Tak Perlu Tunggu Kaya Raya Untuk Buat Kebaikan Dengan Menjamu Orang Makan




Ada sekali tu, saya keluar pergi makan di sebah restoran yang menjual aneka sup. Sebaik saja sampai di restoran itu, saya duduk dan minta mihun sup daging bersama dengan secawan kopi ‘o’ panas.
Sambil duduk menunggu order sampai, di belakang kedai itu, terlihat seorang India yang berpakaian comot sedang duduk menyusun kotak yang dibuang orang.
Dalam asyik melihat lelaki India itu, mihun sup sampai. Dari jauh saya nampak mata India itu melekat pada makanan yang dibawa ke meja saya.
Terus jatuh rasa kasihan padanya. Saya beri isyarat, mengajak dia makan. Dia hanya anggukkan kepala.
Lalu saya buka mulut untuk bertanya, “mahu makan ke?”
Dia angguk sekali lagi bersungguh-sungguh.
“Nak makan apa?” tanya saya selanjutnya
“Sup ayam, mihun sup ayam", sambut lelaki India itu.
Ini peluang saya buat pahala!.
Saya panggil pelayan dan minta mereka berikan satu mihun sup ayam pada orang India itu.
India itu minta makanannya dibungkus. Dia tak mahu makan di situ. Mungkin dia mahu bawa balik dan berkongsi dengan keluarganya. Itu yang terlintas dalam fikiran saya. Kesian kat dia!.
Setelah mihun sup siap dan diberikan padanya. Dia ambil lalu bangun dan mengucapkan terima kasih banyak kali. Saya hanya mengangguk dan tersenyum puas dengan rezeki buat pahala yang saya dapat.
Rasa seronok tengok dia tahu berterima kasih. Dia berlalu membawa sebungkus mihun sup ayam sambil mengepil kotak kertas yang dikutipnya dari kawasan tong sampah berdekatan.
Sebenarnya, kita mampu saja untuk buat pahala dengan cara mudah. Belanja orang yang susah, yang anda temui di mana-mana untuk makan.
Di pusat bandar terutamanya, anda akan sering terserempak dengan orang yang merayau-rayau mencari rezki dari sumber bahan terbuang atau seumpamanya tanpa meminta-minta pada orang ramai. Ajaklah orang itu makan atau belanjalah dia minum.
Jika dia mahu membawa balik bungkusan makanan atau minuman itu, berikan padanya. Tentu dia teringatkan keluarganya yang kesusahan dan tidak sanggup makan seorang diri.
Buat pahala dengan berbelanja orang sebegitu adalah jauh lebih baik daripada memberikan wang pada mereka yang ke sana-sini meminta sedekah pada orang ramai.
Kebanyakan dari masa, mereka yang meminta sedekah adalah kumpulan sendiket yang punyai ketua yang jahat. Atau individu nak buat kerja mudah, sebenarnya hidup tak susah, tapi ambil kesempatan ke atas sifat pemurah rakyat Malaysia untuk buat kerjaya dapatkan duit melalui minta sedekah.
Tak salah belanja atau sedekah pada orang kaya, kita masih tetap buat pahala, tetapi biasanya sedekah pada orang yang betul-betul memerlukannya, akan diiringi dengan doa kesyukuran dan kebaikan pada kita, dan biasanya doa mereka mustajab.
Kawan baik rajin belanja orang makanDalam bab belanja makan ni, teringat saya pada seorang rakan yang dah meninggal ketika wabak covid-19 menggila di negara kita sebelum ini. Dia salah seorang mangsa yang tewas menghembuskan nafasnya dalam usia yang masih muda, pertengahan 40-an.
Masa mula-mula datang ke Lembah Kelang dulu, saya selalu balik ke utara dengan menumpang keretanya setiap kali musim cuti. Kami sering travel berdua.
Dia yang mula mengajar saya budaya belanja orang makan seperti yang saya kongsikan di atas tadi.
Ketika itu dia kerja bagus, di sebuah syarikat petroleum antarabangsa dengan pendapatan yang sangat baik.
Sekali tu kami singgah rehat makan di RnR Tapah, kalau tak silap saya. Selepas ambil makanan masing-masing, kami berdua duduk dan makan. Ketika makan, datang seorang lelaki, agak selekeh, memonon ehsan sedikit sumbangan duit dari kami.
Dia beritahu dan beberapa hari terkandas di situ dan tak ada duit untuk balik dan dia kelaparan. Saya lihat mulutnya kering dan tangannya menggigil.
Kawan saya tu, dengan selamba bangun dan ajaknya ke salah satu gerai makan di situ. Dia suruh kakak gerai buat sepinggan nasi, lalu anya lelaki tu nak makan lauk apa. Lelaki itu tunjukkan kari ayam. Itu saja yang dia mahu. Disuruh letak lagi sayur atau lauk lain dia tak mahu.
Kemudian, bila dah siap, diberikan nasi bersama lauk ayam tu padanya. "Pergi duduk makan!', kata kawan saya padanya.
Dia ambil dan pergi duduk di salah satu meja makan yang tak jauh dari kami. Sementara itu kawan saya pergi beli air pula lalu diletakkan pada lelaki tersebut.
Saya lihat dia makan dengan lahap. Memang lapar benar dia. Kesian!.
Kami selesai dan mahu beredar. Kawan saya hulurkan pula RM20 kepadanya. Tak henti lelaki itu ucapkan terima kasih. Kelihatan air matanya bergenang.
Itulah amalan baik yang arwah kawan saya tunjukkan dan saya tak pernah lupa untuk turut sama amalkan. 
Bagi orang makan, di mana saja anda jumpa mereka yang susah. Tak perlu tunggu kaya, jamu secara besar-besaran untuk buat kebaikan. Semua orang mampu saja amalkannya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/01/tak-perlu-tunggu-kaya-raya-untuk-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Kebaikan Ikan Salmon Untuk Kesihatan Rugi Besar Siapa Tak Makan

5 Kebaikan Ikan Salmon Untuk Kesihatan Rugi Besar Siapa Tak Makan

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 174 hits
Korang suka makan ikan salmon tak Tekstur isinya cukup lembut dan berlemak Kalau suka memang elok sangatlah sebab penuh kebaikan Tambahan pula terdapat kandungan Omega 3 yang baik dan membantu menjaga kesihatan badan Tapi tu lah sampai hari...
Dasar Bunuh Diri Khusus Bagi Penyokong Dasar Ekonomi Baru Dasar Ketuanan Dasar Makan Free Dasar Kaum Eelit Kaya

Dasar Bunuh Diri Khusus Bagi Penyokong Dasar Ekonomi Baru Dasar Ketuanan Dasar Makan Free Dasar Kaum Eelit Kaya

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 182 hits
There is a soalan cepu mas at the end Please watch this short video It is full of information and very scary too The lady talks about people s inability to put food on the table for their children I have some other comments after this To th...
Aku Selalu Tunggu Sisa Anak Je Isteri Terkilan Suami Terlalu Berkira Siap Minta Jangan Tambah Nasi Bila Makan

Aku Selalu Tunggu Sisa Anak Je Isteri Terkilan Suami Terlalu Berkira Siap Minta Jangan Tambah Nasi Bila Makan

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 205 hits
Biarpun sudah ketahui rezeki seorang suami itu juga adalah sebahagian daripada berkat isteri serta anak anak namun masih ramai suami yang berkira dan ia bukanlah satu perkara yang pelik untuk zaman ini Malah ada saja yang sanggup melaburkan...
Rossa Sera Suap Shuk Sahar Makan Di Makkah Netizen Luah Rasa Syukur Tengok Kembali Bahagia

Rossa Sera Suap Shuk Sahar Makan Di Makkah Netizen Luah Rasa Syukur Tengok Kembali Bahagia

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 192 hits
Pelawak Shuk Sahar dan isteri Rossa Sera sedang menjalani ibadah umrah di Tanah Suci Makkah sejak 9 Januari lalu Sebagai tetamu AllahAlhamdulillah permulaan yang baik buat 2023 Dijemput sebagai tetamu Allah Terbaru perkongsian terbaru Sera ...
Masak Nasi Lemak Dua Kali Makan

Masak Nasi Lemak Dua Kali Makan

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 225 hits
Assalamualaikum WBTMINGGU ini Iman ada sertai acara sukan anjuran salah satu fakulti di universiti Minggu lepas pasukan Iman muncul Johan Pertandingan Bola Jaring antara kelas dalam Fakulti Sains dan Sumber Manusia kali ini Iman dan kawan k...
Sedap Lawati Sarawak Yoo Seungho Akui Suka Makan Aiskrim Gula Apong Pisang Goreng

Sedap Lawati Sarawak Yoo Seungho Akui Suka Makan Aiskrim Gula Apong Pisang Goreng

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 162 hits
Pada Oktober lepas Yoo Seung ho dilihat sedang menjalani penggambaran di Kuching Sarawak untuk program Off The Grid ARTIKEL BERKAITAN Untuk pengetahuan Off The Grid adalah program jelajah Discovery Channel Korea yang akan diacarakan oleh Yo...
Ayam Goreng Viral Terlajak Sedap Makan Dengan Nasi Panas Panas Memang Umph

Ayam Goreng Viral Terlajak Sedap Makan Dengan Nasi Panas Panas Memang Umph

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 269 hits
Menu ayam goreng antara yang menjadi kegemaran anak anak Walaupun hanya satu lauk sahaja makan dengan nasi panas panas letak kicap pun boleh habis sepinggan Biasanya kita akan goreng ayam dengan menggaulkan kunyit dan garam tapi kali ini bo...
Pendedahan Zahid Boleh Makan Diri

Pendedahan Zahid Boleh Makan Diri

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 183 hits
FARAH SHAZWANI ALISHAH ALAM Tindakan mendedahkan seramai 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional termasuk daripada UMNO menandatangani surat akuan bersumpah menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri boleh memakan diri P...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan