Tak Patut Tiada Pemimpin India Dalam Kabinet Susah Sangatkah Untuk Anwar Wujudkan Satu Lagi Kementerian Baru




Beberapa pemimpin masyarakat India daripada pelbagai parti dilihat tidak senang dengan rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada Selasa lalu.


Ini berikutan selepas rombakan tersebut, tiada pemimpin India diletakkan sebagai menteri.


Sebelum rombakan, satu-satunya pemimpin India yang berada dalam kabinet ialah V Sivakumar daripada DAP dengan memegang portfolio sebagai Menteri Sumber Manusia.


Tetapi dalam rombakan yang dilakukan Anwar, V Sivakumar telah digugurkan dan Menteri Sumber Manusia yang baru ialah Steven Sim, Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam.


Bersekali dengan pengguguran V Sivakumar dan disusuli Steven Sim dinaikkan pangkat daripada Timbalan Menteri Kewangan menjadi Menteri Sumber Manusia, seorang lagi pemimpin DAP turut dilantik sebagai menteri iaitu Gobind Singh Deo yang diberikan amanah sebagai Menteri Digital.


Masalahnya di sini, meskipun DAP diberi tambahan satu lagi kerusi menteri selepas V Sivakumar digugurkan, tetapi Gobind Singh Deo yang dilantik bukan seorang India.


Beliau sebaliknya adalah berketurunan Benggali iaitu anak kepada mendiang Karpal Singh.


Bermakna, V Sivakumar yang digugurkan dan kedudukannya yang sebelum ini dikira mewakili kaum India tidak diganti dengan sesiapa daripada pemimpin India.


Memandangkan amalan politik berdasarkan kaum dan bangsa masih menjadi pegangan di negara kita, kekecewaan masyarakat India berhubung ketiadaan wakil mereka sebagai menteri itu tentu saja mudah untuk difahami.


Jika kita berbangsa India, kita pun pasti kecewa dan kecil hati dengan perkara ini.


Lebih-lebih lagi kaum India agak ramai juga jumlahnya yang menyokong PH sejak dulu lagi, baik melalui DAP mahu pun PKR.


Bahkan, MIC sebuah komponen BN juga sudah berada dalam blok kerajaan sekarang ini.


Dalam keadaan ini, maka amatlah tidak wajar wakil kaum India disisihkan dalam kabinet yang sekaligus seolah-olah menggambarkan tidak inklusifnya Kerajaan Madani yang ada ini.


Dalam hal ini, sebelum kekecewaan masyarakat India berlarutan, ada baiknya jika Anwar segera menambah satu lagi kementerian dalam kerajaan.


Jika Kementerian Komunikasi dan Digital serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim boleh dipecahkan, maka tiada masalah sebenarnya Kementerian Sumber Manusia turut dipecahkan menjadi dua.


Satu sebagai Kementerian Sumber Manusia dan satu lagi untuk mengurus pekerja asing dan ia boleh diberi nama Kementerian Tenaga Kerja Asing.


Berdasarkan jumlah pekerja asing – yang sah dan tidak sah – dianggarkan lebih 5 juta di negara ini, amat perlu sebenarnya sebuah kementerian khusus diwujudkan untuk menanganinya.


Dan kementerian tersebut bolehlah diserahkan kepada mana-mana pemimpin masyarakat India sebagai menterinya.


Atau boleh juga diwujudkan apa-apa kementerian lain yang bersesuaian dengan keperluan semasa negara.


Demi kestabilan politik, keadilan dan sama-sama merasa kepada semua kaum, susah sangatkah untuk Anwar menambah satu lagi kementerian?


Lagi pula, selepas rombakan dilakukan Selasa lalu, jumlah menteri telah meningkat daripada 28 orang sebelumnya menjadi 31 orang


Takkan tak boleh tambah seorang lagi? – ShahbudinHusin15/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/15/tak-patut-tiada-pemimpin-india-dalam-kabinet-susah-sangatkah-untuk-anwar-tambah-satu-lagi-kementerian-baru.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/tak-patut-tiada-pemimpin-india-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Usman Tak Hadiri Pengucapan Sumpah Hakim Mk Baru Di Istana Negara

Anwar Usman Tak Hadiri Pengucapan Sumpah Hakim Mk Baru Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 251 hits
Ipar Jokowi itu dicopot dari Ketua MK usai Majelis Kehormatan Mahkamah Konstitusi menyatakan dirinya terbukti melanggar kode etik
Tiada Bulan Madu Bagi Kabinet Baru

Tiada Bulan Madu Bagi Kabinet Baru

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 231 hits
Pagi tadi saya mengalu alukan kebersamaan Ahli ahli Jemaah Menteri yang baharu iaitu Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Ghani Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ...
Pm Anwar Ibrahim Umum Rombakan Kabinet Jam 11 Pagi

Pm Anwar Ibrahim Umum Rombakan Kabinet Jam 11 Pagi

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 289 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan yang pengumuman rombakan kabinet akan diumumkan beliau jam 11 pagi ini Pengumuman tersebut akan dibuat di pejabatnya sebelum ke Istana Negara bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Ca...
Anwar Dijangka Lantik Menteri Kewangan Ii Lima Kementerian Dirombak

Anwar Dijangka Lantik Menteri Kewangan Ii Lima Kementerian Dirombak

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 291 hits
Hakim Mahari dan Luqman Hakimbhnews bh com myKUALA LUMPUR Sekurang kurangnya lima kementerian dijangka terbabit dalam rombakan Kabinet yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok Selain Kementerian Perdagangan Ne...
Siapkan Program Studi Baru Universitas Terbuka Targetkan Satu Juta Mahasiswa

Siapkan Program Studi Baru Universitas Terbuka Targetkan Satu Juta Mahasiswa

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 430 hits
Universitas Terbuka meningkatkan angka partisipasi hingga mencapai satu juta mahasiswa
Senarai Jemaah Menteri Kabinet Baru Kerajaan Madani 2023 2024

Senarai Jemaah Menteri Kabinet Baru Kerajaan Madani 2023 2024

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 700 hits
ROMBAKAN KABINET Senarai Menteri Baru Kerajaan Madani 2023 2024 Rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan ahli jemaah menteri meningkat daripada 28 ke 31 orang Lima menteri baru yang dilantik it...
Ahli Kabinet Bn Diharap Wujudkan Kolaborasi Efektif Dengan Ahli Kabinet Lain Zahid

Ahli Kabinet Bn Diharap Wujudkan Kolaborasi Efektif Dengan Ahli Kabinet Lain Zahid

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 300 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap ahli kabinet Barisan Nasional mewujudkan kolaborasi yang efektif dengan ahli kabinet lain SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita...
Kabinet Makin Besar Pembangkang Dakwa Anwar Mungkir Janji

Kabinet Makin Besar Pembangkang Dakwa Anwar Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 484 hits
freemalaysiatoday com 12 Dec 2023 4 50pmPAS berkata perubahan Jemaah Menteri dilihat lebih kepada menjaga kuasa berbanding mempertingkat prestasi barisan pentadbiran yang sebenar Rombakan Jemaah Menteri diumumkan Anwar Ibrahim menyaksikan j...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan