Tak Cukup Sekadar Memberi Penjelasan Anwar Mesti Seret Hadi Ke Muka Pengadilan Kerana Keceluparannya Dan Kebodohannya




Berdasarkan jawapan atau penjelasan Anwar Ibrahim terhadap surat yang ditulis Hadi Awang kepada pemimpin-pemimpin Gerakan Islam seluruh dunia, jelas bahawa terdapat fakta fitnah yang nyata telah dilemparkan kepada Presiden PKR itu.
Dalam surat Hadi Awang itu, beliau antara lain menuduh Anwar terlibat dengan Freemason dan mendapat sokongan badan Yahudi itu untuk menjadi Perdana Menteri.Sambil menolak beliau terlibat dalam Freemason, Anwar berkata, dalam semakannya mendapati terdapat inidividu lain yang sama nama dengannya berada dalam pergerakan itu.
Beliau juga menyertakan gambar lelaki tersebut, seorang lelaki warga asing berbadan gempal, berpakaian sut hitam yang gambarnya diambil pada tahun 2006.
“Hadi menyebut saya ini, anggota bahkan orang besar, malah orang kanan Freemason.
“Oleh itu, saya dengan demikian minta staff cari (maklumat), rupa-rupanya ada nama Anwar dan mereka tahu kerana ia keluarkan dulu (dalam) lodge officers 2010-2011 – civil service num 143, brother Anwar Ibrahim.
“Ya Allah, kalau nak politik pun, nak sokong UMNO, janganlah sampai macam tu. Takkanlah saya 2006 boleh sihat segar bugar.“Kita kalau nak buat tuduhan, semak fakta. Kalau dalam tazkirah, pandai sekali, kita ambil hadis, kena tahu siapa perawinya, sahih atau tidak.
“Tapi bila nak fitnah orang, tak payah fakta, tak payah perawi,” kata Anwar dalam siaran videonya secara langsung malam tadi.
Sehubungan itu, tegas Anwar lagi, demi membersihkan namanya, beliau akan menulis satu surat balas kepada pemimpin Gerakan Islam seluruh dunia sebagai menjawab dakwaan fitnah Hadi Awang itu.
“Saya akan jawab dan beritahu kepada pemimpin-pemimpin dunia Islam yang menerima surat Hadi Awang dan saya akan sebarkan juga surat itu nanti kepada khalayak untuk menunjukkan bahawa ia benar-benar suatu fitnah,” tambah Anwar lagi.
Hakikat bahawa segala dakwaan Hadi Awang dalam surat tersebut adalah fitnah, bohong dan rekaan sebenarnya tambah diperkuatkan lagi dengan sikap Duta Khas bertaraf menteri ke Timur Tengah itu yang sehingga kini masih berdiam diri dan takut untuk membuka mulutnya.
Logiknya, jika seseorang itu menuduh orang lain dengan asas kebenaran, ada bukti dan sandaran yang kukuh, biasanya tidak ada masalah untuk orang berkenaan tampil penuh berani mempertahankannya.
Tetapi, dengan sudah lebih seminggu berdiam diri dan para pemimpin Pas yang lain juga tidak bercakap apa-apa, terbukti bahawa Hadi Awang sendiri dan semua pewala’ dalam parti itu tahu bahawa surat tersebut adalah rekaan dan tiada kebenaran.
Maka, dalam hal ini, walaupun tindakan Anwar menjawab dan memberi penjelasan serta akan mengutus surat balas kepada pemimpin-pemimpin Gerakan Islam seluruh, sambil selepas itu akan mendedahkannya kepada orangramai , adalah suatu tindakan tepat dan terpuji, tetapi ia sebenarnya belum lagi memadai.
Hadi Awang perlu “diajar” lebih daripada itu kerana keceluparan dan mulut hodohnya yang berselindung di sebalik agama bukanlah pertama kali dilakukannya.
Dalam ceramah atau kenyataan-kenyataan lain yang bertujuan menyerang mereka yang berbeza dengannya, beliau acapkali memperlihatkan dirinya seolah-olah tiada akhlak Islam dan sewenang-wenang membuat perbandingan yang tidak masuk akal.
Anwar seterusnya wajib mengambil tindakan undang-undang dan mengheret Hadi Awang ke muka pengadilan atas fitnah dan dakwaan bohong yang dilakukan Presiden Pas itu.
Di mahkamah nanti, kita sama-sama saksikan sama ada Hadi Awang dapat dengan lancar menjawab soalan-soalan peguam berhubung asas fitnah yang dilemparkannya, bukan saja kepada Anwar, tetapi juga kepada PH dalam suratnya itu, atau nantinya akan tergagap-gagap mencari ayat mempertahankan diri. 
(ShahbudinHusin 10/04/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/tak-cukup-sekadar-memberi-penjelasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benarkah Hadi Awang Menuduh Anwar Ibrahim Ahli Freemason

Benarkah Hadi Awang Menuduh Anwar Ibrahim Ahli Freemason

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 447 hits
Berbeza daripada kenyataan Anwar terhadap Hadi Awang dalam surat tersebut tiada satupun ayat Hadi yang menuduh dan mendakwa Anwar Ibrahim sebagai seorang ahli ataupun orang kanan Freemason Hadi Awang hanya mendedahkan bahawa parti gabungan ...
Freemason Anwar Nasihat Hadi Semak Fakta Sebelum Fitnah

Freemason Anwar Nasihat Hadi Semak Fakta Sebelum Fitnah

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 396 hits
KUALA LUMUR Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata selepas menyemak tuduhan Abdul Hadi Awang terhadapnya yang mengaitkan MP Port Dickson itu dengan pergerakan C beliau mendapati rupa rupanya maklumat yang diperoleh Presiden PAS itu tidak sahih ...
Anwar Not Inclined To Sue Hadi Over Freemason Remark

Anwar Not Inclined To Sue Hadi Over Freemason Remark

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 368 hits
PKR president Anwar Ibrahim is currently not inclined to sue PAS president Abdul Hadi Awang for accusing him of being a Freemason My lawyers suggested it but I am not inclined at the moment we will see he said in a Facebook live session tod...
Permusuhan Hadi Anwar Agenda Yahudi

Permusuhan Hadi Anwar Agenda Yahudi

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 237 hits
Blog Mohd Sayuti Omar Di pagi yang cerah dan cuaca panas 28 darjah celcius dalam penantian dan doa bilakah wabak Covid 19 akan berakhir ingin saya mencungkilkan akal dengan sesuatu yang sudah lama terpendam di lautan minda saya tetapi tidak...
Perseteruan Hadi Dan Anwar Sesuatu Yang Mungkin Tidak Fikirkan

Perseteruan Hadi Dan Anwar Sesuatu Yang Mungkin Tidak Fikirkan

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 471 hits
RENCANA KHASDI pagi yang cerah dan cuaca panas 28 darjah celcius dalam penantian dan doa bilakah wabak Covid 19 akan berakhir ingin saya mencungkilkan akal dengan sesuatu yang sudah lama terpendam di lautan minda saya tetapi tidak pula dibe...
Anwar Jumpa Trilionaire Arab Hadi Kenal Ke

Anwar Jumpa Trilionaire Arab Hadi Kenal Ke

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 632 hits
Via WhatsApp Actually Tokoh yang benar2 layak untuk dapat menarik pelaburan dari Asia Barat ialah DSAI CONTOH sahaja Kumpulan Dallah Al Baraqa Sheikh Abdullah Kamel membuat kunjungan hormat ke atas DSAI dan bersedia untuk membuat pelaburan ...
Bila Anwar Agaknya Nak Saman Hadi Asyik Pot Pet Sana Sini

Bila Anwar Agaknya Nak Saman Hadi Asyik Pot Pet Sana Sini

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 247 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau buat masa ini tidak cenderung untuk mengambil tindakan undang undang terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang meskipun dinasihatkan peguam berbuat demikian Ia berhubung tuduhan Abdul Hadi yang mengait...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia