Tak Tahan Karenah Anwar Dap Dan Amanah Pertimbang Singkir Selepas Prn


AGENDA DAILY
Anwar Ibrahim.
Gagal mencapai kata sepakat berhubung isu lambang dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, DAP dan Parti Amanah sudah tidak tahan lagi dalam melayani karenah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemimpin utama kedua-dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) difahamkan sudah meluahkan rasa kurang senang mereka terhadap beberapa keputusan Ketua Pembangkang tersebut, ia bermula sejak pendedahan klip audio dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehinggalah meleret ke PRN Melaka tempoh hari.
Semasa kemelut politik tahun lalu yang menyaksikan UMNO kembali menjadi dominan di Putrajaya, Anwar juga terlibat secara langsung dalam kemelut tersebut dan menipu pemimpin DAP dan Amanah kononnya sudah memiliki majoriti untuk menjadi Perdana Menteri (PM).
Bagaimanapun, sebaliknya yang berlaku apabila parti anak muridnya, Zahid pula menjadi kerajaan pusat dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diangkat menjadi PM.
Anwar yang pada mulanya yakin Zahid akan membawa beberapa Ahli Parlimen (MP) UMNO menyokongnya sebagai PM sebaliknya ditipu hidup-hidup, lebih menarik lagi Anwar juga sanggup menipu DAP dan Amanah bagi menjayakan misi anak muridnya tersebut.
Namun, DAP dan Amanah masih bersabar dengan Anwar ketika itu sehinggalah kemudiaannya sekali lagi mengikut percaturan politik yang juga disusun Anwar dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama kerajaan Ismail Sabri.
Anwar begitu bangga semasa menandatangani MoU tersebut kerana mendapat manfaat daripada perjanjian tersebut selepas dinaikkan keistimewaan setaraf dengan Menteri walaupun hanya sekadar Ketua Pembangkang.
Selain itu, Ahli Parlimen PH juga mendapat manfaat apabila menerima peruntukan yang lebih banyak daripada kerajaan berbanding Ahli Parlimen Warisan dan Pejuang yang tidak menyokong MoU tersebut.
Langkah Anwar itu hanya menguntungkan PH untuk masa pendek, bagi jangka masa panjang orang ramai sudah semakin hilang kepercayaan terhadap PH dan mula menunjukkan protes terhadap gabungan tersebut.
Sehinggalah terpaksa diadakan PRN Melaka tempoh hari, terbukti rakyat mula menolak PH sehingga menyaksikan PH khususnya PKR dan Amanah tewas teruk ke tangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Pencapaian teruk PH dalam PRN Melaka juga sebenarnya berpunca daripada Anwar sebagai pencatur utama, ia bermula dengan episod rundingan dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO sehingga membuat keputusan meletak dua bekas pemimpin UMNO bertanding atas tiket PKR.
Anwar tidak langsung mengendahkan bantahan DAP ketika itu, masih berkeras untuk meletak bekas ADUN UMNO sebagai calon PH ketika itu.
Hasilnya, PKR tewas semua kerusi yang ditandinginya dalam PRN Melaka dan semuanya berpunca daripada kebijaksanaan Anwar. Namun, Anwar tetap adalah Anwar yang terlalu taksub pentingkan diri dan mahu semua orang mengikut cakapnya.
Semasa berunding dengan Zahid sebelum ini, Anwar juga membawa karekter yang sama cuba menonjolkan imej dominan kononnya mengawal Zahid, namun sebaliknya berlaku apabila dirinya pula dimanipulasi dan diperbodohkan Presiden UMNO tersebut.
Menjelang PRN Johor, Anwar sekali lagi mengulangi sikapnya yang tidak boleh bertoleransi dan mahu menjadi dominan, lihat sahaja dalam isu lambang apabila PKR dengan angkuhnya membuat keputusan tidak mahu menggunakan lambang rasmi PH.
Menurut sumber, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sudah mengeluh dengan tindak-tanduk Anwar selepas mesyuarat Majlis Presiden PH minggu lalu, difahamkan Anwar langsung tidak mengambil kira pandangan DAP dan Amanah.
Guan Eng juga sudah tidak tahu bagaimana lagi mahu diterangkan kepada Anwar dan PKR berhubung keputusan penggunaan lambang rasmi PH. Namun, Anwar masih berkeras dengan berpendapat lambang PKR lebih hebat berbanding lambang PH itu sendiri.
Berbeza sama sekali ketika era PH diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad, banyak keputusan bersama dibuat secara muafakat dan persefahaman antara satu sama lain. Tapi berbeza semasa era Anwar mengetuai pembangkang, banyak keputusan gagal dicapai secara bersama kerana sikap terlalu mementingkan diri dan tamak kuasa.
“Mungkin selepas PRN Johor satu keputusan besar bakal dibuat DAP dan Amanah, ia berhubung status Anwar sebagai Ketua Pembangkang,” kata sumber.
Susulan tindak-tanduk Anwar yang keras kepala dan tidak mempunyai kepimpinan yang berkaliber, DAP dan Amanah mungkin menimbang untuk mencari calon lain bagi jawatan Ketua Pembangkang tersebut.
Berkemungkinan calon yang sedang dalam kepala DAP dan Amanah kini seorang sahaja iaitu Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.
Anwar mungkin menyedari perkara tersebut, jadi pada masa sama PKR juga perlu mencari alternatif dan pilihan untuk bekerjasama dengan parti lain. Adakah Anwar akan kembali ke pangkuan anak muridnya kembali selepas ini bagi menyelamatkan karier politik?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/tak-tahan-karenah-anwar-dap-dan-amanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Logo Keadilan Untuk Keadilan Logo Ph Untuk Dap Amanah

Prn Johor Logo Keadilan Untuk Keadilan Logo Ph Untuk Dap Amanah

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 249 hits
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan petang ini telah memutuskan isu mengenai penggunaan logo dalam Pilihan Raya Negeri Johor yang dijadualkan akan diadakan pada bulan hadapan Menurut Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim secara konsen...
Prn Johor Pkr Guna Logo Sendiri Amanah Dan Dap Guna Logo Ph

Prn Johor Pkr Guna Logo Sendiri Amanah Dan Dap Guna Logo Ph

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 206 hits
Fion Yap Diterbitkan Jan 26 2022 PKR akan menggunakan logonya sendiri dalam pilihan raya negeri Johor manakala Amanah dan DAP akan kekal dengan logo Pakatan Harapan Keputusan itu dibuat susulan mesyuarat majlis presiden PH di ibu pejabat PK...
Nak Boleh Cuba Tanya Amanah Dan Dap Sama

Nak Boleh Cuba Tanya Amanah Dan Dap Sama

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 201 hits
Muda mahukan 10 kerusi Aku rasa tiada masalah tapi 10 kerusi tu 5 dari Amanah dan 5 lagi dari DAP Sebab Amanah dan DAP gila sangat dengan Muda Bukan aku tak yakin dengan kebolehan pemimpin Muda Tapi aku tak yakin dengan kesetiaan mereka kep...
Satukan Seluruh Kekuatan Hadapi Prn Johor Anwar

Satukan Seluruh Kekuatan Hadapi Prn Johor Anwar

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 192 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan berpandangan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor ini adalah satu tindakan yang diatur khusus untuk mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen dan melaksana Pilihan Raya Umum ke 15 segera Pada ketika rak...
Prn Johor Ph Sedia Beri Peluang Calon Muda Bertanding Kata Anwar

Prn Johor Ph Sedia Beri Peluang Calon Muda Bertanding Kata Anwar

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 204 hits
January 25 2022 Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang menggariskan calon diketengahkan pada pilihan raya negeri Johor mesti kuat berpengalaman muda termasuk membabitkan wanita merangkumi semua komponen parti PORT DICKSON Pengerusi Pakat...
Anwar Hilang Keyakinan Pada Ph Selepas Enggan Guna Logo Dakwa Azmin

Anwar Hilang Keyakinan Pada Ph Selepas Enggan Guna Logo Dakwa Azmin

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 185 hits
Azmin Ali mendakwa akar umbi pembangkang kini hangat mempersoalkan tindakan Pengerusi PH yang dilihat tidak bersedia menggunakan logo gabungan parti itu PETALING JAYA Ketua Penerangan Perikatan Nasional Mohamed Azmin Ali mendakwa akar umbi ...
No Pn Polls Tie Up Without Dap Says Anwar

No Pn Polls Tie Up Without Dap Says Anwar

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 181 hits
Pakatan Harapan chairman Anwar Ibrahim has rejected any notion of PH entering an electoral pact with other parties minus DAP PETALING JAYA Pakatan Harapan will not accept the proposal to cooperate with Perikatan Nasional in the coming Johor...
Tiada Kerjasama Tanpa Dap Tegas Anwar

Tiada Kerjasama Tanpa Dap Tegas Anwar

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 228 hits
freemalaysiatoday com January 29 2022 4 53 PMPH tidak akan menerima cadangan kerjasama dengan PN bagi menghadapi menghadapi PRN Johor tanpa DAP kata Anwar Ibrahim PETALING JAYA Pakatan Harapan tidak akan menerima cadangan kerjasama dengan P...
Ahli Amanah Dap Tak Perlu Sindir

Ahli Amanah Dap Tak Perlu Sindir

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 145 hits
NORMAN RADZUANPKR guna logo sendiri pilihan yang tepat AHLI AMANAH DAP TAK PERLU SINDIR Ada juga rakan2 saya dari Amanah yg menyindir PKR guna logo sendiri tapi mengejutkan semalam ketika menghantar rakan dari parti Amanah ke KKIA dia beran...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm