Tak Dapat Describe Hanya Ibu Yang Pernah Lalui Akan Tahu Sedihnya Bila Keguguran


Ibu yang pernah mengalami keguguran, perit jika teringat kembali momen hamil tetapi kemudian disahkan kandungan itu tidak dapat diselamatkan. Keguguran boleh terjadi kerana pelbagai faktor. Hamil pada lewat usia adalah salah satu daripadanya.
Pun begitu, jika anda masih merancang untuk hamil pada usia-usia tertentu, dapatkan nasihat dari doktor. Jika tahap kesihatan mengizinkan, hamil bukan satu masalah.

Di dalam perkongsiannya melalui laman Facebook, Dr Muhammad Izzat Abd Razak ada berkongsi sedikit info berkaitan keguguran yang berulang.
15 Oktober – Hari memperingati keguguran sedunia yang disambut setiap tahun. Jom baca pasal keguguran berulang-ulang ( recurrent miscarriages)
Artikel Menarik: [Biarpun Berhabis Buat IVF, Tak Kisah Langsung! Demi Merasa Nikmat Dukung Anak Sendiri]
Apakah keguguran? Kehilangan bayi sebelum 24 minggu kehamilan dipanggil keguguran. Jika ianya berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan dipanggil keguguran awal. Keguguran awal adalah perkara yang biasa berlaku 10-20 kes dalam 100 kehamilan (10-20%)
Keguguran lewat berlaku selepas 3 bulan pertama kehamilan, tidak biasa berlaku 1-2 kes dalam 100 kehamilan (1-2%)
Apakah keguguran berulang-ulang? Bila keguguran berlaku 3 atau lebih berturut-turut dipanggil sebagai keguguran berulang (recurrent miscarriages). Berlaku dalam 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat.

Kenapa berlakunya keguguran berulang-ulang dan keguguran lewat kehamilan? Kadang-kadang doktor dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran lewat kehamilan. Walaubagaimanapun dalam kebanyakkan kes, doktor tak dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran ini, lebih-lebih lagi jika semua ujian yang dijalankan adalah normal belaka.
Ada beberapa faktor yang dikenalpasti mungkin menyumbang kepada keguguran lewat kehamilan:
UMUR
Semakin berusia wanita itu, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat keguguran. Jika wanita berusia lebih 40 tahun, lebih 1 dalan 2 ( 50%) kehamilan akan berakhir dengan keguguran. Bukan sahaja wanita, jika suaminya berusia pun, peluang untuk keguguran tinggi.
ANTIPHOSPHOLIPID SYNDROME (APS)
APS adalah sindrom dimana darah seseorang wanita itu senang membeku dan menyumbang kepada keguguran berulang dan keguguran lewat kehamilan
FAKTOR GENETIK
2-5 dalam 100 pasangan (2-5%) yang mengalami keguguran berulang, salah satu pasangannya akan ada ketidaknormalan salah satu kromosom (struktur genetik yang terkandung dalam sel manusia yang mengandungi DNA dan warisan dari ayah ibu). Walaupun masalah genetik ini mungkin tidak menunjukkan apa-apa masalah pada ayah atau ibu, tetapi ianya boleh menyebabkan keguguran.
Artikel Menarik: [Bila Semua Benda Share Dengan BFF, Tahu-Tahu Mengandung Pun Sekali!]
PANGKAL RAHIM YANG LEMAH
Kelemahan pangkal rahim (cervical incompetence) boleh menyebabkan keguguran dalam 14 hingga 23 minggu kehamilan. Susah sikit untuk mengenalpasti keadaan pangkal rahim lemah ini untuk wanita yang tak mengandung. Mungkin ini adalah penyebab keguguran jika kehamilan sebelumya gugur dengan cara air mentuban pecah awal, ataupun pangkal rahim membuka awal walaupun si ibu tiada rasa sakit pun
PERKEMBANGAN BAYI TAK NORMAL
Perkembangan bayi yang tidak normal boleh menyebabkan keguguran tapi bukan penyebab keguguran berulang.
JANGKITAN KUMAN
Sesetengah jangkitan kuman yang sebabkan ibu menjadi tidak sihat boleh menyebabkan keguguran. Walaubagaimanapun bagaimana jangkitan boleh menyebabkan keguguran ini masih lagi dalam kajian dan kesahihannya masih belum pasti.

BENTUK RAHIM
Tidak sahih lagi faktor bentuk rahim yang tak normal boleh menyebabkan keguguran
KENCING MANIS & MASALAH TIROID
Kencing manis dan masalah tiroid yang tidak terkawal boleh menyebabkan keguguran, walaubagaimanapun ianya tidak menyebabkan keguguran berulang-ulang asalkan masalah kencing manis dan tiroid ini dirawat dan dikawal sebaiknya.
FAKTOR IMUN (Immune Factors)
Ada kajian mengatakan wanita keguguran disebabkan sistem imun mereka tidak berfungsi secara normal, dinamakan sebagai alloimmune reaction. Walaubagaimanapun, takda bukti sahih lagi yang menyokong kenyataan ini. Lebih banyak kajian diperlukan.
Berat badan berlebihan
Merokok, pengambilan kaffein dan alkohol secara berlebihan.
Peluang untuk keguguran lagi meningkat bila berlakunya satu keguguran. Wanita dengan 3 kali keguguran berturut-turut ada risiko 4 dalam 10 peluang untuk mengalami keguguran sekali lagi.
Penyiasatan yang boleh dilakukan untuk keguguran berulang-ulang :
Ujian darah – mengenalpasti Antiphospholipid syndrome dan thrombophilia
Ujian darah untuk mengenalpasti ketidaknormalan kromosom jika bayi menunjukkan kromosom yang tidak normal.
Ujian darah untuk menentukan jangkitan kuman
Rawatan akan diberikan berdasarkan sebab-sebab berlakunya keguguran berulang-ulang ini. Jika doktor tidak dapat mengenalpasti sebab selepas melakukan pemeriksaan serta ujian-ujian yang berkenaan, wanita itu tidak perlu menerima rawatan.
Wanita dan pasangan sepatutnya mendapat rawatan serta kaunseling oleh pakar. Wanita yang mendapat sokongan perubatan dari awal kehamilan mempunyai peluang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat. Walaupun tidak dapat mengenalpasti sebab-sebab keguguran berulang-ulang ini, 75 dalam 100 kes (75%) akan berjaya hamil sehingga kehujungnya.

Tenangkan hati dan ingat bahawa kebanyakkan pasangan akan berjaya dengan kehamilan, walaupun pernah gugur 3 kali berturut-turut.
Allah ada perancangan yg lebih baik 
Bagi ibu yang mungkin mahu hamil semula selepas mengalami keguguran, fahami penulisan Dr Muhammad Izzat ini. Semoga ia membantu dan dapat memberi penerangan lanjut tentang topik ini pada anda.
Sumber: Dr Muhammad Izzat Abd Razak
The post Tak Dapat Describe. Hanya Ibu Yang Pernah Lalui Akan Tahu, Sedihnya Bila Keguguran appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-dapat-describe-hanya-ibu-yang-pernah-lalui-akan-tahu-sedihnya-bila-keguguran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Ayah Hanya Luka Kecil Kepala Budak Diriba Ibu Terbelah 15cm Tercampak Akibat Kemalangan

Mak Ayah Hanya Luka Kecil Kepala Budak Diriba Ibu Terbelah 15cm Tercampak Akibat Kemalangan

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 1024 hits
Kemalangan berlaku tanpa diundang Banyak kes kemalangan yang berlaku pada hari ini disebabkan oleh kesalahan pengguna jalan raya sendiri Namun begitu pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kemalangan berlaku dan lagkah langkah...
Bila Nak Bersalin Ibu Hanya Harap Anaknya Selamat Keluar Yang Lain Dia Tak Fikir

Bila Nak Bersalin Ibu Hanya Harap Anaknya Selamat Keluar Yang Lain Dia Tak Fikir

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 401 hits
Setiap ibu mempunyai pengalaman melahirkan anak yang berbeza Masing masing ada ujian dan sakitnya tersendiri Biarpun begitu insan bergelar ibu tidak pernah takut untuk bersalin Apa yang penting bayinya selamat dilahirkan Gambar hiasan Berko...
Ibu Bapa Sekalian Kelas Pendidikan Khas Bukan Hanya Untuk Anak Cacat Fizikal

Ibu Bapa Sekalian Kelas Pendidikan Khas Bukan Hanya Untuk Anak Cacat Fizikal

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 692 hits
Perkembangan setiap kanak kanak berbeza beza Seawal umur 5 tahun ada kanak kanak yang sudah menunjukkan pencapaian yang membanggakan kedua ibu bapa dan guru mereka Apabila sudah masuk ke sekolah rendah tidak menjadi masalah untuk kanak kana...
Nyanyi Berjam Jam Inul Daratista Pernah Dibayar Hanya Rp23ribu

Nyanyi Berjam Jam Inul Daratista Pernah Dibayar Hanya Rp23ribu

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 123 hits
Perjuangan Inul Daratista menjadi penyanyi papan atas saat ini memang tak sia sia Ia kini dikenal sebagai penyanyi dangdut yang banjir tawaran manggung
Ibu Ibu Ojol Dimaki Pegawai Restoran Hingga Dilempar Susu Hanya Karena Tak Bisa Edit Orderan

Ibu Ibu Ojol Dimaki Pegawai Restoran Hingga Dilempar Susu Hanya Karena Tak Bisa Edit Orderan

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 275 hits
Ibu ibu driver ojol dimaki hingga dilempar susu oleh pegawai restoran hanya karena tak bisa edit orderan Sebuah perlakuan buruk seorang pegawai kedai kopi terhadap ibu ibu driver ojol alias ojek online menjadi viral Seorang pegawai restoran...
Hanya Nasi Kicap 2 Ketul Ayam Bahagian Leher Dikongsi 6 Orang Anak Ibu Tuntut Penjelasan Pihak Tadika

Hanya Nasi Kicap 2 Ketul Ayam Bahagian Leher Dikongsi 6 Orang Anak Ibu Tuntut Penjelasan Pihak Tadika

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 249 hits
Ibu bapa yang menghantar anak anak mereka ke taska atau tadika mengharapkan penjagaan yang rapi oleh pihak pengurusan setanding dengan bayaran yang telah dikeluarkan Tetapi ibu bapa juga tidak harus menyalahkan sepenuhnya terhadap pihak pen...
Cikgu Memang Malas Cuci Pinggan Ke Sampai Berulat Bekal Anak Saya Ibu Serang Guru Tadika Di Whatsapp Group

Cikgu Memang Malas Cuci Pinggan Ke Sampai Berulat Bekal Anak Saya Ibu Serang Guru Tadika Di Whatsapp Group

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 1593 hits
Viral di media sosial luahan ketidakpuasan hati seorang ibu terhadap guru tadika yang didakwa tidak membasuh bekas makanan anaknya sehingga berulat Menurut si ibu kepada kanak kanak perempuan itu berkata Cikgu memang malas cuci pinggan kat ...
Anak Baik Mummy Baru Umur 3 Tahun Si Cilik Ini Teman Ibu Tawan Puncak Gunung Kinabalu

Anak Baik Mummy Baru Umur 3 Tahun Si Cilik Ini Teman Ibu Tawan Puncak Gunung Kinabalu

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 449 hits
Mendaki gunung atau bukit sudah menjadi satu trend masa kini untuk aktiviti riadah bersama keluarga Alangkah indahnya apabila menikmati permandangan dari arah atas gunung bersama orang tersayang Begitulah kisah seorang wanita yang berkongsi...
Dpr Kritik Pemindahan Ibu Kota Lebih Baik Uangnya Untuk Tingkatkan Konsumsi

Dpr Kritik Pemindahan Ibu Kota Lebih Baik Uangnya Untuk Tingkatkan Konsumsi

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 225 hits
Anggota Komisi XI Dewan Perwakilan Rakyat Marwan Cik Asan mengkritik rencana pemerintah terkait pemindahan Ibu Kota Negara dari Jakarta ke Kalimantan Timur Sebab menurut dia anggaran yang digunakan untuk pemindahan ibu kota terbilang terlal...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah