Takiyuddin Memoir Thomas Karut Menghina



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan menyifatkan buku memoir bekas peguam negara Tommy Thomas “My Story: Justice in the Wilderness” sebagai ‘karut dan menghina’.
“Setelah meneliti kandungan dan intipati buku tersebut secara tekun, saya turut terkesan dan merasakan banyak aspek dalam buku tersebut yang ‘karut’ terutama sekali yang menyentuh soal akauntabiliti, ketelusan dan keadilan pegawai undang-undang yang bertugas di jabatan peguam negara (AGC) dan juga di mahkamah di seluruh pelusuk negara.
“Sebagai seorang bekas pegawai undang-undang di mahkamah ketika permulaan kerjaya saya dalam bidang perundangan di tahun 1980an dulu dan juga ahli persatuan pegawai perkhidmatan kehakiman dan undang-undang (Jalsoa), saya amat percaya bahawa setiap pegawai undang-undang yang berkhidmat akan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip utama undang-undang.
“Dengan berpegang kepada prinsip tersebut, kita akan sentiasa bertindak dalam ruang lingkup undang-undang, bebas dari sebarang pengaruh, dorongan, tekanan, ancaman atau gangguan, sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada mana-mana pihak yang menjurus ke arah menjejaskan integriti dan tugasan pegawai undang-undang,” katanya pada satu kenyataan media hari ini.
Buku Thomas menerima kritikan setelah didakwa mendedahkan krisis dalaman yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta bagaimana sistem perundangan negara beroperasi.
Pihak berkuasa kini menyiasat Thomas atas tuduhan menghina susulan laporan polis yang dikemukakan oleh bekas peguam cara III Mohamad Hanafiah Zakaria dan bekas peguam negara Apandi Ali.

Meskipun Peguam Negara Idris Harun menyifatkan memoirnya tersebut sebagai menghina institusi perundangan, Thomas memilih untuk berdiam diri selepas berdepan kritikan tersebut.
Sementara itu, Takiyuddin juga berpandangan buku memoir itu jelas menjerumus kepada unsur penghinaan yang bakal menjatuhkan integriti institusi perundangan negara.
“Justeru saya berpandangan penulisan buku tersebut jelas menjurus kepada unsur ‘penghinaan’ serta bersifat “mala fide” yang berkesan akibatnya telah menjatuhkan integriti serta maruah institusi perundangan negara amnya dan pegawai-pegawai undang-undang khasnya,” katanya.
Tambahnya, Jabatan Peguam Negara dan mahkamah adalah institusi kehakiman yang terbuka untuk pendapat, cadangan dan kritikan yang membina.
“Adalah amat jelas pada umumnya AGC dan mahkamah merupakan institusi perundangan yang sentiasa bersikap terbuka serta menerima baik segala pandangan dan cadangan dari dalam dan luar mahupun kritikan yang membina. Inilah sikap kita yang menghormati prinsip kebebasan asasi yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan.
“Kita anggap teguran yang membina itu boleh meningkatkan lagi kualiti pelaksanaan tugas-tugas kehakiman dan perundangan dalam kalangan pegawai-pegawai kita.
“Walau bagaimanapun, teguran tersebut hendaklah dibuat dengan niat ikhlas dan budi bahasa serta tanggungjawab yang tidak membatasi hak undang-undang,” jelasnya.
Selain itu, Takiyuddin juga menambah, dia percaya proses keadilan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa sokongan pengamal undang-undang di Jabatan Peguam Negara, di mahkamah serta sektor swasta.
“Integrasi serta kerjasama ketiga-tiga sektor ini mampu memastikan undang-undang dan keadilan dapat ditegakkan dalam masyarakat kita.
“Saya turut yakin kebolehan, komitmen, dedikasi, kemahiran serta kejujuran pegawai-pegawai undang-undang di AGC dan di mahkamah tidak boleh dipersoalkan sama sekali.
“Justeru itu saya memberi jaminan pihak kerajaan akan sentiasa memerhatikan dan bertindak mengikut undang-undang terhadap sebarang usaha memperkecilkan badan perundangan dan kehakiman serta pegawai- pegawainya,” katanya lagi.

The post Takiyuddin: Memoir Thomas ‘karut, menghina’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/06/takiyuddin-memoir-thomas-karut-menghina/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=takiyuddin-memoir-thomas-karut-menghina

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Thomas Memoir A Tragedy Of Generalisation But Does Not Warrant Ban Says Anwar

Thomas Memoir A Tragedy Of Generalisation But Does Not Warrant Ban Says Anwar

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 311 hits
PETALING JAYA The controversial memoir by Tan Sri Tommy Thomas is a tragedy of generalisation but it should not be banned as it is the former attorney general s right to exercise his freedom of expression says Opposition leader Datuk Seri A...
Ulasan Menarik Buku Memoir Tommy Thomas Oleh Dr Mohamed Hadi Ah

Ulasan Menarik Buku Memoir Tommy Thomas Oleh Dr Mohamed Hadi Ah

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 279 hits
DR MOHAMED HADI AHAda banyak cerita menarik bertaraf first hand information yang Tommy Thomas kongsikan dalam memoir beliau Paling meletihkan selaku Peguam Negara ialah menyelesaikan masalah 1MDB SRC Equanimity dan rangkaiannya kerana isu i...
Penerbit Memoir Bekas Ag Akan Saman Pihak Yang Kongsi Salinan Pdf Buku Tommy Thomas

Penerbit Memoir Bekas Ag Akan Saman Pihak Yang Kongsi Salinan Pdf Buku Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 186 hits
nbsp PETALING JAYA Penerbit memoir bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mengugut akan mengambil tindakan undang undang terhadap mana mana individu yang berkongsi salinan cetak rompak PDF buku itu dalam talian GB Gerakbudaya dalam kenyat...
Ulasan Dan Pulasan Memoir Tan Sri Tommy Thomas

Ulasan Dan Pulasan Memoir Tan Sri Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 160 hits
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF Ada banyak cerita menarik bertaraf first hand information yang TT kongsikan dalam memoir beliau Paling meletihkan selaku Peguam Negara ialah menyelesaikan masalah 1MDB SRC Equanimity dan rangkaiannya kerana isu isu ...
Rafidah Pertahan Memoir Tommy Thomas Berbeza Pandangan Bukan Satu Kesalahan

Rafidah Pertahan Memoir Tommy Thomas Berbeza Pandangan Bukan Satu Kesalahan

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 153 hits
February 9 2021 Memiliki pandangan yang berbeza daripada yang digambarkan dalam buku memoir yang diterbitkan bukan alasan untuk mengharamkan buku itu kata bekas menteri Rafidah Aziz Membidas pihak yang menggesa agar buku memoir bekas peguam...
Memoir Thomas Azalina Gesa Peranan Ag Dan Pendakwa Raya Dipisahkan

Memoir Thomas Azalina Gesa Peranan Ag Dan Pendakwa Raya Dipisahkan

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 165 hits
BernamaAzalina berkata terdapat keperluan mendesak dalam menjamin bahawa kuasa AG dilaksanakan secara bertanggungjawab dan bebas Gambar fail KUALA LUMPUR Peguam Negara tidak seharusnya turut berperanan sebagai Pendakwa Raya kata Timbalan Sp...
Tommy Thomas Salah Tafsir Perlembagaan Kata Peguam

Tommy Thomas Salah Tafsir Perlembagaan Kata Peguam

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 221 hits
Seorang peguam dari Majlis Peguam Selangor menepis dakwaan bekas peguam negara Tommy Thomas yang peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri tahun lalu tidak bermakna kerajaan akan tumbang secara automatik Muhammad Rafique...
Now Tommy Thomas Accused Of Sub Judice

Now Tommy Thomas Accused Of Sub Judice

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 222 hits
Baljit Singh Sidhu said Tommy Thomas had written about his client s case when the matter was still before the Federal Court PETALING JAYA Former attorney general Tommy Thomas who is already facing a lawsuit and was said to be misinformed is...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun