Tak Salah Jika Tak Pakai Penutup Mulut Ismail Sabri




Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tidak menjadi kesalahan bagi individu yang tidak memakai penutup hidung dan mulut di tempat awam sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan telah pun memberi garis panduan dan selalu mengingatkan masyarakat bahawa hanya mereka yang bergejala Covid-19 sahaja perlu memakai penutup hidung dan mulut bagi mengelakkan berlakunya penularan.
“Yang tidak bergejala (dengan Covid-19) tidak perlu pakai. Kita tidak boleh hendak kuatkuasakan sesiapa yang tidak memakai topeng akan ditahan, ditangkap dan sebagainya.
“Dulu satu ketika, pengurus pasar raya atau pengawal keselamatan pasar raya, menahan individu kerana tidak pakai topeng hidung dan mulut dan akibatnya pelanggan tidak boleh beli barangan dan sebagainya.
“Ini melebihi dari peraturan dan akta yang dikeluarkan dan diguna pakai. Bagi kita, tidak menjadi kesalahan kalau tidak memakai penutup hidung dan mulut,” katanya kepada pemberita pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
Beliau mengulas mengenai satu laporan bahawa ada individu yang ditahan polis kerana tidak memakai penutup hidung dan mulut sewaktu berada di sebuah pasaraya di Selangor dua hari lepas.
Sementara itu, Ismail Sabri sekali lagi mengingatkan bahawa tangkapan sepanjang PKP dibuat mengikut Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan akta-akta lain yang berkaitan termasuk Kanun Keseksaan.
“Semalam ada yang menulis mengatakan pihak polis tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pesalah-pesalah ini dan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan waran dan sebagainya.
“Saya ingin memaklumkan bahawa tindakan polis adalah berdasarkan Akta 342 dan Seksyen 3 (1) Akta tersebut jelas menyatakan Menteri Kesihatan boleh melantik mana-mana orang yang sesuai menjadi pegawai diberi kuasa untuk menahan mereka yang ingkar PKP.
“Selain itu, Seksyen 3 (2) pula menyebut seseorang pegawai diberi kuasa untuk bertindak dalam bidang kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai seorang penjawat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan,” katanya.
Jelasnya pegawai yang dilantik termasuklah polis, tentera dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk melaksana akta tersebut dengan mengambil tindakan dan menjalankan tugas sewajarnya.
Ismail Sabri berkata polis telah menangkap 1,057 individu kerana ingkar PKP semalam.
“Ia merangkumi 906 individu yang direman dan 151 individu dijamin polis. Sebanyak 622 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP,” katanya dan menambah jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam sebanyak 12,074 individu.
Ismail Sabri berkata polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan 813 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 557,699 kenderaan.
“Sebanyak 57,344 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 5,220 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakukan 2,284 operasi sanitasi di 102 zon termasuk di 27 Zon Merah sejak 30 Mac lepas.
Beliau berkata antara kawasan yang disanitasi ialah 1,446 bangunan kerajaan, 860 tempat awam, 906 pusat perniagaan dan 168 pasar raya
“Untuk semalam, sebanyak 196 operasi sanitasi meliputi 70 zon di 14 negeri, termasuk 41 kawasan di Johor dan 21 kawasan di Kelantan, yang mana sebanyak 129 bangunan kerajaan, 87 tempat awam, 64 pusat perniagaan dan 15 pasaraya telah disanitasi,” tambahnya.
– Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/17/tak-salah-jika-tak-pakai-penutup-mulut-ismail-sabri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tak-salah-jika-tak-pakai-penutup-mulut-ismail-sabri

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Mi Cawan Sebelum Sidang Media Pakai Baju Batik Datuk Seri Ismail Sabri Jadi Perhatian Warganet

Makan Mi Cawan Sebelum Sidang Media Pakai Baju Batik Datuk Seri Ismail Sabri Jadi Perhatian Warganet

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 924 hits
Viral Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi perhatian warganet selepas memuat naik foto sedang menikmati mi segera dalam cawan sebelum memulakan sidang medianya semalam Ismail Sabri telah memuat naik posting
Tidak Menjadi Kesalahan Tak Pakai Topeng Muka Kalau Tidak Bergejala Ismail Sabri

Tidak Menjadi Kesalahan Tak Pakai Topeng Muka Kalau Tidak Bergejala Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 484 hits
Tidak menjadi sebarang kesalahan sekiranya individu tidak memakai topeng muka menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata mereka yang mempunyai gejala sahaja perlu memakai topeng muka manakala yang tidak bergejala ad...
Tak Pakai Topeng Muka Di Tempat Awam Bukan Satu Kesalahan Ismail Sabri

Tak Pakai Topeng Muka Di Tempat Awam Bukan Satu Kesalahan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 411 hits
KUALA LUMPUR Tidak memakai penutup hidung dan mulut di tempat awam bukan kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 sehingga menyebabkan seseorang itu boleh ditahan atau didenda Menteri Kanan Datuk Seri Ismai...
Govt To Decide Whether Or Not To Reschedule Hari Raya Aidilfitri Holiday In Due Time Ismail Sabri

Govt To Decide Whether Or Not To Reschedule Hari Raya Aidilfitri Holiday In Due Time Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 374 hits
A federal territory moon sighting committee member conducting moon sighting for syawal at Putrajaya International Convention Centre last year 8211 Bernama photo KUCHING The government will decide whether or not to reschedule the Hari Raya A...
Ismail Sabri M Sian Govt Welcomes Foreign Govts To Initiate Efforts In Bringing Their Citizens Home

Ismail Sabri M Sian Govt Welcomes Foreign Govts To Initiate Efforts In Bringing Their Citizens Home

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 256 hits
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 8211 Bernama file photo KUCHING The Malaysian government welcomes their counterparts across the globe to initiate efforts in bringing their respective citizens home said Senior Minister Datuk Seri Ism
Students At Local Campuses May Be Allowed To Return Subject To Strict Sops Says Ismail Sabri

Students At Local Campuses May Be Allowed To Return Subject To Strict Sops Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 333 hits
The government may allow students stranded in campuses to return home However strict standard operating procedures must be followed Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the government understands the concerns of parents and s...
Ppbm Agm Cannot Be Held Says Ismail Sabri Yaakob

Ppbm Agm Cannot Be Held Says Ismail Sabri Yaakob

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 316 hits
All annual meetings of companies cooperatives associations and organisations must be postponed until a date to be determined by the Ministry of Health said Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob All companies cooperatives associatio...
Internet Installation At Residential Premises Allowed During Mco Says Ismail Sabri

Internet Installation At Residential Premises Allowed During Mco Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 545 hits
PUTRAJAYA Works to install internet connections at residential premises during the movement control order are allowed says Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob On Saturday he said service provider technicians are only needed to in...
Polis Terima Laporan Vip Ingkar Pkp Ismail Sabri

Polis Terima Laporan Vip Ingkar Pkp Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 376 hits
Oleh Rohaniza Idris dan Farah Marshita Abdul PatahMenteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Polis menerima laporan dakwaan pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan oleh beberapa orang kenamaan termasuk yang ada ja...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur