Tak Dapat Online Offline Ke Ssm


Bismillah,

Sambungan dari bahagian pertama mendaftar di SSM.
Bila ada masalah untuk mendaftar perniagaan di SSM - Suruhanjaya Syarikat Malaysia secara online, (bila online boleh tukar kepada bahasa melayu) mungkin disebabkan banyak faktor antaranya mungkin browser yang tak support atau ramai orang yang sedang berurusan secara online, atau SSM sedang menaiktaraf sistem dan beberapa sebab lain jadi saya mengambil keputusan untuk mendapatkan jadual kaunter bergerak yang terdekat di tempat saya sahaja. Jadi kena tunggu dengan melihat tarikh kunjungan mereka. Boleh klik link di bawah

Pautan untuk jadual kaunter bergerak SSM yang akan mengunjungi lokasi terdekat daerah anda


Kali ni tujuan saya adalah untuk membatalkan perniagaan saya yang lama dan mendaftar dengan nama perniagaan yang baharu. Masa entri ini ditulis, ia tak *serumit, tak semahal dan taklah sampai anda menunggu lama seperti saya buat perniagaan berdaftar pertama saya pada tahun 2007 dahulu. Kos bermula dari RM40 untuk pendaftaran dan renew pada tahun berikutnya dengan hanya RM30(jika mahu renew satu tahun) jika anda mendaftar atas nama anda sendiri seperti di dalam Mykad. Hanya jika anda mahu selain dari itu ia bermula dengan RM60 sahaja setahun (perniagaan milikan tunggal)

*Antaranya masa saya daftar dulu tahun 2007, kena minta pengesahan Pesuruhjaya Sumpah. Dah tentu di situ ada kos lagi perlu di bayar.
Jika anda mendaftar atas nama lain, cari nama yang unik. Nasihat saya, sediakan sekurang-kurangnya 10 nama agar anda tidak kelam kabut memikirkan nama lain jika tiga nama pilihan terawal telah dimiliki orang lain. Pendaftaran perniagaan terendah seperti perniagaan kecil atau pemilikan tunggal adalah sesuai jika anda baru bermula atau hanya menjalankan perniagaan tanpa perkongsian seperti perniagaan Syarikat Sendirian Berhad atau Berhad

Kronologi Pendaftaran Bisnes Saya
Kaunter pertanyaan dan penyediaan borang.Pertama saya bertanya kepada pegawai yang bertugas di sini bersama tujuan saya. Mana yang saya tak faham saya tanya terus kepada beliau. Pegawai tersebut memberikan saya borang yang perlu. Borang utama iaitu borang pendaftaran iaitu borang A. Isi mana yang anda faham, tak faham tinggalkan nanti rujuk semula kepada pegawai yang bertugas. Isi dengan huruf besar

Saya memang sudah stand by dengan jenis perniagaan yang saya akan jalankan menerusi pendaftaran baharu ni. Sebab jika saya ada buat perniagaan lain dari jenis perniagaan utama saya, saya tak rasa bersalah kerana saya sudah senaraikan jenis perniagaan 'bayangan' saya untuk di isi di dalam borang pendaftaran tersebut. Isi je seberapa banyak jenis perniagaan anda walau anda tidak terfikir untuk melakukannya lagi

Setelah siap di isi borang pendaftaran tersebut, saya ke kaunter ini semula untuk semakan semula kepada pegawai bertugas untuk mengesahkan saya tidak membuat sebarang kesilapan pada borang. Kemudian saya di arahkan beratur untuk penyerahan borang di kaunter serahan

Kaunter serahanPegawai bertugas meneliti borang dan membetulkan nama jenis perniagaan sebab setiap nama ada kod tersendiri yang beliau akan isikan. beliau meminta IC atau Mykad, kemudian wang pendaftaran. Selesai sahaja pegawai tersebut memberi tempoh sejam untuk berada di sini untuk panggilan penerimaan sijil perniagaan kerana proses pendaftaran sudah selesai sepenuhnya apabila sudah menerima sijil pendaftaran perniagaan dan dokumen lain yang berkaitan

Ada banyak sebab kita kena daftar perniagaan. Antaranya...Jika kita berurusan atas nama perniagaan, ia sudah jadi wajib untuk pendaftaran perniagaan.Memberikan keyakinan dan kepercayaan pelanggan.Menambahkan kredibiliti terhadap diri dan perniagaanTidak berasa ragu dan bimbang untuk berniaga.Membolehkan jenama lebih berkembangBanyak lagi la faedahnya...
Ok selesai! Itu je.. Yeay..! Lega rasanya bila sudah ada perniagaan baharu. Rasa bangga pulak. Saya pun balik dengan memulakan perniagaan baharu.

Itu je la.. Adios


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan'MEKANIK BISNES INTERNET'.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hairizal.com/2014/01/tak-dapat-online-offline-ke-ssm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semak Tarikh Masuk Duit Ptptn Online

Semak Tarikh Masuk Duit Ptptn Online

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 1360 hits
Semak Tarikh Kemasukan Duit PTPTN bagaimana Agak agak duit PTPTN tahun ni masuk awal ke lambat Lebih Info akan kongsikan Cara Semak Tarikh Kemasukan Duit PTPTN Online dengan mudah Panduan ini
Panduan Dapat Duit Online Duitnow

Panduan Dapat Duit Online Duitnow

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 455 hits
Dapat duit secara Online Ya Anda tak salah baca Dapat duit atas talian Dengan DuitNow pakai nombor telefon nombor IC atau nombor passport duit boleh terbang ke akaun bank Tet
Jualan Angkringan Online Aktivitas Raja Agung Sejagat Di Rumah Kontrakan

Jualan Angkringan Online Aktivitas Raja Agung Sejagat Di Rumah Kontrakan

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 270 hits
Toto diketahui membuka sebuah warung angkringan di rumah kontrakannya Usaha angkringan tersebut sudah buka sejak satu tahun lalu Angkringan itu berada persis di halaman samping rumah kontrakannya
Kurus Dalam 30 Hari Dengan Surikurus Online Coaching

Kurus Dalam 30 Hari Dengan Surikurus Online Coaching

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 823 hits
Kurus Dalam 30 Hari Dengan SuriKurus Online Coaching l Assalamualaikum Alahai dah masuk tahun 2020 dah pun Tapi azam nak kurus nak sihat nak fit bertahun tahun dulu masih tak tercapai Dah lah gagal nak kurus nombor dekat weight scale tu pul...
1 500 Personel Amankan Demo Ojek Online Di Depan Istana Negara

1 500 Personel Amankan Demo Ojek Online Di Depan Istana Negara

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 243 hits
Dia mengimbau kepada driver yang melakukan aksi agar mematuhi aturan dengan tidak membawa barang barang yang tidak diperbolehkan seperti senjata tajam
Berkedok Psk Online Pasutri Di Makassar Kuras Harta Pelanggan Usai Ajak Kencan

Berkedok Psk Online Pasutri Di Makassar Kuras Harta Pelanggan Usai Ajak Kencan

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 563 hits
Kejadian berawal ketika korban DS berkencan dengan pelaku Elsera usai berkenalan lewat aplikasi WeChat Korban terperdaya aksi pelaku yang menjajakan diri
Permohonan Upu Online Ua Politeknik Ilka

Permohonan Upu Online Ua Politeknik Ilka

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 522 hits
Permohonan UPU Online UA Politeknik ILKA Adakah anda salah seorang lepasan SPM STPM 2019 yang ingin melanjutkan pelajaran Pendaftaran bagi permohonan UPU 2020 2021 secara atas talian bagi kemasukan ke Universiti Awam Politeknik Kolej Komuni...
Permohonan Bantuan Sekolah Inspirasiku Yapeim 2020 Secara Online

Permohonan Bantuan Sekolah Inspirasiku Yapeim 2020 Secara Online

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 1603 hits
Melalui Dana Inspirasi Malaysia INSPIRASIKU pihak YAPEIM mensasarkan bantuan kepada seramai 40 000 pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang layak dan kurang berkemampuan serta pelajar IPT daripada keluarga B40 untuk dibantu Ju...
Hasil Jawab Survey Online Tahun 2019

Hasil Jawab Survey Online Tahun 2019

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 419 hits
Hi selamat tahun baru Apa khabar semua pembaca blog ni Lamanya kan tak update blog Dekat dua bulan Ok straight to the tajuk hari ni nak update hasil survey yang aku dapat hujung tahun lepas Hasil ni dari survey yang aku jawab secara berteru...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer