Tak Berbaloi Buka Sekolah Berbaki 8 Minggu


KEMENTERIAN Pendidikan disaran jika membuka sekolah perlulah dibuat secara berperingkat dan perlu mengadakan ujian saringan RTK terhadap setiap pelajar.
Buka sekolah secara berperingkat, buat saringan RTK kepada pelajar

Kementerian Pendidikan dicadangkan tidak meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka bulan depan kerana dikhuatiri sesi yang cuma berbaki kira-kira dua bulan tahun ini akan mencetuskan kluster pendidikan yang banyak.

Sesi pembelajaran secara fizikal sangat berisiko mewujudkan kluster baharu selain membebankan ibu bapa yang perlu membeli kelengkapan sekolah dan pengangkutan untuk tempoh yang singkat iaitu kira-kira 8 Bulan.

Jika tidak, sesi persekolahan perlu dibuka secara berperingkat dengan memberi keutamaan kepada pelajar yang mengambil peperiksaan terlebih dahulu.

Malah, pembukaan sesi persekolahan wajar dibuat dengan garis ketetapan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan terperinci terutama membabitkan SOP pengambilan serta penghantaran pelajar melibatkan sekolah dalam dan luar bandar, waktu rehat, sesi persekolahan serta perkhidmatan bas sekolah.

GELAGAT pelajar tahun satu ketika hadir ke sekolah pada hari pertama persekolahan 2021 di Sekolah Kebangsaan pada Mac lalu. SOP perlu lebih terperinci jika KPM mahu buka sekolah September ini - Pensyarah
Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mempertimbangkan semula pembukaan sekolah secara bersemuka yang dijadual secara berperingkat pada pada 1 September ini. Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia, Anuar Ahmad berkata, ini kerana terdapat kebimbangan bahawa murid dan pelajar berisiko menjadi 'pembawa' kepada jangkitan COVID-19.

Jika keadaan itu berlaku, beliau berkata ia bukan sahaja memberi risiko kepada kumpulan tersebut, tetapi juga golongan berisiko tinggi yang tinggal bersama kanak-kanak dan pelajar berkenaan.

"Mungkin mereka mendapat daripada rakan-rakan di sekolah dan akhirnya membawa pulang virus itu ke rumah. Jika di rumah itu mempunyai ahli keluarga yang belum divaksin, ahli keluarga yang lebih tua, atau mempunyai penyakit yang berisiko untuk mendapat jangkitan, maka ini akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada pihak keluarga. Tentu ini perkara yang tidak dinginkan berlaku.

"Maka sebagai ibu bapa, mereka bukan sahaja memikirkan tentang isu pendidikan anak-anak, tetapi juga harus memikirkan tentang soal keselamatan dan kesihatan ahli-ahli keluarga yang lain," katanya dalam rakaman video yang dimuat naik di Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab persoalan mengenai risiko sekiranya KPM bertegas untuk membuka sekolah.

SOP perlu lebih terperinci jika KPM mahu buka sekolah September ini Mengulas lanjut, Anuar berkata keutamaan ketika ini adalah untuk memastikan penjagaan kesihatan rakyat diberi keutamaan sebelum sesi persekolahan dibuka semula.

Jelasnya, penyelesaian terbaik ketika ini ialah untuk tidak membuka sekolah, sebaliknya meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga sesi persekolahan 2021 berakhir.

"Jadi pada saya dengan tempoh masa yang ada dari bulan 9 sehingga akhir tahun, pelajar hanya ada di sekolah sekitar lapan minggu sahaja lagi.

"Pada saya, sekolah kekal ditutup sehingga hujung tahun dan meneruskan PdPR selama lapan minggu sehingga sesi sekolah 2021 selesai," katanya lagi.

Anuar menambah, selepas lebih setahun pelaksanaan PdPR, para guru juga dilihat telah menambah baik kaedah tersebut dan berinovasi dengan peralatan-peralatan pengajaran.

Bagaimanapun, jika KPM kekal dengan keputusan untuk membuka sekolah secara berperingkat, Anuar berkata kementerian itu perlu menerangkan secara terperinci mengenai kaedan dan prosedur operasi (SOP) yang akan digunakan.

"Misalnya zon mana yang akan dibuka sekolah, apakah proses-proses yang akan dilakukan dan bagaimana SOP yang telah dikemas kini berbanding SOP pada April lalu? Bagaimanakah jaminan ini dapat diberikan kepada ibu bapa supaya anak-anak berada dalam keadaan lebih selamat apabila ke sekolah nanti?," katanya.

Sebelum ini, KPM berkata perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka akan dimaklumkan selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/tak-berbaloi-buka-sekolah-berbaki-8_11.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Main Buka Sekolah Sahaja Bentang Garis Panduan Dahulu

Jangan Main Buka Sekolah Sahaja Bentang Garis Panduan Dahulu

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 476 hits
KUALA LUMPUR Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengeluarkan perancangan yang lebih terperinci meliputi garis panduan dalam pembukaan sesi persekolahan yang dijangka pada September depan Demikian tegas Angkatan Belia Islam Malaysia...
Risiko Tinggi Jangan Teruskan Idea Buka Sekolah

Risiko Tinggi Jangan Teruskan Idea Buka Sekolah

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 173 hits
Risiko tinggi jangan teruskan idea buka sekolah Kanak kanak mungkin terdedah kepada risiko lebih besar dengan pembukaan semula sekolah yang dijadualkan pada September ini berikutan kemunculan varian Delta wabak COVID 19 yang mudah menular d...
Kpm Digesa Pertimbang Semula Keputusan Buka Sekolah 1 September

Kpm Digesa Pertimbang Semula Keputusan Buka Sekolah 1 September

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 235 hits
Pada 14 Ogos 2021oleh PENTADBIRPemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menggesa Kementerian Pendidikan mempertimbangkan semula keputusan membuka semula sekolah pada 1 September Katanya ia mengambil kira situasi Covid 19 yang semakin memburuk ket...
Jangan Buka Sekolah Sehingga Capai Imuniti Kelompok Pelajar Belum Divaksin Prabakaran

Jangan Buka Sekolah Sehingga Capai Imuniti Kelompok Pelajar Belum Divaksin Prabakaran

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 257 hits
Ahli Parlimen Batu P Prabakaran mempersoalkan pengumuman kerajaan Perikatan Nasional yang ingin membuka semula sesi persekolah pada September ini Bagi beliau pembukaan semula sekolah akan mengundang padah yang buruk kerana para pelajar tida...
Petisyen Desak Kpm Tangguh Buka Sekolah Dilancarkan

Petisyen Desak Kpm Tangguh Buka Sekolah Dilancarkan

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 557 hits
Petisyen desak KPM tangguh buka sekolah dilancarkanSource https www sinarharian com my article 154819 BERITA Nasional Petisyen desak KPM tangguh buka sekolah dilancarkan Petisyen desakKPM tangguh buka sekolah dilancarkan
Fikir Risiko Murid Tangguh Buka Sekolah 1 September Ini

Fikir Risiko Murid Tangguh Buka Sekolah 1 September Ini

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 274 hits
Guru membantu murid menggunakan cecair pembasmi kuman ketika pembukaan sekolah pada 1 Mac 2021 Sekolah dibuka berperingkat mulai 1 September Wawancara minggu ini menemu ramah Dekan Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Id...
Sektor Pelancongan Pahang Di Jangka Akan Di Buka Dua Minggu Lagi Libat Destinasi Terpilih

Sektor Pelancongan Pahang Di Jangka Akan Di Buka Dua Minggu Lagi Libat Destinasi Terpilih

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 170 hits
KUANTAN Tourism Pahang menjangkakan sektor pelancongan di negeri itu dapat kembali dibuka dalam tempoh dua minggu lagi melibatkan beberapa destinasi pelancongan terpilih yang bersesuaian Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan Alam Se...
Capai Iminuiti Kelompok Baru Buka Sekolah

Capai Iminuiti Kelompok Baru Buka Sekolah

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 259 hits
Ahli Parlimen Batu P Prabakaran mempersoalkan pengumuman kerajaan Perikatan Nasional yang ingin membuka semula sesi persekolah pada September ini Bagi beliau pembukaan semula sekolah akan mengundang padah yang buruk kerana para pelajar tida...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web