Tak Pura Pura Gembira Memang Saya Happy Go Lucky Adira Suhaimi
KUALA LUMPUR : Penyanyi, Adira Suhaimi,33, mengakui tidak begitu gemar menunjukkan sisi kesedihan pada umum meskipun kini sedang diuji dengan gelombang keretakan rumah tangga.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Adira berkata, bukan sifatnya untuk meraih simpati pada mana-mana pihak menerusi kisah pahit yang dialami dan perkara itu menjadi prinsip yang dipegangnya selama ini.
“Saya tak nak ajar diri untuk tunjuk lemah pada orang. Tak ada orang nak hadapi atau suka melihat kita sedih. Jadi buat apalah saya nak tunjuk kesedihan pada umum pula.
“Sejujurnya bukan sifat saya untuk meraih simpati atau belas kasihan orang. Kalau orang tengok saya sebagai seorang yang kelakar atau ‘happy go lucky’, memang itu adalah diri saya sebenar.
“Tak adanya nak berpura-pura gembira, memang saya happy go lucky,”katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Selain itu, kata Adira, dia lebih selesa memilih menangani segala masalah yang sedang dihadapi dengan tenang supaya tidak mengusutkan fikiran.
“Saya pilih untuk jalani hidup ini atau segala masalah yang dihadapi dengan tenang. Apa yang penting tak putus berdoa kepada Allah SWT supaya terus dikurniakan kekuatan dan semangat untuk saya mencari rezeki untuk anak-anak.
“Selagi apa yang saya buat ini termasuk beraksi lucu atau buat parodi atau apa sahaja di media sosial itu tidak menyakiti atau kacau sesiapa, saya akan buat.
“Sebab menerusi media sosial juga adalah satu daripada saluran punca rezeki saya,”katanya.
Untuk rekod, Adira dan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red telah berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 dan penyanyi ini merupakan isteri keduanya.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Bagaimanapun pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, memfailkan perceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman.
Source link
The post Tak pura-pura gembira, memang saya ‘Happy Go Lucky’ – Adira Suhaimi appeared first on Edisi Viral Plus.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://plus.edisiviral.com/tak-pura-pura-gembira-memang-saya-happy-go-lucky-adira-suhaimi/