Tak Larat Dah Isteri Malas Balik Kampung Sendiri Asyik Jadi Tukang Kemas Rumah


Apabila kita pulang ke kampung, seharusnya kita merasa seronok. Tak kisahlah jika kita balik ke kampung sendiri mahupun rumah mertua. Auranya bila kita balik ke rumah orang tua, sukar diungkapkan dengan kata-kata. Melihat wajah tua ibu ayah dan menghirup udara segar di kampung, itulah pengalaman yang membuatkan kita tak ernah bosan untuk pulang ke kampung.
Lain pula ceritanya dengan lelaki ini. Dia sayangkan keluarga mertuanya, tapi ada sesuatu yang menyekat dia untuk pulang ke kampung mereka. Dia menyimpan perasaan tidak tahu nak bercerita dengan siapa, mahu diluahkan pada si isteri takut pula berkecil hati.
Nama aku Kamal. Maaflah aku tak tahu nak cerita dengan siapa. Isteri aku suka baca Pa&Ma, kebetulan pula aku tengok ada runagan untuk pengakuan. Aku pun curi-curi hantar pada Pa&Ma kisah aku ni. Semoga admin siarkan kisah ni. Sebab aku tak tahu apa lagi nak buat.
Aku berkahwin dengan isteri aku nak masuk setahun. Kami bahagia walaupun masih belum dikurniakan rezeki untuk isteri aku mengandung. Jangan salah faham ya, aku sayangkan isteri aku. Jadi bila kita dah tak ada anak ni, selalu jugalah kami balik kampung. Bosan-bosan, baik pergi jenguk orang tua. Jadi aku dengan isteri akan gilir-gilir. Kalau bulan ni kampung aku, bulan depan kampung dia pulak. Aku okay, tak ada masalah sebab aku memang suka balik kampung pun.
Bawa Masuk Kasut, Makan Tak Basuh Pinggan Isteri aku ni anak ketiga dari lima beradik. Abang-abang dia dah kahwin. Bawah dia ada dua orang lagi adik lelaki. Isteri aku ni kira anak perempuan tunggal. Memang manja dengan mak ayah dia. aku kahwin dengan isteri aku ni sebab orangnya lembut, baik.
Wajahnya pun manis, tidaklah secantik Lisa Surihani atau Maya Karin tapi muka dia wajah Melayu asli. Pada aku, memang cantik. Di rumah pun dia rajin. rajin mengemas, rajin memasak. Serba serbi rajin, beruntung aku.
Pengakuan Lain: [“Hempas Je Anak Kau!”. Ibu Pantang Meroyan, Dengar Suara Suruh Bunuh Baby Sendiri]
Tapi bila balik kampung, isteri aku selalu mengeluh. Baru mengemas, bersepah balik. Adik-adiknya belum berkahwin. Selalu sepahkan rumah. Dah besar kot, ada akal. Boleh fikir nak kemas sendiri bila dah buat sepah. Tapi tak, aku kesian jugak dengan isteri aku ni. Asal balik kampung je kerjanya mengemas.
Ibu mertua ku ni dah tak berapa larat, jalan pun lambat-lambat. Sakit lutut. Tak boleh nak mengemas macam orang muda. Yang mana larat dia buat, selebihnya dia harapkan anak-anak lelaki dia. Tapi hampeh!
Korang bayangkan, kalau dia dah pakai kasut tapi tertinggal barang dalam bilik. Selamba je dia masuk dengan kasut ke dalam rumah. Luar rumah aku kawasan bertanah. Pernah sekali tu, hari baru lepas hujan. Dia punya sedap bawak masuk kasut dia yang bertanah lumpur tu masuk ke rumah.
Isteri aku baru mop lantai kot. Jadi aku tegur, cakap janganlah buat macam tu. Aku dimarahnya balik. Lepas tu merajuk, sehari tu tak balik rumah. Lepak rumah member. Kesian aku tengok isteri aku. Aku pun ambik mop, tolong dia bersihkan semula kesan tapak kasut tu.
Satu lagi perangai pelik adik-adik isteri aku ni, malas basuh pinggan. Lepas siap makan, bash tangan. Tinggal pinggan atas meja. Kira sujud syukurlah kalau dorang angkat letak dalam sink. Kadang-kadang kalau lapar tengah malam, masak megi. Dengan segala periuk, senduk dia main tinggal macam tu je. Lepas makan, tinggal depan tv. Lepas tu masuk tidur. Esoknya isteri aku yang kutip kemas. Hangin betul aku!
Bilik Air Berlumut Ini satu lagi hal. Asal aku balik je kampung, bilik air confirm berlumut. Pijak lantai, confirm tersungkur kalau tak berhati-hati. Aku tahulah, sebab pernah jadik kat aku. Tak memasal pecah bibir!
Dorang kat rumah ni, suka guna sabun ketul untuk mandi. Masalahnya, tak letak elok. Dibiarkan basah kena air, cair jadinya. Bila dah cair tu berlendir. Nak pakai pun jadi geli.
Puas dah isteri aku belikan sabun dalam botol. Tapi yang ini sakit hati jugak, bayangkan sebotol besar tu tak sampai tiga hari licin. Dorang ni mandi guna sabun ke buat minum? Nak beli malas, dah kita belikan habis dorang membazir. Hari tu aku dalam bilik, tiba-tiba dengar suara isteri aku. Dari yang aku dengar, waktu tu dia berubah jadi naga.
Tu aku malas nak masuk campur, aku dengar dia dok membebel kat adik-adik dia. Jadi tak naklah aku mengeruhkan keadaan. Aku tunggu je dalam bilik. Bila masuk bilik, aku tanya kenapa. Terus dia menangis. Dia kata, tak tahan perangai pengotor adik-adik dia tu.
Katanya dari dulu perangai tak berubah. Kesian kat isteri aku, siapa tak sayang bini oiii! Aku pun pujuk dia dan janji dengan dia nanti sebelum balik rumah kami, aku akan tolong dia kemas apa yang patut.
Baju Berlonggok Tak Dibasuh Ini satu hal lagi. Baju kotor tu kalau susun, boleh jadi setinggi Gunung Kinabalu. Mertua aku ni dah tua, tak larat sangat nak buat kerja berat. Anak-anak bujang dia semua sihat tubuh badan. Tolonglah kan? Ini tidak, dibiarkan berlonggok.
Sakit hati bila tengok. Isteri aku pula, setiap kali balik je kampung itu benda pertama dia tengok. Baru sampai kampung, aku tengok dia terkial-kial asingkan baju untuk dibasuh.
Aku pun tak nak isteri aku rasa penat, waktu nak sidai tu aku tolonglah. Aku pun lelaki, basuh baju ni antara benda yang aku tak berapa suka. Waktu bujang dulu pun, aku hantar dobi aje. Tapi bila dah kahwin ni, aku nampak benda ni semua meletihkan. Tak sampai hati nak biarkan orang rumah aku buat sendiri.
Itu tak kira yang baju-baju dalam bilik. Berterabur. Itu pun isteri aku pergi kutip. Tolong basuh, tolong lipat. Bila dah basuh, pandai je adik-adiknya pakai. Tak ada rasa bersalah. Aku tak suka cakap banyak, ini masalah keluarga dia. Yang mana boleh tolong, aku tolong.
Pengakuan Lain: [“Kalau Tahu, Aku tak Bagi Kau Kahwin Dengan Dia.” Isteri Sedih, Ibunya Selalu Hina Suami]
Duduk 2-3 Hari, Ajak Balik Isteri aku selalu meluah perasaan kat aku. Katanya tak larat dah. Sejak dulu, dia je yang mengemas rumah. Buat semua kerja. Waktu emak dia muda dulu, ada juga kawan nak tolong buat sama. Mujur abang-abang tak semalas adik dia kata. Tapi itulah, abang-abang ipar aku pun dah tak duduk kampung, dah kahwin. Jadi memang tak ada siapa yang boleh diharap untuk buat kerja rumah.
Isteri aku kata, bilik air berlumut macam tu risau juga. Kalau yang jatuh tu adik-adik, tak apa. Biar dorang rasa. Tapi kalau yang jatuh tu emak atau ayah yang dah tua tu? Kadang-kadang aku nampak juga ayah mertua aku ni nak membantu. Tapi isteri aku tak bagi. Betul lah tu apa dia buat, tak mahu emak ayah dia susah (ni buat aku bangga kahwin dengan dia).
Patutlah isteri aku ni macam ‘berat’ bila aku ajak balik kampung dia. Dua tiga hari je, lepas tu nak balik. Sebelum balik, dia dah kemas semuanya. Dia lagi excited nak balik rumah mak aku. Of course aku happy, tapi aku tak nak lah sampai dia membelakangkan keluarga dia.
Masalahnya aku ni, aku nak bantu dia. Tapi tak tahu macam mana. Aku boleh tolong dia buat semua kerja tu, tak ada masalah. Cuma kalau boleh, aku nak adik-adik dia berubah perangai. Aku pun buntu sebab dok fikir apa cara untuk buat dorang ni sedar. Tolonglah bagi idea kat aku, sebab aku tak sampai hati tengok keadaan rumah mertua aku setiap kali balik ke kampung.
Sekiranya anda ada cerita atau pengalaman menarik untuk dikongsikan, sila klik KONGSI CERITA.
The post “Tak Larat Dah.” Isteri Malas Balik Kampung Sendiri, Asyik Jadi Tukang Kemas Rumah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-larat-dah-isteri-malas-balik-kampung-sendiri-asyik-jadi-tukang-kemas-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Boleh Pergi Bazar Ramadan Terawih Di Rumah Mungkin Tak Boleh Balik Kampung Pm

Tak Boleh Pergi Bazar Ramadan Terawih Di Rumah Mungkin Tak Boleh Balik Kampung Pm

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 313 hits
Baru sebentar tadi Perdana Menteri Kita Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan dari 15 April sehingga 28 April Dalam kenyataan itu juga beliau ada menyebut bahawa masyarakat di Malaysia amnya mungk...
Suami Kalau Geledah Dapur Waktu Malam Tolong Kemas Balik Dapur Ibarat Nadi Rumah Kena Bersih

Suami Kalau Geledah Dapur Waktu Malam Tolong Kemas Balik Dapur Ibarat Nadi Rumah Kena Bersih

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 417 hits
Bila tengok dapur bersepah dalam sinki penuh dengan cawan dan pinggan tentu rasa mood nak marah Terus terasa penatkan seoalah kerja yang tak habis habis Rasanya semua ibu ibu merasai kepenatan ini Tapi sekiranya dapur bersih pinggan tersusu...
Saya Dah Jadi Macam Bibik Dalam Rumah Sendiri Isteri Luah Rasa Kesal Suami Angkut Mak Ayah Tinggal Bersama

Saya Dah Jadi Macam Bibik Dalam Rumah Sendiri Isteri Luah Rasa Kesal Suami Angkut Mak Ayah Tinggal Bersama

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 452 hits
Salam semua Di musim Covid 19 ini benar benar menguji para suami isteri yang terperuk kuarantin di rumah Makin senang gaduh makin senang cari pasal Al kisah suami saya entah kenapa dia boleh angkut mak ayahnya dari kampung datang ke Kuala L...
Tak Tahan Dicemuh Jiran Ahli Keluarga Pesakit Covid 19 Ancam Bakar Rumah Sendiri

Tak Tahan Dicemuh Jiran Ahli Keluarga Pesakit Covid 19 Ancam Bakar Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 242 hits
Dalam detik detik yang sukar ini muncul satu stigma atau pandangan negatif dalam sesetengah masyarakat kepada pesakit yang telah dijangkiti dengan virus maut itu Stigma ini akhirnya boleh membuatkan si pesakit ini menjadi sedih dan dipandan...
Lupakan Hasrat Balik Kampung Sambut Ramadan Polis Akan Tambah Sekatan Jalan Raya

Lupakan Hasrat Balik Kampung Sambut Ramadan Polis Akan Tambah Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 493 hits
Polis akan tambah sekatan jalan raya bagi pastikan kawalan dapat ditingkatkan menjelang awal ramadanMenteri Kanan Datuk Seri Ismail berkata Oleh kerana PKP tiga tindakan lebih keras diambil kita menjangka mungkin ada yang berura ura untuk p...
Di Balik Pandemi Corona Mahasiswa Rantau Tak Bisa Pulang Kampung Dan Krisis Makanan

Di Balik Pandemi Corona Mahasiswa Rantau Tak Bisa Pulang Kampung Dan Krisis Makanan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 281 hits
Puluhan mahasiswa asal Jawa Barat yang menempuh pendidikan di Kalimantan Timur berharap perhatian Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil Di tengah masa pandemi Corona saat ini mereka tidak bisa pulang kampung Di perantauan mereka krisis makanan
Polis Kesan Wanita Dakwa Guna Kabel Kpn Untuk Balik Kampung

Polis Kesan Wanita Dakwa Guna Kabel Kpn Untuk Balik Kampung

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 443 hits
Seorang wanita menghantar sekeping gambar menunjukkan beliau berada di Genting Sempah kononnya semasa dalam perjalanan ke Kuantan KUANTAN Polis berjaya mengesan seorang wanita yang mendakwa dirinya menggunakan kabel ketua polis negara untuk...
Movie Kim Ji Young Born 1982 Kisah Depresi Seorang Isteri Yang Terjadi Pada Kebanyakkan Suri Rumah

Movie Kim Ji Young Born 1982 Kisah Depresi Seorang Isteri Yang Terjadi Pada Kebanyakkan Suri Rumah

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 390 hits
hi there filem bertajuk KIM JI YOUNG BORN 1982 merupakan filem yang diadaptasi daripada novel menggunakan tajuk yang sama Filem ini berkisar mengenai seorang wanita isteri dan surirumah yang bernama Kim Ji Young yang mengalami depresi tanpa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut