Tak Tukar Baju Bukti Anwar Lebih Utamakan Kerja Tak Fikir Penampilan Dirinya




 Sebahagian daripada kita tentu sedar Anwar Ibrahim adalah seorang yang kuat bekerja dan seolah-olah tiada istilah penat dalam kamus dirinya.
Ketika musim kempen PRU15 lalu, setiap hari beliau berkempen ke negeri-negeri yang berbeza dengan tujuh hingga lapan program perlu dihadirinya pada setiap hari.
Dalam usia semuda 75 tahun, melakukan rutin begitu setiap hari selama hampir sebulan lamanya bukan calang-calang orang ada kemampuan untuk melakukannya.
Kecuali semasa kempen PRU14 di mana beliau tidak terlibat kerana berada di penjara, ketika PRU13 pada tahun 2013, begitulah juga gigihnya Anwar berkempen ke sana ke mari untuk memenangkan parti.
Berkat usaha gigihnya itu, PH yang terjelepuk dalam PRN Melaka dan Johor sebelum ini, akhirnya berjaya bangkit pada PRU15 baru-baru ini dengan memenangi jumlah kerusi terbanyak sekali berbanding semua pesaingnya yang lain.
Melalui pembentukan kerajaan perpaduan sebagaimana dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong, Anwar akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10 bagi Malaysia.
Dengan kebiasaan gigih bekerja dan tiada istilah penat dalam dirinya, hari-hari awalnya sebagai Perdana Menteri sekarang sentiasa padat dengan jadual mesyuarat, menghadiri program, memenuhi temujanji dan rutin seharian dengan tugas-tugas pejabat.
Apa yang ketara di sebalik kesibukan Anwar yang lebih mencengkam itu, keutamaannya ialah bekerja dan bukan memikirkan penampilan diri.
Tanpa ingin menyebut nama secara khusus, beberapa Perdana Menteri sebelum ini, di sebalik kesibukan dengan tugas dan program seharian, tetapi mereka dilihat amat mementingkan penampilan diri.
Kalau tiga program dihadiri di mana media dan lensa kamera sedia menanti, biasanya tiga helai baju yang berbeza jugalah yang akan mereka pakai.
Maka, apabila disiarkan di akhbar dan ditonton melalui tv, tiga penampilan yang berbeza jugalah yang ditonton oleh rakyat, orang-orang kampung dan saudara-mara yang tentunya turut berasa bangga.
Sesetengah baju itu pula amat berjemama sehingga menjadi perhatian ramai serta didedahkan sekali harganya.

Tetapi, nampaknya tidak bagi Anwar yang sedar beliau menjadi Perdana Menteri ketika negara sedang bermasalah, banyak kerja perlu diuruskan serta hutang yang menggunung sebagai bebanan.
Selain tidak mengambil gaji untuk memperlihatkan keprihatinan dan simpatinya kepada nasib rakyat, penampilan sehariannya juga amat sederhana.
Beliau kini memperkenalkan pemakaian kot tanpa tali leher sebagai gambaran untuk memperlihatkan gaya sederhana, tidak terlalu terikat dengan protokol, terbuka dan senang diajak berbicara.
Kecuali dalam pertemuan formal, ketika mengadap Agong misalnya, barulah ketika itu beliau mengenakan kot dengan tali leher yang lengkap.
Ketika hari Jumaat, beliau hanya memakai baju Melayu – selalunya biru muda adalah warna pilihannya – dengan samping orang kebanyakan yang dipakai di bahagian dalam bajunya itu.
Ini juga memperlihatkan gaya sederhana, santai dan terbuka yang ingin ditonjolkannya.
Tidak seperti ada pemimpin tertentu, selain suka berpakaian baju Melayu jenis mahal serta lengkap dengan samping macam nak kahwin lagi satu, harga samping yang dipakai pula kadangkala senilai sebuah kereta mahalnya.
Paling menjadi perhatian ialah pada Jumaat lalu, Anwar malah tidak menukar bajunya walau banyak program yang dihadirinya itu turut disilaukan dengan pancaran lampu kamera untuk dirakam dan disiarkan di akhbar dan tv.
Pada tengahari, selepas menunaikan solat Jumaat, beliau menghadiri majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan parti-parti yang membentuk kerajaan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, kemudian bersolat maghrib di Seri Perdana sambil menghadiri majlis ilmu dan meraikan ulama besar daripada luar negara, seterusnya ke Genting Highlands selepas itu untuk meninjau tragedi tanah runtuh yang sehingga ini telah mengorbankan 24 nyawa.
Ketiga-tiga program tersebut itu dihadiri Anwar dengan tetap memakai baju Melayu biru muda yang sama yang dipakainya sejak pagi.
Ternampak bagi Perdana Menteri, dalam kesibukan bekerja sambil berkejar dengan masa, keutamaannya ialah menunaikan tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin, bukan memikirkan soal penampilan dirinya.
Sikapnya yang tidak kisah jika dilihat rakyat dan orang kampung melalui akhbar dan tv hanya memakai baju yang sama dalam tiga program berbeza pada hari yang sama adalah gambaran betapa menjadi Perdana Menteri bukan untuk glamour bagi Anwar.
Keutamaan bagi Anwar adalah bekerja untuk negara dan paparan yang diperlihatkannya itu setidak-tidaknya memberi lebih keyakinan kepada kita sebagai rakyat bahawa cahaya di hujung terowong mungkin lebih cepat membawa sinar daripada jangkaan yang sepatutnya. – ShahbudinHusin 18/12/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/tak-tukar-baju-bukti-anwar-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Bukti Keabsahannya Sebagai Pm10 Di Parlimen

Anwar Bukti Keabsahannya Sebagai Pm10 Di Parlimen

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 131 hits
KUALA LUMPUR 19 Dis Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri ke 10 apabila Usul Undi Percaya terhadapnya diluluskan dengan lebih suara bersetuju pada hari pertama Persidangan Dewan Rakyat Parlimen k...
Anwar Agong Tolak Gaji Lebih Awal Daripada Saya

Anwar Agong Tolak Gaji Lebih Awal Daripada Saya

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 154 hits
FAZLI RADZISeri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah terlebih dahulu tidak mengambil gaji iaitu sejak Covid 19 melanda negara Hal itu didedahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...
Pakai Baju Nampak Pusat Netizen Tegur Penampilan Seksi Puteri Balqis

Pakai Baju Nampak Pusat Netizen Tegur Penampilan Seksi Puteri Balqis

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 325 hits
Nama selebriti Puteri Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi sememangnya sudah dikenali ramai sejak daripada dahulu lagi Mana tidaknya aktres tersebut sudah berkecimpung dalam dunia hiburan sejak kecil malah bakat lakonannya tidak ...
Anwar Arah Misi Mencari Namun Tidak Mengganggu Kerja Kerja Menyelamat

Anwar Arah Misi Mencari Namun Tidak Mengganggu Kerja Kerja Menyelamat

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 97 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi mencari namun ia tidak menggangu kerja kerja menyelamat yang dilakukan pihak berkuasa Anwar dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father s Organic Farm dekat ja...
Anwar Mohon Pengampunan Lebih Dua Kali Kata Peguam

Anwar Mohon Pengampunan Lebih Dua Kali Kata Peguam

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 152 hits
malaysianow comDisember 20 2022 6 00 petangPeguam Rafique Rashid berkata Anwar Ibrahim perlu membetulkan fakta selepas kenyataan perdana menteri mengatakan beliau tidak memohon pengampunan dalam kes liwatnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke...
Anwar Being Finance Minister Avoids Unhappiness In Unity Govt Rafizi

Anwar Being Finance Minister Avoids Unhappiness In Unity Govt Rafizi

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 180 hits
PKR deputy chief says giving post to Pakatan Harapan could cause rift with Barisan Nasional and vice versa The extraordinary political situation necessitated the prime minister to also take up the finance portfolio in a bid not to dissatisf...
Anwar S Cabinet Is Less About Morals Than Political Expediency

Anwar S Cabinet Is Less About Morals Than Political Expediency

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 232 hits
Perhaps Anwar is being shrewd in making Datuk Seri Fadillah Yusof as his second DPM because should Zahid fall at the court battlefield throwing UMNO into disarray there is no need to find a replacement Philip Rodrigues Focus Malaysia WHEN P...
Menteri Setuju Potong Gaji 20 Kata Anwar

Menteri Setuju Potong Gaji 20 Kata Anwar

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 173 hits
freemalaysiatoday com December 5 2022 3 46 PMAnwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pertamanya hari ini Turut hadir dua timbalannya Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof PETALING JAYA Jemaah Menteri bersetuju memotong gaji b...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi

Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza

Hiburan Suka Cakap Pasal Orang Jaga Tepi Kain Lu Sendiri Sudah Lah Aaron Aziz

Aktiviti Ladang Dania Tanam Pokok Getah