Take Your Time
Ada orang ambil masa sekejap untuk bangun apabila sesuau tak best berlaku, ada pula yang ambil masa lama … Bagi aku, tak apa, terpulang pada individu ….
Ada orang, hanya benarkan 2 minit untuk berasa sedih, ada dua hari, ada bertahun, bagi saya, orang berbeza dalam ketahanan mental dan fizikalnya , maka, ada yang akan ambil masa yang lama sangat untuk baik …
Tapi, dalam masa bersedih, jangan berhenti untuk cuba melupakan kesedihan tu, sama ada bersenam, berjalan, berborak, dan buat apa sahaja untuk menghilangkan kesedihan itu …
Allah ada, tuhan ada, jadi teruskan berjalan, teruskan usaha, teruskan untuk memperbaiki diri dan kehidupan …
Jangan diikutkan sangat perasaan sedih dan kecewa tu , banyak lagi perkara di dunia ni yang boleh ditumpukan … perlu tanya diri, apa yang diri sendiri nak? Senaraikan, dan mulakan usaha untuk mendaptkannya, walau sesusah mana pun ia, buat. Tak a step at a time, stop sekejap bila penat, tapi mesti teruskan jalan, tengok balik apa impian diri sendiri … Sebab itu ada orang dia buat vision board untuk dia remind diri sendiri apa yang diri perlukan …
Ada kata-kata yang pernah saya baca, yang mana akhirnya, dalam apa jua keadaan, ia mengajar untuk bergantung pada diri sendiri, unutk percaya pada diri sendiri, untuk mencari kegembiraan dari dalam diri sendiri … Jika kita mengharap pada orang lain untuk mendapatkan kegembiraan, maka sampai bila-bila kita susah untuk berpuas hati dengan kegembiraan yang kita ada…
p/s - Jangan lupa buat awak punya vision board ... Ia tak perlu sempurna, buat sahaja, lakarkan, atau tampal apa impian anda ... dan tengok hari-hari ... ia sebagai peringatan apa yang awak nak kecapi, so in case, something make you feel down, board ini akan jadi reminder, peringatan tentang apa yang anda ingin kecapi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://tanam-anggur.blogspot.com/2019/08/take-your-time.html