Tak Perlu Pun Berserabut Memikirkan Manifesto Yang Gah Cukup Sekadar Kembali Ke Landasan Yang Telah Kerajaan Bn Asaskan


5 DASAR UTAMA BN YANG MENSEJAHTERAKAN RAKYAT


Ya! Kerajaan BN terdahulu bukanlah sempurna. Banyak kekurangan dan tidak terlepas melakukan kesilapan. Cuma, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa kekuatan negara sebelum ini adalah kerana dasar Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional yang mengutamakan KESEJAHTERAAN RAKYAT tanpa mengira kaum dan Agama yang menjadi resepi KESTABILAN DAN KEHARMONIAN negara

Antara dasar-dasar penting termasuklah:
1. JANA KEKAYAAN UNTUK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT
Pelbagai dasar Kerajaan BN terdahulu memfokuskan untuk menggalakkan pelaburan domestik dan luar negara melalui GLC/GLIC bagi memastikan pertumbuhan ekonomi meningkat dan kekayaan dapat dijana

Sebab itulah Bursa Saham sepanjang BN memerintah mencatatkan keuntungan tinggi yang menyaksikan syarikat-syarikat berkembang dan dividen-dividen tabung simpanan rakyat seperti Tabung Haji, ASB, KWSP, LTAT, KWAP juga tinggi

2. FOKUS PERTUMBUHAN DENGAN MEMBANGUNKAN INFRASTRUKTUR RAKYAT
Pembangunan infrastruktur rakyat sentiasa menjadi keutamaan dasar pertumbuhan ekonomi Kerajaan BN seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, ECRL, HSR, MRT1 dan MRT2 ternyata mampu menjana pertumbuhan ekonomi hingga kesan gandaannya kepada segenap sektor termasuk perusahaan kecil dan sederhana hingga mencipta banyak peluang-peluang pekerjaan baharu sekaligus menurunkan kadar pengangguran rakyat. 
Malah pengenalan Dasar Gaji Minima, telah mula menampakkan gaji purata rakyat kian meningkat manakala jurang pendapatan iaitu pekali kini semakin menurun.  

3. DASAR LUAR YANG SEIMBANG DAN PROGRESIF
Hubungan baik dengan pelbagai kuasa ekonomi dunia yang seimbang dan progresif termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, India, Arab Saudi dan Eropah telah memungkinkan pelbagai kerjasama pelaburan yang menguntungkan negara. 
Pemimpin-pemimpin besar seperti Presiden Amerika Syarikat, Presiden China, Raja Arab Saudi berkunjung ke Malaysia dan mengumumkan kerjasama ekonomi yang amat memberi impak besar kepada Negara. Contohnya, Raja Arab Saudi sendiri datang mengumumkan Projek RAPID di Pengerang RM31 bilion di samping kerjasama lain, Presiden China lawati Malaysia dan menjadi rakan perdagangan ke-4 terbesar Malaysia

Komoditi utama negara seperti minyak sawit dapat dipasarkan ke pasaran-pasaran utama. Malaysia juga dihormati antara peneraju negara serantau ASEAN dalam banyak aspek termasuk kestabilan dan demokrasi

4. DASAR PERCUKAIAN YANG PROGRESIF
Apabila GST diperkenalkan Kerajaan BN, matlamat utama antaranya untuk memastikan keadilan dalam sistem percukaian negara seiring dengan inisiatif hampir keseluruhan negara di dunia. Prinsip GST berbanding SST membolehkan orang kaya membayar GST lebih kerana lebih banyak berbelanja berbanding orang miskin. Kelompongan dalam ekonomi (Black Economy) akibat kegagalan mereka yang tidak bayar cukai di kalangan peniaga-peniaga kaya juga dapat diatasi. 
Cukai pendapatan dapat dikurangkan agar rakyat mempunyai lebih pendapatan untuk dibelanjakan (disposable income). Malah kebergantungan kepada hasil minyak Petronas dapat dikurangkan. Dasar percukaian progresif ini juga membolehkan defisit fiskal negara dikawal. BN juga memperkenalkan mekanisme mengagihkan lebihan hasil GST kepada golongan B40 melalui BR1M serta bantuan-bantuan lain dan jumpah ini lebih tinggi berbanding cukai GST yang dibayar golongan ini (Cukai pendapatan juga dikecualikan kepada rakyat bergaji RM4,000 sebulan)

   
 5. DASAR MEMBELA SEMUA KAUM TANPA MENAFIKAN SIFAT KEINDUKAN BANGSA TERAS
Model Kerajaan BN yang membela semua agama dan kaum tanpa menghilangkan sebarang sifat keindukan bangsa dan agama teras Bumiputera dan Islam ternyata menjadi asas KESTABILAN dan KEHARHOMIAN negara. 
Pembangunan ekonomi secara saksama tidak pernah menafikan hak mana-mana rakyat bahkan kekayaan dapat dinikmati hasil kestabilan yang dicapai. Ini dibuktikan dengan pengenalan klasifikasi T20, M40 dan B40 bagi mentransformasi bantuan dan agihan berdasarkan keperluan (Need Based Policy) dan tidak semata-mata berasaskan kaum. 
Asas KESTABILAN dan KEHARMONIAN inilah yang merangsang pertumbuhan dan menggalakan pelaburan domestik dan dari luar negara kerana wujudnya KONSISTENSI, KEYAKINAN dan KEPERCAYAAN yang menjadi pra-syarat utama sesuatu keputusan untuk melabur atau tidak dalam sesebuah negara

MARI KITA MULAKAN DISKUSI DASAR SECARA OBJEKTIF DAN KRITIS. Sebarang pandangan dialu-alukan. Apakah saudara/i setuju dengan pandangan ini

Dr. Asyraf Wajdi DusukiPengerusi Pemuda BN merangkapKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
22 Februari 2021
#PemudaJurubicaraRakyat#TradisiMembelaRakyat#BNTetapDiHati#BangkitKembali
 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaramelayubaru.blogspot.com/2021/02/tak-perlu-pun-berserabut-memikirkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Melayu Mesti Baca Kutipan Cukai Sudah Tidak Cukup Kerajaan Mati Akal Penasihat Ekonomi Pula Tak Ada Akal

Orang Melayu Mesti Baca Kutipan Cukai Sudah Tidak Cukup Kerajaan Mati Akal Penasihat Ekonomi Pula Tak Ada Akal

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 225 hits
First here is an opener by my friend Norman Fernandez REOPEN THE 4 D OUTLETS By Norman FernandezIt is time that the government allow the Forecast Number Operators to resume operations Ever since the Covid 19 pandemic the 4 D outlets at vari...
Dap Okay Kerajaan Diterajui Umno Hingga Habis Penggal Kata Loke

Dap Okay Kerajaan Diterajui Umno Hingga Habis Penggal Kata Loke

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 250 hits
agendadaily com16 9 2021Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Seorang pemimpin DAP mendedahkan ia tidak menjadi masalah sekiranya kerajaan diterajui UMNO terus mentadbir sehingga habis penggal walaupun perjanjian Memorandum Pers...
Perdana Menteri Kerajaan Malaysia Kena Saman Isu Kedaulatan Pulau Batu Puteh

Perdana Menteri Kerajaan Malaysia Kena Saman Isu Kedaulatan Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 368 hits
Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia dicabar di mahkamah kerana menarik balik permohonan negara pada tahun 2018 untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menyatakan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik ...
Mou Kerajaan Ph Bolehkah Matlamat Tercapai

Mou Kerajaan Ph Bolehkah Matlamat Tercapai

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 482 hits
Hari ini Malaysia berusia 58 tahun Apa harapan rakyat pada hari lahir negara tercinta ini Tentunya agar Malaysia bergerak maju aman dan sejahtera Paling utama ialah berakhirnya krisis kesihatan dan ekonomi yang membelenggu sekian lama akiba...
Hiburan Masalah Air Di Kelantan Fizo Omar Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera

Hiburan Masalah Air Di Kelantan Fizo Omar Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 245 hits
Pelakon Fizo Omar menerusi sebuah hantaran di Instagram telah menggesa pihak kerajaan negeri Kelantan untuk mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah air tercemar yang masih tidak berkesudahan sehingga ke hari ini ARTIKEL BERKAITAN A...
Najib Cadang Kerajaan Perkenal Skim I Survive Kepada Orang Ramai

Najib Cadang Kerajaan Perkenal Skim I Survive Kepada Orang Ramai

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 219 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercadang supaya kerajaan memperkenalkan skim i Survive yang membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM5 000 kepada orang ramai Menurut laporan Kosmo Najib mengatakan bahawa ini ada...
76 000 Kes Penceraian Sejak Pandemik Covid 19 Kerajaan Perlu Bertindak Ketua Wanita Umno Kota Melaka

76 000 Kes Penceraian Sejak Pandemik Covid 19 Kerajaan Perlu Bertindak Ketua Wanita Umno Kota Melaka

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 232 hits
Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Haryaty Hamdzah mencadangkan kepada Kerajaan Keluarga Malaysia untuk mengadakan satu kajian menyeluruh mengenai punca terhadap masalah kes cerai yang tinggi direkodkan sejak pandemik Covid 19 Ini...
Pas Islam Sharia Menjadi Sasaran Serangan Golongan Anti Kerajaan

Pas Islam Sharia Menjadi Sasaran Serangan Golongan Anti Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 208 hits
Mulai dari tarikh Pakatan Harapan menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan Ismail Sabri Yaakob PAS Islam dan undang undang Sharia telah menjadi sasaran serangan golongan anti kerajaan
Kerajaan Jamin Perhalusi Isu Sabah Sarawak Dalam Ma63 Ismail

Kerajaan Jamin Perhalusi Isu Sabah Sarawak Dalam Ma63 Ismail

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 266 hits
Kerajaan jamin perhalusi isu Sabah Sarawak dalam MA63 Ismail Kerajaan memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak khususnya melalui aspek rakan kongsi setaraf dalam Perjanjian Mala...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults

Is It Really Good Reading The Newspaper Daily