Takat Sembang Hasut Keluar Fatwa Donia Punya Lebai




Zainuddin Omar







 Hadi pandai cakap sahaja tetapi apa dia buat semasa dia menjadi Duta Khas Timur Tengah? 


Adakah dia nak sindir keluarga Nadir dan pertolongan PMX membawa mereka dari Gaza ke Malaysia? 


Talk is cheap kata orang Muar. 
***************


Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengkritik negara-negara yang memudahkan rakyat Palestin yang mahu melarikan diri dari Gaza.


Dalam catatan Minda Presidennya semalam, Abdul Hadi tidak menamakan secara khusus negara tersebut namun menyifatkan mereka sebagai "mengikut agenda Israel dan Barat".


Dia turut menyifatkan rakyat Palestin yang meninggalkan negara itu dan Gaza sebagai tidak berprinsip.


"Rakyat Palestin yang menyokong kumpulan Islam Hamas terus bertahan di Gaza walaupun mereka dibelasah habis-habisan sehingga ramai yang telah gugur syahid.


"Mereka tetap bertahan tidak mahu keluar dari Palestin dan Gaza yang dikepung, walaupun telah disediakan kemudahan keluar untuk menyelamatkan diri oleh beberapa pihak.


"Hanya kalangan yang tidak berprinsip sahaja akan keluar meninggalkan Palestin dan Gaza," katanya yang juga ahli parlimen Marang.


Selain itu, Abdul Hadi turut mengkritik negara-negara yang menyokong penyelesaian dua negara untuk Palestin dan Israel, termasuk kerajaan Malaysia.


"Pendirian PAS bersama kerajaan, parti dan NGO menyokong perjuangan Palestin menentang kezaliman Zionis dengan istiqamah.


"Namun, PAS berbeza dengan pihak yang lain kerana PAS menolak penyelesaian dua negara yang disokong oleh kerajaan PH kini yang bersama Barat mendukung penyelesaian dua negara tersebut dan menyokong Palestin secara ‘dibelah-bahagi’," katanya lagi.


Untuk rekod, pentadbiran-pentadbiran Malaysia yang terdahulu turut menyokong penyelesaian dua negara bagi menamatkan konflik yang berpanjangan tersebut.


Ini termasuklah pada 2021 ketika pentadbiran negara dipimpin PN, di mana PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan.


‘Wanita, kanak-kanak dibolehkan keluar’


Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan membantu membawa keluarga CEO Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman untuk meninggalkan Gaza dan pulang ke Malaysia.


Menurut laporan Sinar Harian pada 13 April lalu, isteri Nadir - seorang warga Palestin - dan anak-anak mereka berada di Gaza selama enam bulan sejak konflik antara Israel dan Palestin tercetus pada Oktober lalu.


Keluarga Nadir bersama Anwar
Nadir berkata keluarganya pada mulanya bertahan di sana namun memutuskan untuk meninggalkan Gaza selepas anak bongsunya mula mengalami komplikasi pernafasan.


Menurut laporan itu lagi, Nadir berkata dia menghubungi beberapa ulama di Palestin dan Malaysia bagi mendapatkan pandangan berkenaan hukum meninggalkan medan perang di Gaza.


Katanya, dia menerima jawapan yang sama iaitu wanita dan kanak-kanak dibolehkan keluar selagi ada niat untuk kembali di sana apabila keadaan mengizinkan.


“Kami beristikharah dan bertawakal, perjuangan tidak akan berakhir tetapi tetap diteruskan walaupun tidak berada di sana,” katanya lagi, seperti dipetik.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/takat-sembang-hasut-keluar-fatwa-donia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Oleh Zunar Pemuda Pas Tidak Punya Keupayaan Intelektual

Kenyataan Media Oleh Zunar Pemuda Pas Tidak Punya Keupayaan Intelektual

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 288 hits
LUKISAN SATIRA KARYA ZUNAR MENIMBULKAN FOBIA KEPADA PEMUDA PAS Saya tidak akan melayan tindakan oleh Pemuda Pas Kelantan kerana mereka tidak ada keupayaan untuk berfikir secara intelektual Kerana itu mereka tidak memahami karya2 kartun sati...
Video Blak Blakan Todung Tim 03 Yakin Mk Punya Keberanian Tak Happy Sama Sri Mulyani

Video Blak Blakan Todung Tim 03 Yakin Mk Punya Keberanian Tak Happy Sama Sri Mulyani

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 281 hits
Tim Hukum pasangan Ganjar Pranowo Mahfud MD resmi menyerahkan kesimpulan Sengketa Pilpres 2024 ke Mahkamah Konstitusi
Ditangkap Begini Penampakan Sopir Fortuner Ugal Ugalan Punya Title Insinyur Tapi Palsukan Pelat Tni

Ditangkap Begini Penampakan Sopir Fortuner Ugal Ugalan Punya Title Insinyur Tapi Palsukan Pelat Tni

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 152 hits
Dari keterangan menyebut pelaku telah diamankan oleh TNI dan Polda Metro Jaya di kediamannya kawasan Cempaka Putih Jakarta Pusat
Mui Indonesia Punya Banyak Perbedaan Bahasa Dan Tempat Beragam Tetap Bersatu

Mui Indonesia Punya Banyak Perbedaan Bahasa Dan Tempat Beragam Tetap Bersatu

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 174 hits
Pihak cenderung menolak praktik budaya dan kearifan lokal seringkali belum memahami agama dengan komprehensif
Lirik Lagu Dalam Diam Mojack Hafiz

Cerita Di Sebalik Lagu Dalam Diam

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Sambal Tumis Ikan Masin Lauk Mudah Cepat Siap Confirm Tambah Nasi

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Peluang Kerja Untuk Graduan Pengurusan Pelancongan Di Malaysia

Biodata Farhana Zahra Founder Susu Momegojes Coffee Vavavoom

Biodata Anees Ayunie Pempengaruh Usahawan Muda Berjaya

Biodata Eda Ezrin Penyanyi Dikir Barat Moden Loghat Kelantan

Create Your Next Masterpiece With The All New

Laman Rusa Taman Botani Putrajaya