Tak Dapat Kerja Sebab Ibu Jari Menakutkan Gadis 24 Jari Dituduh Edit Gambar


Dek kerana memiliki ibu jari bersaiz sekali ganda berbanding normal, gadis berusia 22 tahun ini mendedahkan permohonannya untuk bekerja pernah ditolak.
Yus Athiqah Yusri berkata dia terkilan kerana golongan yang senasib dengannya atau mereka yang dilahirkan dengan enam jari dinafikan peluang pekerjaan kerana masalah itu.
“Bila nak cari kerja tu dugaan amat mencabar. Saya pernah mohon kerja bahagian perkhidmatan pelanggan atau pembantu sambilan kedai aksesori tapi kena reject kerana majikan menitik beratkan keadaan fizikal.
“Insiden itu berlaku sekitar November tahun lalu. Mungkin mereka takut pelanggan akan pelik atau takut apabila berurusan dengan orang seperti saya. Saya pernah down dan asyik menangis apabila memikirkan nasib saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Menurut gadis kelahiran Melaka ini, dia dilahirkan dengan 10 jari tetapi bentuk ibu jarinya agak besar jika dibandingkan dengan orang lain.
“Jari saya dari jari anak sampai telunjuk kuku gelas. Bila dekat ibu jari jadi kuku cawan tapi tulang dia besar.
“Sekali tengok bentuk macam ibu jari kaki. Saiz agak besar sikit daripada yang lain dan lebar lebih kurang 2.5 sentimeter,” katanya.
Jelas Yus Athiqah atau lebih mesra disapa Athiqah, keadaan itu menyebabkan dia sering diejek semasa di sekolah rendah dan menengah.

Jari Yus Athiqah Yusri.
“Ada yang tanya jari cacat ke… ada yang cakap jari besar ibu jari kaki. Ada juga yang cakap saya OKU (Orang Kelainan Upaya).
“Kadang-kadang seganlah dengan ejekan kawan-kawan. Mungkin benda tu pelik sebab tak pernah berlaku dalam kalangan keluarga atau orang terdekat mereka.
“Tapi bagi saya golongan macam saya ni pun manusia normal, tak ada siapa pun minta diejek atau diherdik,” katanya.
Menurut Athiqah, dia tidak melihat kekurangan itu sebagai penghalang untuk berjaya.
“Saya anggap ia satu kelebihan yang Allah beri kepada saya. Alhamdulillah lepas kena reject saya dapat tawaran kerja lebih baik.
“Saya kini lebih yakin. Saya mahu buktikan saya juga boleh lakukan kerja macam orang lain juga. Saya juga anggap segala ejekan itu sebagai semangat untuk berjaya,” katanya yang bekerja sebagai kerani di bahagian Sumber Manusia.
Jelas anak kedua daripada empat beradik itu, dia bernasib baik kerana memiliki 10 jari yang jika dilihat sekali imbas bentuknya kelihatan normal.
“Alhamdulillah saya masih ada 10 jari. Bentuk di kedua-dua belah seakan-akan sama. Bila nak menulis orang takkan perasaan.
“Tapi bila menaip atau masa buat pembentangan kalau tengok betul-betul orang akan perasaan,” katanya yang mempunyai datuk dan sepupu yang mengalami masalah sama.
Dalam pada itu, Athiqah mengakui ibu jari tersebut mempunyai kelebihan tersendiri.
“Mungkin ini kelebihan saya. Saya boleh pegang plastik berat walaupun hanya guna satu jari. Ini kerana permukaan jari agak lebar dah saya boleh pegang barang dengan betul,” katanya.
12 jari tangan dan kaki
Sementara itu, perkongsian Dhiva Caezara mengenai kisah dirinya yang memiliki masing-masing enam jari kaki dan tangan di Twitter turut menjadi tular di media sosial.
Menurut gadis kelahiran Semarang, Indonesia itu ramai bertanya kepada dirinya sama ada keadaan jarinya itu disunting menggunakan aplikasi tertentu.
“Mereka minta saya tunjuk gambar yang lebih jelas mengenai jari tangan dan jari kaki saya. Jadi ini dia 12 jari dan 12 jari kaki saya,” tulisnya di Twitter.
Posting gadis berusia 21 tahun itu menjadi tular dan diulang kicau lebih 7,000 kali dan mendapat kira-kira 6,034 tanda suka.
Posting tersebut turut mendapat perhatian rakyat Malaysia yang mempunyai masalah sama seperti Dhiva.

Kebanyakan mereka tampil memuat naik gambar jari luar biasa yang mereka miliki.
Dhiva ketika dihubungi berkata jari keenamnya itu berfungsi sama seperti jari yang lain.
“Walaupun ada jari keenam saya rasa normal. Ia ada tulang, saraf dan kuku juga tumbuh macam biasa.
“Masalah ini dikenali sebagai polidaktili. Saya mewarisinya daripada ibu saudara saya yang turut mengalami masalah sama,” katanya.
Jelas Dhiva dia pernah diejek sejak kecil sehingga menyebabkannya hilang keyakinan diri.
“Saya ambil masa yang lama untuk bina semula keyakinan diri dengan keadaan saya. Namun lama kelamaan semakin yakin dengan keistimewaan ini.
“Apa yang penting kawan perlu menerima anda seadanya. Anda perlu yakin bahawa penampilan fizikal tidak menentukan kualiti seseorang.
“Apa yang ada di fikiran dan hati kita lebih penting. Oleh itu saya amat yakin dengan keenam-enam jari saya,” katanya.
sumber: Mstar
The post Tak Dapat Kerja Sebab Ibu Jari ‘menakutkan’, Gadis 24 Jari Dituduh ‘edit’ Gambar appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/tak-dapat-kerja-sebab-ibu-jari-menakutkan-gadis-24-jari-dituduh-edit-gambar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muat Naik Gambar Di Twitter Pimpin Tangan Uncle Cina Gadis Nafi Nak Famous Tunjuk Kebaikan

Muat Naik Gambar Di Twitter Pimpin Tangan Uncle Cina Gadis Nafi Nak Famous Tunjuk Kebaikan

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 782 hits
Muat Naik Gambar Di Twitter Pimpin Tangan Uncle Cina Gadis Nafi Nak Famous Tunjuk Kebaikan Tanpa berfikir panjang seorang wanita secara spontan menghampiri seorang lelaki Cina berusia lingkungan 50 an selepas melihat lelaki itu sukar menuru...
Bak Masih Gadis 7 Seleb Ini Mendobrak Standar Menjadi Ibu Ibu Itu Selalu Berantakan

Bak Masih Gadis 7 Seleb Ini Mendobrak Standar Menjadi Ibu Ibu Itu Selalu Berantakan

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 425 hits
Semoga saja kelak kita pun bisa seperti mereka tetap cantik meski sudah punya anak banyak
8 Anak Gadis Dan Lelaki Artis Malaysia Yang Lawa Dan Cun Seiras Ibu Bapa Mereka Ketika Muda Dulu

8 Anak Gadis Dan Lelaki Artis Malaysia Yang Lawa Dan Cun Seiras Ibu Bapa Mereka Ketika Muda Dulu

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 815 hits
Kita pastinya kenal dan dah biasa tengok artis Malaysia di kaca TV Kadang kita tak teringat yang artis artis tu dah mendirikan rumah tangga dan ada anak sendiri Korang tau tak ada diantara artis artis Malaysia ni yang mempunyai anak gadis c...
Ibu Meninggal Ayah Nikah Lagi Gadis 14 Tahun Di Riau Ini Harus Hidupi 2 Adiknya Yang Masih Batita

Ibu Meninggal Ayah Nikah Lagi Gadis 14 Tahun Di Riau Ini Harus Hidupi 2 Adiknya Yang Masih Batita

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 268 hits
Sepekan sudah Ijaz meninggalkan tiga anak perempuan untuk selama lamanya Sementara suaminya pergi dan menikah lagi dengan perempuan lain sejak anak ketiganya berusia empat bulan Kini ketiga anak tersebut tinggal di Dusun Telayap Desa Pangka...
Kerana Jari Tidak Boleh Kawal Netizen Menyerang Dia Dari Tempat Kerja Dan Ini Jawapan Syarikat Tersebut

Kerana Jari Tidak Boleh Kawal Netizen Menyerang Dia Dari Tempat Kerja Dan Ini Jawapan Syarikat Tersebut

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 293 hits
Kerana Jari Tidak Boleh Kawal Netizen Menyerang Dia Dari Tempat Kerja Dan Ini Jawapan Syarikat TersebutKerana Jari Tidak Boleh Kawal Netizen Menyerang Dia Dari Tempat Kerja Dan Ini Jawapan Syarikat Tersebut
Gadis Kesal Gambar Bertudung Labuh Pun Lelaki Nak Komen Itu Benda Itu Dah Jadi Bahan Lawak Untuk Mereka

Gadis Kesal Gambar Bertudung Labuh Pun Lelaki Nak Komen Itu Benda Itu Dah Jadi Bahan Lawak Untuk Mereka

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 1074 hits
MARAH dan terkejut begitulah reaksi seorang gadis sewaktu melihat komen lucah yang diterimanya di laman sosial Lebih menyedihkan foto yang dimuat naik oleh Nur Safiya Ezzati Che Sakri 24 bukanlah foto seksi sebaliknya lengkap menutup aurat ...
Pengalaman Menambah Nilai Kad Touch N Go Di Caring Pharmacy

Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender

Rachel Zegler S Legs And Feet In Tights 6

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2024 Pantyhose Queen Poll Full Contender List

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda

Projek Tebatan Banjir S Ngor Gagal Rugi Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Larangan Menjalinkan Hubungan Sulit Dengan Suami Isteri Orang

12 Cawangan Ahmad S Fried Chicken Yang Semakin Mengganas Di Pasaran

Drama One Cent Thief 2

Jadual Tarikh Pembayaran Pencen Tahun 2025

Biodata Vivy Yusof Usahawan Ikon Fesyen Malaysia

Gantung Jawatankuasa Bersatu Bahagian Bentong Bendahari Bersama 40 Ahli Umum Keluar Parti