Tak Boleh Guna Google Maps Di China


[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]
Biasanya kalau saya pergi ke mana-mana, saya gunakan Google Maps untuk tahu jarak dan masa perjalanan. Kalau nak gunakan pengangkutan awam pun mudah - Google Maps menyediakan panduan jenis kenderaan (bas atau tren), nombor bas, nama stesen tren dan nombor platform. Sangat membantu dan memudahkan perjalanan kita walaupun ada ketikanya tersesat juga 😄

SEKATAN INTERNETBerbeza dengan pengalaman bermusafir di negara China, Google Maps tidak boleh digunakan. Mengapa? Ini kerana China menyekat sebahagian aplikasi internet, antaranya Google Maps. Alasan sekatan, secara ringkasnya :China's laws prohibit the spread of information that undermines national unity, infringes upon national honor and interests, or subverts state power. Foreign individuals and firms can use the internet in China, but they must abide by the country's laws. (Sumber dan bacaan lanjut di wikipedia.org)Sekatan dikenakan jika kita menggunakan kad SIM China dan Wi-fi. Cara untuk mengatasi sekatan ini, perlu gunakan VPN (Virtual Private Network). Nak tahu lebih lanjut berkenaan VPN, boleh buat carian sendirilah ya

Atau, cara paling mudah kita gunakan je data roaming. Saya dan Encik Suami masing-masing melanggan data roaming Celcom - 7 Day Unlimited Pass dengan kadar caj RM58. Dengan menggunakan data roaming, tiada sebarang sekatan. Kita boleh gunakan semua aplikasi yang ada di telefon kita seperti biasa

Tak ada sekatan, bolehlah gunakan Google Maps kan
Jawapannya, boleh guna tetapi lokasinya tidak tepat. Selain itu juga, tiada paparan panduan perjalanan bagi mod pengangkutan awam (bas/tren).

MUSLIM TRADITIONAL LANZHOU STRETCHED NOODLESOleh kerana urusan Encik Suami selesai lebih awal, kami ada masa satu hari lagi untuk berjalan-jalan. Kali ini kami jalan-jalan bertiga - bersama kawan Encik Suami, seorang lelaki Cina Malaysia. Tak naik Metro, tapi kami naik kenderaan sewa dengan pemandu orang tempatan

Kami keluar dari hotel penginapan kira-kira pukul 11 pagi, terus menuju ke tempat makan. Kami buat carian dan ikut panduan di Google Maps. Walaupun dah sedia tahu Google Maps di China tak tepat, tapi nak mencuba juga 😀
Panduan perjalanan di Google Maps.Hasilnya - memang tiada kedai makan tersebut di lokasi yang ditunjukkan pada Google Maps 😄. Seterusnya, kena cari guna mata sendiri. Masing-masing pandang keliling mencari, sambil kenderaan kami dipandu perlahan

Keluar dari lorong kecil, kenderaan kami masuk ke jalan besar. Barulah jumpa kedai yang dicari. Dah tentulah bukan saya atau Encik Suami yang nampak, sebab kami tak pandai baca aksara Cina. Terus jadi buta huruf 😂
Inilah kedai makan yang kami cari - berwarna hijau. Tiada perkataan atau simbol ‘halal/حَلال‘, tetapi perkataan halal ditulis dalam aksara Cina iaitu 清真. Begitulah ketatnya peraturan di China dalam menyekat sesuatu yang dianggap budaya luar.
Ruang dalam kedai - bersaiz kecil, tersusun kemas dan bersih. Seorang perempuan tempatan bertudung (dengan cara nampak kedua belah telinga) datang melayani kami

Cara order di sini dengan menggunakan kod QR. Tapi bab order ni kami berdua serahkan saja kepada kawan Encik Suami. Memang lebih mudah urusan bila ada ahli grup yang boleh berbahasa Cina

Mencuba minuman botol - air oren

Makanan pertama tiba di meja kami - mi tarik daging. Selepas itu tiba dua jenis makanan juga berasaskan mi, tapi bukan jenis berkuah sup. Semua hidangan bersaiz besar, tak habis kalau makan seorang. Kami kongsi makan bertiga, dapatlah merasa setiap jenis makanan yang dipesan. Alhamdulillah sedap semuanya sesuai dengan cita rasa saya. 
Perut dah kenyang, jomlah kita teruskan aktiviti hari ini. Kami menuju ke Masjid As-Sahabi Abi Waqas (sekali lagi 😁) untuk tujuan ziarah dan solat jamak Zohor-Asar

Kali ini, kami tak lagi menggunakan Google Maps sebagai panduan perjalanan. Kami cari lokasi di Google Maps, kemudian tunjuk kepada pemandu untuk buat carian di aplikasi pada telefon bimbitnya. Tapi nak tunjuk tu mestilah dalam aksara Cina, barulah dia boleh faham. Bab nak fahamkan ni semua menjadi tugasan kawan Cina - sekejap cakap Cina dengan pemandu, sekejap cakap Melayu pula dengan kami 😀


Berbalik kepada tajuk entri. Google Maps bukan saja tak boleh guna di China kerana sekatan yang dikenakan, malah tak berguna walaupun boleh diakses (menggunakan data roaming atau VPN). Antara aplikasi China yang serupa - Baidu. Saya cuba install tetapi gagal menggunakannya kerana tiada pilihan bahasa Inggeris. Mungkin juga ada aplikasi lain yang mudah digunakan, tetapi di luar pengetahuan saya

Berdasarkan pengalaman sendiri yang sudah beberapa kali cuba menggunakan panduan Google Maps di Guangzhou - sekiranya tiada pilihan lain, kita boleh bergantung kepada Google Maps tetapi mata perlu melilau mencari tempat sebenar di sekitar kawasan tersebut. Kalau dekat jaraknya atau tak terselindung dengan bangunan lain, mudahlah. Kalau sebaliknya, memang menguji mental dan fizikal 😂








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/10/tak-boleh-guna-google-maps-di-china.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Tau Perform Atau Tidak Tukar Menkom Apa Barang Google Boleh Siar Berita Pembangkang Banyak Dari Berita Kerajaan

Nak Tau Perform Atau Tidak Tukar Menkom Apa Barang Google Boleh Siar Berita Pembangkang Banyak Dari Berita Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 92 hits
MSOBACA MESEJ PRESIDEN PKRPernyataan presiden PKR Anwar Ibrahim yang kemungkinan parti itu tidak menangguhkan pemilihan membentuk sedikit ombak kecil dalam parti berlambang mata itu Kenyataan Anwar itu menyintakkan sedikit lamunan para pemu...
Kalau Tanam Pokok Kunyit Guna Tip Ini Supaya Daunnya Subur Lebar Boleh Buat Kipas

Kalau Tanam Pokok Kunyit Guna Tip Ini Supaya Daunnya Subur Lebar Boleh Buat Kipas

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 254 hits
Ramai yang menanam pokok kunyit di sekitar rumah memandangkan selalu digunakan dalam masakan baik daun mahupun isinya
Honor Introduces Circle To Search With Google On The Honor Magic V3 And Honor 200 Series

Honor Introduces Circle To Search With Google On The Honor Magic V3 And Honor 200 Series

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 159 hits
New feature availability highlights HONOR and Google s commitment to making mobile AI technology more accessible to everyone Global technology brand HONOR today announced the availability of Circle to Search with Google on the flagship HONO...
Aplikace Mostbet Pro Google Android A Ios Versus E Tin St Hn Te Dans Le Cas O A Za N Te Hr

Aplikace Mostbet Pro Google Android A Ios Versus E Tin St Hn Te Dans Le Cas O A Za N Te Hr

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 128 hits
Aplikace Mostbet Pro Google Android A Ios Versus e tin St hn te Dans Le Cas O A Za n te Hr t Mostbet Aplikace Sta en Android Apk Ios Content Mobiln verze m stejn funkce jako ofici ln webov str nky ale spot ebov v m n provozu Podle t chto kr...
Google Drive Kini Ada Pemain Video Baru Yang Lebih Hebat

Google Drive Kini Ada Pemain Video Baru Yang Lebih Hebat

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 72 hits
Pemain video baru Google Drive Kredit gambar Google Google Drive bukanlah aplikasi yang direka khas untuk menonton video tetapi kadang kadang kita perlu lihat video sebelum memutuskan sama ada nak simpan atau tidak Sehingga baru baru ini pe...
Qualcomm Dan Google Bekerjasama Untuk Bawa Gen Ai Dalam Kereta

Qualcomm Dan Google Bekerjasama Untuk Bawa Gen Ai Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 129 hits
Qualcomm baru baru ini mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membangunkan sistem kecerdasan buatan dalam kereta iaitu arahan suara Dengan menggunakan platform Android Automotive OS milik Google dan cip Snapdragon Digital Chassis oleh Qu...
Pg 1 Pg Pg Google Top 33 By Jerri Pgslot Golf 19 24

Pg 1 Pg Pg Google Top 33 By Jerri Pgslot Golf 19 24

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 123 hits
Read Time 4 Minute 37 Second Pg PGSLOT Google pg 1 3 pg PG 1 3 1 RTP pg RTP pg RTP RTP 2 pg 2 PGSLOT pg 3 pg pg 3 3 pg slot pg pgslot golf 19 24 Jerri pg pg pg Top 22 by Happy 0 0 Sad 0 0 Excited 0 0 Sleepy 0 0 Angry 0 0 Surprise 0 0 The po...
Yay Surat Google Adsense Sampai Lagi

Yay Surat Google Adsense Sampai Lagi

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 146 hits
Google Adsense Yay surat Google Adsense sampai lagi Setelah sekian lagi ia tak singgah Begini kisahnya semalam Sha p buka post box Sekali ada surat Google Adsense ni tapi nama suami Mungkin Sha tukar nama kot kat Google Adsense Tapi duk pel...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly