Laksanakan Politik Baru Jangan Ulang Perangai Lama


ULASAN

DALAM tempoh sebelum tahun ketiga sepenggal parlimen ke-14 negara kita telah bertukar kerajaan dua kali. Seolah-olah kejatuhan kerajaan (UBN) berusia 61 tahun membuka lembaran baharu politik negara ini. Kita sudah mula menerima penyakit politik tidak stabil di beberapa buah negara ketiga lain. 
Fenomena yang kita bimbang itu sudah berjangkit ke sini.
Selepas tumbangnya kerajaan UBN pada 2018, tertubuhnya kerajaan PN. Kerajaan persekutuan pertama dibentuk oleh parti pembangkang yang bergabung dalam PH, Keadilan, DAP dan Amanah yang disokong oleh parti serpihan daripada Umno, Bersatu.
Kerajaan itu bertahan hanya 22 bulan ia jatuh kerana ditumbangkan oleh parti-parti yang bergabung dalam PN. Usia kerajaan PN ini lebih pendek daripada kerajaan PH, hanya 18 bulan sahaja.
Kejatuhan PH disebabkan adanya komplot yang jahat dari kalangan kuncu-kuncu dalam komponen PH sendiri, yang disokong sepenuhnya secara taktikal oleh Umno dan Pas. Demikianlah senario malang buat negara kita. 
Kejatuhan kerajaan PN bukan sesuatu yang perlu disambut dengan festa, tetapi sambutlah dengan keinsafan dan ambillah iktibar daripadanya. Ucaplah innalillah dan takziah kepada Mahiaddin dan kerajaan PN sambil berdoa akan terbangun kerajaan baru yang lebih baik dan berwibawa daripadanya dan kerajaan PH terdahulu.  
Kejadian semalam, 16 Ogos 2021, boleh diambil iktibar oleh banyak pihak, khasnya parti-parti politik yang pernah menjadi kerajaan. Sesungguhnya kita tidak mahu kejadian seumpama itu berulang lagi dimasa-masa akan datang. 
Sehubungan itu kerajaan baru perlu dibina dengan penuh tawakuf dan penuh tanggungjawab. Tanggungjawab besar ialah kepada pihak yang berusaha menjatuhkannya. Menjadi tanggungjawab wajib kepada berusaha menjatuhkan kerajaan untuk membina kerajaan baru sebagai ganti. Jika tidak mereka gagal berbuat demikian apa lagi melahirkan kerajaan lebih buruk mereka berdosa sepanjang zaman.
Kalau semasa kejatuhan kerajaan PH dahulu, parti yang bergabung dalam MN dan PN kena mengambil tanggungjawab. Penubuhan kerajaan PN adalah tanggungjawab mereka. Soal kerajaan lebih baik berbanding kerajaan PH ia subjektif atas penerimaan masing-masing. Kejatuhan kerajaan PN semalam yang perlu bertanggungjawab ialah pembangkang. Pembangkang itu bukan bermakna PH semata-mata tetapi ia  adalah Umno juga yang bermuka dua, sebahagian jadi kerajaan sebahagian pembangkang.
Justeru Mahiaddin tidak boleh meletakkan kesalahan kejatuhan kerajaan PN itu kepada pembangkang PH secara mutlak. Tanpa kolaborasi Umno yang menarik sokongan, beliau tidak akan jatuh dan kerajaan tidak tumbang. Jika ada dendam, kepada Umnolah bukannya kepada PH khasnya Anwar Ibrahim.  
Kerajaan yang baru yang akan dibentuk sehari dua lagi tentulah lebih bewibawa, tidak akan mengulangi apa dilakukan kerajaan-kerajaan dahulu. Perbaiki apa yang tidak disukai oleh rakyat sehingga kerajaan jatuh. Perlu juga disedari kejatuhan sesebuah kerajaan itu hakikatnya ia ditolak oleh rakyat. Rakyat hanya alat yang digerakkan oleh parti politik. Cuba kalau rakyat sepadu menyokong kerajaan PN tidak semudah itu kerajaan dibentuk secara no halal itu jatuh. 
Rakyat mengharap kerajaan baru nanti usahkan mengulang kesilapan kerajaan lampau. Kerajaan baru ini biarlah benar-benar berjiwa rakyat dan memenuhi aspirasi rakyat terutamanya memulihkan ekonomi negara dan mencegah pandemik. Jangan kerajaan itu dibentuk dengan tujuan untuk menguat kelompok parti tertentu. Dalam masa negara diancam pandemik dan kegeruduman ekonomi, ketepikan kepentingan peribadi. 
Satu elemen dilakukan kerajaan-kerajaan dahulu ialah membalas dendam. Misalnya apabila kerajaan PH naik, berlaku tindakan membalas dendam dengan mendakwa individu tertentu yang menjadi penguasa dalam kerajaan sebelum ini. Pendakwaan terpilih, kesalahan yang sengaja diada-adakan kerana nafsu dan dendam bukan berasaskan integriti dan prinsip perlembagaan sejati. Manakala pesalah terdahulu dibebas dan dilepaskan dengan proses dan taktikal perundingan.
Situasi sama berlaku kepada kerajaan PN apabila ia naik ia mengulangi, semua kes yang sebelum ini dibekukan oleh kerajaan dahulu dibuka semula. Tersangka diheret ke mahkamah. Ada kes-kes yang sudah ditutup dibuka semula. 
Sekiranya perkara itu berulang, bermakna tidak ada pembaharuan dalam kerajaan itu. Ia mengulangi perkara sama dan pertukaran kerajaan tidak membawa apa-apa signifikan. Hal sedemikinan tentu memboringkan rakyat menghuduhkan wajah negara di mata dunia. Kesannya rakyat tidak akan percaya kepada sistem politik demokrasi lagi.
Terbaik dalam kerajaan baru nanti, biarlah ia membawa dimensi baru. Apa yang disarankan Anwar Ibrahim dan disambut oleh Zahid Hamidi untuk membuka babak politik baru, kerajaan yang berprinsip, berpelembagaan tanpa berdendam perlu dijadikan asas dalam pembentukan kerajaan baru. Asas itu hendaklah dijadikan roh kerajaan baru tanpa mengira siapa menjadi perdana menteri.  
Untuk tujuan ini semua parti hendaklah berkolaborasi sama. Apa lagi pada saat negara sakit dan terancam ini. Semua parti hendaklah menjadi tonggak dan tulang belakang, berganding bahu membentuk kerajaan. Penjawat mungkin boleh dibuat berasaskan jumlah kerusi dan pengaruh kapasiti parti. Semua parti harus dilibatkan tanpa dikecualikan. 
Dua perkara yang hendak disebutkan di sini kerajaan baru selain daripada berasas kepada prinsip tadi perlu juga membuang politik rasis, perkauman dan memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Elemen dan anasir-anasir inilah yang memecah belah rakyat selama ini. 
Sudah sampai masanya generasi kita perlu diperkenalkan dengan acuan politik baru berjuang melepasi kepentingan bangsa dan tanpa menggadaikan pegangan agama masing-masing mengikut peruntukan Perlembagaan. Dan generasi baru harus menyambutnya kerana mereka adalah penerus membela negara di masa depan. [wm.kl.7:58 pm 16/08/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/08/laksanakan-politik-baru-jangan-ulang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kah Kah Kah Baru Kena Kutuk Dah Koyak Ke Kes Mb Kedah Jangan Jadikan Polis Senjata Politik Guan Eng

Kah Kah Kah Baru Kena Kutuk Dah Koyak Ke Kes Mb Kedah Jangan Jadikan Polis Senjata Politik Guan Eng

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 231 hits
By 11 August 2021 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika ditemui di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang hari ini GEORGE TOWN Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membidas tindakan polis yang didakwanya menahan in...
Agong Nasihat Jangan Tindas Lawan Amalkan Politik Baru

Agong Nasihat Jangan Tindas Lawan Amalkan Politik Baru

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 290 hits
Pertemua ketua ketua parti politik utama negara dengan Yang di Pertuan Agong selesai pada pukul 4 00 petang tadi Kenderaan yang membawa pimpinan parti keluar melalui Pintu 2 Istana Negara kira kira pukul 4 10 Pengerusi Pakatan Harapan Datuk...
Lantikan Politik Jangan Buat Bodoh Tunggu Lama Lama

Lantikan Politik Jangan Buat Bodoh Tunggu Lama Lama

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 182 hits
Lantikan politik perlu letak jawatan segera kata Nik NazmiFMT ReportersPETALING JAYA Semua lantikan politik oleh Muhyiddin Yassin dalam syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan perlu meletakkan jawatan segera su...
Sekjen Pan Ingin Ada Regenerasi Politik Jangan Sampai 5 Tahun Orangnya Itu Saja

Sekjen Pan Ingin Ada Regenerasi Politik Jangan Sampai 5 Tahun Orangnya Itu Saja

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 223 hits
Menurut Eddy pada pemilu nasional 2024 didominasi pemilih dari kalangan anak muda Dia bilang akan ada sekitar 115 juta pemilih minelial
Politik Di Takuk Lama

Politik Di Takuk Lama

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 273 hits
ISMAIL HASHIL YAHAYAMencetus atau membawa pemikiran politik baharu yang jernih dalam kalangan ahli parlimen atau warisan politikus baharu masih tidak bergerak di negara ini Kita masih berada di acuan lama suka atau tidak kebanyakannya bersu...
Jangan Dibuang Botol Air Yang Lama Tak Diguna Dan Berbau Hapak Ada Cara Mudah Untuk Mencucinya

Jangan Dibuang Botol Air Yang Lama Tak Diguna Dan Berbau Hapak Ada Cara Mudah Untuk Mencucinya

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 352 hits
Jangan Dibuang Botol Air Yang Lama Tak Diguna Dan Berbau Hapak Ada Cara Mudah Untuk Mencucinya SEIRING dengan berjalannya waktu botol minuman plastik pasti akan menjadi kusam dan adakalanya nampak berkerak Apatah lagi ketika ini kebanyakan ...
Anwar Agong Titah Bersatu Lawan Covid 19 Bina Politik Baru

Anwar Agong Titah Bersatu Lawan Covid 19 Bina Politik Baru

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 393 hits
malaysiakini comDiterbitkan 17 Aug 2021 5 58 pmYang di Pertuan Agong telah menggesa ahli politik untuk bersatu bagi melawan Covid 19 dan menempa politik baru menurut Presiden PKR Anwar Ibrahim Bercakap dengan pemberita selepas sesi menghada...
Tak Dak Istilah Terlambat Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 9 Ustaz Don Titip Pesanan Buat Pasangan Baru Kahwin

Tak Dak Istilah Terlambat Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 9 Ustaz Don Titip Pesanan Buat Pasangan Baru Kahwin

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 364 hits
Tak dak istilah terlambat atau tak terer Begitu kata penceramah bebas Ustaz Don Daniyal Biyajid buat pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga Menerusi Instagramnya Ustaz Don menyampaikan pesanan itu agar sama sama baik suami ...
Parti Politik Membentuk Kerajaan Baharu Perlu Jamin Penambahbaikan Parlimen Untuk Elak Krisis Baru

Parti Politik Membentuk Kerajaan Baharu Perlu Jamin Penambahbaikan Parlimen Untuk Elak Krisis Baru

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 242 hits
By 16 Aug 2021Kami selaku kumpulan masyarakat madani yang menandatangani kenyataan ini mengikuti dengan rapat ucapan Mahiaddin Yasin pada 13 Ogos 2021 tentang rangka kesefahaman merentas parti dengan beberapa cadangan pembaharuan termasuk b...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan