Tak Perlu Ulang Lagi Sekali Ini Tip Sukses Minum Air Gula Confirm Lepas


Selain menanti kontraksi hebat sewaktu detik melahirkan, satu hal yang menjadi igauan ngeri bagi semua ibu hamil pastinya proses minum air gula pada pemeriksaan bulanan.
Biarpun bukan setiap bulan, proses yang satu ini menjadi satu ketakutan buat semua ibu. Bimbang muntah atau ada yang terpaksa minum sekali lagi gara-gara disebabkan minum air.
Menurut Dr Muhammad Izzat, proses minum air gula sebenarnya tidaklah menyusahkan jika bakal ibu tahu cara tepat untuk minum air gula ini. Dan ini tip yang dikongsikan oleh beliau agar sukses dan tak termuntah!

Ada Yang Kena Minum Air Gula ? Tips-tips Minum Air Gula Supaya Tak Termuntah
Seperti penulisan saya sebelum nih, panjang lebar dah saya bercerita kenapa kena minum air gula masa hamil. Bukan suka-suka untuk “mendera” ibu hamil, tapi ianya adalah ujian saringan untuk ‘check’ sama ada ibu ni ada tak kencing manis masa hamil.
Risiko dan komplikasi kencing manis kepada ibu hamil ini banyak, lebih awal dikenalpasti, rawatan segera dimulakan, paras gula terkawal dan sekaligus komplikasi tu dapat dikurangkan. InsyaAllah.
Banyak orang bertanya pada saya, mengenai tips yang boleh diamalkan untuk minum air gula. Maka saya kongsikan dengan harapan dapat membantu ibu-ibu sekalian.
1. Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut kesenangan puan.

2. Kena puasa bermula jam 10.00 malam. Dalam tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum. Ingat ya, AIR KOSONG sahaja. Ni SEBELUM minum air gula ya. Jangan kompius.
3. Sampai kat klinik kesihatan, tekan nombor giliran. Pergi awal sikit. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Hehe tak de ler menggeletar badan sebab berpuasa lama.
4. Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Tak banyak pun. Masa nurse atau doktor tengah cucuk ambil darah tu, berbual-bual la pasal tupperwear ke, Lazada ke apa-apalah yang boleh distract. Tahu-tahu je da selesai amik darah.

 
5. Selepas itu, nurse akan memberikan segelas air gula suam. Rasanya manis yang amat. Ada yang cakap biasa je rasanya. takdalah ngeri sangat pun.
( saya pernah rasa larutan air gula ni masa jadi pelajar perubatan di Universiti Malaya dulu – kami ‘diwajibkan’ minum untuk experience apa yang pesakit rasa)
6. Setelah habiskan segelas air gula tu, nurse minta kita rehat sahaja di klinik selama 2 jam. Duduk rehat sahaja. jangan makan lagi time ni, sabarr. Air kosong pun tak boleh minum masa tunggu 2 jam ni.
7. Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.
8. Sampel darah akan dihantar ke makmal. Urusan selesai dan dah boleh makan macam biasa. Yay !

Tips minum air gula supaya tidak termuntah:
1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di makan.
2. Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah disarankan start puasa jam 10 malam.
3. Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum slow slow kerana ini akan buat kita rasa loya.

4. Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.
5. Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.
Lain orang lain caranya untuk mengelakkan muntah masa minum air gula.
Selamat minum air gula ! Enjoy !
Jangan mintak segelas lagi dah la
Artikel berkaitan: Perit Nak Kena Minum Air Gula Waktu Hamil, Ini Tip Berguna, Doktor Kongsi Nak Elak Termuntah
Disuruh Minum Air Gula, Confirm Diabetes, Persepsi Salah, Air Gula Bukan Penyebab

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
 
The post Tak Perlu Ulang Lagi Sekali, Ini Tip Sukses Minum Air Gula, Confirm Lepas! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-perlu-ulang-lagi-sekali-ini-tip-sukses-minum-air-gula-confirm-lepas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Overdose Minum Air Putih 8 Liter Sehari Wanita Bengkak Otak Masuk Redzone

Overdose Minum Air Putih 8 Liter Sehari Wanita Bengkak Otak Masuk Redzone

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 322 hits
Pengambilan air putih yang mencukupi adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah dehidrasi badan Namun ramai kurang cakna bahawa kuantiti per liter yang perlu diambil sebenarnya bergantung mengikut keperluan diri masing masing Meskipun ...
Banyak Minum Air Kelapa Saat Hamil Bisa Bikin Kulit Bayi Putih Dan Bersih Sejak Dalam Kandungan Mitos Atau Fakta Ya

Banyak Minum Air Kelapa Saat Hamil Bisa Bikin Kulit Bayi Putih Dan Bersih Sejak Dalam Kandungan Mitos Atau Fakta Ya

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 317 hits
Banyak Minum air Kelapa saat hamil bisa bikin Kulit bayi putih dan bersih sejak dalam kandungan Mitos atau Fakta ya Air kelapa muda dikenal baik bagi kesehatan karena banyak mengandung elektrolit dan nutrisi yang diperlukan tubuh Rasanya ya...
Tips Elak Kucing Minum Air Dalam Bilik Air

Tips Elak Kucing Minum Air Dalam Bilik Air

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 377 hits
Tips Elak Kucing Minum Air Dalam Bilik Air Idea artikel ini cik en ambil daripada pertanyaan di TikTok Alhamdulillah tengah kering idea untuk kongsi dengan korang mengenai tips dan rawatan kucing cik en ceduk sikit daripada pertanyaan follo...
Pakcik Umur 80 Tahun Gigih Jual Air Menangis Berdoa Lepas Dihulur Duit Sedekah

Pakcik Umur 80 Tahun Gigih Jual Air Menangis Berdoa Lepas Dihulur Duit Sedekah

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 281 hits
Baru baru ini seorang pengguna di laman Twitter bernama Aida Aidil telah membuat beberapa ciapan berkongsi pengalaman membeli air kelapa daripada seorang lelaki warga emas Video itu tular di media sosial kerana ramai simpati dengan keadaan ...
Kesan Minum Air Panas

Kesan Minum Air Panas

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 845 hits
Bismillahirahmanirahim dan asalamualaikum pembaca blog yang saya hormati Tahukah kita air merupakan salah satu asas untuk manusia melansungkan kelansungan hidup Biasa juga kita mendengar doktor mengatakan bahawa minum kira kira lapan gelas ...
Kerana Trauma Lelaki Ini 20 Tahun Tak Pernah Minum Air Putih Sejak Umur 9 Tahun

Kerana Trauma Lelaki Ini 20 Tahun Tak Pernah Minum Air Putih Sejak Umur 9 Tahun

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 418 hits
Baru baru ini seorang lelaki di Korea membuat pengakuan yang agak mengejutkan di sebuah program variety K Da Kuomin di mana dirinya tidak pernah minum air putih selama 20 tahun kerana didakwa mempunyai trauma ketika dirinya kecil Difahamkan...
Rahsia Anak Dengar Kata Lepas Wuduk Sapu Lebihan Air Pada Muka Kepala Anak

Rahsia Anak Dengar Kata Lepas Wuduk Sapu Lebihan Air Pada Muka Kepala Anak

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 202 hits
Setiap pasangan suami isteri pasti menginginkan anak anak yang baik akhlak hormat orang tua mudah dengar kata dan menjadi saham akhirat untuk ibu bapa kelak Bagaimanapun sejauh mana kita harapkan ingatlah hati anak anak Allah yang pegang Ta...
Minggu Lepas Kelam Kabut Minggu Ni Mak Ayah Makin Bijak Urus Kelas Online Anak Ibu Ni Kongsikan Tip

Minggu Lepas Kelam Kabut Minggu Ni Mak Ayah Makin Bijak Urus Kelas Online Anak Ibu Ni Kongsikan Tip

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 351 hits
Kecoh di media sosial masing masing gelabah campur serabut mengendalikan kelas online anak anak Bermacam ragam mak ayah dan anak anak Ada yang sibuk membuat grup telegram mengendalikan anak ketika belajar begitu juga memujuk anak anak untuk...
Dikira Air Minum Seorang Pejabat Di India Teguk Hand Sanitizer Saat Rapat

Dikira Air Minum Seorang Pejabat Di India Teguk Hand Sanitizer Saat Rapat

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 212 hits
Seorang pejabat India tidak sengaja meneguk cairan hand sanitizer saat akan berpidato di sebuah rapat tapi untungnya ia menyadari dan tidak terjadi dampak serius Menyadur Times Of India Kamis Ramesh Pawar Komisioner Gabungan Perusahaan Kota...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord