Risiko Tinggi Jangan Teruskan Idea Buka Sekolah



Risiko tinggi jangan teruskan idea buka sekolah
Kanak-kanak mungkin terdedah kepada risiko lebih besar dengan pembukaan semula sekolah yang dijadualkan pada September ini, berikutan kemunculan varian Delta wabak COVID-19 yang mudah menular, demikian menurut badan pemikir bebas EMIR Research.
Ketua Sains dan Teknologi EMIR Research Ahmad Ameen Mohd Kamal berkata kumpulan pemikir itu sebelum ini telah mencadangkan bahawa petunjuk paling minimum untuk pembukaan semula sekolah adalah apabila semua penduduk dewasa telah divaksinasi, yang disasarkan menjelang Oktober.
“Bagaimanapun, cadangan ini berdasarkan kepada andaian sebelum ini iaitu kumpulan usia yang lebih muda lebih cenderung untuk tidak menunjukkan gejala teruk, dan mereka yang sudah lengkap divaksin kebanyakan masanya akan dilindungi.
“Namun, kemunculan varian baharu seperti Delta dan kes baru-baru ini membuktikan bahawa ia bukan masalahnya dan kita meletakkan kanak-kanak (dan dewasa terdedah kepada) risiko lebih besar melalui pembukaan sekolah ini,” katanya dalam artikel kajian badan itu bertajuk ‘Very Risky to Reopen Schools in September’.
Ahmad Ameen berkata golongan berusia bawah 18 tahun, iaitu hampir 30 peratus penduduk Malaysia, adalah kumpulan terbesar tanpa perlindungan.
“Cepat atau lambat, mereka harus dilindungi daripada virus, sama ada menerusi vaksinasi atau imuniti semula jadi. Bagaimanapun, terlalu awal untuk mempertaruhkan nasib mereka,” katanya.
Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia pada November 2020, Ahmad Ameen berkata Lembah Klang mempunyai jumlah kanak-kanak bawah 18 tahun paling ramai iaitu 24.4 peratus.
Tok Mat bidas kerajaan, kenapa buka sekolah dikala Covid-19 memuncak

Beliau berkata Sabah dan Johor mempunyai peratusan penduduk yang lengkap vaksinasi paling rendah setakat 11 Ogos iaitu masing-masing dengan 13.2 peratus dan 16.8 peratus, namun mempunyai penduduk bawah 18 tahun yang kedua dan ketiga tertinggi iaitu masing-masing 12.4 peratus dan 11.6 peratus.
“Berikutan varian yang sangat mudah menular yang menghindari kekebalan tubuh, menyebabkan jangkitan ke atas individu yang telah lengkap divaksin dan imuniti mukosa yang tidak mencukupi yang mencabar konsep tradisional imuniti kelompok, sasaran penduduk dewasa lengkap divaksin menjelang Oktober juga mungkin tidak mencukupi untuk melindungi dewasa dan kanak-kanak – apatah lagi pada awal September?
“Persoalannya kini adalah antara risiko kesan sampingan vaksin berbanding risiko jangkitan dan gejala lebih teruk daripada varian baharu SARS-CoV-2. Difahamkan, banyak ibu bapa tidak bersedia mengambil kesempatan menerusi imuniti semula jadi memandangkan potensi risikonya,” katanya.
Beliau berkata ada ibu bapa yang mahu anak mereka divaksin terlebih dahulu, manakala mereka yang risau dengan jangkitan virus dan kesan sampingan vaksin mungkin memilih untuk mengelakkan anak-anak ke sekolah sehingga mendapat maklumat lanjut dan penyelesaian yang lebih selamat.
“Tambahan pula, cuti sekolah akan bermula pada November. Mengapa mengambil risiko pada September dan Oktober? Justeru, waktu paling cepat untuk pembukaan semula sekolah mungkin awal tahun hadapan,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Ameen berkata walaupun didapati golongan muda kurang mendapat gejala lebih teruk oleh jangkitan Delta atau varian lain, kes-kes jangkitan mungkin meningkat apabila sekolah dibuka semula
Risiko tinggi jangan teruskan idea buka sekolah
Baca Artikel Menarik :
Remaja perempuan dakwa dicabul bomoh ketika rawatan Bukan kita jumpa Agong ramai-ramai ke? Tembakan di TUDM Samarahan, 3 dipercayai maut Resepi Puding Sedut Viral, boleh buat niaga Cucuk vaksin aurat terdedah, tak takut dosa PAS Bakal Terima DAP Kembali? Layari Laman Facebook MYKMU
Jangan main buka sekolah sahaja, bentang garis panduan dahulu

The post Risiko tinggi jangan teruskan idea buka sekolah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/14/risiko-tinggi-jangan-teruskan-idea-buka-sekolah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Main Buka Sekolah Sahaja Bentang Garis Panduan Dahulu

Jangan Main Buka Sekolah Sahaja Bentang Garis Panduan Dahulu

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 516 hits
KUALA LUMPUR Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengeluarkan perancangan yang lebih terperinci meliputi garis panduan dalam pembukaan sesi persekolahan yang dijangka pada September depan Demikian tegas Angkatan Belia Islam Malaysia...
Jangan Buka Sekolah Sehingga Capai Imuniti Kelompok Pelajar Belum Divaksin Prabakaran

Jangan Buka Sekolah Sehingga Capai Imuniti Kelompok Pelajar Belum Divaksin Prabakaran

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 295 hits
Ahli Parlimen Batu P Prabakaran mempersoalkan pengumuman kerajaan Perikatan Nasional yang ingin membuka semula sesi persekolah pada September ini Bagi beliau pembukaan semula sekolah akan mengundang padah yang buruk kerana para pelajar tida...
Fikir Risiko Murid Tangguh Buka Sekolah 1 September Ini

Fikir Risiko Murid Tangguh Buka Sekolah 1 September Ini

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 308 hits
Guru membantu murid menggunakan cecair pembasmi kuman ketika pembukaan sekolah pada 1 Mac 2021 Sekolah dibuka berperingkat mulai 1 September Wawancara minggu ini menemu ramah Dekan Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Id...
Pembukaan Sekolah Tak Perlu Tunggu Semua Divaksin Risiko Jangkitan Rendah Pakar Kesihatan Awam

Pembukaan Sekolah Tak Perlu Tunggu Semua Divaksin Risiko Jangkitan Rendah Pakar Kesihatan Awam

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 390 hits
Yang perlu dipastikan sudah lengkap divaksin ialah guru guru dan kakitangan sekolah KUALA LUMPUR Pembukaan semula sesi persekolahan secara berperingkat bermula 1 September ini tidak perlu ditangguhkan sehingga semua pelajar selesai divaksin...
Tak Berbaloi Buka Sekolah Berbaki 8 Minggu

Tak Berbaloi Buka Sekolah Berbaki 8 Minggu

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 183 hits
KEMENTERIAN Pendidikan disaran jika membuka sekolah perlulah dibuat secara berperingkat dan perlu mengadakan ujian saringan RTK terhadap setiap pelajar Buka sekolah secara berperingkat buat saringan RTK kepada pelajar Kementerian Pendidikan...
Capai Iminuiti Kelompok Baru Buka Sekolah

Capai Iminuiti Kelompok Baru Buka Sekolah

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 298 hits
Ahli Parlimen Batu P Prabakaran mempersoalkan pengumuman kerajaan Perikatan Nasional yang ingin membuka semula sesi persekolah pada September ini Bagi beliau pembukaan semula sekolah akan mengundang padah yang buruk kerana para pelajar tida...
Kekal Patuhi Ordinan Darurat Berkait Pkp Jangan Ambil Risiko Kata Peguam

Kekal Patuhi Ordinan Darurat Berkait Pkp Jangan Ambil Risiko Kata Peguam

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 362 hits
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit tetap berkuat kuasa dan peraturan serta SOP ditetapkan KKM dan Ketua Pengarah Kesihatan masih diguna pakai kata Bastian Pius Vendargon PETALING JAYA Seorang peguam menasihatkan orang ramai ...
Kpm Digesa Pertimbang Semula Keputusan Buka Sekolah 1 September

Kpm Digesa Pertimbang Semula Keputusan Buka Sekolah 1 September

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 283 hits
Pada 14 Ogos 2021oleh PENTADBIRPemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menggesa Kementerian Pendidikan mempertimbangkan semula keputusan membuka semula sekolah pada 1 September Katanya ia mengambil kira situasi Covid 19 yang semakin memburuk ket...
Sooka Celebrates Four Years Of Growth With New Features And Exclusive Offers

This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Komunikasi Dalam Keluarga Terencat Kerana Telefon Bimbit

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

The Bogong Moth S Night Sky Navigation Celestial Compass In An Insect

Asam Pedas Ikan Merah

Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Frozen Kunafa Asikunefeleri Dari Turki

Cafe Coach

Perpustakaan Awam Pahang

Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4

Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

Dua Maut 16 Cedera Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori