Tak Pernah Rasa Cukup
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Hidup manusia, tak pernah rasa cukup... terutama bab keduniaan.
Terutama bab duit dan harta... Kalau tengok drama melayu pun, banyak kisah pasal manusia yang tak pernah puas dengan harta dan rezeki yang dimiliki...
KIta sentiasa nak minta lebih hinggakan terlupa nak bersyukur rezeki dan nikmat yang lain.
Ramai buat solat sunat Dhuha sebab nak minta rezeki lebih, bisnes berjaya dan kaya harta... Tak salah... cuma betulkan persepsi Dhuha untuk kaya, sebaliknya buat Dhuha untuk lahirkan rasa syukur kita... itu sebetulnya.
Tak Pernah Rasa Cukup
TAMAKKAN dunia ialah kecenderungan untuk memburu dan mengejar kehidupan duniawi termasuk mengumpul benda, mengejar kedudukan pangkat dan darjat, menyintai kemewahan hidup dan melupakan tanggungjawab terhadap Allah.
Islam tidak menegah atau menghalang umatnya mencari kekayaan dan kebahagiaan hidup di dunia, sebaliknya apa yang ditekankan ialah memburu kebahagiaan hidup di dunia janganlah sampai lupa tanggungjawab mempersiapkan diri dengan amalan serta bekal kehidupan di akhirat.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan carilah kurniaan Allah untuk kebahagiaan di akhirat di samping itu jangan pula engkau lupa kepada kebahagiaan di dunia.” (Surah Al-Qasas, ayat 77)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.” (Hadis riwayat Al-Asyakin)
Firman Allah yang bermaksud:
“Bahawa kebanyakan manusia itu sentiasa bersifat tamak serta tidak pernah bersyukur, jika kami berikan satu lembah emas nescaya dia akan meminta lagi, kemudian bila kami berikan dua lembah emas sekalipun, namun dia tidak juga berasa cukup lalu memintanya lagi.”
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (Al-Baqarah: 152)
“Dan Allah akan membalas orang-orang yang bersyukur.” (Ali-Imran: 144)
“DAN demi sesungguhnya! jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian kami tarik balik pemberian itu daripadanya, didapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.” (Hud: 9)
Hindarkan dari bersifat tamak
Seruan Suci
24/10/2015
seruan
MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala yang telah melimpahkan nikmat yang banyak kepada kita, antaranya nikmat rezeki. Sebagai manusia kita hendaklah sentiasa bersyukur dan merasa cukup, iaitu bersifat qana'ah dengan apa yang dianugerahkan Allah Subhanahu Wata'ala kepada kita. Sifat qana'ah hendaklah ditanamkan dalam jiwa agar kita dapat menjauhkan diri kita dari sifat tamak haloba, apatah lagi sehingga mengambil hak milik orang lain.
Sememangnya agama Islam memerintahkan umatnya untuk mencari rezeki bagi kelangsungan hidup mereka. Islam juga tidak melarang umatnya untuk mengumpul harta kekayaan dari rezeki yang diperolehinya itu. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Qashash ayat 73 :
Tafsirnya : ''Dan antara rahmat-Nya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang supaya kamu dapat beristirahat padanya waktu malam dan dapat mencari rezeki daripada limpah kurnia pada waktu siang dan mudah-mudahan kamu bersyukur.''
Perlu diingat, dalam hal harta yang kita miliki itu, kita bukanlah pemilik mutlak harta tersebut, kerana dalam harta itu terdapat hak orang lain. Oleh yang demikian, Islam mewajibkan kita mengeluarkan zakat bagi harta yang telah memenuhi syarat-syaratnya. Kita juga digalakkan untuk bersedekah, berwakaf dan membantu orang-orang yang memerlukan bantuan.
Kehidupan di zaman ini yang lebih mementingkan kebendaan, wang ringgit, pangkat dan kemewahan boleh mempengaruhi manusia kepada sifat tamak haloba dan sayangkan harta, yang akhirnya akan menimbulkan sifat bakhil dan mementingkan diri sendiri. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis :
Maksudnya : ''Daripada Anas bin Malik Radhiallahuanhu katanya : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Seandainya anak Adam sudah memiliki dua lembah emas, maka dia akan mahu untuk berusaha memiliki lembah yang ketiga. Padahal mulutnya itu tidak akan dapat menampung apa pun selain debu, Allah akan menerima taubat bagi orang yang mahu bertaubat.'' (Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mariafirdz.com/2019/02/tak-pernah-rasa-cukup.html