Selebriti Pak Hamid Gembira Layan 32 Cucu 14 Cicit



Bersahaja dan kadang-kala lurus bendul, karakter dibawa bintang komedi era 1980-an ini setiap kali beraksi, terus menarik perhatian ramai.

Tidak hairanlah, kemunculan Hamid Gurkha dengan beberapa pelawak lain seperti A R Badul dan Allahyarham Datuk Yahya Sulong dalam filem mahupun persembahan pentas, dinanti-nantikan peminat.

Pembabitan Hamid yang sudah menjangkau usia 88 tahun, mewarnai dunia senimatik Melayu, terutama pada era kebangkitan filem genre komedi.

Masih sihat dan menetap di Klang, Selangor, pelakon dan pelawak ini mengaku pada usia sekarang, masa yang ada hanyalah untuk isteri, Timah Abdul Hamid dan keluarga.

Hamid berkata, dia tidak berniat untuk kembali beraksi, biarpun sekadar membuat penampilan atas faktor usia.

Bagi Hamid atau nama penuhnya, Abdul Hamid Abdul Rahman, masanya sudah tiba untuk dirinya berehat di rumah.

“Saya tidak rindu dan tiada rasa hendak berlakon sekarang. Saya sudah tua, jadi malas untuk kembali beraksi.

“Lagipun saya sudah penat... Biarlah orang yang muda-muda berlakon.

“Sekarang ini, pengarah ramai yang muda-muda dan permintaan mereka berbeza, jadi agak leceh.

“Tawaran berlakon pun tiada. Kali terakhir, saya ingat, ada produksi Hantu Kak Limah yang memberi tawaran tapi saya tidak pergi sebab penggambarannya jauh di Kuala Kangsar, Perak.

“Anak saya tidak benarkan saya memandu kereta jauh-jauh. Saya hanya boleh memandu berdekatan saja seperti mahu pergi ke kedai, surau atau masjid.

“Mereka lebih suka saya duduk di rumah bermain bersama cucu dan cicit,” katanya kepada BH Online.

Memiliki 32 cucu dan 14 cicit, Hamid bahagia melayan kerenah mereka di rumah.

“Tapi yang duduk bersama saya sekarang, hanya antara empat hingga lima cucu.

“Saya ada lapan anak tapi dua anak saya sudah meninggal dunia. Apa yang tinggal adalah enam orang, dua lelaki dan empat perempuan.

“Alhamdulillah, inilah harta saya dunia dan akhirat,” katanya.

Bertanya mengenai kesihatan, Hamid atau lebih mesra dengan panggilan Pak Hamid bersyukur masih sihat tanpa penyakit kronik. Prestasi kesihatannya jelas terbukti daripada suaranya yang bertenaga ketika dihubungi BH Online.

“Tiada rahsia yang boleh saya kongsi. Ini semua adalah rezeki dan keizinan daripada Allah, mohon pada Dia, maka Dia akan kurniakan kepada kita,” katanya.

Sementara itu, Hamid bersyukur masih diingati apabila ada pihak yang prihatin menghulurkan sumbangan kepadanya.

“Alhamdulillah ada yang datang memberikan sumbangan seperti Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).

“Seronok apabila dapat tahu mereka tidak lupa saya, terima kasih banyak-banyak kepada pihak yang mengambil berat,” katanya.

Mengenai persiapan menyambut Ramadan, Hamid berkata, dia bersyukur masih diberi peluang merasai kenikmatan bulan mulia itu.

“Tidak banyak persiapan yang dibuat, semuanya biasa-biasa saja. Alhamdulillah saya masih boleh berpuasa.

“Jadi diharapkan Ramadan ini semuanya baik-baik saja,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://iskandarx-society.blogspot.com/2020/04/selebriti-pak-hamid-gembira-layan-32.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo+%28Ar

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selebriti Pak Ezad Sertai Sukarelawan

Selebriti Pak Ezad Sertai Sukarelawan

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 333 hits
SELEBRITI Pak Ezad sertai sukarelawan Melakukan kerja amal kemanusiaan dan bantuan kemasyarakatan menjentik hati penyanyi Ezad Lazim 41 menyertai sukarelawan Universiti Sains Islam Malaysia Inilah kali pertama Ezad atau nama sebenarnya Mohd...
Hanya Layan Keluarga Ayu Cucu Jauh Hati Nenek Pilih Kasih Rasa Tak Adil

Hanya Layan Keluarga Ayu Cucu Jauh Hati Nenek Pilih Kasih Rasa Tak Adil

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 903 hits
Biasanya nenek atau datuk di kampung akan memanjakan cucu cucunya Kalau terdengar atau ternampak anak marahkan cucu mereka habis kena bebel Begitulah kasih sayang nenek dan datuk kepada cucu cucu kalau balik kampung pun kalau boleh tak mahu...
Pelawak Lagenda Hamid Gurkha Tersenyum Gembira Terima Bantuan

Pelawak Lagenda Hamid Gurkha Tersenyum Gembira Terima Bantuan

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 471 hits
Jika sebelum ini hebat diperkatakan mengenai isu persatuan seniman mahu mendapatkan bantuan khas buat para selebriti namun mendapat tentangan hebat oleh netizen Walaupun ketika ini ramai yang memandang serong terhadap para artis selepas itu...
Ingatkan Munt4h Angin Sebab Puasa Dr Erin Umum Berita Gembira Buat Suami Tercinta Da I Farhan

Ingatkan Munt4h Angin Sebab Puasa Dr Erin Umum Berita Gembira Buat Suami Tercinta Da I Farhan

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 256 hits
Kisah rumah tangga Da i Farhan menjadi tumpuan ramai sejak akhir tahun lepas Diimbas kembali plot cerita Da i Farhan mengumumkan perkahwinan keduanya bersama seorang ibu tunggal yang bernama Noorainul Naqim Mohd Radzi atau mengaku dirinya s...
Kabar Gembira Suhu Udara Di Indonesia Bisa Matikan Virus Corona

Kabar Gembira Suhu Udara Di Indonesia Bisa Matikan Virus Corona

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 269 hits
Berdasarkan hasil penelitian itu suhu udara sinar matahari dan tingkat kelembapan udara memengaruhi kecepatan kematian virus Covid 19 di udara dan di permukaan yang tidak berpori
Ph Anggap Pelantikan Noh Omar Terajui Umno Selangor Berita Gembira

Ph Anggap Pelantikan Noh Omar Terajui Umno Selangor Berita Gembira

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 451 hits
M Fakhrull Halim Diterbitkan 3 jam lepas Dikemaskini 3 jam lepas A A Pelantikan semula ahli parlimen Tanjung Karang Noh Omar sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dialu alukan pemimpin PH yang menyifatkan ia akan memudahkan lagi merek...
Quot Setiap Dalam Rezeki Kita Mesti Ada Rezeki Orang Lain Quot Ezlynn Gembira Buat Roti Sendiri Kongsi Dengan Jiran

Quot Setiap Dalam Rezeki Kita Mesti Ada Rezeki Orang Lain Quot Ezlynn Gembira Buat Roti Sendiri Kongsi Dengan Jiran

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 624 hits
Hiburan Penyanyi Ezlynn Ariffin berkongsi video menunjukkan roti yang dibuat sendiri olehnya di rumah Ezlynn gembira kerana roti yang dibuat itu menjadi dengan sempurna dan sedap Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram mili...
Anak Hanya Nak Mak Ayah Yang Gembira Bukan Sempurna Yang Sempurna Itu Tak Wujud

Anak Hanya Nak Mak Ayah Yang Gembira Bukan Sempurna Yang Sempurna Itu Tak Wujud

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 497 hits
Tiada manusia yang sempurna bukan Tetapi adakalanya tanpa disedari sesetengah sikap toksik ibu bapa boleh memberikan kesan kepada anak Jom semak 7 sikap yang harus anda singkirkan Wujud ke sikap seperti itu dalam kalangan ibu bapa Secara ju...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Barca Gah Di Puncak Liga

Masak Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Tular Konten Kreator Malaysia Bertahan 4 Jam Atas Pokok Elak Serangan Harimau