Tak Jemput Mahathir Ke Sambutan Merdeka Tindakan Biadap Kata Pemikir Terkemuka


malaysianow.com.my
MalaysiaNow
September 3, 2024 5:57 petang

Chandra Muzaffar mengulas klip tular pemimpin berusia 99 tahun itu yang menghadiri sambutan Hari Kebangsaan atas kapasiti peribadi.
Dr Mahathir Mohamad mengibarkan Jalur Gemilang ketika hadir pada sambutan Hari Merdeka di Putrajaya pada 31 Ogos lalu.
Pemikir terkemuka Chandra Muzaffar membidas keputusan kerajaan untuk tidak menghantar jemputan rasmi kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menghadiri perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya baru-baru ini, menyifatkan ia perbuatan yang membelakangi akhlak dan etika yang membentuk budaya Malaysia.

"Dengan tidak menjemput bekas perdana menteri - perdana menteri kita yang paling lama berkhidmat - ia melanggari adat Melayu dan Malaysia secara terang-terangan. Ia adalah biadab," kata bekas akademik itu kepada MalaysiaNow, dalam komen yang mencerminkan kemarahan orang ramai di media sosial susulan penularan klip menunjukkan pemimpin berusia 99 tahun itu hadir pada sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya atas kapasiti peribadinya.

Beliau turut mengingatkan tentang prinsip kelima Rukunegara yang menyentuh "kesopanan dan kesusilaan".

"Bagi sebuah negara muda seperti Malaysia yang masih dalam proses membentuk identiti kebangsaannya, adalah penting berpegang kepada adab dan akhlak yang sudah lama diikuti. Dendam peribadi tidak seharusnya menghalang usaha murni ini," kata Chandra, yang pernah melancarkan kempen untuk menjadikan Rukunegara sebagai mukadimah kepada dokumen perlembagaan.Chandra Muzaffar.
Chandra yang merupakan antara pengasas utama PKR yang memainkan peranan besar dalam gerakan reformasi Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan mesti memberikan penjelasan yang "jujur ​​dan telus", di samping permohonan maaf kepada Mahathir dan rakyat yang "terluka dan marah" dengan tindakan itu.

"Jika ada keputusan untuk tidak menjemput Tun, siapa dalang di sebalik langkah itu? Apakah rasional keputusan sedemikian? Orang ramai mengharapkan penjelasan ikhlas seperti yang dilihat daripada reaksi spontan rakyat," katanya.

"Penjelasan itu, tidak kira siapa yang bertanggungjawab, perlu disertai permohonan maaf tanpa syarat daripada kerajaan kepada Tun dan rakyat."

Sejak beberapa hari lalu, pelbagai klip tersebar menunjukkan Mahathir mencuri tumpuan orang ramai semasa sambutan Hari Merdeka di Putrajaya, pusat pentadbiran yang dibina bekas pemimpin itu lebih dua dekad lalu ketika pertumbuhan pesat ekonomi 1990-an.

Video tersebut turut mencetuskan perdebatan di media sosial mengenai kepentingan mengetepikan politik dalam sebarang acara patriotik.
Seorang jurucakap pejabat Mahathir mengesahkan kepada MalaysiaNow pihaknya tidak menerima jemputan rasmi untuk beliau menyertai Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin utama kerajaan di pentas utama.
Difahamkan, kali terakhir kerajaan menjemput Mahathir menghadiri sambutan Hari Merdeka adalah pada 2022, di bawah pentadbiran perdana menteri ketika itu, Ismail Sabri Yaakob.

Jemputan itu dihantar oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa Jabatan Perdana Menteri kira-kira dua minggu sebelum acara itu, yang merupakan sambutan kemerdekaan pertama dibuat secara besar-besaran selepas pandemik Covid-19.

"Memandangakan beliau menerima gelaran Tun yang paling kanan, beliau sepatutnya duduk sebaris dengan tetamu-tetamu utama di atas pentas. Malangnya, beliau dijangkiti Covid-19 pada hari itu dan dimasukkan ke hospital," kata seorang sumber kepada MalaysiaNow.

Chandra, bekas profesor pengajian global di Universiti Sains Malaysia dan bekas pengarah Pusat Dialog Peradaban di Universiti Malaya, berkata sambutan Merdeka melangkaui kesetiaan parti.

"Ia tiada kaitan dengan kesetiaan kepada individu tertentu. Ia tidak ditentukan oleh perasaan suka atau tidak suka," katanya.

Beliau berkata pemimpin Malaysia terdahulu secara umumnya menghormati prinsip ini dalam menyambut kemerdekaan.

"Inilah sebabnya ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, beliau sentiasa menjemput Tunku ke sambutan Merdeka walaupun mereka berbeza fahaman politik," katanya merujuk kepada Tunku Abdul Rahman yang pernah memecat Mahathir daripada Umno. .

"Begitu juga, adalah diketahui bahawa Tun Razak, semasa menjadi perdana menteri, memarahi pembantunya kerana sengaja mengabaikan protokol yang diberikan kepada Tunku," tambahnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/tak-jemput-mahathir-ke-sambutan-merdeka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Ambang Merdeka 2024 Di Dataran Merdeka Pada 30 Ogos Ini Dibatalkan

Sambutan Ambang Merdeka 2024 Di Dataran Merdeka Pada 30 Ogos Ini Dibatalkan

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 193 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myPOSTER pemakluman sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini dibatalkan FOTO Ihsan DBKLKUALA LUMPUR Sambutan Ambang Merdeka 2024 anj...
Sambutan Merdeka Melaka Waktu Acara Lokasi Penutupan Jalan

Sambutan Merdeka Melaka Waktu Acara Lokasi Penutupan Jalan

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 224 hits
Sambutan Merdeka Melaka Tarikh Sambutan Waktu Lokasi Acara Diadakan Negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 67 tahun pada 31 Ogos 2024 ini Tidak ketinggalan pada tahun ini negeri Melaka turut mengadakan sambutan peringkat negeri...
Ebit Lew Minta Saya Buka Pakaian Kata Saksi

Ebit Lew Minta Saya Buka Pakaian Kata Saksi

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 95 hits
Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar perkataan dan gambar lucah melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021 PETALING JAYA Seorang wanita memberitahu Mahkamah Majistret Tenom ...
Kata Mp Perdana Menteri Kesembilan Yang Luar Biasa

Kata Mp Perdana Menteri Kesembilan Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 175 hits
malaysiakini comIsmail Sabri Yaakob perdana menteri kesembilan bukan perdana menteri yang biasa biasa Anggota parlimen Bera kelahiran Temerloh di Kampung Lubuk Kawah Pahang dibesarkan dalam suasana sejarah perjuangan bangsa dan tanah air Pe...
Di Sebalik Tekanan Muhyiddin Dijangka Kekal Presiden Bersatu Kata Penganalisis

Di Sebalik Tekanan Muhyiddin Dijangka Kekal Presiden Bersatu Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 117 hits
Muhyiddin Yassin berdepan tekanan apabila didakwa di mahkamah kerana menghasut selain kritikan kekalahan Bersatu pada PRK Nenggiri PETALING JAYA Penganalisis politik berpendapat tekanan dihadapi Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin antaranya p...
Orang Penang Kata Upsereynapetey Toyamatmin

Orang Penang Kata Upsereynapetey Toyamatmin

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 131 hits
Zuwairi Md YusofMemperkenalkan dalang di sebalik portal MalaysiaNow Yes Adik Latheefa Koya Macai Mahathir Khabarnya funded di biayai oleh Azmin Ali Jadi apa saja berita dari portal ni masuk je laa tong sampah SekaliHembus
Dun Melaka Sendu Kata Ex Adun Juara Penembak Babi

Dun Melaka Sendu Kata Ex Adun Juara Penembak Babi

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 167 hits
Bekas Adun Melaka Norhizam Hassan Baktee merancang untuk membuat kemunculan semula politik selepas berehat selama tiga tahun Member nak buat comeback guys
Hiburan Isteri Tuntut Cerai Alif Teega Tenang Kongsi Kata Kata Positif Kita Tak Boleh Harap Semata Mata Bahagia

Hiburan Isteri Tuntut Cerai Alif Teega Tenang Kongsi Kata Kata Positif Kita Tak Boleh Harap Semata Mata Bahagia

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 272 hits
Meski sedang diuji dengan tuntutan cerai daripada isterinya Alif Teega menunjukkan dirinya tenang dan sempat memuat naik kata kata positif di media sosial suami Aisyah Hijanah itu perasaan kecewa dirasai oleh manusia itu adalah satu fitrah ...
Anggaran Pembangunan Ikn Turun Drastis Di Era Prabowo Begini Kata Gerindra

Anggaran Pembangunan Ikn Turun Drastis Di Era Prabowo Begini Kata Gerindra

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 191 hits
Anggaran pembangunan IKN yang dialokasikan pada APBN 2025 hanya sebesar Rp143 2 miliar Turun drastis dari APBN 2024
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh