Tak Jelas Hukuman Najib Dikurang Jejas Keyakinan Pelabur Kata Ketua Badan Pemikir



Chandran Nair berkata kegagalan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan beri penjelasan burukkan lagi persepsi Malaysia di luar negara. (FMT) – Satu badan pemikir di Asia berpandangan kurang ketelusan berhubung proses pengampunan bekas perdana menteri, Najib Razak dalam kes SRC International mungkin menjejaskan keyakinan pelabur.
Chandran Nair, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Global Institute For Tomorrow (GIFT) berpangkalan di Hong Kong, berkata akibatnya pelabur asing terus membangkitkan persoalan berkait integriti institusi Malaysia.
“Implikasinya melebar dan meluas. Ini satu lagi perkara memberi kesan kepada keyakinan.
“Saya sedih melihat reputasi kita terjejas. Lebih-lebih lagi, ramai rakyat Malaysia bekerja keras memastikan negara terus bertahan di sebalik semua ini,” katanya kepada FMT.
Chandran, yang mana organisasi diterajuinya fokus kepada pembentukan semula norma masyarakat dan galakan pembangunan kepimpinan, berkata kegagalan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan memberi justifikasi hanya menguatkan lagi pandangan negatif terhadap Malaysia.
“Sentimen saya dengar di Hong Kong dan Singapura (seperti) berlaku kebimbangan besar kepada sistem nilai, terutama dari sudut institusi itu sendiri,” katanya.
Katanya, pelabur asing kelihatan terlalu curiga meletakkan wang di Malaysia.
“Saya kenal pelabur di Hong Kong dan Eropah, yang sering menyatakan, ‘Bagaimana anda boleh mempercayai kontrak anda tandatangani’, terutama dalam sistem kita (Malaysia) memerlukan rakan kongsi tempatan,” katanya.
Chandran mengambil maklum pendirian pimpinan kerajaan berkait Lembaga Pengampunan tidak mempunyai kewajipan berkongsi alasan pengampunan diberikan dan menggesa keputusan diputus dihormati.
“Namun, menjadi tanggungjawab mereka memaklumkan kepada kita apa yang berlaku. Ketika ini, tiada seorang pun yang mendengar alasan kukuh, jadi semua pihak keliru,” katanya.
Najib, disabit bersalah Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 dan dikenakan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah, dan pengubahan wang.
Beliau menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya. Beliau memfailkan petisyen pengampunan 10 hari kemudian.
Pada 2 Feb, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan mengumumkan hukuman bekas perdana menteri itu dikurang kepada enam tahun penjara selain denda RM50 juta. Keputusan itu kemudian dikritik banyak pihak termasuk ahli politik dan NGO.
Dalam maklum balas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Zahid Hamidi menggesa rakyat meletakkan keyakinan kepada proses pengampunan dan menghormati keputusan lembaga.
Bagaimanapun, Chandran berkata terlalu banyak aspek daripada keputusan itu memerlukan jawapan.
“Sebenarnya, orang awam percaya kepada proses undang-undang. Mereka yakin kepada proses kehakiman. Ia (kes Najib) melalui tiga mahkamah tertinggi negara.
“Sekarang, apa yang berlaku kelihatan seperti merendahkannya. Jika ada alasan kukuh untuk semua ini, tolong maklumkan kepada kita,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/02/19/tak-jelas-hukuman-najib-dikurang-jejas-keyakinan-pelabur-kata-ketua-badan-pemikir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keyakinan Pelabur Luntur Kerana Hukuman Najib Dikurangkan Sekadar Mitos Dan Auta Sahaja

Keyakinan Pelabur Luntur Kerana Hukuman Najib Dikurangkan Sekadar Mitos Dan Auta Sahaja

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 281 hits
Oleh Adam MalikBaru baru ini sebuah badan berpusat diluar negara telah memberi kenyataan bahawa Investors confidence telah rosak akibat hukuman penjara dan denda terhadap mantan Perdana Menter Datuk Seri Najib Razak telah dikurangkan sebany...
Pengampunan Dan Pengurangan Hukuman Kes Najib Tidak Sedikit Pun Pmx Layak Terima Ucapan Terima Kasih

Pengampunan Dan Pengurangan Hukuman Kes Najib Tidak Sedikit Pun Pmx Layak Terima Ucapan Terima Kasih

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 381 hits
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Umno kerana amat prihatin dengan nasib bekas Presiden mereka yang juga bekas PM Dato Seri Najib Tun Razak yang kini merengkok di dalam penjara selama 12 tahun mulai 23 Ogos 2022 atas tuduhan k...
Najib Patut Menjalani Hukuman Penuh

Najib Patut Menjalani Hukuman Penuh

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 367 hits
Prisoner Najib Razak Follow us on our and WhatsApp and channels Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil merujuk kepada keputusan Lembaga Pengampunan berhubung kes bekas Perdana Menteri Najib Razak yang diberikan pengurangan hukuman penjara da...
Panduankini Apakah Pengurangan Hukuman Najib Keputusan Agong

Panduankini Apakah Pengurangan Hukuman Najib Keputusan Agong

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 404 hits
Kenyataan satu muka surat Lembaga Pengampunan berhubung hukuman penjara Najib Razak telah mencetuskan perbezaan pendapat di kalangan orang ramai Ramai kecewa dengan keputusan mengurangkan hukuman penjara 12 tahun kepada enam tahun serta pen...
Najib Lantik Kp Sprm Baharu Untuk Henti Siasatan Src 1mdb Kata Saksi

Najib Lantik Kp Sprm Baharu Untuk Henti Siasatan Src 1mdb Kata Saksi

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 259 hits
V AnbalaganSaksi kata Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai ketua pesuruhjaya badan antirasuah pada Julai 2016 menggantikan Abu Kassim Mohamed KUALA LUMPUR Seorang saksi bagi pihak pendakwaan beritahu Mahkamah Tinggi bahawa Najib Razak lantik ke...
Ketua Polis Kl Desak Ahli Polis Untuk Turunkan Berat Badan

Ketua Polis Kl Desak Ahli Polis Untuk Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 426 hits
Satu daripada tiga rakyat Malaysia menghadapi masalah literasi kesihatan yang rendah terutamanya disebabkan oleh tabiat tidak sihat seperti gaya hidup tidak aktif pilihan pemakanan kurang buah dan sayur serta merokok menurut kenyataan tahun...
Tak Jejas Pun Surendran Keluar Tapi Pkr Wajar Turun Padang Kata Penganalisis

Tak Jejas Pun Surendran Keluar Tapi Pkr Wajar Turun Padang Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 300 hits
N Surendran menyertai PKR ketika era reformasi pada lewat 1990 an PETALING JAYA Tindakan bekas naib presiden N Surendran keluar parti atas alasan PKR gagal melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan dipercayai tidak akan menjejaskan parti itu...
Shafee Abdullah Lembaga Pengampunan Cadang Najib Habiskan Hukuman Penjara

Shafee Abdullah Lembaga Pengampunan Cadang Najib Habiskan Hukuman Penjara

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 343 hits
MalaysiakiniSurat yang mempunyai cap mohor yang di Pertuan Agong sebelum ini menunjukkan kemungkinan wujud perbezaan pendapat antara Seri Paduka dan Lembaga Pengampunan berkaitan hukuman Najib Razak Surat itu dibacakan oleh peguam Najib Sha...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit

Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik