Tak Semua Orang Suka Lihat Kebahagiaan Cukuplah Orang Tahu Saya Dah Kahwin


PENYANYI Hazama memberitahu dia sentiasa mencuba dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata dalam perkahwinannya dengan pemuzik Genevie yang kini memasuki usia dua tahun.
Bagaimanapun, Hazama berkata, dia percaya ketentuan Allah yang mengurniakan rezeki itu jika dia dan isteri benar-benar bersedia.
“Saya cuba tapi nampaknya belum ada rezeki. Saya berdoa jika kami layak bergelar ibu bapa maka kurniakanlah rezeki zuriat itu, tapi jangan beri jika kami tidak bersedia memikul tanggungjawab itu.
“Saya tak mahu nak anak kerana terikut-ikut trend orang sekeliling. Ia sebab tanggungjawab yang bakal dipikul selepas bergelar bapa nanti,” ujarnya kepada mStar Online.
Tak semua orang suka lihat kebahagiaan, Cukuplah orang tahu saya dah kahwin”

Hazama dan Genervie sambut ulang tahun ke dua Januari lalu.
Dalam pada itu, Hazama berkata dua tahun melayari hubungan suami-isteri banyak mengajarnya melalui kehidupan sebenar.
“Alhamdulillah, banyak benda yang berlaku dalam kehidupan suami isteri yang mengajar saya menjadi lebih bertanggungjawab.
“Mana tidaknya dahulu saya suka main-main dan tidak fikir tanggungjawab,” ujarnya.
Cukuplah orang tahu saya sudah berkahwin dan siapa isteri saya, tentang kebahagiaan kami biar simpan untuk kami sahaja.
HAZAMA
PENYANYI
Sementara itu, ditanya kurang memuat naik foto bersama isteri di laman sosial, Hazama berkata, tidak semua orang suka melihat kebahagiaan orang lain.
“Cukuplah orang tahu saya sudah berkahwin dan siapa isteri saya, tentang kebahagiaan kami biar simpan untuk kami sahaja.
“Saya sedar tidak semua orang suka lihat kebahagian orang lain, jadi saya rasa tidak perlu untuk kongsi semua,” ujarnya.
Hazama berkahwin dengan pemuzik Genervie Kam pada 15 Januari 2017 dalam majlis sederhana.
Hazama pujuk isteri bersabar
Rezeki Hazama untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila isterinya yang juga pemuzik, Genervie Kam mengalami keguguran, Mac lalu.
Bagaimanapun, Hazama, 34, reda dengan ketentuan Allah dan menganggap belum ada rezeki buat mereka dikurniakan anak.
Namun, Hazama yang popular dengan lagu Di Amaran Mama mengakui dia cemburu melihat pasangan lain yang sudah dikurniakan anak.
“Apabila melihat orang lain yang kahwin lambat daripada saya, tetapi sudah ada anak, saya akui agak cemburu. Saya selalu bertanya pada diri bila pula giliran saya. Saya gembira untuk mereka. Mungkin belum rezeki saya dan isteri.
“Memang sedih, tapi saya sudah dimaklumkan mengenai keadaan isteri apabila tiub fallopio sebelah kirinya perlu dibuang, jadi peratusan untuk hamil semula agak sukar. Kalau ada pun, kemungkinan untuk gugur semula boleh terjadi kerana bukaan tidak bagus.
“Ada hikmahnya juga perkara ini kerana saya jadi faham masalah wanita. Apatah lagi perkara sebegini sangat penting. Pada masa sama, saya tak nak berikan tekanan kepada isteri. Saya faham, dia paling terasa, apatah lagi sudah berusia 38 tahun. Dia memang inginkan anak,” katanya.
Hazama yang mengahwini Genervie pada Januari tahun lalu berkata, pendekatan terbaik yang dilakukan adalah menjaga dan memujuk hati isterinya.
Hazama juga menganggap perkara yang berlaku adalah ujian Allah, sekali gus mengubah dirinya menjadi manusia yang lebih baik.
“Bagi menjaga dan menyenangkan hati isteri, saya selalu cakap Allah sengaja tidak berikan anak lagi kerana inginkan kita ada kualiti masa bersama sebagai suami isteri.
“Memang ada cara lain untuk dapatkan anak seperti teknik IVF, tetapi saya tak nak ke arah itu dulu. Kalau boleh nak cuba cara normal juga. Lagi satu, saya beranggapan sudah tiba masanya kena betulkan diri dulu. Mungkin baru ada rezeki,” katanya.
Apa yang pasti, selepas setahun berkahwin dan mengimpikan anak, Hazama bersyukur dengan sokongan diberikan keluarga kedua-dua belah pihak.
“Keluarga tidak pernah mendesak. Masing-masing faham situasi berlaku. Malah mereka berkongsi kasih sayang. Macam abang saya, dia ada tiga anak. Jadi, saya dan isteri berkongsi kasih sayang dengan anak saudara.
“Perkara ini tidak memberikan tekanan untuk saya. Cuma, sesekali saya perasan isteri terasa terutama setiap kali dia datang bulan. Dia memang nak sangat anak. Saya selalu pesan kena banyakkan bersabar,” katanya.
Berlakon drama
Mengenai kerjaya seninya, Hazama berkata, dia baru saja terbabit dalam penggambaran drama 13 episod berjudul Bila Tuhan Berbisik Cinta bakal ditayangkan di slot Zehra, November ini.
Hazama yang ditemui pada rakaman progam Muzik Muzik 33 Raya berkata, drama arahan Raja Mukhriz itu memberikan kesan mendalam untuknya kerana watak dilakonkan terbawa-bawa ke dunia realiti.
“Selama dua bulan berlakon, saya jadi ‘down’. Dalam cerita ini, saya jadi penyanyi yang lupa diri hingga jatuh tersungkur. Ia terbawa-bawa ke dunia realiti sehingga moral pun jadi lemah. Sejujurnya, saya risau jika terjadi pada diri sendiri. Dalam erti kata lain, drama ini buat saya sedar. Saya menangis dan tidak mahu jadi seperti dalam watak ini.
“Ada sikap watak ini yang secara tidak langsung adalah teguran untuk diri sendiri. Pembabitan dalam drama ini mengubah pemikiran saya. Mungkin sebelum ini saya ada sikap mementingkan diri dan dibuai populariti.
“Jadi, dalam drama ini saya ibarat kena sepak. Dialog dan skrip macam terkena diri sendiri. Ia membuatkan saya sedar. Apabila jadi diri sendiri semula, saya jadi hargai orang sekeliling,” katanya.
Menerusi drama itu juga, Hazama bakal merakamkan single Tunggu Aku Datang yang dijadikan lagu tema.
Menariknya juga, Hazama berpeluang berlakon dengan idolanya, Datuk Awie yang sekali gus banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman sebagai anak seni.
“Saya terima tawaran ini sebab ada Datuk Awie. Dia memang idola saya. Pada masa sama, jalan cerita ini berkisarkan dunia nyanyian.
“Pada hari pertama berlakon dengan Awie, saya jadi gementar. Sebelum ini pernah jumpa, tapi saya lari. Masa dalam drama pertama kali dapat duduk bersama. Dia banyak berkongsi pengalaman dalam bidang seni. Pengalaman bekerja dengan Awie sangat saya hargai.
“Lagi satu, saya berlakon drama bukan sebab nak jadi pelakon, tetapi nak asah bakat lakonan. Lagipun ini drama berat. Sebelum ini saya pernah bawa watak komedi dalam telefilem dan filem. Kali ini kena menangis dan serius. Saya dapat input baru dalam bidang nyanyian terutama reaksi wajah. Kalau sebelum ini menangis kena guna ‘eye mo’. Kali ini kena menangis dari dalam hati. Kenapa saya dapat, sebab dapat rasa kesusahan berlakon itu,” katanya.
The post Tak semua orang suka lihat kebahagiaan, Cukuplah orang tahu saya dah kahwin appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/tak-semua-orang-suka-lihat-kebahagiaan-cukuplah-orang-tahu-saya-dah-kahwin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tok Ni Quran Buruk Anak Menantu Semua Tak Suka Sebak Kisah Sayu Emak Dibuang Anak

Tok Ni Quran Buruk Anak Menantu Semua Tak Suka Sebak Kisah Sayu Emak Dibuang Anak

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 551 hits
Ibu adalah segalanya Jasa mereka melahirkan dan mendidik anak anak tidak terbalas hingga ke akhir hayat Kerana itulah darjat seorang ibu itu diangkat ke tahap paling tinggi hingga syurga berada di bawah tapak kakinya Disebabkan itu kita seb...
Idea Bijak Penstoran Rempah Ratus Yang Semua Orang Pasti Suka

Idea Bijak Penstoran Rempah Ratus Yang Semua Orang Pasti Suka

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 224 hits
Bagi mereka yang gemar memasak rempah ratus sudah pasti menjadi bahan utama yang wajib ada Namun yang mengundang sedikit masalah apabila terlalu banyak rempah yang ada lalu buntu dengan kaedah penyimpanannya Macam macam rempah digunakan tet...
Mereka Yang Suka Tidur Lewat Tetapi Bangun Awal Cepat Mati

Mereka Yang Suka Tidur Lewat Tetapi Bangun Awal Cepat Mati

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 967 hits
Golongan yang kerap berjaga sehingga lewat malam dan bangun tidur awal berisiko meninggal dunia lebih awal berbanding mereka yang tidur awal dan bangun awal kata penyelidik Tinjauan ke atas lebih 430 000 orang di Britain mendapati mereka ya...
Suka Betul Mu Allim Dibelai Dengan Asmak Babycare

Suka Betul Mu Allim Dibelai Dengan Asmak Babycare

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 637 hits
Suka Betul Mu allim Dibelai Dengan Asmak Babycare Mu allim anak bongsu MF dan satu satu anak lelaki dalam keluarga kami Dia ni lain dari yang lain sikit sebab ada alergik kulit dan ada alergik pada sabun dan telur masa dia bayi Bila macam t...
Foo Sing Wai Memang Suka Sebar Perkara Karut Dan Fitnah Di Facebooknya

Foo Sing Wai Memang Suka Sebar Perkara Karut Dan Fitnah Di Facebooknya

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 1113 hits
Tiba tiba nama Foo Sing Wai menjadi terkenal diseluruh negara berikutan tindakannya yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam satu status bergambar menerusi akaun Facebooknya baru baru ini Perkara itu kemudiannya mencetuskan kemarahan umat Isla...
Suka Makan Kotorannya Sendiri 1 Dari 5 Alasan Ikan Mujair Diklaim Berbahaya Bagi Kesehatan

Suka Makan Kotorannya Sendiri 1 Dari 5 Alasan Ikan Mujair Diklaim Berbahaya Bagi Kesehatan

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 248 hits
Ikan mujair merupakan ikan yang umum ditemukan dan diolah sebagai bahan masakan di berbagai negara Di Indonesia ikan ini menjadi favorit banyak orang dan juga diternakkan dalam kolam kolam Namun ternyata mengonsumsi ikan mujair punya banyak...
Bilik Tidur Itu Privasi Laki Bini Je Walau Anak Sekalipun Tak Boleh Suka Suka Masuk

Bilik Tidur Itu Privasi Laki Bini Je Walau Anak Sekalipun Tak Boleh Suka Suka Masuk

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 486 hits
Ramai yang tidak peka dengan isu masuk bilik pasangan suami isteri tanpa kebenaran Ramai juga yang mengambil remeh perkara ini terutama sekali apabila yang memasuki bilik itu adalah kanak kanak Ibu bapa seharusnya mengambil perhatian dan se...
Banyaknya Pilihan Saya Suka Tengok Wanita Pakai Tutup Aurat Tapi Ustaz Instafamous Ini Kata Jangan Muntah Sebab

Banyaknya Pilihan Saya Suka Tengok Wanita Pakai Tutup Aurat Tapi Ustaz Instafamous Ini Kata Jangan Muntah Sebab

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 629 hits
Banyaknya Pilihan Saya Suka Tengok Wanita Pakai Tutup Aurat Tapi Ustaz Instafamous ini Kata Jangan Muntah Sebab Dikenali apabila pernah dikaitkan dengan pelakon jelita Fasha Sandha tidak lama dulu Mukhlis Rosdi ada berkongsi kisah percintaa...
Bertemu Budi Dalton Sekjen Pdip Jelaskan Jokowi Ma Ruf Tak Suka Sebar Hoaks

Bertemu Budi Dalton Sekjen Pdip Jelaskan Jokowi Ma Ruf Tak Suka Sebar Hoaks

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 305 hits
Rombongan Safari Kebangsaan VIII yang dipimpin Sekjen PDI Perjuangan Hasto Kristiyanto bertemu budayawan Jawa Barat di kediaman aktor Indonesia Budi Dalton di Kota Bandung
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari