Tak Sesuai Gelar Saya Artis Sendu Haneesya


Akibat sekian lama tidak kelihatan di kaca televisyen (TV), model dan pelakon sensasi, Haneesya Hanee, 20, digelar artis sendu.
Tak melenting digelar sedemikian, Haneesya berkata, dia baru sahaja bertatih dalam dunia lakonan, jadi gelaran artis sendu seakan tidak sesuai untuknya.
“Bagi saya, panggilan artis sendu tidak sesuai untuk saya, malah sedikitpun tidak terasa dengan panggilan yang diberi. Saya baru sahaja bertapak dalam industri seni, berapa kerat sangat drama yang dibintangi, jadi ia bukanlah gelaran yang sesuai ditujukan kepada saya. Lainlah, jika sudah lama saya berlakon,” katanya kepada BH Online.
Memulakan kerjaya seni menerusi teater Siti Di Alam Fantasi pada usia 9 tahun, nama Haneesya makin dikenali selepas membintangi drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek dan Curi Curi Cinta. Bagaimanapun, entah di mana salah dan silap, gadis hitam manis itu kini semakin kurang menerima tawaran lakonan.
Jauh di sudut hati, Haneesya mengakui, tertanya-tanya adakah disebabkan kontroversi yang sering dikaitkan dengan dirinya atau kemenangan Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada tahun lalu menyebabkan syarikat produksi tidak berani mengambilnya kerana bimbang bersikap ‘demanding’.
Namun, kata Haneesya, dia bukanlah seorang yang suka meletakkan harga, sedangkan masih hijau dalam dunia lakonan. Kali terakhir, dirinya membintangi drama Curi-Curi Cinta, tahun lalu.
“Saya meminati dunia lakonan hingga sanggup mengikuti kelas seni. Cuma, rezeki belum menyebelahi biarpun saya memenangi ABPBH, tahun lalu. Semakin kurang tawaran lakonan diterima. Mungkin produser takut saya meletakkan harga tinggi, tetapi saya tak mungkin bersikap sedemikian kerana saya tahu siapa diri saya.
“Bagaimanapun, saya bersyukur rezeki dalam dunia peragaan masih tidak berhenti. Begitu juga ulasan produk, jadi melalui dua sumber inilah saya meraih pendapatan menanggung keluarga. Saya berlakon bukan disebabkan duit, tetapi minat yang mendalam pada lakonan,” katanya yang juga pernah merakamkan single berjudul Mengejar Mimpi berkolaborasi bersama kumpulan Bimasakti.
Haneesya atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan tidak menafikan sering kali diasak dengan persepsi gadis liar suka berparti dan bersosial. Bukan sedikit kontroversi yang menerjah kehidupannya, namun ia sesekali melunturkan semangat untuk meneruskan perjuangan.
Biarpun kebanyakan kontroversi yang tercetus bukan disengajakan, Haneesya mahu 2020 menjadi tahun positif untuk menjaga nama dan kerjayanya.
“Bercakap mengenai penyesalan, tentulah ada rasa penyesalan. Jika boleh, saya tak mahu mengulang kesilapan yang sama dalam hidup.
“Jujurnya, saya mengalami kejutan budaya apabila menjadi cemuhan masyarakat pada peringkat awal dahulu. Kini, saya cuba belajar untuk terbuka dalam menerima kritikan. Bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang mudah. Sakit sangat apabila dikritik, tetapi tidak mudah menutup mulut netizen.
“Kebanyakan kontroversi yang berlaku wujud secara tidak disengajakan. Sedikit kesalahan yang dilakukan, netizen suka membesarkannya hingga menjadi tular. Saya tak mahu menoleh ke belakang lagi, saya mahu mengurangkan kontroversi dan fokus kerja serta produk yang bakal dihasilkan,” kata Haneesya. BH
The post ‘Tak sesuai gelar saya artis sendu’ – Haneesya appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/23/tak-sesuai-gelar-saya-artis-sendu-haneesya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panggilan Artis Sendu Tidak Sesuai Untuk Saya Haneesya Hanee

Panggilan Artis Sendu Tidak Sesuai Untuk Saya Haneesya Hanee

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 317 hits
Pelakon sensasi Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan atau lebih dikenali sebagai Haneesya Hanee berusia 20 tahun berkata panggilan artis sendu adalah tidak sesuai baginya malah sedikit pun tidak terasa Gelaran tersebut terjadi apabila seki...
Hiburan Lama Tidak Nampak Di Kaca Tv Haneesya Hanee Nafi Dirinya Artis Sendu

Hiburan Lama Tidak Nampak Di Kaca Tv Haneesya Hanee Nafi Dirinya Artis Sendu

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 521 hits
Dikhabarkan agak lama tidak melihat kelibat dirinya beraksi di kaca televisyen model dan pelakon sensasi Haneesya Hanee dikatakan sering dilabel netizen sebagai artis sendu Biarpun begitu Haneesya yang popular dengan sikap profesionalnya it...
Kapolda Sumut Kasus Dugaan Prostitusi Online Artis Hh Tunggu Gelar Perkara

Kapolda Sumut Kasus Dugaan Prostitusi Online Artis Hh Tunggu Gelar Perkara

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 327 hits
Begitu pula ditanya tentang siapa saja yang diduga terlibat kasus ini selain HH Martuani meminta wartawan menunggu gelar perkara Nanti kita akan tunggu gelar perkara dari Polrestabes Medan ucapnya
9 Artis Korea Yang Ternyata Mirip Banget Sama Artis Indonesia Kayak Kembaran Aja

9 Artis Korea Yang Ternyata Mirip Banget Sama Artis Indonesia Kayak Kembaran Aja

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 274 hits
Ada yang lihat Hospital Playlist terus tiba tiba teringat pemain AADC Ladya Cheryl nggak
Artis Hh Dan Prianya Hanya Saksi Sopir Taksi Malah Jadi Tersangka

Artis Hh Dan Prianya Hanya Saksi Sopir Taksi Malah Jadi Tersangka

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 391 hits
Polisi akhirnya memberikan keterangan resmi kasus prostitusi yang menjerat artis peran berinisial HH Perempuan berusia 23 tahun itu hanya ditetapkan sebagai saksi Begitu juga laki laki berinisial A yang menggunakan jasa HH Dia merupakan seo...
Hiburan Aduh Viral Pulak Video Lama Ai Netizen Terhibur Individu Muka Seperti Remy Ishak Menari Lagu Artis Korea

Hiburan Aduh Viral Pulak Video Lama Ai Netizen Terhibur Individu Muka Seperti Remy Ishak Menari Lagu Artis Korea

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 419 hits
Viral sebelum ini video sekumpulan lelaki sedang menari lagu Blackpink iaitu How You Like That di laman twitter Namun yang menariknya salah seorang daripada anggota ahli kumpulan terbabit dikatakan mirip benar dengan aktor kacak Remy Ishak ...
Viral Lagu Baru Bunga Citra Lestari Reaksi Rakan Artis Memang Mengalirkan Air Mata

Viral Lagu Baru Bunga Citra Lestari Reaksi Rakan Artis Memang Mengalirkan Air Mata

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 435 hits
Siapa sangka di sebalik perkongsian angka 12 di beberapa hantaran di laman Instagram penyanyi dan pelakon popular Indonesia Bunga Citra Lestari sebenarnya ianya merujuk kepada lagu baharunya yang berjudul 12 Tahun Terindah Dibanjiri 60 Ribu...
Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Lagu Lama Mengusik Jiwa

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital