Tak Payah Lah Ambil Pas Ni Semua Orang Tak Betul Nak Berkawan Buat Apa Kalau Dah Semua Orang Tak Betul


 


Ada mengatakan sebahagian pimpinan PAS mahu sertai Kerajaan Perpaduan dan ada yang menentang. 



Begitu juga partners dalam Kerajaan Perpaduan yang tidak setuju PAS menyertai mereka. 


Pada saya elok PAS jadi pembangkang yang efektif di Parlimen. 


Dari trend mengundi PRU lepas tiada beza dengan keputusan PRN baru-baru ini. 


Mereka yang mengundi parti masing-masing tidak berganjak dengan parti yang mereka sokong iaitu status quo. 


Mungkin 1 percen atau 2 percen pengundi atas pagar akan lompat sana sini tetepi porla pengundian seluruh negara akan tetap sama seperti sebelum ini. 


Harap PMX tidak lagi mengutamakan mereka yang tidak menyokong beliau dan dokong balik penyokong PH yang dipinggirkan. 


Selagi parti-parti Sabah Sarawak menyokong Kerajaan Perpaduan dan DAP masih mendapat undi orang Cina, PRU 16 akan tetap dimenangi oleh PH. 


Negeri-negeri mundur utara Malay hintherland akan tetap mengundi PAS. 


Mark my words. 


*************
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengakui ada wakil daripada parti pembangkang yang meminta untuk bertemu dengannya dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bagi membincangkan usaha membentuk kerjasama dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-16 akan datang.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, dia masih belum terbuka hati untuk berjumpa dengan wakil parti berkenaan.


"Ada delegasi yang datang mahu jumpa saya dan Anwar, saya tidak terbuka hati lagi jumpa mereka.
"Saya pesan jangan dipatuk ular yang sama untuk kali kedua di tempat yang sama," katanya seperti dilapor Berita Harian.


Dia berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tebrau di Dewan Taman Adda Height di Johor Bahru, malam tadi.


Sebelum ini, Zahid menafikan ada pertemuan "tidak rasmi" dengan pemimpin PAS bagi membincangkan kerjasama untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.


Ini selepas ketua penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa terdapat beberapa siri pertemuan bersama pemimpin utama Umno untuk membincangkan kerjasama bagi menghadapi PRU16.


Pada 8 Julai lalu, Zahid menyatakan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan PAS selagi Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden parti itu dengan mendakwa kerjasama mereka dalam Muafakat Nasional (MN) sebelum ini dikhianati oleh PAS.


Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, walaupun Umno mahu berunding, mereka perlu memastikan parti itu berada dalam kedudukan yang kukuh terlebih dahulu.


"Kalau mahu berunding pastikan kita kuat terlebih dahulu, ini the 'art of negotiation', kalau kita lemah orang ajak berunding jangan pergi," katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Umno melahirkan keyakinan bahawa Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN berbanding negeri lain, dan terdapat banyak tugas dan tanggungjawab berat yang perlu dilaksanakan dalam mengekalkan kedudukan berkenaan.
"Sebelum ini Sabah adalah simpanan tetap BN, tetapi sekarang sudah hilang. Ada beberapa negeri lagi yang menjadi simpanan tetap sebelum ini.


"Saya percaya jika kita menangani isu perpaduan sesama kita dan isu memulihkan semangat baru di kalangan akar umbi, insya-Allah, dalam PRN akan datang, Johor akan kekal di bawah BN dan Umno," katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/07/tak-payah-lah-ambil-pas-ni-semua-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Keluar Pn Keluarlah Pas Beritahu Gerakan

Nak Keluar Pn Keluarlah Pas Beritahu Gerakan

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 259 hits
freemalaysiatoday com29 Jul 2024 03 00 PMNaib Presiden Mohd Amar Abdullah berkata setiap parti ada hak dan pendirian jadi terserah kepada Gerakan untuk membuat keputusan Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah mengulas kenyataan Timbalan Presi...
Pas Liberal Gini Gaya Negeri Dap Ada Ka Buat Gini Nak Pangge Apa Lak Ni Pas Islam Atau Pas Dah Mula Liberal

Pas Liberal Gini Gaya Negeri Dap Ada Ka Buat Gini Nak Pangge Apa Lak Ni Pas Islam Atau Pas Dah Mula Liberal

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 151 hits
W Faudzin Nasib baik Nusi MB Kedah dan Ketua Penerangan Pas yg hadir Kalau Aiman Athirah atau Mat Sabu yg hadir kompom kena label liberal ni
Pas Beritahu Gerakan Nak Keluar Pn Keluarlah

Pas Beritahu Gerakan Nak Keluar Pn Keluarlah

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 137 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA PAS tiada halangan jika Gerakan ambil keputusan keluar daripada Perikatan Nasional susulan perbezaan pendapat berhubung kontroversi dana sekolah Cina Naib Presiden Mohd Amar Abdullah berkata setiap parti ada hak d...
Betul Lah Dia G Y Yoo Ahin Dituduh Lakukan Serangan Seksual Pada Lelaki

Betul Lah Dia G Y Yoo Ahin Dituduh Lakukan Serangan Seksual Pada Lelaki

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 77 hits
Seorang wakil dari Firma Undang Undang Dongjin yang mewakili pelakon Yoo Ah in telah mengeluarkan kenyataan rasmi Artikel Berkaitan Wakil undang undang itu memberitahu media baru baru ini Tuduhan terkini terhadap Yoo Ah In adalah tidak bena...
Serba Tak Kena Punca Neelofa Malas Buat Konten Masak2 Semua Terpaling Betul

Serba Tak Kena Punca Neelofa Malas Buat Konten Masak2 Semua Terpaling Betul

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 98 hits
Selebriti Neelofa malas buat konten masak masak disebabkan tindakan sesetengah pihak terutamanya mak cik onion yang asyik melihat tindakannya serba tak kena Semua nak dipertikaikan Mana tidaknya menerusi konten memasak yang dimuat naik ke k...
Tukar Imej Untuk Dapat Sokongan Semua Rakyat Pas Diberitahu

Tukar Imej Untuk Dapat Sokongan Semua Rakyat Pas Diberitahu

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 207 hits
freemalaysiatoday com23 Jul 2024 Bekas menteri undang undang Zaid Ibrahim berkata PAS perlu tunjuk ia boleh tawar suatu sistem Islamik yang jamin kesamarataan Bekas menteri Zaid Ibrahim berkata PAS ketika ini tidak menunjukkan minat untuk m...
Random Betul Peminat Berkumpul Luar Gim Video Jackson Got7 Bersenam Di Kl Tular

Random Betul Peminat Berkumpul Luar Gim Video Jackson Got7 Bersenam Di Kl Tular

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 104 hits
Bukan senang kan untuk idola popular ini mempunyai privasi sendiri Artikel Berkaitan Baru baru ini Jackson GOT7 telah tiba di Malaysia untuk aktivitinya yang belum dapat disahkan lagi setakat ini Mempunyai masa lapang di antara jadual sibuk...
Isu Kampung Sungai Baru Ppim Nasihat Guna Saluran Betul Kenyataan Media Ppim 20 07 2024

Isu Kampung Sungai Baru Ppim Nasihat Guna Saluran Betul Kenyataan Media Ppim 20 07 2024

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu semua pihak menggunakan saluran yang betul dalam usaha mendapatkan penyelesaian terbaik dalam isu yang membelenggu pembangunan di Kampung Sungai Baru Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi ...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik