Takaful Sedekah Kelas Pertama



Takaful Sedekah Kelas Pertama


Ramadan ialah ‘medan tempur’ melatih individu agar tekun melaksanakan ibadat seperti berpuasa, zakat, tadarus al-Quran, solat tarawih, sedekah dan memberi makan orang berpuasa

Segala amalan baik juga melahirkan insan bertakwa kepada Allah SWT, iaitu orang yang benar-benar beribadah dan menahan nafsu dengan rasa takut. Antara amalan yang digalakkan untuk diperbanyakkan kerana dijanjikan ganjaran berlipat ganda ialah bersedekah

Bersedekah lambang kesyukuran atas rezeki dikurniakan dan mengukuhkan hubungan sesama manusia. Hakikatnya, harta dimiliki bukan dimiliki seseorang kerana harta sebenar adalah apa yang memberikan nilai dan ganjaran pahala berganda

Nabi SAW bersabda: Apabila mati anak Adam, terputus amalannya kecuali tiga, iaitu sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dan anak soleh mendoakan ibu bapanya

Berdasarkan hadis itu, antara amalan berkekalan dan menjadi harta setelah mati adalah menerusi sikap suka bersedekah yang boleh dilakukan menerusi penyertaan takaful

Memang benar untuk mengumpul harta bukan mudah, tetapi hati perlu dipujuk untuk berkongsi dan berkorban dengan orang lain demi keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Sebenarnya harta yang diderma dan disedekah, ialah bahagian kita yang akan kekal hingga akhirat. Mana-mana wang dalam simpanan bank atau di tangan, belum tentu menjadi milik kita sepenuhnya

Bantu orang lain
Ramai tidak menyedari pelan takaful antara pelan sedekah yang dikategorikan sebagai Sedekah Kelas Pertama. Sekiranya peserta menyertai perlindungan takaful, mereka bukan sahaja menabung untuk tabungan perlindungan diri, keluarga dan harta, bahkan untuk tabungan sedekah yang akan digunakan bagi membantu peserta lain yang ditimpa musibah

Sumbangan peserta adalah atas dasar konsep tabaru’, iaitu pemberian tanpa mengharapkan balasan. Konsep ini memberikan kelebihan kepada takaful kerana peserta mengerjakan amalan kebaikan dengan menderma kepada mereka memerlukan

Kontrak takaful berasaskan kepada tabaru’ (derma) dan taawun (tolong-menolong) yang semua peserta memilih atau menyertai pelan takaful bersetuju untuk tolong-menolong serta jamin-menjamin antara mereka sekiranya ditimpa musibah atau kemalangan

Tabaru’ ialah derma ikhlas diberikan satu pihak dengan tidak meminta pertukaran atau balasan pihak lain. Semua peserta menyumbang dengan ikhlas untuk saling membantu jika ditimpa musibah

Dengan konsep tabaru’ dan ta’awun, akan terhapus sikap keakuan, iaitu ‘saya membeli polisi ini untuk diri saya dan bukan untuk orang lain,’ tetapi konsep tabaru’ dan ta’awun. Ini menyemarakkan rasa kasih sayang sesama saudara ketika mereka mengalami kesusahan atau penderitaan

Menerusi akad tabaru’, sumbangan peserta akan dimasukkan dalam satu Dana Khas yang berfungsi untuk menyumbangkan bantuan sumbangan kepada mana-mana peserta ditimpa musibah. Sumbangan tabaru’ yang disumbangkan tidak boleh ditarik balik peserta kerana sudah didermakan

Keunikan Dana Tabarru’ adalah berfungsi membantu mana-mana peserta ditimpa musibah seperti dipersetujui

Dalam aplikasi Takaful, sekiranya tidak berlaku tuntutan ke atas perkara dilindungi, sumbangan tabaru’ berperanan sebagai sumbangan amal jariah sangat istimewa. Tiada istilah ’wang hangus’ diutarakan kerana ia wang derma yang bakal diganjari jika disertakan niat Ikhlas

Malah saham sedekah juga boleh diperoleh kepada wakil atau ejen Takaful yang terus-menerus mempromosikan konsep tabaru’ ini dan mereka juga bakal mendapat ganjaran seperti sabda Rasulullah SAW: Sesiapa menunjukkan sesuatu kebaikan, baginya ganjaran seperti ganjaran orang mengerjakannya. (HR Muslim)
Dalam pelaksanaan takaful, peserta memberikan sedekah secara sembunyi, ibarat tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Selagi peserta menyumbang ke dalam tabung, selama itulah pahala sedekah berlipat kali ganda terutamanya dalam Ramadan akan mengalir

Sedekah juga dapat mendekatkan diri kepada keikhlasan dan menjauhkan sifat riak kerana pemberi tidak mengenali siapakah yang akan menerima sedekah

Oleh itu, perbuatan sedekah dalam takaful bukan sahaja menambahkan bekalan akhirat, bahkan instrumen ‘sedekah kelas pertama’ bersifat fleksibel dan memenuhi keperluan masyarakat. Mukmin terbaik banyak memberi, berbanding menerima

Semoga kesedaran takaful sebagai Sedekah Kelas pertama akan menambahkan lagi penyertaannya daripada masyarakat, lebih-lebih lagi pada Ramadan seperti hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA: Rasulullah SAW paling dermawan, malah lebih-lebih lagi dalam Ramadan, saat Baginda bertemu Jibril. Jibrail menemuinya setiap malam untuk mengajarkan al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin berhembus

Sumber :https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/05/565535/takaful-sedekah-kelas-pertama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zulfattah.com/2020/05/takaful-sedekah-kelas-pertama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Pertama Elfira Beraya Sebagai Ibu Ungkap Rasa Rindu Terkenang Kenangan Syawal Yang Lalu

Pengalaman Pertama Elfira Beraya Sebagai Ibu Ungkap Rasa Rindu Terkenang Kenangan Syawal Yang Lalu

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 279 hits
Meskipun tahun ini beraya dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat itu semua tidak menghalang para selebriti menyambutnya dengan penuh meriah dalam cara mereka sendiri Pelakon Elfira Loy misalnya yang berkongsi beberapa keping foto gamba...
Uji Coba Pertama Vaksin Covid 19 Sudah Menunjukkan Hasil

Uji Coba Pertama Vaksin Covid 19 Sudah Menunjukkan Hasil

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 219 hits
Jumlah orang yang terinfeksi virus corona di seluruh dunia yang telah mencapai jumlah lima juta jiwa mendorong usaha percepatan penemuan vaksin untuk mengatasinya Kini uji coba vaksin pertama terhadap manusia dikabarkan telah mendapatkan ha...
Hp Eliteone 800 G6 Ialah Aio Pertama Yang Menyokong Set Realiti Maya

Hp Eliteone 800 G6 Ialah Aio Pertama Yang Menyokong Set Realiti Maya

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 225 hits
Secara lazimnya komputer semua dalam satu adalah kurang berkuasa berbanding komputer desktop Ini membuatkan ia tidak boleh digunakan oleh peminat peranti realiti maya Tetapi HP EliteOne 800 G6 yang diumumkan hari ini AIO pertama yang boleh ...
Mesin Atm Pertama Didunia Mengeluarkan Syiling Emas

Mesin Atm Pertama Didunia Mengeluarkan Syiling Emas

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 525 hits
Sebuah syarikat berasal dari Jerman hadir dengan inovasi baru Gold to Go Machine mesin penjual emas pertama yang hanya boleh didapati di Dubai Mall UAE Mesin itu dijaga oleh pengawal bersenjata lengkap ATM berkilauan warna emas ini mengelua...
Sepatutnya Tiada Lagi Budaya Ziarah Selepas Hari Raya Pertama

Sepatutnya Tiada Lagi Budaya Ziarah Selepas Hari Raya Pertama

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 663 hits
Ismail Sabri menegaskan kebenaran mengunjungi rumah ahli keluarga hanya diberi pada hari raya pertama sahaja Tiada lagi budaya ziarah selepas hari raya pertama Ismail Sabri Orang ramai perlu menerima perubahan dengan tidak lagi boleh meneru...
Hukum Baca Surah Yang Sama Pada Rakaat Pertama Dan Rakaat Kedua

Hukum Baca Surah Yang Sama Pada Rakaat Pertama Dan Rakaat Kedua

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 374 hits
Apakah hukum baca surah yang sama pada rakaat pertama dan kedua Adakah ia dibolehkan Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Saya ingin tahu ustaz kal...
Buat Pertama Kalinya Saintis Melihat Planet Asing Ketika Ia Sedang Terbentuk

Buat Pertama Kalinya Saintis Melihat Planet Asing Ketika Ia Sedang Terbentuk

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 540 hits
WASHINGTON Ahli astronomi melihat apa yang kelihatan sebagai wad bersalin planet memerhatikan buat pertama kalinya di dalam cakera besar gas dan debu padat yang mengelilingi bintang yang baru terbentuk di planet ini dalam proses kelahiran P...
Filem Animasi Pertama Kisah Rakyat Asli Sabah Kepada Khalayak Seluruh Dunia

Filem Animasi Pertama Kisah Rakyat Asli Sabah Kepada Khalayak Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 587 hits
Kisah asli Sabah kepada khalayak di seluruh dunia Kisah rakyat Sabah dalam animasi Sabah memang kaya Bukan sahaja Sabah kaya dengan kepelbagaian alam semula jadi budaya unik pantai indah dan makanan yang hebat tetapi juga rakyatnya yang ber...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti