Tak Semuanya Punk Negatif Armpunk Sindicate



Tak semuanya punk negatif – Armpunk Sindicate
BERAZAM mahu menyampaikan mesej menyalurkan kesedaran tentang kesihatan mental kepada orang ramai, band punk rock, Armpunk Sindicate muncul dengan sebuah single terbaharu berjudul Seterumu.
Istimewanya, lagu berkenaan terinspirasi daripada kisah benar pemain bass mereka sendiri, Akmal Hakim Syed Abdul Hamid (HK) yang bergelut dengan masalah mental sewaktu melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat (AS).
Sakit mental
Selain HK, Armpunk Sindicate turut dianggotai Zaid Nazim Zainal Abidin atau Zed selaku vokalis dan Muhamad Hameli Muhamad Yazid (Miely) sebagai gitaris.
Bercerita lanjut tentang masalah kesihatan mental yang dialaminya, sebagai pesakit, HK langsung tidak menyedari bahawa dia sedang ‘sakit’ sehinggalah mendapatkan rawatan secara profesional di hospital.
“Saya melanjutkan pengajian di AS pada 2013. Perasaan rindu berjauhan dengan keluarga dan tugasan pengajian yang banyak menyebabkan saya kerap memendam rasa, kurang keyakinan diri dan lebih gemar menyendiri di dalam bilik.
“Awalnya saya tidak menyedari sebarang perbezaan pada diri, termasuk tidak menyedari bahawa saya mempunyai masalah keresahan.
“Namun, apabila keadaan berterusan begitu, saya terpaksa mendapatkan nasihat pakar dan menjalani rawatan sekitar akhir 2014.
“Bermain muzik dan berkarya antara cara saya melepaskan segala ‘beban’ di kepala. Semakin hari, saya semakin pulih,” kata HK semasa sesi sidang media dalam talian baru-baru ini.
Melihat pengalaman perit yang terpaksa dilalui HK sepanjang bergelar pesakit mental telah mendorong Armpunk Syndicate untuk sama-sama memberi kesedaran kepada masyarakat, di samping membangkitkan semangat mereka yang sedang melalui episod gelap tersebut menerusi lagu Seterumu.
“Lagu ini memang tentang diri saya, tetapi pada waktu yang sama, saya tahu terdapat ramai lagi rakan-rakan dan masyarakat di luar sana yang sedang melaluinya (masalah mental).
“Misi kami mahu membangkitkan semangat mereka (pesakit mental). Kami mahu mereka tahu yang mereka tidak keseorangan dan dapat melalui hari-hari seterusnya dengan positif.
“Elakkan kesedihan, jangan tunggu hingga ada masalah dan jangan tunggu sehingga masalah mental mengganggu kehidupan seharian anda,” ujar HK tentang lagu yang dicipta oleh Shamsul Cairel Abd. Karim itu.
Punk positif
Seterumu merupakan lagu utama yang dimuatkan di dalam EP pertama Armpunk Sindicate, Fakulti Kaki Lima yang telah pun berada di pasaran sejak 26 Mac lalu.
Ini bukanlah kali pertama Armpunk Sindicate tampil dengan lagu-lagu yang bermesej positif.
Pada tahun 2019, mereka pernah menghasilkan single berjudul Dadah Durjana dan mereka turut dilantik menjadi ikon World Drugs Free Malaysia.
Selain itu, Armpunk Syndicate juga pernah muncul dengan lagu Satu Bendera yang mengangkat isu tentang penyatuan dan perpaduan.
Bercakap tentang perkara itu, Zed tidak menafikan band punk rock seperti mereka masih menerima stigma daripada segelintir masyarakat yang masih beranggapan punk adalah golongan yang sering terlibat dengan perkara negatif.
“Memang benar sukar untuk kami mengikis pandangan negatif orang terhadap band punk. Namun, kami sekadar bermain muzik dan mengamalkan gaya hidup ketimuran.
Tidak pula melakukan perkara-perkara negatif.
“Bagi saya melakukan perkara negatif itu adalah pilihan dan bersifat individu. Tidak adil untuk pukul rata semua orang sama. Diharap dengan jalan yang kami pilih iaitu membawa lagu-lagu penuh mesej di samping berhibur dengan muzik dapat mengubah pandangan orang ramai.
“Kami hanya mahu muzik kami dihayati oleh lebih ramai orang, itu sahaja,” kongsi Zed menutup bicara. K Online
Tak semuanya punk negatif – Armpunk Sindicate
Baca Artikel Menarik:
Sekarang paling sesuai buat PRU, bukan pemilihan Umno – Tok Mat Kerajaan Pulau Pinang jangan syok sendiri Pengharaman skuter elektrik: MCA tayang video ‘bukti’ PU Syed Sokong Usaha Janna Nick Bina Pusat Tahfiz Sambil Tegur Netizen [VIDEO] Bos Eskayvie setuju RichWorks skim cepat kaya PAS perlu akui peranannya dalam kegagalan MN – Khairuddin PAS tak sedia ‘putus’ dengan Umno – Mursyidul Am Covid-19: `Saya tak ingat siapa isteri saya’ Pengundi hantu PKR: Najib cadang Rafizi buat Himpunan Blackout Syahredzan wakil DAP bertanding di Bangi? Penunggang GPX GR200 maut ‘tercium’ belakang lori Scania Jiran selamba sidai pakaian basah dalam laman rumah Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/11/tak-semuanya-punk-negatif-armpunk-sindicate/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amelia Henderson Tak Layan Mesej Negatif

Amelia Henderson Tak Layan Mesej Negatif

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 272 hits
Amelia Henderson tak layan mesej negatif TERUJA menyambut Aidilfitri kali ini yang diberi sedikit kelonggaran untuk bersosial berbanding dua tahun lalu pelakon jelita Amelia Henderson bagaimanapun tetap berjaga jaga kerana virus Covid 19 ma...
Idi Instruksikan Anggota Tak Terpancing Isu Negatif Pemecah Belah Kesolidan Profesi

Idi Instruksikan Anggota Tak Terpancing Isu Negatif Pemecah Belah Kesolidan Profesi

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 123 hits
Ia berharap anggotanya tidak terpancing oleh isu isu negatif yang dapat memecah belah kesolidan profesi dan internal organisasi
Aturan Terbaru Saat Ri Transisi Ke Endemi Isoman 5 Hari Atau Sampai Negatif Tes Pcr

Aturan Terbaru Saat Ri Transisi Ke Endemi Isoman 5 Hari Atau Sampai Negatif Tes Pcr

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 235 hits
Budi mengatakan selain di ruang tertutup pemerintah menganjurkan masyarakat tetap memakai masker di dalam transportasi publik Alasannya masih banyak transportasi publik di Indonesia yang menggunakan air conditioner dan tertutup
T22d05 Anak Mesin Basuh 4 Ekor Semuanya

T22d05 Anak Mesin Basuh 4 Ekor Semuanya

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 172 hits
Kucin tumpang beranak dalam mesin basuhGambar seekor kucing beranak dalam mesin basuh dengan 4 ekor anak kucing Kucing mana datang tumpang beranak pun tak tahulah Tuesday 5 April 2022 08 59 20220405 IMG20220405085958 kamera telefon pintar O...
Didakwa Guna Sih1r Kawal Suami Muda Rosnah Mat Aris Mula Dedah Semuanya Saya Sorok Suami Dlm Almari

Didakwa Guna Sih1r Kawal Suami Muda Rosnah Mat Aris Mula Dedah Semuanya Saya Sorok Suami Dlm Almari

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 326 hits
Petaling Jaya Pelakon Rosnah Mat Aris 67 menganggap jodohnya dengan suami Tajul Efendie Isa 41 atau mesra disapa Blue yang 26 lebih muda adalah hadiah daripada Allah untuk memberi kebahagiaan kepadanya
Ironic That Home Minister Saifuddin Is Unable To Protect His Own Phone From Hackers

Comment On Pengalaman Diet Intermittent Fasting 61kg Ke 50kg By Ainul

Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Truck Vs Car What Makes Big Rig Accidents More Legally Complex

Ai Powered Prosthetics Revolutionizing Mobility And Accessibility

Ringgit Edges Down On Improving Us Consumer Confidence

Comment On Yuran Pasti 2023 Untuk Anak 4 5 6 Tahun By Sumayyah

Tahniah Dan Terima Kasih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masalah Tayar Kereta Second Hand Tanda Tanda Cara Atasi

Ebook Kuasa Cinta Oleh Linda Ilias

Cara Tukang Rumah Profesional Boleh Bantu Di Rumah Anda

10 Pesanan Buat Sahabat

Makan Tengah Hari Di Ina Cafe Balik Pulau Dengan Permandangan Sungai

Harga Bakar Poket Gas Ungu Untuk Peniaga Rm70