Tak Boleh Tengok Orang Lebih Mesti Dengki Anak Mungkin Ada Mentaliti Ketam


Tak boleh tengok orang lebih, mesti dengki, anak mungkin ada ‘mentaliti ketam.’ Mentaliti ketam adalah satu fenomena sosial yang boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan dan hubungan sosial anak-anak.
Tak Boleh Tengok Orang Lebih, Mesti Dengki, Anak Mungkin Ada ‘Mentaliti Ketam’ Dalam persekitaran yang sangat kompetitif, anak-anak mungkin melihat kejayaan rakan sebagai ancaman kepada status mereka sendiri. Ini boleh menyebabkan mereka bersikap negatif dan tidak menyokong.

Berikut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
“Kenapa awak sembunyikan buku kawan awak?”
Ada seorang ibu bawa anak dia ke klinik saya. Dia kata anak dia ni ada perangai suka sabotaj kawan-kawan yang lebih baik pencapaiannya dari dia. Selalu sangat.
Baru-baru ni cikgu beritahu dia sembunyikan buku di mana di dalamnya terdapat kerja rumah kawan dia. Kawan dia ni selalu dapat markah lebih tinggi dari dia.
Tahu tak? Set pemikiran seperti ini kita panggil “Ketam Dalam Baldi” atau “Mentaliti Ketam”
Mentaliti ketam merujuk kepada sikap seseorang yang tidak suka melihat orang lain lebih berjaya, sehingga sanggup menggagalkan usaha orang lain supaya tidak dapat melepasi pencapaian dirinya.
Mudah kata “kalau aku tak dapat, biar semua orang pun tak dapat.”
Istilah ini diambil daripada pemerhatian terhadap perangai ketam di dalam baldi nelayan; jika satu ketam cuba memanjat keluar, ketam-ketam lain akan menariknya kembali supaya semua tetap terperangkap bersama.

Mentaliti Ketam ni bukan terhad kepada kanak-kanak sahaja. Ia boleh juga ada pada orang dewasa. Untuk mengelakkan kita dikuasai mentaliti ini, ada beberapa langkah boleh diambil:
1. Muhasabah Diri
Kenali dan fahami emosi dan tindakan kita sendiri. Tanya diri sendiri kenapa kita cemburu atau tidak senang dengan kejayaan orang lain.
2. Berlapang Dada
Terima hakikat bahawa setiap orang berhak mencapai kejayaan. Jika orang lain berjaya, tidak bermakna kita gagal.
3. Fokus pada Pertumbuhan Sendiri
Alihkan tumpuan dari membandingkan diri dengan orang lain kepada peningkatan diri dan capaian peribadi anda.

4.Tumpang Gembira
Raikan kejayaan orang lain. Ini membantu menjalin hubungan yang positif serta mencipta persekitaran yang sihat di mana semua orang boleh maju.
Semoga kita semua dapat hindari diri dan anak-anak daripada mentaliti begini.
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Baca artikel lain juga: Semua Anak Kena Tolong Ibu Ini Kongsi Cara Dengki Dengan Anak, Didik Anak Disiplin
Didik Anak Kena Adil. Tak Boleh Yang Besar Je Mengalah. Risau Dengki Sesama Sendiri
 
 

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Tak Boleh Tengok Orang Lebih, Mesti Dengki, Anak Mungkin Ada ‘Mentaliti Ketam’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-boleh-tengok-orang-lebih-mesti-dengki-anak-mungkin-ada-mentaliti-ketam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Sakit Gigi Mak Ayah Boleh Cuba Buat Sendiri Rawatan Ini Di Rumah Untuk Legakan Rasa Sakit

Anak Sakit Gigi Mak Ayah Boleh Cuba Buat Sendiri Rawatan Ini Di Rumah Untuk Legakan Rasa Sakit

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 223 hits
Anak sakit gigi mak ayah boleh cuba buat sendiri rawatan ini di rumah untuk legakan rasa sakit Setiap kali sakit gigi sudah pasti anda akan terbayang doktor gigi dan klinik gigi yang sangat menakutkan itu Anak Sakit Gigi Mak Ayah Boleh Cuba...
Andika Putera Luah Isi Hati Kongsi Kepayahan Besarkan Anak Menangis Lapar Tapi Tak Boleh Menyusu

Andika Putera Luah Isi Hati Kongsi Kepayahan Besarkan Anak Menangis Lapar Tapi Tak Boleh Menyusu

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 234 hits
Biar sibuk macam mana pun pempengaruh Andika Putera mengakui akan mencuba sedaya upaya untuk mencari waktu bersama anaknya Alisha Puteri Menerusi perkongsiannya bersama Podcast Pa Ma Andika mengakui dahulu mungkin tak banyak masa dapat dilu...
Lebih Kurang Gaji Ceo Hanya Buat 3 Kandungan Wanita Dedah Kerja Content Creator Boleh Cecah Rm80k

Lebih Kurang Gaji Ceo Hanya Buat 3 Kandungan Wanita Dedah Kerja Content Creator Boleh Cecah Rm80k

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 269 hits
Menerusi laman TikTok baru baru ini seorang wanita mendedahkan bahawa pencipta kandungan boleh meraih sehingga RM80 000 hanya untuk tiga kandungan saja dan pendedah tersebut curi perhatian warganet var currentUrlTwo window location hostname...
Salah Cara Didik Boleh Beri Kesan Pada Karakter Anak Anda Mak Ayah Mana Satu

Salah Cara Didik Boleh Beri Kesan Pada Karakter Anak Anda Mak Ayah Mana Satu

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 139 hits
Adakah cara kita selama ini mendidik anak dengan cara yang betul Tersalah didik boleh beri kesan pada anak Ini tip dan panduan betul dalam mendidik anak Ikuti perkongsian Parent Connect ini Semoga menjadi panduan ibu bapa Karakter dan tingk...
Pecah Rekod Lebih 10 000 Steps Aktiviti Seharian Dengan Anak Anak Dalam Misi Cari Baju Kenduri

Pecah Rekod Lebih 10 000 Steps Aktiviti Seharian Dengan Anak Anak Dalam Misi Cari Baju Kenduri

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 372 hits
Hujung minggu yang tak relax kisahnya Hari Sabtu dah sibuk dengan aktiviti KRT untuk memasak bubur Asyura sementara habibi pula ada tugasan kerja hingga lewat petang Ingat boleh rehat pada hari Ahad tapi KY pula minta dihantar untuk tugasan...
Mahu Anak Lebih Fokus Pada Pelajaran

Mahu Anak Lebih Fokus Pada Pelajaran

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 116 hits
Assalamualaikum Doktor Saya seorang ibu Apakah kebaikan minyak ikan untuk anak saya yang berumur 10 tahun Perlukah saya memberikannya pada anak saya untuk meningkatkan pembelajaran dia Terima kasih WALAIKUMUSALAM Minyak ikan mempunyai manfa...
Rasa Lebih Selamat Dan Mahu Anak Anak Dibesarkan Dalam Persekitaran Islam Josiah Hogan Lepas Kerakyatan As

Rasa Lebih Selamat Dan Mahu Anak Anak Dibesarkan Dalam Persekitaran Islam Josiah Hogan Lepas Kerakyatan As

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 341 hits
Pelakon berkaliber Josiah Hogan memaklumkan dia kini sedang berusaha mendapatkan status warganegara Malaysia dan akan melepaskan status kerakyatan negara kelahirannya iaitu Amerika Syarikat Ujar Josiah dia tekad melakukan perkara itu kerana...
Penyusuan Jadi Lebih Mudah Dengan New Philips Avent Natural Response Bottle Teat Anak Kenyang Mama Bahagia

Penyusuan Jadi Lebih Mudah Dengan New Philips Avent Natural Response Bottle Teat Anak Kenyang Mama Bahagia

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 464 hits
Tengah malam bila dah lena diulit mimpi tiba tiba kita terdengar rengekan anak yang mahukan susu Salah satu rutin yang paling mencabar adalah bangun tengah malam untuk menyediakan susu untuk anak anak yang memerlukannya Walaupun ini adalah ...
Versi Beta Android 15 Mungkin Dapat Didapati Lebih Awal Daripada Jangkaan

Versi Beta Android 15 Mungkin Dapat Didapati Lebih Awal Daripada Jangkaan

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 234 hits
Samsung sedang mempertimbangkan untuk melancarkan versi beta Android 15 One UI 7 0 tidak lama lagi antara hujung Julai dan awal Ogos Mengikut Ice Galaxy S24 series akan menjadi yang pertama menjalani kemas kini sistem operasi ini jika segal...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

Kkv Alamanda

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maksud Karamah Insaniah

Sebelum Pukul8 Dah Sampai

Pekena Asam Pedas Ikan Merah Untuk Lunch

Drama Bru

Chombi Cintaku Sampai Ke Uganda Chord

Palpitasi Punca Cara Hilangkan Degupan Jantung Laju