Tak Dak Istilah Terlambat Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 9 Ustaz Don Titip Pesanan Buat Pasangan Baru Kahwin


“Tak dak istilah terlambat atau tak terer”. Begitu kata penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal Biyajid buat pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga.
Menerusi Instagramnya, Ustaz Don menyampaikan pesanan itu agar sama-sama, baik suami atau isteri dapat memperbaiki diri dan menjadikan rumah tangga sebagai institusi yang bahagia.

Pesanan istimewa itu dikongsikan Ustaz Don ketika sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke sembilan. Sambil berkongsi video makan makan istimewanya bersama isteri tercinta, Dr Husna Zahry, Ustaz Don berkongsi tip untuk pasangan baru berkahwin.

“9th Anniversary. Akhirnya, berjaya jugak nak boh post ni. That’s one for the keeper. Sekadar bukti kita sempat #hidup di 2021 waktu #pandemic. Kan 💕Dinda💕 @husnazahry kan?
” Kepada pasangan baru atau muda, satu perkara yang saya belajaq dalam rumahtangga ni ialah, “sentiasa ada ruang untuk memperbaiki kesilapan dan meningkatkan kualiti sebagai suami isteri”,” kongsinya menerusi Instagram.

Malah kata Ustaz Don lagi, dalam berumah tangga, tidak ada istilah terlambat atau ‘terror’. Semuanya boleh diperbaiki bersama-sama, baik suami atau isteri.
“Tak dak istilah terlambat atau tak terer. Kita suami isteri dua dua tak terer. Jadi, sama-sama kena jadi terer.
“Ingat, kaki kanan tak akan boleh lari lebih laju dari kaki kiri.
“Semoga Allah menjadikan kita semua pasangan yang bahagia di dunia dan di Akhirat serta ditemukan dalam Syurga nanti sebagai pasangan bahagia seperti Para Anbiya’ dengan Isteri mereka yang mulia, berkat Nabi Muhammad ‎ﷺ .
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .

“Ini doa yang saya teringin nak baca and tulis untuk semua pada akhir malam hari ulang tahun perkahwinan kami.
Semoga bermanfaat.
Ya Allah #ampunilah andai aku ada #menggurishati saudara-saudara ku. Dan aku memaafkan kesalahan depa ataih ku. ‎آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين,” tulisnya lagi.
 
View this post on Instagram  
A post shared by Don Daniyal Don Biyajid (@ddaniyaldbiyajid)

Tip dan pesanan dalam berumah tangga
Dalam pada itu, melalui entrinya yang terdahulu, bapa kepada empat orang cahaya mata itu juga turut menasihati dan berpesan beberapa tipnya sepanjang mendirikan rumah tangga bersama. Boleh juga dijadikan panduan untuk kita.
1. Tanggungjawab
Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’. Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”. Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang.
2. Sembahyang Berjemaah
Ini memang satu miracle laaa. Tak tau nak kata macam mana, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana. Amalkan lah… jangan tinggai.

3. Rumah
Bagi rumah yang selesa. Sewa pun tak apa. Kecik bukaan dia pun tak apa. Beli pun tak pa. Baguih. Studio style ka, banglow ka, teres ka, tak apa.
4. Kewangan
Abang, please… jangan jadi macam saya. Umuq 35 baru nak belajaq jaga duit dan urus duit, nanti menyesai tak sudah Abang. Mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat macam saya Abang… maklumat sekarang dah banyak.

5. Kenderaan
Mesti kena ada. Moto baguih, tak salah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang-kadang kita buat moto, kira-kira dah boleh beli satu Kancil. Saya tak kata pun salah buat moto. Buat. Tak dak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers!
Menarik: Memang Ada Rasa Nak Give Up Susukan Anak, Kepayahan Yang Berbaloi, Tasha Manshahar Kongsi Cerita

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Tak Dak Istilah Terlambat” Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-9, Ustaz Don Titip Pesanan Buat Pasangan Baru Kahwin! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-dak-istilah-terlambat-sambut-ulang-tahun-perkahwinan-ke-9-ustaz-don-titip-pesanan-buat-pasangan-baru-kahwin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rayakan Ulang Tahun Ke 32 Marshanda Dapat Kejutan Dari Keluarga Baru Mantan Suami Luar Biasa

Rayakan Ulang Tahun Ke 32 Marshanda Dapat Kejutan Dari Keluarga Baru Mantan Suami Luar Biasa

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 258 hits
Tak hanya bahagia dikelilingi orang yang menyayanginya Marshanda juga berterima kasih kepada dirinya sendiri yang udah bertahan sampai titik ini
Kempen Kulim88 Rm1 Satu Post Sempena Ulang Tahun Ke 88

Kempen Kulim88 Rm1 Satu Post Sempena Ulang Tahun Ke 88

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 456 hits
Kempen kulim88 RM1 Satu Post Sempena Ulang Tahun ke 88Tahu tak sekarang sedang berlangsungnya kempen kulim88 RM1 satu post sempena Ulang Tahun ke 88 Kulim di media sosial bertujuan untuk membantu masyarakat yang terjejas dengan Pandemik Cov...
Baru Kenal Dah Berani Bawa Balik Ke Rumah Sewa Guna Jalan Tikus Pasangan Muda Baru Seminggu Kenal Dicekup Khalwat

Baru Kenal Dah Berani Bawa Balik Ke Rumah Sewa Guna Jalan Tikus Pasangan Muda Baru Seminggu Kenal Dicekup Khalwat

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 263 hits
The ReporterTindakan seorang lelaki berusia 22 tahun membawa pulang pasangannya ke rumah sewa mengundang padah apabila dia dicekup berkhalwat oleh pihak berkuasa Pegawai Agama Daerah Kulim Syeikh Haizan Hamzah berkata pihaknya menerima makl...
Nct Dream Siap Sapa Penggemar Di Wib Tv Show Spesial Traktiran Ulang Tahun Tokopedia

Nct Dream Siap Sapa Penggemar Di Wib Tv Show Spesial Traktiran Ulang Tahun Tokopedia

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 171 hits
Ada BTS juga yang bakal memeriahkan promo puncak WIB TV Show Spesial Traktiran Ulang Tahun Tokopedia
Laksanakan Politik Baru Jangan Ulang Perangai Lama

Laksanakan Politik Baru Jangan Ulang Perangai Lama

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 323 hits
ULASANDALAM tempoh sebelum tahun ketiga sepenggal parlimen ke 14 negara kita telah bertukar kerajaan dua kali Seolah olah kejatuhan kerajaan berusia 61 tahun membuka lembaran baharu politik negara ini Kita sudah mula menerima penyakit polit...
Genesis Of Gel Asics Sportstyle Meraikan Ulang Tahun Ke 35 Gt Ii

Genesis Of Gel Asics Sportstyle Meraikan Ulang Tahun Ke 35 Gt Ii

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 442 hits
Sebagai mercu tanda inovasi ASICS dan teknologi GEL ASICS GT II 1986 kembali pada tahun 2021 sebagai rekreasi setia model asal 2021 GT II adalah penghormatan kepada pelari prestasi asal dari tahun 1986 Model ASICS pertama yang tersedia di d...
Rafathar Ulang Tahun Ke 6 Raffi Nagita Bagikan 1000 Tablet Untuk Anak Sekolah Berbagi Kebahagiaan

Rafathar Ulang Tahun Ke 6 Raffi Nagita Bagikan 1000 Tablet Untuk Anak Sekolah Berbagi Kebahagiaan

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 220 hits
Sadar bahwa di luar sana banyak yang kesusahan sekolah daring karena keterbatasan gadget 1000 tablet tersebut akan dikirim ke berbagai pelosok daerah
Kami Disahkan Bercerai Pada Mei Tahun Lalu Bekas Isteri Aman Ra Dedah Status Perkahwinan

Kami Disahkan Bercerai Pada Mei Tahun Lalu Bekas Isteri Aman Ra Dedah Status Perkahwinan

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 261 hits
SELEPAS hampir setahun status rumah tangga penyanyi rap Aman RA menjadi tanda tanya akhirnya bekas isterinya Natiqah Rahmat mendedahkan mereka telah sah bercerai pada Mei tahun lalu
Usia 3 Tahun Pertama Anak Penting Kenali Sikap Anak Baru Anak Makin Dekat Dengan Kita

Usia 3 Tahun Pertama Anak Penting Kenali Sikap Anak Baru Anak Makin Dekat Dengan Kita

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 288 hits
Melihat anak membesar dari kecil sememangnya momen yang paling indah Pada usia anak 1 3 tahun adalah waktu yang paling penting untuk membentuk peribadi anak Didiklah anak kecil kita dengan segala ilmu yang menjadikan mereka lebih baik Kenal...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias