Tak Keruan Kalau Anak Jatuh Katil Buat 5 Langkah Ini Dulu Baru Mak Ayah Tak Panik


Kejadian bayi jatuh dari katil memang sering kita dengar. kadang memang dah buat kubu dengan bantal di sekeliling anak yang tidur tapi kejadian jatuh katil masih lagi berlaku.
Bila anak jatuh katil mak ayah tentunya tak keruan. Tak tahu apa nak buat risau ada kecederaan yang tidak nampak dengan mata kasar. Jangan panik dan ikut lima langkah penjagaan ini.
Di Malaysia, boleh dikatakan kebanyakan bayi tidur bersama ibu bapanya. Keadaan ini berbeza dengan negara luar yang kerap mempraktikkan tidur berasingan sejak dari bayi.

Jadi, isu bayi jatuh katil, khususnya katil dewasa adalah perkara yang sering berlaku.
Sama ada anda melihat dengan sendiri si manja terjatuh dan bergegas cuba menyelamatkan mereka, atau hanya sedar selepas dengar bunyi terjatuh, ia sudah tentu membuatkan anda rasa bersalah.
Dalam keadaan panik, persoalan paling utama akan menerjah fikiran anda, “Apa yang perlu anda lakukan?”
Bayi jatuh katil, ini 5 langkah penjagaan ibu perlu buat
Terjatuh dari katil dewasa bukan sahaja boleh menjejaskan keadaan si manja akibat hentakan ke lantai, namun wujud risiko bahaya lain.
Bayi anda mungkin terjatuh ke atas barang-barang seperti timbunan pakaian atau beg plastik.
Sekiranya si manja terjatuh dari katil, lakukan langkah penjagaan ini dengan segera:
#1. Angkat dengan segera
Jatuh sudah tentu akan memberi impak sakit kepada individu yang mengalaminya, tanpa mengira usia.
Apabila si manja jatuh, mereka pastinya akan terkejut dan menangis. Tambah mengejutkan bayi jika anda turut menjerit saat melihat mereka terjatuh.
Jadi perkara paling penting untuk anda lakukan adalah segera angkat dan mendukung mereka. Berikan kucupan dan usaplah badan si manja untuk membantu menenangkan diri mereka.

#2. Periksa badan
Apabila keadaan bayi jatuh katil sudah tenang, anda disarankan untuk memeriksa bahagian kepala dan badan si manja.
Ini bagi melihat jika terdapat sebarang kecederaan, benjolan, pendarahan, luka atau calar.
Jangan pula anda terus memeriksa badan si manja saat mereka masih lagi menangis, atau ia hanya menjadi kerja yang sia-sia kerana anda akan berdepan kesukaran untuk melakukannya.
Sekiranya terdapat benjolan, anda boleh cuba untuk merawatnya dengan merendamkan sehelai kain bersih dengan air suam dan dituamkan di bahagian tersebut.
Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan sebarang minyak atau krim, kerana wujud risiko untuk si manja mengalami kerengsaan kulit.
Jika terdapat luka berdarah, lap dan tekankan bahagian tersebut dengan kain bersih selama 10 minit.
Sekiranya pendarahan berterusan dan tidak berhenti, sila bawa bayi anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

#3. Berikan susu
Seandainya anda berjaya melakukan langkah penjagaan #1 dan #2 dengan baik tanpa sebarang masalah, anda boleh menyusukan si manja, sama ada susu badan mahupun susu formula.
Dalam keadaan yang kenyang selepas menyusu, ia akan memudahkan proses untuk bayi tidur kembali.
#4. Kenal pasti tanda bahaya
Walaupun bayi anda mungkin sudah berhenti merengek dan menangis serta berjaya ditidurkan kembali, namun anda masih perlu berwaspada.
Kenal pasti tanda-tanda tidak normal yang mungkin dialami bayi selepas terjatuh dari katil seperti:
Sukar dibangunkan selepas tidur Terdapat darah atau cecair kuning keluar dari hidung atau telinga Muntah-muntah Menangis dengan kerapdan nyaring Kekejangan pada wajah Terdapat anggota badan yang tidak boleh digerakkan mereka Pengsan Jangan panik wahai ibu sekalian. Bertenang dan segera bawa si manja untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan doktor bagi mengenal pasti keadaan mereka.
#5. Hindari aktiviti lasak
Dalam keadaan yang tidak berbahaya, apabila bayi jatuh katil, mereka mungkin akan cenderung mengantuk dan kurang daya tumpuan.
Terdapat kemungkinan juga wujud kesakitan pada bahagian kepala atau leher yang berterusan untuk tempoh masa beberapa hari.
Anda mungkin tidak perlu bimbang dengan keadaan itu jika si manja masih aktif seperti biasa. Tetapi pastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi.
Buat seketika, elakkan sebarang aktiviti yang dikategorikan sebagai lasak.
Jika mereka mengalami perubahan pada pola tidur, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar kanak-kanak.

Tingkatkan langkah pencegahan Bayi jatuh katil bukanlah 1 perkara yang menggembirakan.
Tetapi apabila ia berlaku, pastinya secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran anda untuk mencegah perkara ini daripada berulang, bukan?
Dalam apa jua keadaan, seorang bayi atau kanak-kanak yang masih kecil, tidak sepatutnya dibiarkan sendirian di atas katil dewasa tanpa pemantauan.
Selain berdepan risiko terjatuh dari katil, mereka juga mungkin boleh terhantuk dinding berhampiran katil atau terperangkap bersama barangan lain.
Pemeriksaan doktor Bertindak segera dan sentiasa memantau keadaan si manja – ini dapat mengurangkan kesan risiko akibat bayi jatuh katil.
Anda mungkin perlu memerhatikan perkembangan bayi untuk tempoh beberapa bulan bagi memastikan kesan jangka panjang daripada kecederaan otak tidak berlaku.
Jika wujud kebimbangan dan keraguan mengenai keadaan si manja, rujuklah doktor bagi mendapatkan kepastian.
sumber: Hello Doktor
The post Tak Keruan Kalau Anak Jatuh Katil, Buat 5 Langkah Ini Dulu Baru Mak Ayah Tak Panik! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-keruan-kalau-anak-jatuh-katil-buat-5-langkah-ini-dulu-baru-mak-ayah-tak-panik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Petah Cakap Paling Penting Mak Ayah Kena Libatkan Diri Baru Lebih Berkesan

Nak Anak Petah Cakap Paling Penting Mak Ayah Kena Libatkan Diri Baru Lebih Berkesan

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 371 hits
Seronoknya mama papa bila dengar perkataan pertama si kecil tersayang Ada yang siap rekodkan video bila anak sebuat perkataan pertama dan ada juga tulis dalam jurnal untuk dijadikan sebagai kenangan bila mereka besar nanti Kemahiran anak un...
Berselera Anak Makan Sambil Tengok Gajet Tapi Ini Bahaya Yang Mak Ayah Perlu Tahu

Berselera Anak Makan Sambil Tengok Gajet Tapi Ini Bahaya Yang Mak Ayah Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 488 hits
Bila anak dah mula makan macam macam benda yang ibu lakukan untuk menarik minat si kecil untuk berselera Bukan sahaja mencuba pelbagai resipi yang enak malah juga buat pelbagai cara untuk anak boleh duduk diam dan makan dengan tenang Salah ...
Mahu Anak Pandai Part Ni Kena Hadap Dulu Memanjat Makan Tumpah Baru Permulaan

Mahu Anak Pandai Part Ni Kena Hadap Dulu Memanjat Makan Tumpah Baru Permulaan

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 440 hits
Perkembangan anak dari mula dilahirkan sehingga mampu berdikari banyak fasa sebenarnya ibu bapa kena lalui dan hadap Bukannya anak membesar ikut usianya terus pandai buat macam macam Dalam tempoh nak belajar dan pandai sesuatu kemahiran itu...
Gusi Anak Bengkak Bernanah Rupanya Tertelan Dawai Stapler Bila Beli Makanan Mak Ayah Tolonglah Periksa

Gusi Anak Bengkak Bernanah Rupanya Tertelan Dawai Stapler Bila Beli Makanan Mak Ayah Tolonglah Periksa

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 514 hits
Setiap kali membeli makanan di kedai pernah tak anda memeriksa dawai stapler yang dijadikan salah satu bahan untuk membungkus makanan dengan rapi Mungkin kita tak perasan bahawa dawai tersebut juga boleh mendatangkan kecederaan bukan sahaja...
Anak Sulung Banyak Berkorban Selalu Mengalah Mak Ayah Jagalah Emosi Mereka

Anak Sulung Banyak Berkorban Selalu Mengalah Mak Ayah Jagalah Emosi Mereka

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 383 hits
Menjadi kebiasaan bila lahirnya adik yang baru kakak atau abang paling sulung menjadi harapan ibu dan ayah Kadang sampai kita lupa mereka juga ada yang masih kecil dan perlukan perhatian Tapi demi tanggungjawab yang diberikan secara tidak s...
Jangan Mudah Beri Apa Anak Nak Ajar Bersabar Dulu Ibu Ayah Mesti Bertahan

Jangan Mudah Beri Apa Anak Nak Ajar Bersabar Dulu Ibu Ayah Mesti Bertahan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 412 hits
Apa ibu bapa akan lakukan sekiranya anak merengek nak sesuatu Adakah terus memberi sebab tak mahu anak lagi lama merengek dan menangis atau biar dulu sambil menjelaskan kenapa bukan sekarang boleh dapat Ibu bapa kena belajar ilmu ini dan ja...
Patutlah Demam Anak Tak Kebah Rupanya Ada Petanda Ni Mak Ayah Wajib Periksa

Patutlah Demam Anak Tak Kebah Rupanya Ada Petanda Ni Mak Ayah Wajib Periksa

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 399 hits
Selepas tiga hari demam anak kita biasanya akan diambil darahnya untuk mengetahui sebarang jangkitan kuman Itu pemeriksaan biasa yang kebiasaannya dijalankan oleh doktor yang merawat Pun begitu ada juga kes anak masih demam walaupun sudah d...
Anak Boleh Jadi Pendendam Kalau Tak Kena Gaya Nak Elak Jadi Mak Ayah Kena Tahu Benda Ni

Anak Boleh Jadi Pendendam Kalau Tak Kena Gaya Nak Elak Jadi Mak Ayah Kena Tahu Benda Ni

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 311 hits
Mendidik anak anak sehingga mereka membesar dan menjadi dewasa satu proses yang bukan mudah sedikit sebanyak ibu bapa juga memerlukan ilmu supaya dapat menjadi panduan Ilmu ilmu keibu bapaan ini boleh didapati secara semulajadi iaitu melalu...
Anak Boleh Pendam Perasaan Kalau Mak Ayah Pilih Kasih Selalu Puji Anak Lain Je

Anak Boleh Pendam Perasaan Kalau Mak Ayah Pilih Kasih Selalu Puji Anak Lain Je

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 1155 hits
Sebagai ibu bapa memang kita tak dapat lari daripada melakukan kesilapan dalam mendidik anak anak Namun ianya bukan satu alasan untuk kita mengabaikan emosi anak ketika mereka membesar Amat peting untuk ibu bapa mengawal emosi dan mempelaja...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos