Tak Cukup Nutrisi Punca Ramai Kanak Kanak Bantut Ini Sukatan Makanan Yang Betul Untuk Anak


Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan pemakanan nutrisi yang lengkap. Kanak-kanak yang diberi cukup makan, pada waktu yang betul mengikut perkembangan mereka lebih cenderung untuk bertahan hidup (survive), membesar, berkembang dan belajar. Mereka lebih bersedia untuk maju ke hadapan walaupun menghadapi penyakit, musibah atau krisis.
Kini, kanak-kanak kecil dan pengasuh semakin terdedah dengan makanan yang rendah nilai nutrisi termasuklah makanan pelengkap dikomersil dan makanan terproses yang mengandungi gula, garam, lemak tepu dan lemak trans yang murah, mudah didapati serta mudah disediakan untuk kanak-kanak kecil.

Kenapa diet kanak-kanak penting semasa fasa pemberian makanan pelengkap?
Kualiti diet kanak-kanak sangat penting sebelum berusia 2 tahun berbanding fasa yang lain. Pemberian makanan pelengkap yang bersesuaian serta amalan pemberian makanan yang baik menyumbang kepada kelangsungan hidup, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Selain itu dapat mengelakkan kekurangan mikronutrient, morbiditi dan obesiti di kemudian hari.

Kualiti diet berkait rapat dengan status nutrisi. Kanak-kanak yang diberi makan sekurang-kurangnya tahap minimum diet yang diterima (minimum diet acceptable) tidak mudah menjadi bantut atau kurang berat badan.
Sekurang-kurangnya satu (1) dari tiga (3) kanak-kanak mengalami sama ada malnutrisi atau berlebihan berat badan menurut kepada World’s Children 2019; Children, food, and nutrition. Bantut memberi kesan kepada 149 juta kanak-kanak bawah 5 tahun seluruh dunia, menyebabkan kesan negatif terhadap ciri fizikal, pertumbuhan kognitif serta pertumbuhan mereka. Kanak-kanak yang terkesan dengan bantut seterusnya membesar menjadi orang dewasa yang bantut, dan ibu yang bantut cenderung untuk mendapat anak bantut.
Manakala susut mempengaruhi lebih dari 49 juta kanak-kanak bawah 5 tahun seluruh dunia, meningkatkan risiko jangkitan penyakit dan kematian. Kekurangan berat badan bertanggungjawab sehingga 45 peratus kepada kematian kanak-kanak bawah 5 tahun.
Baca juga:
Meragam, Demam, Tarik Telinga Petanda Anak Nak Tumbuh Gigi! Cuba Cara Ini Untuk Legakan Sakit Gusi Anak
Depan Orang Diam Membisu, Dekat Rumah Banyak Cakap. Mungkin Tanda-Tanda ‘Selective Mutism’
‘Scan’ Bayi Bukan Sebab Nak Tengok Wajah Bayi Sahaja, Tapi Wajib Untuk Ukur Tahap Kesihatan Janin
Apa yang patut kanak-kanak makan?
WHO dan UNICEF mencadangkan bayi diberi susu ibu sahaja dari lahir sehingga 6 bulan. Pada 6 bulan, kanak-kanak sepatutnya diperkenalkan makanan pelengkap mengikut umur, selamat dan bernutrisi di samping meneruskan penyusuan susu ibu. Diet yang sesuai semasa tempoh pemberian makanan pelengkap sepatutnya kaya dengan nutrient, tanpa tenaga, lemak tepu dan lemak trans yang berlebihan, tiada tambahan gula dan garam.
Diet yang sesuai semasa tempoh pemberian makanan pelengkap dikategorikan sebagai yang pertama; pemakanan yang pelbagai (dietary diversity). Makanan pelengkap yang baik perlulah mempunyai kepelbagaian dari kumpulan makanan setiap hari: (1) susu ibu; (2) bijirin dan ubi-ubian; (3) kekacang, kacang dan biji (seeds); (4) hasil tenusu (susu, yogurt dan keju); (5) sumber haiwan ( daging, ikan, ayam);(6) telur; (7) buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A (lobak merah, mangga, sayur berdaun hijau gelap, labu, keledek); dan (😎 buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain.
Kanak-kanak yang menerima pelbagai jenis makanan akan kurang mendapat risiko kekurangan mikronutrient seperti vitamin A, zat besi, kalsium, tiamin, asid folik, zink, vitamin B6 dan vitamin B12. Untuk mencapai tahap minimum kepelbagaian, 5 (lima) dari 8 (lapan) kategori kumpulan makanan diperlukan.
Kanak-kanak kecil mempunyai kapasiti perut yang terhad, oleh itu mereka perlu makan makanan yang kaya dengan nutrisi walaupun kuantiti kecil untuk memaksimumkan jumlah nutrisi yang masuk dalam setiap suapan. Contoh makanan yang padat dengan nutrisi seperti daging, telur dan sumber haiwan dan kekacang seperti kacang tanah. Bijirin atau bubur sumber tumbuhan mungkin mengenyangkan tetapi makanan tersebut tidak menyediakan tenaga, protein dan mikronutrient yang cukup untuk memenuhi jurang di antara susu ibu dengan keperluan nutrisi kanak-kanak.
Kualiti lemak dalam makanan kanak-kanak juga penting. Rantaian asid lemak tidak tepu terutamanya asid lemak omega 3, yang selalunya dijumpai dalam ikan (seperti ikan sardin, keli dan terubuk), makanan laut, kacang, biji, kacang soya dan minyak tumbuhan – menggalakkan perkembangan kognitif dan motor dalam kanak-kanak.
Mungkin agak sudah biasa yang diberi nasihat, elakkan makanan atau minuman yang manis atau tiada nutrisi. Ia akan menyebabkan berlebihan tenaga dan karies gigi. Ia juga akan menyebabkan kanak-kanak sudah terbiasa dengan mengambil makanan yang tinggi gula. Selain itu akan menyebabkan berlebihan berat badan.
Kesimpulan nya, kita perlu peka dengan perubahan ketara pada anak-anak terutamanya bawah usia 2 tahun. Makanan yang pelbagai dan mengikut porsi yang betul mengikut umur penting untuk memastikan kanak-kanak mendapat mikronutrien yang mencukupi mengikut umur mereka.
Jom cuba. Senang je.
#nutritionistdiba
#pemakanankanakkanakkecil
#makananpelengkap
Rujukan :
• United Nation Children’s Fund (UNICEF). 2020. Improving Young Children’s Diets During the Complementary Feeding Period. UNICEF Programming Guidance. New York: UNICEF, 2020
• Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil,2012, Kementerian Kesihatan Malaysia
Kredit:nutritionistdiba

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 
 
The post Tak Cukup Nutrisi Punca Ramai Kanak-Kanak Bantut. Ini Sukatan Makanan Yang Betul Untuk Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/tak-cukup-nutrisi-punca-ramai-kanak-kanak-bantut-ini-sukatan-makanan-yang-betul-untuk-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 201 hits
Bayi akan menyusu sepenuhnya dengan susu ibu sepanjang tempoh tumbesarannya selama enam bulan Selepas itu dia akan diperkenalkan dengan makanan lain seperti puri dan bubur Keperluan nutrisi bayi kini tidak hanya bergantung kepada susu ibu t...
Kreatif Ibu Ini Sediakan Potato Oat Stick Untuk Anak Yang Tolak Nasi Tetap Cukup Nutrisi

Kreatif Ibu Ini Sediakan Potato Oat Stick Untuk Anak Yang Tolak Nasi Tetap Cukup Nutrisi

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 128 hits
Pening mama papa dibuatnya bila si kecil mula bosan dan tolak nasi Mesti mama papa akan risau kalau kalau si kecil tak cukup nutrisi Sebenarnya mama papa boleh olah resepi makanan untuk tarik selera makan si manja Yang penting mereka tetap ...
Tak Nak Lain Cukup Ada Suami Anak Anak Bila Stres Ubat Paling Mujarab

Tak Nak Lain Cukup Ada Suami Anak Anak Bila Stres Ubat Paling Mujarab

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 126 hits
Kena rajin rajin berpeluk dengan suami atau isteri kita Peluk juga anak anak Dengan melakukannya banyak manfaat yang akan kita perolehi Berpeluk ni memberi kesan terbaik untuk kesihatan fizikal dan emosi seseorang Nak tahu apa kebaikan berp...
Akui Tak Cukup Tidur Dr Amalina Suami Buat Sistem Syif Jaga Anak Tengah Malam

Akui Tak Cukup Tidur Dr Amalina Suami Buat Sistem Syif Jaga Anak Tengah Malam

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 202 hits
Umum mengetahui yang Dr Amalina Che Bakri telah selamat melahirkan bayi perempuan baru baru ini Puteri sulunnya itu diberikan nama yang cukup indah Arabella Mia Ketika ditanyakan oleh follower di laman Instagram sama ada bayinya mengalami j...
Anak Sulung Dr Amalina Dah Cukup Seminggu Ramai Puji Pandai Pilih Nama Arabella Mia

Anak Sulung Dr Amalina Dah Cukup Seminggu Ramai Puji Pandai Pilih Nama Arabella Mia

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 200 hits
Doktor pakar bedah berkelahiran Malaysia iaitu Dr Amalina Bakri yang kini menerap di London United Kindom selamat melahirkan anak perempuan sulung pada minggu lalu Sepakat dengan suami pilih namaBerita gembira itu dikongsikan menerusi satu ...
Anak 1 5 Tahun Memang Takut Terima Makanan Baru Ini Cara Yang Mama Papa Boleh Lakukan

Anak 1 5 Tahun Memang Takut Terima Makanan Baru Ini Cara Yang Mama Papa Boleh Lakukan

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 229 hits
Beberapa tingkah laku pemakanan biasanya berlaku apabila kanak kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya Ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang ...
Anak Sesak Nafas Lepas Makan Jeli Terpaksa Masuk Zon Kritikal Hati Hati Pilih Makanan Anak

Anak Sesak Nafas Lepas Makan Jeli Terpaksa Masuk Zon Kritikal Hati Hati Pilih Makanan Anak

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 256 hits
Hati ibu mana yang sanggup melihat bila anaknya berada di dalam kesakitan Namun lebih sayu lagi bila mana anak sakit selepas makan produk produk yang diyakini tidak bagus untuk mereka Rasa teramat bersalah Perkongsian seorang ibu di akaun T...
Berselera Betul Tgk Bagus Tak Memilih Makanan Dekat Mana Mana Pun Boleh Servive

Berselera Betul Tgk Bagus Tak Memilih Makanan Dekat Mana Mana Pun Boleh Servive

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 138 hits
Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan di tiktok milik nitaagustina71 dimana beliau memuat naik video anaknya yang sedang makan nasi Kelihatan anak gadis ini makan nasi berlaukkan telur dadar labu siam rebus tauhu goreng petai gor...
Anak Yang Tak Cukup Tidur Berisiko Tinggi Tak Fokus Masa Belajar Doktor Kongsi Tip Anak Mudah Tidur

Anak Yang Tak Cukup Tidur Berisiko Tinggi Tak Fokus Masa Belajar Doktor Kongsi Tip Anak Mudah Tidur

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 230 hits
Semua ibu bapa inginkan si kecil mereka mendapat waktu tidur yang konsisten dan berkualiti Tapi sangat sukar kan Doktor kanak kanak Dr Redzal Zainol berkongsi beberapa tip yang boleh mama papa lakukan untuk memudahkan proses menidurkan anak...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game