Tak Sedar Rupanya Dah Lekat Ni Tanda Tanda Anda Sedang Hamil


Bagi wanita yang baru sahaja berkahwin, pastinya rasa keliru samada hamil atau pun tidak. Malah adakalanya langsung tidak sedar perubahan tubuh yang anda kini sedang hamil.
Jangan bahayakan diri dan bayi dalam kandungan, ini tanda-tanda lazim yang menunjukkan anda sedang hamil. Hati-hati!

1. Lambat datang haid
Apabila janin telah terbenam pada dinding rahim ibu, hormon human chorionic gonadotropin (hCG) akan dirembeskan. Ia bagi mengelakkan berlakunya proses ovulasi dan haid.
Kebanyakan wanita akan mula sedar seawal 4 minggu kehamilan jika mereka mengira kitaran haid mereka.
2. Pendarahan ringan
Ramai wanita seringkali tersalah anggap bahawa tompok-tompok pendarahan yang dialami pada fasa awal kehamilan itu haid. Ia merupakan darah yang keluar seusai janin berjaya membenamkan dirinya ke dalam dinding rahim.
Pendarahan tersebut mempunyai warna yang lebih cair dan kuantiti yang sedikit.

3. Sakit dan kekejangan perut
Apabila anda mengalami pendarahan ringan, kebanyakan wanita turut mengalami kekejangan pada bahagian perut.
Kajian pada tahun 2011 oleh Universiti North Carolina telah menunjukkan bahawa 28% daripada 4,539 wanita mengalami simptom kesakitan apabila berlaku pendarahan ringan.
4. Suhu badan naik
Kenaikan suhu badan juga merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak. Namun perlu diingatkan juga, simptom ini agak tidak spesifik.
Anda boleh mengalaminya ketika sedang bersenam atau ketika cuaca panas.
5. Kelesuan
Apabila hormon progesteron anda memuncak, anda akan mudah untuk berasa letih dan mengantuk. Ini berikutan progesteron juga memainkan peranan penting dalam kitaran tidur jaga.
Cuba dapatkan tidur yang cukup untuk memaksimumkan masa rehat anda.
6. Rasa berdebar-debar
Ini merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak. Jumlah isi padu darah di dalam badan anda akan meningkat menyebabkan jantung anda berdegup 25% lebih pantas daripada kadar normal.
Jika anda mempunyai masalah jantung, dapatkan nasihat kesihatan daripada doktor anda.

7. Payudara semakin besar
Mungkin ini merupakan masa untuk anda membeli bra baharu? Perubahan pada saiz payudara merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak. Ia disebabkan oleh perubahan hormon mendadak yang ingin menyediakan diri anda untuk kelahiran bayi.
Puting (areola) anda juga akan menjadi semakin besar dan menghitam.
8. Perubahan mood semasa hamil
Wanita hamil cepat beremosi, kan? Ini semua disebabkan oleh perubahan hormon. Jika anda merasakan pasangan anda mudah melenting atau merajuk daripada biasa, itu juga merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak.
Pujuk mereka. Wanita hamil mudah mendapat masalah kemurungan, keresahan atau kegembiraan yang melampau.
9. Kerap kencing
Apabila jumlah isi padu darah di dalam badan anda meningkat, buah pinggang juga terpaksa bekerja keras bagi memastikan sistem fisiologi badan berada pada paras yang optimum.
Keadaan ini boleh menyebabkan air kencing berkumpul dengan lebih laju di dalam pundi kencing. Minum air secukupnya dan jangan menahan kencing.
10. Perut kembung
Keadaan ini kebiasaannya berlaku selepas makan. Proses penghadaman anda menjadi perlahan berikutan perubahan hormon yang berlaku.
Jangan risau, apabila badan anda sudah biasa, simptom ini kebiasaannya kurang berlaku. Amalkan gaya pemakanan sihat.
11. Sembelit
Perubahan hormon bukan sahaja akan membuatkan anda rasa kembung perut, ia juga boleh menyebabkan sembelit. Apabila anda mengalami simptom ini, perut anda akan bertambah kembung menyebabkan anda berasa tidak selesa.
Ambil makanan berserat pada kuantiti yang banyak dan minum air secukupnya.

 
12. Mabuk hamil
Mabuk hamil (morning sickness) kebiasaannya berlaku pada minggu ke empat kehamilan. Badan anda masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan peningkatan hormon.
Ini boleh menyebabkan berlakunya simptom muntah dan loya yang kerap kali menjadi salah satu cara nak tahu hamil atau tidak.
13. Sensitif pada bau
Banyak kajian telah membuktikan bahawa wanita hamil lebih sensitif kepada bau terutamanya pada trimester pertama.
Setakat ini tiada bukti spesifik yang dapat menerangkan mekanisme simptom ini namun ia merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak dan kerap kali dilaporkan pada doktor.
14. Loya dan muntah
Berbeza dengan mabuk hamil yang disebabkan oleh hormon, wanita yang sensitif kepada bau berisiko untuk mengalami simptom loya dan muntah.
Perkara ini juga boleh mempengaruhi tahap selera makan mereka. Maka untuk para suami, jangan pakai baju atau stokin yang sama berulang kali ya?
15. Rasa dunia berpusing
cara nak tahu hamil atau tidak
Pening kepala bukanlah simptom spesifik kepada diagnosis kehamilan namun ia merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak. Perubahan pada isi padu darah wanita boleh menyebabkan tekanan darah rendah.
Hormon seperti estrogen dan progesteron juga boleh menggalakkan salur darah untuk mengembang menyebabkan tekanan darah anda untuk turun lebih rendah. Anda mungkin akan mengalami simptom pening namun ia akan hilang.
16. Mengidam
Tiada konsep sains spesifik yang boleh menerangkan fenomena ini namun wanita hamil memang kebiasaannya mengidam untuk makan sesuatu.
Ini merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak. Penuhilah hasrat mereka dan dalam masa yang sama pastikan makanan tersebut sihat dan berkhasiat.

17. Berat naik
Ini bukanlah tanda awal kehamilan namun, secara perlahan-lahan, berat anda akan naik. Walaupun kenaikan berat badan ini dianggap normal, anda harus memastikan ia berada dalam lingkungan yang sihat mengikut jisim berat badan (BMI) anda.
Jika tidak, anda mudah mendapat penyakit kronik seperti kencing manis jenis II dan masalah berat badan berlebihan selepas bersalin.
18. Pedih ulu hati
Hormon kehamilan boleh menyebabkan spinkter pada bukaan esofagus anda mengendur. Ini membolehkan asid perut untuk memasuki esofagus menyebabkan keradangan pada dinding esofagus.
19. Muka kelihatan berseri
Oleh sebab jumlah isi padu darah dan hormon anda bertambah, lebih banyak darah akan mengalir melalui salur darah menyebabkan kelenjar minyak terpaksa bekerja lebih keras.
Perkara ini boleh menyebabkan kulit anda kelihatan licin dan berseri.
20. Masalah jerawat
Walaupun peningkatan pada aktiviti kelenjar minyak dianggap positif, buat sesetengah individu, mereka terdedah untuk mendapat masalah jerawat.
Jika ia tumbuh secara mendadak, dapatkan bantuan doktor anda untuk rawatan lanjut.

 
21. UPT positif
Ini merupakan cara nak tahu hamil atau tidak yang paling mudah. Alat ujian air kencing kehamilan (UPT) boleh mengesan hormon hCG yang meningkat pada awal kehamilan. Pergi ke farmasi dan beli alat tersebut.
Kebanyakan UPT boleh mengesan hormon hCG 8 hari selepas anda terlepas haid.
22. Kurang selera makan
Banyak sebab kenapa isteri anda yang sedang hamil kurang selera makan. Ia boleh disebabkan oleh alahan mengandung yang dialami, kurang vitamin, deria bau terlalu sensitif atau tidak mempunyai mood untuk makan.
Ia mungkin berterusan sehingga anda bersalin, maka adalah lebih baik untuk anda melaporkan kepada doktor.
23. Selera makan bertambah
Setiap wanita mengalami simptom yang berbeza. Ada yang kurang makan, ada juga yang selera makan meningkat secara mendadak.
Pastikan anda mengawal pengambilan kalori anda. Kenaikan berat badan mendadak atau berlebihan boleh menyebabkan komplikasi kehamilan dan komplikasi kesihatan dalam jangka masa panjang.
24. Selesema
Ibu hamil mudah untuk mendapat jangkitan virus dan bakteria. Perubahan pada status imun badan mereka menyebabkan mereka mudah untuk mendapat penyakit.
Menarik: Lara Pernah Menangis Tak Mahu Balik Rumah, Scha Al-Yahya Akui Tegas Bab Pelajaran Anak!

Berita baik untuk pasangan yang sedang merancang untuk hamil! Pelajari ilmu kesuburan, bawa pulang goodies istimewa serta peluang menang hadiah lumayan. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-romantika-hi-tea/

Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Hello Doktor
The post Tak Sedar Rupanya Dah ‘Lekat’, Ni Tanda-Tanda Anda Sedang Hamil! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-sedar-rupanya-dah-lekat-ni-tanda-tanda-anda-sedang-hamil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lempang Cekik I Masa I Mengandung Pempengaruh Curang Rupanya Tak Sedar Bertahun Dah Jatuh Talak Tiga Pada Isteri

Lempang Cekik I Masa I Mengandung Pempengaruh Curang Rupanya Tak Sedar Bertahun Dah Jatuh Talak Tiga Pada Isteri

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 180 hits
Belum lagi reda isu rumah tangga pasangan Alif Teega dan Aisyah Hijanah kali ini tular pula pendedahan pempengaruh TikTok Hajar Hanif tentang kecurangan suaminya Mikhail 5 days ago Aisyah Fatin Plan Nak Jumpa Anggap K
Kekasih Khabar Angin Joshua Seventeen Dibanjiri Komen Buruk Dek Beri Klu Sedang Hamil

Kekasih Khabar Angin Joshua Seventeen Dibanjiri Komen Buruk Dek Beri Klu Sedang Hamil

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 184 hits
Sesiapa yang meminati K Pop secara tegar pastinya mengetahui bahawa Joshua SEVENTEEN didakwa sedang bercinta dengan model Cho Mi young kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru wanita tersebut menerima kritikan ramai apabila seolah olah memberikan pet...
Dua Ditangkap Sedang Mencuri

Dua Ditangkap Sedang Mencuri

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 190 hits
ADNAN IBRAHIM ALAT kelengkapan untuk pecah masuk dan sebahagian sarang burung layang layang yang berjaya dirampas daripada dua orang lelaki pada hari Jumaat baru baru ini KLUANG Dua orang lelaki warga tempatan tergamam apabila dijemput sepa...
Pesan Ketua Kpk Sementara Ke Anak Buah Giat Di Lapangan Hold Saja Kita Sedang Tidak Baik

Pesan Ketua Kpk Sementara Ke Anak Buah Giat Di Lapangan Hold Saja Kita Sedang Tidak Baik

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 113 hits
Pesan Ketua KPK Sementara ke Anak Buah Giat di Lapangan Hold Saja Kita Sedang Tidak Baik
Wanita Cuba Buka Pintu Mrt Yang Sedang Bergerak

Wanita Cuba Buka Pintu Mrt Yang Sedang Bergerak

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 130 hits
KOSMOWanita itu dilihat beberapa kali cuba membuka pintu MRT InstagramSINGAPURA Polis Singapura menyiasat insiden seorang penumpang wanita yang cuba membuka pintu kereta api Transit Aliran Massa yang ketika itu sedang bergerak lapor portal ...
Cak Imin Ingin Alihkan Anggaran Stunting Rp40 Triliun Untuk Ibu Hamil

Cak Imin Ingin Alihkan Anggaran Stunting Rp40 Triliun Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 102 hits
Calon wakil presiden nomor urut 1 Muhaimin Iskandar mencetuskan program bantuan untuk ibu hamil jika menang di Pemilihan Presiden 2024
Ibu Hamil Ditembak Polisi Propam Polda Jambi Lakukan Investigasi

Ibu Hamil Ditembak Polisi Propam Polda Jambi Lakukan Investigasi

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 97 hits
Ibu hamil yang tertembak sudah dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara Jambi
Bukan Kes Pertama Tular Dakwaan Pelaku Langgar Zaharif Pernah Tolak Wanita Hamil

Bukan Kes Pertama Tular Dakwaan Pelaku Langgar Zaharif Pernah Tolak Wanita Hamil

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 131 hits
Satu dakwaan tular di media sosial apabila akaun X milik mynewshub memuat naik tangkapan layar dipercayai pendedahan dari saluran Telegram Edisi Siasat yang mendedahkan bahawa tindakan pelaku melanggar remaja 17 tahun bukan kes pertama dila...
Ibu Hamil Di Jambi Diterjang Peluru Nyasar Saat Polisi Tangkap Kurir Narkoba

Ibu Hamil Di Jambi Diterjang Peluru Nyasar Saat Polisi Tangkap Kurir Narkoba

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 86 hits
Penyergapan kurir narkoba di Tanjung Jabung Barat Jambi diwarnai insiden tak diinginkan Seorang ibu hamil terluka akibat diterjang peluru petugas
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor