Tak Mahu Orang Lain Rasa Hidup Sus4h Ozlynn Wati Ikhlas Hati Kongsi Rezeki Kadang Duit Habis Tanpa Aku Dapat Sesen Pun
Pelakon, Ozlynn Wati mengakui dirinya berasa amat turuja apabila diberikan kesempatan untuk kembali bekerja selepas beberapa bulan tidak turun ke set pengambaran.
Menurut Ozlynn, dia sebenarnya lebih selesa untuk memenuhkan rutin hariannya dengan bekerja berbanding hanya duduk ‘terp3rap’ di rumah.
Katanya lagi, dia juga mahu memanfaatkan pendapatan yang diperoleh sebagai seorang pelakon untuk berbakti dan berbuat baik kepada keluarganya sendiri serta buat orang-orang yang memerlukan.
“Bila mama dah mula bekerja, ada macam-macam rasa, seronok sebab dapat keluar setelah berbulan terp3rap. Ada gaji sendiri. Sejujurnya aku memang tak reti duduk diam. Selagi boleh cari rezeki sendiri..buat.
“So aku boleh guna duit tu ikut suka hati aku sendiri. Selalunya bagi mak abah popo, anak-anak, maid, p.a, driver, laki sendiri pon aku bagi sebagai tanda terima kasih sebab faham aku. Bagi aku peluang bekerja.
“Selalu duit aku bagi dia bawak anak-anak beli toys or game dia dengan anak-anak dan yang pasti mereka yang memerlukan pon ada bahagiannya. So duit aku habis kadang tanpa aku dapat sesen pon,” tulisnya.
View this post on Instagram A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ak1bat pernah merasai kehidupan yang agak sus4h satu ketika dahulu, Ozlynn memberitahu, dia sebolehnya tidak mahu orang lain turut berhadapan dengan situasi yang sama.
“Tapi aku puas hati sebab hasil usaha aku, dapat aku manfaatkan untuk orang sekeliling. Kadang salah satu sebab rezeki aku melimpah pun atas doa orang-orang yang aku tak terduga. Mungkin, kita tak pernah tau kan.. r4hsia Dia.
“So aku seronok bila dapat buat orang tarik n4fas lega, dapat buat orang tersenyum. Kadang kita boleh dapat rasa bila orang memerlukan kita. Paling seronok bila dapat bantu orang.
“Kadang jadi pendengar pon boleh buat orang lepaskan lelah. Apatah lagi dapat bantu dari segi keperluan dia. Maklumlah, sebab aku dengan suami pernah merasa kesus4han tu,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada enam orang cahaya mata ini turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa mengamalkan sikap berkongsi rezeki ketika senang mahupun sus4h.
“Untuk berada di tahap sekarang bukan semudah yang disangka. Jadi kena sentiasa alert. Tak nak orang rasa macam mane kami rasa dulu. Tak banyak, sikit insyaAllah ada bahagian orang lain tapi bukan dah berada ni baru nak berkongsi.
“Tips dia berkongsilah masa tengah diuji. Jangan mervngut. Jangam membeza-bezakan kehidupan oramg dengan kita. Sebab kadang zahir yang kita lihat tak sama dengan apa yang mereka hadap.
“Seeloknya bersyukur dan berusahalah untuk memajukan diri. Jangan banyak alasan. Paling penting, JAGA DIRI. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari mus1bah dan C0vld aamiin yra,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan keperibadian tersebut selain turut mendoakan semoga Ozlyn sekeluarga akan sentiasa dimurahkan rezeki.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: MH
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2021/12/tak-mahu-orang-lain-rasa-hidup-sus4h.html