Rahsia Anak Dengar Kata Lepas Wuduk Sapu Lebihan Air Pada Muka Kepala Anak


Setiap pasangan suami isteri pasti menginginkan anak-anak yang baik akhlak, hormat orang tua, mudah dengar kata dan menjadi saham akhirat untuk ibu bapa kelak. Bagaimanapun sejauh mana kita harapkan, ingatlah hati anak-anak Allah yang pegang.
Tak salah untuk ibu bapa ikhtiar cara yang terbaik asalkan ia menjadi pegangan untuk anak sejak dari awal.
Melalui perkongsian ibu kepada 7 orang anak ini, Rohamiah Muda, salah satu amalan yang dilakukannya ialah menyapu air lebihan wuduk pada wajah dan kepala anak-anak.

Ada yang tanya saya macam mana saya handle anak tujuh orang. Ada yang anak baru dua pun dah kelam kabut. Rumah tak siap, nak buat sarapan tak sempat, terkejar-kejar dengan masa pula.
Saya hanya senyum mendengar komen daripada kawan dan sahabat tentang perkara ini.
Sebenarnya, ketika saya anak dua dahulu pun begitu juga. Saya kagum dengan ibu-ibu yang dikurniakan anak yang ramai.
Tetapi, apabila saya sendiri dikurniakan anak yang ramai, terasa mudah. Dan, hakikatnya ketika anak pertama hingga ketiga masih kecil terasa agak susah dan agak penat
Namun, apabila anak pertama, kedua dan ketiga semakin membesar, urusan saya sebagai ibu semakin mudah.

Kenapa?
Kerana anak pertama sudah boleh diharap untuk menolong kita apa yang patut.
Kemudian, anak kedua dan ketiga semakin besar, mereka dapat adik lagi. Urusan juga semakin senang.
Hinggalah sekarang, apabila semua anak semakin besar, mereka sudah pandai urus diri dan berdikari.
Saya sebagai ibu memberi tunjuk ajar dan arahan sahaja.
“Baju sekolah jangan lupa gosok!”
“Baju lipat sendiri!”
“Kemas ruang tamu!”

Alhamdulillah, jika kita sebagai ibu memberi contoh teladan yang baik, anak-anak mudah mengikut arahan yang diberi.
Mudah, kan?
Jika kita fikir mudah, ia akan menjadi mudah. Jika kita fikir susah, ia akan menjadi susah.
Begitulah cara mendidik anak yang seterusnya.
Bahkan, anak ramai ni mereka sudah ada kawan bermain di rumah. Tidak perlu keluar rumah lagi untuk mencari kawan.
Seperkara lagi, ibu-ibu yang mempunyai anak yang ramai mesti ada satu sifat iaitu sabar, sabar dan terus sabar. Itulah yang Islam ajar.
Setiap hari, ibu-ibu berhadapan dengan kerenah anak-anak yang sama seperti bermain, bergaduh, bergurau dan juga usik-mengusik. Sekejap ketawa, sekejap lagi menjerit. Telinga yang mendengar pun rasa sakit. Lama-lama ibu juga bertempik.

Itulah rutin saya setiap hari. Saya angggap ia sebagai suara-suara yang sedang menyanyi. Kerana saya fikir, tanpa mereka, pasti rumah akan sunyi. Itulah dunia untuk mereka nikmati.
Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tip dalam pendidikan anak:
1. Selepas berwuduk, lapkan air basahan wudhuk pada wajah dan kepala anak-anak sambil membaca selawat.
2. Mengulang zikir ‘Ya Latif Ya Latif ketika membuat air dan memasak.
3. Memeluk dan mencium mereka ketika mereka bergaduh.
4. Ucapkan mama sayang ….(sebut nama anak)
5. Doakan anak-anak dan sebutkan nama setiap anak.
6. Sebelum mereka ke sekolah atau ke asrama, bacakan surah Ar-Rahman ayat 1-4 ke ubun anak-anak. Kemudian zikirkan “Ya Hafiz Ya Muhaimin”. Boleh juga letakkan tangan di kepala mereka sambil membaca ayat dan zikir di atas.

7. Setiap hari, sedekahkan A-fatihah untuk setiap anak.
8. Sentiasa berkata yang baik dan tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
9. Jika anak-anak bergaduh, sama ada di dalam rumah atau di dalam kereta, ibu boleh laungkan azan di hadapan anak. Kerana anak yang sedang bergaduh, sebenarnya sedang diganggu syaitan. Apabila azan, syaitan akan lari. Tapi, dengan syarat lafaz azannya mesti betul ya.
10. Ilmu ini saya dapat daripada seorang ustazah di sekolah anak saya. Ketika anak tidur, bacakan ayat Qursi dan surah Al-Insyirah serta tiupkan pada ubun-ubun anak.
Insya-Allah, Allah akan mudahkan urusan kita dalam menjaga anak-anak. Sebagai ibu, kita bukan sahaja menjaga fizikal anak, bahkan rohani dan jiwa mereka perlu diberi keutamaan.
Sumber: Rohamiah Muda

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Rahsia Anak Dengar Kata, Lepas Wuduk Sapu Lebihan Air Pada Muka & Kepala Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/rahsia-anak-dengar-kata-lepas-wuduk-sapu-lebihan-air-pada-muka-kepala-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berdekah Gelak Isteri Sedar Dari Koma Lepas Anak Joget Tiktok Lain Macam Babak Sinetron Ini

Berdekah Gelak Isteri Sedar Dari Koma Lepas Anak Joget Tiktok Lain Macam Babak Sinetron Ini

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 316 hits
Sebut sahaja sinetron Indonesia anda pasti dapat membayangkan jalan cerita yang unik dan lucu kan Apa sahaja yang tidak masuk akal boleh dijadikan aksi yang menghiburkan Terbaru sedutan dari rancangan terbitan IndoSiar telah menarik perhati...
Promo Pdpr Ibu Bapa Pening Kepala Anak Anak Jadi Mangsa

Promo Pdpr Ibu Bapa Pening Kepala Anak Anak Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 397 hits
Sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah yang mula diperkenalkan sejak sekolah dibuka 20 Januari lalu kini menjadi topik hangat ibu bapa setiap hari Jika pada mulanya semangat menemani anak belajar secara online berkobar kobar di hati na...
Cantiknya Nama Baby Girl Muka Sebiji Mateen Yana Samsudin Dedah Wajah Nama Anak Comelnya

Cantiknya Nama Baby Girl Muka Sebiji Mateen Yana Samsudin Dedah Wajah Nama Anak Comelnya

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 556 hits
Setelah sekian lama akhirnya pelakon dan pengacara Yana Samsudin tampil memuat naik beberapa keping gambar anak keduanya Menerusi perkongsian tersebut Yana turut berkongsi nama anak keduanya yang diberi nama Aura Aisy Sofea Namun katanya na...
Tengah Main Cakap Apa Pun Anak Takkan Dengar Ada Waktu Paling Tepat Nasihatkan Anak Ni Caranya

Tengah Main Cakap Apa Pun Anak Takkan Dengar Ada Waktu Paling Tepat Nasihatkan Anak Ni Caranya

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 260 hits
Waktu bermain adalah waktu yang sangat menyeronokkan bagi anak anak kita Cakaplah apa sahaja ada waktunya anak langsung tidak mendengar dek terlalu fokus dengan permainan di tangannya Jangan sekali kali memberi pelbagai arahan di waktu ini ...
Minggu Lepas Kelam Kabut Minggu Ni Mak Ayah Makin Bijak Urus Kelas Online Anak Ibu Ni Kongsikan Tip

Minggu Lepas Kelam Kabut Minggu Ni Mak Ayah Makin Bijak Urus Kelas Online Anak Ibu Ni Kongsikan Tip

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 354 hits
Kecoh di media sosial masing masing gelabah campur serabut mengendalikan kelas online anak anak Bermacam ragam mak ayah dan anak anak Ada yang sibuk membuat grup telegram mengendalikan anak ketika belajar begitu juga memujuk anak anak untuk...
Anak Menangis Sampai Muka Jadi Biru Cemasnya Mak Ayah Jangan Biarkan

Anak Menangis Sampai Muka Jadi Biru Cemasnya Mak Ayah Jangan Biarkan

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 247 hits
Anak menangis itu biasa namun bila anak menangis sampai muka kebiru biruan usahlah dibiarkan Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan bahawa anak mereka sengaja tahan nafas maka reaksi pertama adalah memarahi mereka Namun apa yang anda perlu t...
Hiburan Anak Anak Tak Ambil Kisah Rita Rudaini Kata Anak Tak Terkesan Isu Nafkah Dengan Bekas Suami

Hiburan Anak Anak Tak Ambil Kisah Rita Rudaini Kata Anak Tak Terkesan Isu Nafkah Dengan Bekas Suami

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 437 hits
Kecoh seketika di media sosial apabila pelakon Rita Rudaini dan bekas suami iaitu Aidil Zafuan bertelingkah mengenai isu nafkah anak anak hasil perkahwinan mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna Sumber Instagram Rita Rudaini...
Kekasih Enggan Kahwin Lepas Lahirkan Anak Wanita Terjun Bangunan Sambil Peluk Bayi

Kekasih Enggan Kahwin Lepas Lahirkan Anak Wanita Terjun Bangunan Sambil Peluk Bayi

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 372 hits
Hong Kong Seorang wanita kaya kacukan China Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima bulan Dilaporkan mangsa Luo Lili 34 mengambil keputusan itu selepas kecewa dengan k...
How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Online Presence Is Critical For Business

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Inovasi Teknologi Untuk Seragam Kerja Ramah Lingkungan

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord