Tak Payahlah Sampai Nak Pinda Pinda


 

Sejak Indonesia merdeka pada 1945 presidennya semua orang Jawa. Daripada Soekarno hingga kini Joko Widodo. Begitu keadaannya meskipun ikut perlembagaan syarat jadi presiden adalah orang Indonesia asli. Ertinya orang asal Indonesia tanpa kira kumpulan etnik dan keturunan.
Tetapi sistem pemilihan one man one vote membuat peluang orang Jawa lebih besar untuk jadi presiden kerana mereka penduduk paling ramai dan tersebar di seluruh Indonesia. Oleh itu sehingga sekarang belum ada orang di luar Jawa yang dipilih mahupun menerusi Parlimen jadi presiden. Kecuali BJ Habibie orang Sulawesi yang naik jadi presiden apabila Suharto letak jawatan atau terpaksa letak jawatan akibat diasak gelombang reformasi pada 1998. Habibie waktu itu wakil presiden atau dalam istilah kita naib presiden. Lalu beliau jadi presiden secara automatik apabila Soeharto berhenti.
Presiden sekarang Joko Widodo akan tamat tempoh khidmatnya tahun depan. Pemilihan presiden akan diadakan tahun depan dan hampir pasti ia juga akan dimenangi orang Jawa. Ini kerana calon presiden Prabowo Subianto dan Ganjar Pranowo ialah orang Jawa. Cuma calon ketiga Anies Baswaden kacukan Arab-Jawa. Tetapi ada juga Jawanya.
Kata kawan di Indonesia, dalam sejarah negaranya orang luar Jawa “hanya” menjadi wakil presiden bermula Hatta, Adam Malek hingga Yusof Kalla.
Di Singapura sejak merdeka pada 1965 jawatan perdana menteri hanya dipegang oleh orang Cina, kerana masyarakat Cina majoriti meskpin tiada sebarang peruntukan perlembagaan yang menyatakan hanya orang Cina boleh jadi perdana menteri.
Singapura sudah dapat khidmat Lee Kuan Yew, Goh Chok Tong, dan sekarang Lee Hsien Loong sebagai perdana menteri. Apabila beliau bersara kelak penggantinya ialah Lawrence Wong.
Menurut pemerintah republik itu, Singapura akan mendapat perdana menteri bukan Cina apabila rakyat sudah bersedia. Sudahkah mereka bersedia? Ada pihak kata sudah, ada yang kata belum.
Bagaimanapun jawatan timbalan perdana menteri pernah disandang oleh orang bukan Cina. Lebih tepat lagi orang keturunan India. Jawatan presiden juga pernah dijawat oleh orang bukan Cina yakni orang Melayu, Serani, dan India. Walaupun perdana menteri dilihat lebih penting dan berkuasa, presiden antara lain mempunyai kuasa untuk menolak belanjawan dan tidak menerima pelantikan seseorang untuk jawatan penting negara.
Di Malaysia jawatan perdana menteri dipegang boleh orang Melayu sejak merdeka. Daripada Tunku Abdul Rahman hingga Anwar Ibrahim dewasa ini meskipun tidak ada peruntukan khas untuk orang Melayu. Perlembangaan tidak menyebut hanya orang Melayu boleh jadi perdana menteri.
Menurut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan, tiga syarat untuk memegang jawatan itu ialah mesti menjadi anggota Dewan Rakyat, mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong di mana baginda boleh melantik seseorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan.
Berdasarkan apa yang disebut tadi jawatan perdana menteri pada pandangan saya terjamin dan seakan ‘dikhaskan’ untuk orang Melayu walaupun tidak disebut secara spesifik. Maka orang Melayulah menjadi perdana menteri dari 1957 hingga sekarang dan akan terus jadi perdana menteri.
Bagaimanapun tidak seperti Indonesia dan Singapura di mana jawatan nombor dua dibuka untuk semua, jawatan timbalan perdana menteri juga ‘diperuntuk’ untuk orang Melayu meski jawatan itu sendiri tidak terkandung dalam Perlembagaan. Pelantikan dibuat secara konvensyen sahaja.
Berhubung jawatan perdana menteri ada pihak yang seolah tidak yakin akan ‘formula’ yang sudah terbukti kebekesanannya. Wan Ahmad Fayhsal, ketua Pemuda Bersatu umpamanya. Beliau mahu Anwar meminda Perlembagaan supaya hanya orang Melayu-Islam boleh jadi perdana menteri. Konon macam nak make very sure.
“Mungkin dengan cara ini sedikit sebanyak dapat memulihkan sokongan orang Melayu kepada kerajaan perpaduannya,” kata belau dipetik Malaysiakini. Tetapi bukankah bagus untuk parti Fayhsal dan rakannya PAS jika kerajaan perpaduan tidak dapat sokongan orang Melayu? Mengapa beliau baik hati memberi nasihat untuk menyelamatkan kerajaan? Rasanya ramai tahu akan jawapannya.
Seperti dijangka PAS menyokong cadangan Fayhsal. Kata Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man pindaan sepatutnya dibuat “demi kestabilan dan keharmonian”. Mujur tampil perdana menteri menyatakan tidak perlu pinda Perlembagaan.
Saya setuju dengan pandangan kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty bahawa cadangan Ketua Pemuda Bersatu bagai satu bentuk apartheid kerana ia membenarkan perkauman dalam Perlembangaan.
Bagi Muhyiddin Yassin, presiden Bersatu yang juga pengerusi Perikatan Nasional, Agong sememangnya mempunyai kuasa budi bicara dalam pelantikan perdana menteri namun kuasa budi bicara itu tidaklah mutlak kerana tertakluk kepada ahli Dewan Rakyat.
“Sekiranya majoriti ahli Dewan Rakyat termasuk Melayu dan bukan Melayu menyatakan kepercayaan kepada soorang ahli bukan Melayu untuk dilantik perdana menteri maka jadilah dia perdana menteri,” kata beliau.
Mungkin ada logiknya kata Muhyiddin itu tetapi untuk seorang ahli Dewan Rakyat berada di situasi demikian, dia dan partinya mesti mendapat sokongan padu majoriti rakyat dan majoriti rakyat ialah orang Melayu.
Saya setuju akan kenyataan veteran DAP Lim Kit Siang bahawa situasi itu tidak mungkin terjadi biarpun tidak ada larangan dalam Perlembagaan untuk orang bukan Melayu pegang jawatan perdana menteri kerana mustahil jadi perdana menteri jika tidak punya sokongan sejumlah besar kaum terutama Melayu.
Populasi orang Melayu meningkat setiap tahun berbanding orang bukan Melayu yang bilangannya semakin mengecil. Realitinya, menurut pandangan saya, soal ini dijadikan isu politik supaya golongan yang memainkannya boleh mengaku mereka pembela Melayu. Taktik lama yang dikitar semula.
Saya kira kesimpulan terbaik soal ini dibuat Puad Zarkashi, ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno. Bukan Melayu akan terus mempercayai Melayu sebagai perdana menteri selagi pemimpin Melayu kekal adil, inklusif, matang, dan bijak.
Jika kepimpinan Melayu, kata beliau, didokong oleh orang tidak matang dan tidak bijak maka orang bukan Melayu tidak perlu tunggu 100 tahun lagi untuk jadi perdana menteri. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/12/tak-payahlah-sampai-nak-pinda-pinda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Rasa Selesa Dalam Car Seat Cuba Tip Bedung Bunyikan White Noise

Nak Anak Rasa Selesa Dalam Car Seat Cuba Tip Bedung Bunyikan White Noise

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 181 hits
Bukan anak tidak suka tetapi sebaik diletakkan pada kerusi keselamatan atau car seat anak mula meraung sekuat hati Bukan benci tetapi mereka rasa tidak selesa Menurut Pn Uswatun Hasanah Mohd Habib Konsultan Tangisan Bayi anak akan mula mena...
Hiburan Mommy Rindu Sangat Nak Peluk Cium Abang Luahan Hati Ibu Zayn Rayyan Meruntun Hati

Hiburan Mommy Rindu Sangat Nak Peluk Cium Abang Luahan Hati Ibu Zayn Rayyan Meruntun Hati

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 170 hits
Ibu kanak kanak autistik yang ditemui meninggal dunia Zayn Rayyan Abdul Matiin memuat naik satu hantaran di Instagram dan ia pasti meruntun hati ramai yang membacanya Ismanira Abdul Manaf 28 perasaannya masih tidak stabil kerana kehilangan ...
Tiba Tiba Nak Cerita Tentang Zuhud

Tiba Tiba Nak Cerita Tentang Zuhud

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 390 hits
Ustaz Abd Samad bercakap tentang ZuhudJika didengar dari ceramah tokoh tokoh dalam YouTube dan Tiktok seperti Ustaz Wadi Anuar Ustaz Adi Hidayat Ustaz Azhar Idrus dan last Ustaz Somad Zuhud ni bukanlah pakai baju buruk itu bukan Zuhud tapi ...
Arab Nak Mulakan Kerja Gila

Arab Nak Mulakan Kerja Gila

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 215 hits
Pakatan Arab sedang bersiap sedia utk melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Yaman Houthi telah mengumumkan sekatan penuh terhadap semua kapal yg belayar dari ke pelabuhan IsraHell Keputusan Houti bertindak melakukan sekatan penuh ini di...
Beri Peluang Jangan Ngigau Nak Makan Gaji Buta Dan Menyakaw

Beri Peluang Jangan Ngigau Nak Makan Gaji Buta Dan Menyakaw

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 258 hits
Sultan Ibrahim bertitah tidak mungkin untuk Anwar membuat perubahan mendadak dalam tempoh satu tahun Saya akan memburu semua orang yang korup Saya akan pastikan saya membawa hasil titah baginda Sultan Ibrahim turut mencadangkan supaya Suruh...
Jangan Samakan Aku Dengan Dia Lagi Adam Lee Sanggup Cukur Jambang Tak Nak Seiras Dengan Alif Teega

Jangan Samakan Aku Dengan Dia Lagi Adam Lee Sanggup Cukur Jambang Tak Nak Seiras Dengan Alif Teega

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 233 hits
Susulan isu kontroversi yang melibatkan pasangan suami isteri Alif Teega dan Aisyah Hijanah kini wajah Alif dijadikan sebagai bahan jenaka oleh netizen di media sosial Katanya hingga pelakon Adam Lee ingin mencukur jambang dek tidak mahu di...
Kami Nak Penonton Enjoy The Show Mierul Aiman Ulas Babak Cium Berlapik

Kami Nak Penonton Enjoy The Show Mierul Aiman Ulas Babak Cium Berlapik

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 179 hits
Pelakon meningkat naik Mierul Aiman tampil menjelaskan tentang babak cium berlapik antara Daiyan Trisha dan Hun Haqeem dalam drama bersiri W Two Worlds yang telah menimbulkan perasaan kurang senang ramai Mierul Aiman ulas babak cium Mierul ...
Jalan Berliku Ahmad Samsuri Nak Jadi Pm

Jalan Berliku Ahmad Samsuri Nak Jadi Pm

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 282 hits
NARATIF Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai bakal Perdana Menteri Perikatan Nasional dilihat berjaya mempengaruhi pengundi Parlimen Kemaman Ini terbukti apabila Pas dengan cemerlang mengekalkan status quo de...
5 Soalan Popular Interview Lepasan Spm Amp Setaraf Serta Contoh Jawapan Untuk Anda Senang Je Nak Jawab

5 Soalan Popular Interview Lepasan Spm Amp Setaraf Serta Contoh Jawapan Untuk Anda Senang Je Nak Jawab

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 185 hits
Pencari kerja yang tidak mempunyai sebarang sijil persekolahan dan lepasan SPM pastinya ingin tahu apakah soalan soalan popular yang sering ditanya oleh penemuduga Kalau anda nak tahu soalan yang sering ditanya sebenarnya sangat senang untu...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas