Tak Buka Parlimen Bising Sudah Buka Pun Masih Bising Pembangkang Nak Apa


agendadaily.com18/7/2021
Parlimen Malaysia.
Permintaan pembangkang yang mendesak sidang Parlimen sudah ditunaikan, perlu tunggu beberapa hari sahaja lagi menjelang pintu pagar dibuka dan Ahli-Ahli Parlimen (MP) boleh masuk ke dalam Dewan Rakyat.

Namun, semakin hampir sidang 26 Julai setiap hari blok pembangkang, Pakatan Harapan meluahkan rasa tidak puas hati dengan mendakwa mereka tidak dibenarkan berbahas dan bertanya soalan, ia dakwaan yang menyimpang jauh sama sekali.

Jelas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis membuka seluas-luas pintu kepada blok pembangkang untuk berbahas dan bertanya soalan semasa sidang khas nanti.

Sepatutnya mereka bersedia dengan soalan-soalan yang ingin dikemukakan dan bukan setiap hari mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah cuba mencari kesalahan orang lain untuk tujuan politik, sekurang-kurangnya lontarkan cadangan yang bernas untuk membantu kerajaan ke arah usaha untuk keluar daripada krisis Covid-19 ini.

Dakwaan kononnya tidak diberikan peluang untuk berbahas sudah disangkal Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pembangkang beria-ria mendakwa sidang khas ini hanya olok-olok.

Begitu lah sikap pembangkang, mencari setiap ruang dan peluang untuk menimbulkan syak wasangka buruk terhadap kerajaan. Dalam keadaan Parlimen sudah mahu dibuka, pelbagai helah dan tuduhan terhadap kerajaan dilontar semata-mata mencari modal politik.

Menurut Takiyuddin, tiga agenda utama akan dibincangkan semasa sidang khas nanti, ianya berhubung Proklamasi Darurat, isu berkait pilihan raya kecil (PRK) Gerik dan PRK Bogaya di Sabah serta penerangan menteri-menteri berkaitan dengan Darurat dan Covid-19.

Tiga agenda ini menjadi teras kepada sidang khas kali ini dan menurut Takiyuddin setiap MP boleh menggunakan ruang yang ada untuk bertanya dan berbahas.

Bagaimanapun, adakah blok pembangkang sudah bersedia dengan soalan mereka atau lebih sekadar mahu menjerit-jerit dalam Dewan Rakyat sahaja nanti? Bukan rakyat tidak nampak sikap MP sebelah sana, apabila setiap kali sesi perbahasan sebelum ini ada sahaja karenah menjengkelkan ditunjukkan mereka.

Lebih baik sekiranya semasa sidang khas ini berlangsung, semua MP berbahas sebagai seorang pemimpin yang matang dan berhujah dengan fakta bagi mencari jalan untuk membawa negara keluar daripada krisis ini.

Pembangkang sepatutnya menjadikan platform sidang khas ini untuk membuktikan mereka berwibawa untuk membantu rakyat, bukan hanya tahu bersorak di luar kerajaan gagal walhal di negeri sendiri yang ditadbir pembangkang juga gagal.

Sekarang bukan masa menunding jari pihak mana yang gagal, rakyat pun sudah muak dengan permainan ahli-ahli politik yang rakus kuasa dan bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri disamping membuat perjanjian belakang tabir dengan dahulunya musuh politik mereka hanya kerana tamak kuasa.

Rakyat tidak bodoh, ketika keadaan ekonomi tidak menentu seluruh dunia dan ramai kehidupan rakyat terjejas, tetapi masih ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan sentimen tersebut untuk memastikan matlamat peribadi mereka tercapai.

Begitu lah sempitnya pemikiran blok pembangkang, dikaca mata mereka hanya nampak matlamat peribadi. Jadi, tidak hairan lah apabila rakyat di sesetengah kawasan Parlimen merungut bantuan bakul makanan yang tidak diberikan kepada orang ramai walhal peruntukan RM300 ribu sudah disediakan.

Sampaikan terpaksa warganet membuat kempen berkongsi nombor telefon MP di kawasan supaya menghubungi terus wakil rakyat mereka sekiranya tidak mendapat bantuan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun tidak kurang hebatnya, ketika semua MP sedang sibuk mengagihkan bantuan bakul makanan tiba-tiba beliau boleh berkongsi sedang berkebun di rumah di Kuala Lumpur.

Kasihan pengundi Port Dickson yang setiap hari merindui cikgu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan menjadi ikon sepanjang zaman dalam arena politiknya.

Mungkin kereta Jaguar perlu disimpan secara baik-baik, dikilat dan dibasuh dengan teliti, calon PM lah katakan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/tak-buka-parlimen-bising-sudah-buka-pun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Kpt Perlu Bentang Situasi Pendidikan Di Parlimen Dr Maszlee Jangan Main Hentam Saja Nak Buka Sekolah

Kpm Kpt Perlu Bentang Situasi Pendidikan Di Parlimen Dr Maszlee Jangan Main Hentam Saja Nak Buka Sekolah

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 258 hits
By KUALA LUMPUR Rakyat telah hilang keyakinan kepada kerajaan kerana Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi ketika ini dilihat hilang arah serta hala tuju dalam menguruskan sistem pendidikan negara Jawatankuasa Pendidikan P...
Semakin Dekat Sidang Parlimen Wakil Rakyat Pembangkang Dibuli

Semakin Dekat Sidang Parlimen Wakil Rakyat Pembangkang Dibuli

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 281 hits
ARIF ATANKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kerajaan Perikatan Nasional berhubung dua pertuduhan pecah amanah berjumlah lebih RM1 juta terhadap Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Presiden PKR yang juga Pengeru...
Kes Covid 8 868 Paling Tinggi Menteri Agama Nak Buka Masjid

Kes Covid 8 868 Paling Tinggi Menteri Agama Nak Buka Masjid

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 386 hits
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT By Syed Akbar Ali
Buka Parlimen Tak Boleh Bahas

Buka Parlimen Tak Boleh Bahas

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 207 hits
Apa punya standard dah terang terang hilang sokongan boleh konar ke Parlimen pula tapi Parlimen awak tutup sebab takut undi tak percaya Itu belum masuk part speaker dewan rakyat nanti seboleh bolehnya akan elak untuk lulus usul undi percaya...
Tentukan Nak Duduk Sebelah Mana Kata Zaid Kepada Ahli Parlimen Umno

Tentukan Nak Duduk Sebelah Mana Kata Zaid Kepada Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 310 hits
freemalaysiatoday com July 25 2021 11 00 AMBekas menteri undang undang Zaid Ibrahim menyifatkan ia tidak masuk akal jika Umno mendakwa tidak lagi menyokong perdana menteri tetapi masih bersama kerajaan PETALING JAYA Zaid Ibrahim mencabar Ah...
Tiada Bahas Dan Tiada Usul Najib Persoal Ini Sidang Khas Parlimen Atau Nak Pergi Kelas

Tiada Bahas Dan Tiada Usul Najib Persoal Ini Sidang Khas Parlimen Atau Nak Pergi Kelas

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMOUR Bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak menyifatkan Persidangan Khas Dewan Rakyat bermula 26 Julai ini sebagai sesi murid dan guru dan bukan sidang Parlimen kerana tidak ada perbahasan atau pembentangan usul Beliau berkata ...
Tiba Tiba Bilik Berbau Hanyir Yang Kuat Masih Ramai Yang Nak Sewa Rumah Itu Walaupun Owner Dah Larang

Tiba Tiba Bilik Berbau Hanyir Yang Kuat Masih Ramai Yang Nak Sewa Rumah Itu Walaupun Owner Dah Larang

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 453 hits
Tiba tiba bilik berbau hanyir yang kuat Masih ramai yang nak sewa rumah itu walaupun owner dah larangSetiap orang mempunyai pengalaman paranormal mistik masing masing Ini sekadar perkongsian sahaja Bagi yang lemah semangat anda tidak digala...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia