Tak Perlu Sampai Disinfeksi Makanan Lepas Buka Bungkusan Basuhlah Tangan Bersih Bersih Dr Izzar Anwari
Setiap kali menerima bungkusan makanan dari penghantar makanan yang kita pesan, kita mula bimbang takut terlekat virus Covid-19 di permukaan plastik pembungkus. Begitu juga dengan parcel barang yang kita pesan.
Menurut Dr Izzar Anwari, tidak perlulah makanan itu sendiri disinfeksi kerana virus tidak hidup dipermukaan makanan. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Boleh ke dapat COVID dari makanan atau bungkusan makanan?
Kadang-kadang balik dari pasar atau ambil bungkusan makanan dari penghantar makanan tu, risau juga kot-kot ada virus C-19. Bahaya ke?
Tiada sebarang bukti mengatakan kita boleh dapat C-19 melalui makanan atau bungkusan makanan. C-19 merebak melalui respiratory/pernafasan dari titisan air/ aerosol orang dijangkiti yang batuk atau bersin.
C-19 tak hidup atas permukaan makanan seperti buah, sayur, makanan beku sebab C-19 memerlukan host /perumah yang hidup (manusia) untuk terus hidup.
Apa yang disarankan WHO ialah:
✅ Bersihkan sayur / buah dengan air biasa yang bersih sudah memadai.
✅ Tak perlu disinfeksi bungkusan makanan. Tetapi, perlu mencuci tangan betul-betul selepas mengendalikan bungkusan makanan dan sebelum makan
Beli Kitsui Fedloss Fibre Dtox Set Di Sini
Kitsui Fedloss Fibre Dtox Set
Sama lah macam kalau dapat parcel. Saya buka siap-siap di luar rumah tu, ambil isi parcel dan bawa masuk rumah. Lepas tu cucilah tangan betul-betul.
Pergi pasar/ mall pun semua kena patuh SOP kan. Nak masuk pun kena lengkap vaksinasi. Tangan pun perlu kerap dicuci. Kalau semua ni dijaga, insyaAllah okay.
Ingat ye 3 cara utama virus COVID-19 merebak.
View this post on Instagram
A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)
Menarik: Nak Beli Mainan Kena Kumpul Duit Sendiri, Gigih Anak Menabung, Dah Dapat Lagi Puas Hati
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @izzar
The post “Tak Perlu Sampai Disinfeksi Makanan, Lepas Buka Bungkusan, Basuhlah Tangan Bersih-Bersih” – Dr Izzar Anwari appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tak-perlu-sampai-disinfeksi-makanan-lepas-buka-bungkusan-basuhlah-tangan-bersih-bersih-dr-izzar-anwari/