Tak Tahu Apa Cerita Tetiber Saya Kena Panggil Untuk Urine Test Niena Baharun
Pelakon Niena Baharun mendedahkan pernah berdepan detik mencemaskan bersama rakan baiknya apabila dipanggil untuk melakukan ujian urin.
Situasi itu berlaku ketika dia masih menuntut di sebuah sekolah menengah beberapa tahun lalu yang kebetulan sedang berlangsungnya pameran Agensi Anti D adah Kebangsaan (AADK).
"Dulu kami selalu berkepit sampai ada satu kisah masa zaman sekolah kami kena panggil dengan cikgu disiplin.
"Tatau apa cite tetiber kena panggil masuk dewan untuk urine test okey.
"Haa masa tu puak AADK dah ada tengah prepare nak urine test pelajar yang dipanggil.
"Dalam dewan tu rasanya muka kitorang je yang berjenis sikit. Bila turn kitorang dipanggil, ikut la apa yang dieorang suruh..
"Ok lepas tu tunggu result. Masa tu cikgu disiplin bukan main lagi tunggu dengan muka tak puas hati nak tahu result kami sangkut ke tak," tulisnya berkongsi cerita tersebut di Instagram.
Hasil ujian itu kata Niena beroleh keputusan negatif dan dapat menghela nafas lega.
"Last last, puak AADK panggil nama kami. Dengan bangganya mereka beritahu kami negatif! Huhu masa tu kami tepuk tangan senyum lebar laaa.
"Selepas kejadian tu, baru cikgu tu okey kalau jumpa kami dekat sekolah.
"Tapi sampai sekarang kami tatau sebab apa kami kena panggil. Adakah muka kami macam budak budak nakal?" tambahnya.
Dulu kami selalu berkepit sampai ada satu kisah masa zaman sekolah kami kena panggil dengan cikgu disiplin. Tatau apa cite tetiber kena panggil masuk dewan untuk urine test okey. Haa masa tu puak AADK dah ada tengah prepare nak urine test pelajar yang dipanggil. Dalam dewan tu rasanya muka kitorang je yang berjenis sikit.
Bila turn kitorang dipanggil, ikut la apa yang dieorang suruh.. Ok lepas tu tunggu result. Masa tu cikgu disiplin bukan main lagi tunggu dengan muka tak puas hati nak tahu result kami sangkut ke tak. Last last, puak AADK panggil nama kami. Dengan bangganya dieorang bagitahu kami negative! Huhu masa tu kami tepuk tangan senyum lebar laaa.
Selepas kejadian tu, baru cikgu tu ok kalau jumpa kami dekat sekolah. Tapi sampai sekarang kami tatau sebab apa kami kena panggil 😂 . Adakah muka kami macam budak budak nakal?
Sape yang pernah alami masa zaman sekolah? 🙉🙈#tinggalkenangan #2019 #2010
Kenangan zaman persekolahan Niena dan sahabat baiknya itu mencuit hati netizen malah ada yang turut berkongsi pengalaman serupa ketika di bangku sekolah.
Apa pula cerita bangku sekolah anda?
Sumber : gempak.com © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.blogmazeer.com/2019/01/tak-tahu-apa-cerita-tetiber-saya-kena.html