Takiyuddin Hassan menarik balik dakwaan dan memohon maaf secara terbuka kerana menggelar Anwar Ibrahim sebagai seorang banduan Kata ketuanya Akmal Nasrulla...
Why Takiyuddin Is Not Arrested For Insulting The Ex Agong And Calling Anwar A Ex Convict

Why Takiyuddin Is Not Arrested For Insulting The Ex Agong And Calling Anwar A Ex Convict

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 449 hits
Takiyuddin Hassan who is PAS Secretary General and MP for Kota Bharu had somewhat insulted the ex Agong who is the Kelantan Ruler when he questioned the full pardon granted to Anwar Ibrahim last year and Takiyuddin continues to insult Anwar...
Bang Non Bekas Banduan Atau Bakal Pm Kelapan

Bang Non Bekas Banduan Atau Bakal Pm Kelapan

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 533 hits
Status Anwar Bekas Banduan Atau Tidak Apabila Takiyuddin bertanyakan Apabila Takiyuddin bertanyakan Layak ke bekas banduan untuk jadi pemimpin rakyat Ramai yang melompat Pemuda Amanah Pemuda PKR dan juga Menteri Luar Saifuddin Abdullah Pemu...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Mak Ajar Resipi Mi Udang Penang Mudah Sedap Tak Terkata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa