Tak Cerdiik Mp Qazaf

✍️ Ahmad Mursi
Ketua Pemuda PAS baru sahaja keluar kenyataan yang penuh dengan fitnah. Berikut Fitnah dan Fakta:
𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗣 𝗣𝗔𝗦 #𝟭: “𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗔 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧”
✅ Fakta: Peraturan ini bukan dicipta oleh Kerajaan Madani, tetapi berkuat kuasa sejak Oktober 2021, semasa kerajaan Tebok Atap PAS. Apa yang dilakukan kini ialah penguatkuasaan terhadap peraturan yang telah lama wujud.
𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗣 𝗣𝗔𝗦 #𝟮: “𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗡𝗔𝗞 𝗟𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗖𝗜𝗟 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗧𝗢𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗨𝗕𝗦𝗜𝗗𝗜 𝗥𝗠𝟮𝟲”
✅ Fakta: Tidak ada larangan secara total. Peniaga masih boleh guna LPG bersubsidi selagi tidak melebihi 42kg pada satu masa. Larangan hanya terpakai jika guna lebih 3 tong 14kg sekali gus — ini ditakrif sebagai skala komersial, bukan peniaga kecil.
𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗣 𝗣𝗔𝗦 #𝟯: “𝗠𝗘𝗥𝗘𝗞𝗔 𝗗𝗜𝗣𝗔𝗞𝗦𝗔 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗧𝗢𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗦 𝗞𝗢𝗠𝗘𝗥𝗦𝗜𝗔𝗟 𝗥𝗠𝟳𝟬 – 𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔!”
✅ Fakta: Harga LPG komersial ditetapkan berdasarkan pasaran tanpa subsidi, bukan sengaja “dipaksa” kerajaan naikkan. Tong ungu (komersial) memang sejak dulu bukan disubsidi. Peraturan hanya memastikan subsidi tidak disalah guna, bukan memaksa semua peniaga bertukar tong.
𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗣 𝗣𝗔𝗦 #𝟰: “𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗟𝗡𝗚, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗧𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗚𝗔𝗦 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜”
✅ Fakta: LNG (Liquefied Natural Gas) dan LPG (Liquefied Petroleum Gas) adalah dua jenis gas berbeza dari segi Kaedah pengeluaran, Kegunaan, Rantaian bekalan. Malaysia eksport LNG, tapi subsidi diberi untuk LPG domestik, yang digunakan dalam tong dapur. Tak berkait.
𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗣 𝗣𝗔𝗦 #𝟱: “𝗣𝗘𝗥𝗠𝗜𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝟯 𝗧𝗢𝗡𝗚 – 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗣𝗘𝗟𝗜𝗞 & 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗨𝗦𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡”
✅ Fakta: Permit Barang Kawalan (PBKB) adalah langkah pemantauan standard, sama seperti lesen atau permit perniagaan lain. Boleh dipohon secara dalam talian melalui sistem BLESS 2.0. Bukan “prosedur pelik”, malah telah termaktub dalam Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 sejak kerajaan Tebok Atap PAS dulu.
𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗣 𝗣𝗔𝗦 #𝟲: “𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗜𝗞 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗟𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗧𝗢𝗡𝗚 𝗦𝗨𝗕𝗦𝗜𝗗𝗜”
✅ Fakta: Harga makanan sudah naik atas pelbagai faktor: kos bahan mentah, sewa, gaji pekerja — bukan semata-mata kerana tong gas. Jika subsidi terus dinikmati oleh restoran mewah, beban fiskal negara meningkat dan golongan B40 terpinggir dan tidak dapat nikmati subsidi yang sepatutnya.
𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗣 𝗣𝗔𝗦 #𝟳: “𝗜𝗡𝗜𝗞𝗔𝗛 𝗥𝗨𝗣𝗔 ‘𝗞𝗘𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗦𝗜𝗔𝗟’ 𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜?”
✅ Fakta: Keadilan sosial bermaksud subsidi diagih kepada yang benar-benar layak. Memberi subsidi tanpa had kepada perniagaan, termasuk restoran elit, bukanlah bentuk keadilan sosial — itu ketirisan subsidi.
𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗣 𝗣𝗔𝗦 #𝟴: “𝗣𝗘𝗡𝗜𝗡𝗗𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗥𝗛𝗔𝗘𝗡”
✅ Fakta: Yang ditegah adalah peniaga berskala besar yang menyalahguna subsidi. Gerai kecil, warung dan penjaja kecil kebanyakannya tidak terjejas, sebab mereka guna kurang dari 42kg sekali gus.
Ps: 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗙𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗣𝗔𝗦. 𝗙𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗿𝘂𝗷𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗔𝗦
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/05/tak-cerdiik-mp-qazah.html