Tak Layan Sebab Gelap Wanita Ini Kecil Hati Ibunya Dingin Dengan Cucu Kerana Warna Kulit


Cucu adalah anugerah yang paling dihargai dan dinanti-nantikan oleh datuk serta nenek. Mereka akan dimanjakan serta ditatang bagaikan minyak yang penuh. Kalau cucu-cucu dimarahi anak mereka, boleh mengamuk datuk dan neneknya. Ketika usia sudah meningkat, datuk dan nenek tidak mahu marah-marah lagi.
Cucu pun akan dimanjakan serta setiap keinginan mereka akan dipenuhi. Walaupun begitu, bukan semua cucu merasai kasih sayang yang sebegitu dari datuk dan nenek mereka. Wanita ini berkongsi bagaimana ibunya sendiri pilih kasih dan memberi layanan yang berat sebelah terhadap anak-anaknya berbanding cucu yang lain.
Hi semua. Assalamualaikum. Nama saya Amira. Maaf kalau penulisan saya mengganggu kalian. Ini cuma luahan perasaan saya, sebagai seorang anak yang terasa hati dengan ibu saya sendiri. Entah mengapa, layanannya kepada anak-anak saya sangat berbeza berbanding cucu yang lain. Sudah lama saya memendam perasaan ni.
Baik, saya mulakan cerita. Saya berkahwin dengan suami saya sejak 10 tahun yang lalu. Anak sulung saya sekarang umurnya 8 tahun manakala adik-adiknya 6 tahun dan 4 tahun. Sesungguhnya anak-anak saya inilah hidup saya. Mereka anak yang baik, saya dan suami sayangkan mereka sepenuh hati kami.
Kisah ini bermula sejak saya melahirkan anak sulung saya. Tidak dinafikan, kulit anak saya sedikit gelap. Tapi pada saya, dia comel seperti bayi-bayi lain. Tapi ibu saya tak rasa macam tu. Katanya saya degil, waktu hamil banyak langgar pantang sampai ‘terkenan’. Ibu tuduh saya banyak makan kicap dan selalu buat kopi untuk suami, sebab tu anak gelap (atau bahasa kasar, dia selalu panggil anak saya hitam legam macam bontot kuali).
Waktu anak saya kecil, dia tak faham lagi. Kalau balik kampung, dia akan berlari-lari nak salam dan peluk neneknya. Tapi ibu saya buat tak nampak, lagi-lagi kalau cucunya yang lain pun ada sama. Bukan saya tak nampak, ibu kadang-kadang tolak anak saya. Sampai hati dia, sedangkan cucunya itu darah daging dia jugak.

Bila dah masuk usianya 6 tahun, anak dah mula faham. Dah tahu yang neneknya tak sukakan dia. Anak selalu tanya pada saya, kenapa nenek tak sayang dia. Saya tak faham, sebab semua anak-anak saya memang ibu takkan pegang atau manjakan. Dilayan endah tak endah. Saya fikirkan mungkin dia cuma tak suka anak sulung saya saja, tapi tidak.
Ketiga-tiga anak saya, semuanya ibu tak suka walaupun yang si bongsu tu kulitnya cerah. Saya buntu, di mana silapnya kami satu keluarga. Dengan saya dan suami pun ibu dah makin ‘jauh’. Nampak sangat bezanya, sebab dengan anak menantu yang lain, dia layan baik saja. Sampaikan saya pun naik malas nak balik ke kampung sendiri!
Beberapa bulan yang lepas(sebelum PKP), sempatlah kami sekeluarga balik ke kampung. Saja balik nak menjenguk ibu dan belikan barang keperluan untuk rumahnya. Kebetulan waktu tu, adik saya pun balik sekali. Memang ibu tak kisah langsung dengan kami. Anak-anak saya nak bersalam dengan dia, dia boleh tolak macam tu je. Sampai jatuh anak bongu saya.
Pengakuan Lain: [“Bie Suami yang Sempurna.” Isteri Luah Rasa Rindu, Suami ‘Pergi’ Selamanya]
Waktu itu saya nekad, saya angkat anak bongsu yang sedang menangis. “Mak ni kenapa? Bertahun-tahun Mira bersabar dengan mak. Makin lama, makin melampau. Apa salah kita orang mak? Sampai macam ni sekali mak bencikan anak-anak Mira?.” Saya menangis meluah rasa, biarpun suami menahan saya dari bercakap, tapi saya dah tak tahan.
“Mira malu tau mak. Mak dah tua, tapi macam ni perangai mak? Zam ni tak pernah sekali burukkan mak. Tak pernah sekali halang Mira balik jenguk mak. Tapi kalau macam ni keadaannya setiap kali kita orang alik, Mira malu dengan Zam dan anak-anak Mira. Kalau mak dah meluat sangat dengan Mira dan family Mira, sumpah Mira takkan balik dah sini!.”
Lega lepas saya luahkan segalanya. Ibu terdiam tak cakap apa. Yang saya nampak dia menangis. Tak tahulah menangis kerana menyesal atau kerana anaknya menderhaka pada dia. Saya tahum saya salah. Sebab tengking ibu dan marahkan dia, tapi saya dah tak tahan. Waktu tu juga, saya minta suami untuk bawa kami balik. Sudah lah kampung saya agak jauh dari rumah kami, suami pun dah letih. Jadi saya cadangkan untuk bermalam dulu di hotel.
Rasanya dah hampur lima bulan saya tak balik ke kampung selepas kejadian hari tu (salah satunya sebab PKP) dan memang saya tak rasa nak balik. Call atau Whatsapp ibu pun tak ada. Saya dah malas. Bertahun-tahun saya dan keluarga dihina ibu bila dia buat tak tahu pada kami. Entah apa silapnya, saya tak tahu. Ya, betul mungkin anak-anak saya tak secomel cucunya yang lain. Tapi bila soal belajar, anak-anak saya cerdik. Tak ada kekurangannya anak-anak saya. Mereka tak minta dilahirkan berkulit gelap.
Suami ada juga nasihatkan saya untuk call ibu dan tanya khabar. Tapi saya malas. Saya cakap cukuplah, selagi ibu tak sedar salah dia, saya takkan balik ke kampung. Beberapa hari lepas, ayah ada call dan tanya khabar kami sekeluarga. Saya jawab panggilan ayah, kerana ayah tak pernah membezakan semua cucunya.
Pengakuan Lain: [“Sampai Lari Dari Rumah.” Suami Imbas Kenangan Lucu Pilih Nama Anak Dengan Isteri]
Saya tak ada bertanya tentang ibu, tapi ayah beritahu yang dia rindukan semua anak menantu serta cucunya. Termasuk keluarga saya. Tapi saya minta maaf pada ayah, saya beritahu tak mungkin saya akan balik dalam masa terdekat ni. Hati saya remuk, masih sakit dengan perbuatan ibu. Ayah faham dengan keadaan saya dan minta supaya saya maafkan ibu, tapi saya belum sedia.
Saya minta kalian yang membaca cerita saya ni untuk doakan saya. Moga-moga hati saya pulih segera dan saya dapat maafkan ibu saya. Saya juga ada buat dosa padanya, saya juga rindukan dia. Tapi saya trauma, tak mahu pisang berbuah dua kali. Saya risau ibu akan ‘belakangkan’ kami lagi. Saya mohon agar kalian semua doakan yang baik-baik buat saya dan ibu. Terima kasih.
Sekiranya anda ada sebarang cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan, sila klik KONGSI CERITA
The post “Tak Layan Sebab Gelap.” Wanita Ini Kecil Hati Ibunya ‘Dingin’ Dengan Cucu Kerana Warna Kulit appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-layan-sebab-gelap-wanita-ini-kecil-hati-ibunya-dingin-dengan-cucu-kerana-warna-kulit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Di Wuhan Dapati Warna Kulit Muka Berubah Selepas Pulih Daripada Covid 19

Doktor Di Wuhan Dapati Warna Kulit Muka Berubah Selepas Pulih Daripada Covid 19

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 242 hits
Mulai muncul pada akhir tahun lalu nampaknya sehingga kini orang ramai masih belum mempunyai maklumat penuh mengenai kesan wabak COVID 19 kepada badan manusia Jika di New York didapati wabak COVID 19 mampu membuat mereka yang sebelum ini me...
Tediaa Dua Doktor Terselamat Jangkitan Covid 19 Terkejut Lihat Kulit Jadi Gelap

Tediaa Dua Doktor Terselamat Jangkitan Covid 19 Terkejut Lihat Kulit Jadi Gelap

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 386 hits
Dua doktor terselamat jangkitan Covid 19 terkejut lihat kulit jadi gelap Perubahan warna kulit itu dipercayai akibat kesan sampingan ubat semasa rawatan dilakukan DUA doktor warga China yang tenat akibat Covid 19 mendapati kulit mereka beru...
Bagusnya Haziq Hafal Doa Nak Jadi Imam Tarawih Ini Cara Johan Ozlynn Latih Anak Berdoa Dari Hati Sejak Kecil

Bagusnya Haziq Hafal Doa Nak Jadi Imam Tarawih Ini Cara Johan Ozlynn Latih Anak Berdoa Dari Hati Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 428 hits
Melentur buluh biarlah dari rebungnya Itulah yang dipraktikkan oleh pasangan selebriti Johan Raja Lawak dan isteri Ozlynn dalam mendidik anak anak mereka Sering sahaja memuat naik aktiviti aktiviti keluarga mereka di Instagram Jozlynnhanani...
Selebriti Pak Hamid Gembira Layan 32 Cucu 14 Cicit

Selebriti Pak Hamid Gembira Layan 32 Cucu 14 Cicit

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 216 hits
Bersahaja dan kadang kala lurus bendul karakter dibawa bintang komedi era 1980 an ini setiap kali beraksi terus menarik perhatian ramai Tidak hairanlah kemunculan Hamid Gurkha dengan beberapa pelawak lain seperti A R Badul dan Allahyarham D...
Wanita Dakwa Keluarga Suami Bomohkan Ibunya Kerana Pernah Halang Mereka Berkahwin

Wanita Dakwa Keluarga Suami Bomohkan Ibunya Kerana Pernah Halang Mereka Berkahwin

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 309 hits
Tidak semua perkahwinan yang diimpikan menjadi kenyataan akan sentiasa ada pelbagai ranjau dan duri yang perlu ditempuhi Pastinya tiada siapa yang pernah menjangkakan bahawa suami atau isteri sendiri rupa rupanya boleh menjadi watak yang ak...
Hati Hati Membiarkan Si Kecil Ikut Nonton Film Horor Miliki 5 Dampak Ini Tak Kalah Seram Dari Filmnya

Hati Hati Membiarkan Si Kecil Ikut Nonton Film Horor Miliki 5 Dampak Ini Tak Kalah Seram Dari Filmnya

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 260 hits
Swakarantina memang hiburan paling praktisnya nonton film sama keluarga tapi bahaya nggak ya kalau filmnya horor
Sakit Hati Seorang Anak Di Bangkalan Bunuh Selingkuhan Ibunya

Sakit Hati Seorang Anak Di Bangkalan Bunuh Selingkuhan Ibunya

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 459 hits
Seorang anak di Desa Lantek Barat Kecamatan Galis Bangkalan Madura membunuh selingkuhan ibunya Sang anak tidak terima pria tersebut menyelingkuhi ibunya Anak tersebut adalah Muhammad Jefri Pelaku telah membunuh Mudassir yang diketahui merup...
Dah Tak Lucu Ahli Grup Fb Masakan Popular Lapor Polis Selepas Terguris Hati Foto Masakan Dihina

Dah Tak Lucu Ahli Grup Fb Masakan Popular Lapor Polis Selepas Terguris Hati Foto Masakan Dihina

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 368 hits
Dah tak lucu Ahli grup FB masakan popular lapor polis selepas terguris hati foto masakan dihina Mereka macam tak puas hati Wanita itu mendakwa ada dua individu yang menghina masakannya dalam Facebook tersebut KEMUNCULAN kumpulan Facebook Ma...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut