Tak Lengkap Ke Teluk Intan Kalau Tak Singgah Menara Condong
Menara Condong Teluk Intan, Perak. Dah lama tak berjalan-jalan. Kebelakangan ini agak sibuk dengan kerja pejabat sampai balik rumah tak mau fikir apa selain rehat. Mujur en suami rajin nak masuk dapur buat apa yang patut. Cuti sekolah yang lepas ambil peluang sinĝgah di Teluk Intan. Ada kenduri yang perlu dihadiri. Sambil menyelam, sambil minum air. Kalau dah ke Teluk Intan, tak lengkap kalau tak singgah di Menara Condong.
Sejarah Menara Condong Teluk IntanMenara Condong Teluk Intan telah dibina pada tahun 1885 oleh kontraktor Leong Choon Chong. Asalnya menara ini menempatkan sebuah tangki air untuk dibekalkan ke bandar ini sekiranya berlaku kemarau atau kebakaran. Ianya juga pernah berperanan sebagai penanda waktu dan penunjuk arah laluan kapal ke Pelabuhan Telok Anson suatu masa dahulu.
Kecondongan menara ini sering dibandingkan dengan Menara Condong Pisa, Itali. Namun, menara ini hanya mempunyai ketinggian 25 meter dengan 110 anak tangga berbanding Menara Condong Pisa yang mempunya ketinggian 55 meter.
Senarai tempat menarik untuk dilawati. Bestnya boleh plan jalan-jalan cari makan
Menara ini mempunyai senibina yang berkonsepan seni bina sebuah 'pagoda'. Dari luar, menara jam ini kelihatan seolha-olah sebuah bangunan 8 tingkat tetapi sebenarnya hanyalah 3 tingkat sahaja. Menara ini diperbuat daripada struktur kayu dan bata. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 13 meter dan semakin menguncup ke atas berukuran garis pusat 1.2 meter.
Di bahagian dalam menara. Ni akak masuk beberapa tahun lepas. Akak pernah cerita lawatan ke menara ni di sini >>>> Menara Condong Teluk Intan
Kini, Menara Condong Teluk Intan hanya berperanan sebagai menara jam. Jam yang dipasang di dalam tahun 1894 dibeli dari London, buatan firam J.W Benson Ludgathill.
(petikan daripada sejarah Menara Teluk Intan yang berada di hadapan menara ini)
Kalau singgah di sini waktu petang bolehlah rehat-rehat sambil tengok anak-anak bermain. Boleh main buih belon, anak-anak boleh bermain basikal, mesti anak-anak seronok.
Kalau ada kesempatan bolehlah korang singgah sini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azirahman.com/2023/08/tak-lengkap-ke-teluk-intan-kalau-tak-singgah-menara-.html